Pelbagai pendekatan memblog

Menatap pelbagai blog yang dicari secara rambang, saya belajar pelbagai cara untuk menghasilkan blog yang ringkas, menarik dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada pembaca.

Sebagai contoh, saya merujuk kepada blog seorang penggiat sastera Dr Mawar Shafeihttp://mawarshafei.blogspot.com/. Saya tertarik dengan blognya yang sentiasa dikemaskini. Entrinya pula ringkas dan mudah difahami. Setiap entrinya akan disertakan dengan imej/ gambar comel yang berkaitan dengan entri tersebut.

Seterusnya saya terjumpa satu blog yang berpendekatan santai sesuai dengan pengendalinya yang masih berstatus pelajar http://lilgurlshasha.blogspot.com. Walaupun menggunakan bahasa yang santai, blog tersebut begitu menarik kerana pengendalinya mengajak pembaca bersama-samanya menikmati pengalaman dan kehidupan hariannya sebagai pelajar dan cerita-ceritanya bersama keluarga.


Saya juga tertarik dengan sebuah blog yang menceritakan ketabahan ayahnya berjuang menghadapi penyakit. Pemblog http://intanmasyitah.blogspot.com/ berjaya meruntun hati saya dengan perhubungan dan kasih sayang di antara seorang ayah dan anak perempuannya.

Saya juga tidak lupa menjenguk blog penulis sajak http://shamsudinothman.blogspot.com/yang memaparkan pelbagai topik dan tema yang kebanyakannya berkaitan dengan bahasa dan sastera amnya dan sajak khususnya.

Akhirnya saya ingin berkongsi blog seorang sahabat http://mysdear.blogspot.com yang ternyata begitu menarik dengan kehidupan hariannya sebagai seorang isteri, ibu dan pada masa yang sama mengungkap pelbagai topik semasa.

Terima kasih semua kerana sudi mengongsikan ilmu dan pengalaman kalian untuk dimanfaatkan dan izinkan lah saya merujuknya di blog ini... Salam...

Comments

  1. selamat berblog...dan selamat melawat ke blog kmk yg merapu merepek ya...mngerepak kedirik jak..hehehe

    ReplyDelete
  2. okay apa mai... menarik.. m yah tuk jak lah masih tercari2 identiti... harap apa nak ditulis ada memanfaatkan org mun sik banyak dikit.. ya lah rajin berjarah kat blog org tok...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak