Tahniah Ibu

Baru sebentar saya menerima sms dari seseorang.

"Dah give birth 2 baby girl last nite.".


Malangnya ia tidak memaparkan nama pengirimnya. Saya memang berniat untuk membalas dengan ucapan tahniah tapi kebetulan kredit telefon saya baru sahaja luput. Semenjak suami telah berpindah bertugas di kawasan yang sama, memang saya lambat untuk memperbaharui kredit telefon.

Jadi, saya terpaksa tangguhkan dulu niat saya.


Walaupun tidak tahu pengirimnya tapi saya boleh meneka kerana dua orang rakan pejabat saya memang sedang menunggu saat kelahiran. Yang pertama ialah pegawai tadbir yang menunggu kelahiran anak ketiga manakala seorang lagi ialah Juruukur Bahan yang sedang menunggu kelahiran anak keempat.

Sebenarnya apabila menerima berita gembira begini, saya pasti turut merasai kegembiraan dan keharuan sebagai seorang ibu. Saya sendiri bertuah kerana diberi Allah peluang untuk mengalami sendiri perasaan itu tiga kali.

Masya'Allah.

Maha Suci Allah.

Rasanya tiada kegembiraan yang lebih besar dari menatap wajah bayi yang kita kandung selama 9 bulan buat kali pertamanya. Walaupun pada masa itu wajahnya masih lagi merah dan bengkak, namun tiada yang lebih indah dari wajah itu. Pernah saya terbaca satu ungkapan lucu.

"Jangan menegur wajah bayi yang baru lahir sebagai pelik kerana bagi seorang ibu bayinya merupakan bayi yang paling comel walau dalam apa keadaan sekalipun".

Benar bukan?..

Semua ibu pasti akan bersetuju. Tiada yang lebih comel dan mongel dari insan kecil yang berada dalam dakapan kita itu. Tiadanyanyian yang lebih merdu dari tangisannya yang halus langsing dan tiada wangian yang lebih harum dari bau masam mereka di pagi hari.

Lantas, apabila melihat "kenakalan" mereka semasa membesar, saya bersyukur kerana Allah menganugerahkan saya nikmat yang amat besar dengan kelahiran mereka.

Terima kasih Allah. Dengan izinMU, akan saya manfaatkan sebaik-baiknya anugerahMu itu.





Comments

  1. rindu pada saat melahirkan...walaupun penat dan dalam kesakitan..bila melihat wajah cumel..semuanya hilang...

    ReplyDelete
  2. tak per.. masih banyak peluang tu... :).. Insya'Allah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida