Thursday, May 20, 2010

Hari ini saya berniaga goreng pisang pulak... Ni niaga petang.. Dah tak niaga sebelah pagi dah... Bukan tak larat nak bangun pagi, rasanya setelah beberapa hari berniaga, tak ada seorang pun pelanggan. Masing-masing pelajar mahupun yang bekerja bergegas ke destinasi masing-masing.

Mungkin mereka semua telah siap sarapan di rumah. Saya dan suami berbincang dan bersetuju untuk menghentikan niaga sebelah pagi. Bukan mengalah tetapi menukar strategi. Bak kata pepatah, "beralah bukan bererti kalah"

Jadi, kebetulan mak mertua ada hantar setandan pisang dari kebun, saya buat perancangan jual goreng pisang pulak. Malam tadi singgah kat pasaraya sebab nak beli bahan-bahan buat kuih (nanti cerita lebih lanju bab ni) dan barang dapur, sempat lah tangkap sebungkus tepung pisang goreng.

Siang tadi awal cakap kat pembantu untuk gorang pasang dalam pukul 4.30. Pukul 5 terus pergi rumah mak (tapak gerai). Kebetulan waktu sampai ada sorang kakak sedang jenguk-jenguk jualan. Dia tengok pisang gorang terus sapu 10 keping. bawak cuma 14 keping, jadi tinggal lagi 4 keping.

Tak lama lepas tu datang lagi jiran depan rumah baru balik dari kerja, jenguk2 tengok goreng pisang, habiskan empat keping tu. Seronoknya jualan laku. Tapi untung belum kira lagi sebab saya belum kira modal lagi, terus je letak harga 10 sen satu.

Lepas kira2, macam tak balik modal kalau jual 10 sen satu. Lepas tu telefon rumah suruh goreng lagi. Dapat la 20 keping lagi. Suami balik dari pejabat singgah seperti biasa. Kira minum petang keluarga lah. Lepas tu ada pulak budak motosikal jenguk2, promosi sikit2 dia pun angkat goreng pisang. kali ni kami letak harga 6 keping seringgit pulak. Sekurang2nya dapat lah untung sikit2.

Esok nak cuba lagilah..

salam...

No comments:

Post a Comment