Monday, August 30, 2010

20 Ramadhan

0 comment
Salam Ramadhan

"Kesejahteraan di akhirat bukanlah kerana banyaknya ibadat kita tetapi kerana kasih sayang Allah. Namun kasih sayang Allah bukanlah boleh diperolehi dengan hanya bersenang- lenang tanpa sebarang usaha."

Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda menyimpan perasaan terhadap seseorang dan ingin orang itu perasan kewujudan anda dan membalas perasan anda?

Adakah anda akan duduk sahaja tanpa melakukan apa?

Atau adakah anda akan menyiasat apakah kegemaran orang tersebut?

Lantas cuba sedaya- upaya untuk menyediakan apa yang orang itu sukai supaya dia mengetahui perasaan anda.

Dan memastikan anda berada di lokasi yang kerap dihadirinya supaya dia perasan dan menyedari kehadiran anda.

Dengan harapan orang tersebut akan jatuh hati dan membalas perasaan anda.

Jadi, walaupun ibadah kita tidak menjamin kesejahteraan di akhirat, sentiasalah kita berusaha untuk memenangi perhatian dan kasih sayang Allah SWT.

WallahuA'lam.

Friday, August 27, 2010

17 Ramadhan

2 comment
Salam Ramadhan.

Dah 17 hari kita menjalani ibadah puasa. Pada masa yang sama kehidupan harian saya berjalan seperti biasa.

Telah beberapa hari saya tidak menulis di blog. Bukan tiada masa, tapi hati saya memang tak tergerak nak menulis. Jadi, saya sekadar blogwalking menjenguk blog rakan2 dan bakal rakan2 blog.

Walaupun orang boleh kata kenapa semasa bulan puasa jer, tapi salah satu sebab saya tidak menulis ialah kerana takut tersilap tulis perkara yang tidak berfaedah. Saya pun tak berani nak cakap lebih2 tapi mungkin kerana keberkatan Ramadhan yang menyebabkan saya berfikir lebih panjang sebelum melakukan sesuatu.

Cuma hari ni, hati saya membuak2 nak menulis. Saya berbisik sendiri mungkin kalau tidak banyak mungkin secebis bakal ada tulisan saya yang menyumbang kepada kebaikan, Insya'Allah.

Dalam sessi blogwalking, saya terjumpa dengan satu portal yang membincangkan pelbagai perkara mengenai agama. Yang menimbulkan kemusykilan saya ialah bagaimana semua topik yang diketengahkan bertentangan dengan apa yang kita pelajari sebagai seorang Islam.

Sebagai contoh, menurut portal ini tiada hukum wajib menutup aurat (berhijab) di dalam Islam kerana tidak pernah dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Qur'an mengenai perkara ini.

Selain itu, ia juga menyebut mengenai ucapan salam yang didakwa sepatutnya berbunyi Salamun Alaik atau Salam sahaja kerana hanya ucapan itu ynag wujud dalam Al-Qur'an.

Seterusnya portal itu juga percaya bahawa solat wajib hanya ada 3 waktu sahaja.

Secara keseluruhan, saya berpendapat orang yang mewujudkan portal ini cuba mentafsirkan Al-Qur'an berdasarkan makna bahasa semata2 tanpa cuba untuk menyelidik makna tersirat.

Tetapi bagi saya yang tidak begitu arif untuk mentafsir Al-Qur'an seperti golongan "bijak pandai" ini, Al-Qur'an itu bukan lah sekadar bacaan dari segi bahasa sahaja. Tapi sebaliknya mengandungi pelbagai hikmah yang akan terserlah untuk mereka yang berusaha untuk menggalinya.

Tapi, pada masa yang sama saya rasa sukar untuk golongan "bijak pandai" ini untuk menggali Al-Qur'an lebih dalam kerana ia memerlukan kita memahami sebab2 turun Al-Qur'an dan disokong oleh Hadith2 Nabi Saw dan golongan ini pula tidak mengiktiraf kewujudan hadith2 Nabi SAW.

Saya resah bukan kerana saya terpengaruh dengan portal ini. Sebaliknya saya rasa terkilan kerana masih ada golongan yang bersusah payah membangunkan portal semata2 untuk mengelirukan Islam yang memang jelas dan mudah.

Saya bukan yang terbaik tapi saya berusaha untuk mendapat perhatian Allah.

Wednesday, August 25, 2010

Kongsi- kongsi

2 comment
Saya jarang forward maklumat yang saya terima dari e-me kerana khuatir kandungan emel tersebut akan mengganggu penerimanya. Tapi rasa saya apa yang saya terima dari emel sebentar tadi boleh dimanfaatkan bersama. Jadi, saya postkan di blog ini untuk tujuan berkongsi.

Konsep blog yang memerlukan pengunjung datang sekiranya berminat untuk mengetahui maklumat yang dipaparkan berbanding dengan konsep emel yang memanjangkan sebarang perkara samada yang disukai atau tidak oleh si penerima menyebabkan saya lebih selesa berkongsi maklumat di blog saya.

++++++++++++++++++++++++

Subject FW: Rabbighfirli Warhamni - Subhanallah indahnya ~

DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita
hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak
tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud
semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari
Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi
atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah
membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu
beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah
permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang
tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin
banyak kasih-sayang Allah yang kita terima, Ulanglah beberapa kali
hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut
dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..



Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita, Betapa
besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura
memohon sesuatu

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang
lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Please, forward to your family and friends.

Jazakallahu Khair (May Allah reward you for the good)

+++++++++++++++++++++++++

Grandma Says..

0 comment

Saya sendiri dah tak ingat bila saya melanggan bulletin ni. Tapi memang dah lama dan walaupun tak kerap, dari masa ke masa ia akan hantar e-mel mengenai tip keibubapaan. Selalunya saya delete je tanpa baca. Tapi tak pernah pulak fikir nak unsubscribe.

Hari ni tiba2 tergerak pulak hati saya nak baca dan tertarik dengan isinya. Saya post semula kat sini untuk rujukan saya masa depan.

Di bawah adalah e-mel berkaitan:

++++++++++++++++++++++++++++++++++
Grandma Says, a publication of Growing Child

Articles that appear from Grandma Says are focused on general parenting practices and philosophy and are not as age-specific as articles that appear in Growing Child.

"Grandma Says" is a feature of Growing Child and we encourage you to send your comments to: GrandmaSays@GrowingChild.com


MEMORANDUM FROM A CHILD

Cleaning out some drawers, I came across this memorandum. I'm not at all sure of its source or age, but I find that the ideas are compelling and brief reminders of tips for good parenting.

1. Don't spoil me. I know quite well that I ought not to have all that I ask for. I am only testing you.

2. Don't be afraid to be firm with me. I prefer it. It lets me know where I stand.

3. Don't use force with me. It teaches me that power is all that counts. I will respond more readily towards being led.

4. Don't be inconsistent. That confuses me, and makes me try harder to get away with everything I can.

5. Don't make promises that you may not be able to keep. That will discourage my trust in you.

6. Don't fall for my provocations when I say and do things just to upset you. If you do, then I'll try for more such victories.

7. Don't be too upset when I say, "I hate you." I don't mean it but I want you to feel sorry for what you have done to me.

8. Don't make me feel smaller than I am. I will make up for it by behaving like a "big shot."

9. Don't do things for me that I can do for myself. It makes me feel like a baby and I may continue to put you in my service.

10. Don't let my bad habits get me a lot of your attention. It only encourages me to continue them.

11. Don't correct me in front of people. I'll take more notice if you talk quietly with me in private.

12. Don't try to discuss my behavior in the heat of a conflict. For some reason my hearing is not very good at this time-my cooperation is even worse.

13. It is fine to take the action required by my behavior, but please let me know why I'm being punished, and that even if you might hate what I did, you don't hate who I am.

14. Don't try to preach to me. You'd be surprised how well I know what's right and wrong.

15. Don't make me feel that my mistakes are sins. I have to learn to make mistakes without feeling that I'm no good.

16. Don't nag. If you do, I shall have to protect myself by appearing deaf.

17. Let me know when I have done something that you like. If you let me know how I did it right, that makes it easier for me to please you again. What would your children add, if they were writing you a memorandum?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Tuesday, August 24, 2010

14 Ramadhan

0 comment
Salam 14 Ramadhan.

Macamana agaknya puasa saya selama 14 hari ni yek? Mampu tak menganjak peribadi saya lebih tinggi dari sebelum Ramadhan dulu?

Sepatutnya Ramadhan ini berupaya mengubah diri kita ke arah yang lebih baik kerana ia merupakan kem latihan kepada seorang Muslim.

Adakah semangat berkobar- kobar untuk menghidupkan Ramadhan yang telah dipahat di hati semasa 1 Ramadhan masih lagi menyala dengan terang?

Secara peribadi memang saya telah mula berasa kurang semangat. Telah beberapa malam ni teraweh saya tidak berwitir. Baca Al-Qur'an juga tidak kerap. Tetapi kalau dibanding dengan Ramadhan lepas, saya rasa sangat jauh bezanya.

Tahun ini saya lebih jauh bersemangat untuk meraikan Ramadhan. Mungkin kerana tahun ni kami sekeluarga berpeluang merai Ramadhan bersama2 kerana suami telah berjaya dalam permohonannya untuk bertugas di bandar yang sama dengan saya dan anak- anak.

Bukan apa, tinggal berasingan memang cabarannya lebih semasa Ramadhan kerana suami tinggal berseorangan.

Masih ada 15 hari lagi Ramadhan dan saya akan cuba untuk meningkatkan lagi momentum semangat Ramadhan, Insya'Allah.

Seperti yang selalu saya tanamkan dalam hati, dalam bulan Ramadhan memang kita berpuasa makan dan minum, sebab kita memberi peluang untuk roh kita pulak "makan".

Semoga Allah memberi kekuatan untuk saya memanfaatkan Ramadhan yang berbaki 15 hari ini, Insya'Allah.

Monday, August 23, 2010

lembah syukur

0 comment
Saat awan hitam berarak
kuhembuskan angin zikr
dan gerimis berderai

mengalirlah sungai sedar
doaku subur
di lembah syukur.

Friday, August 20, 2010

9 Ramadhan

2 comment
Semalam merupakan 9 Ramadhan 1431 Hijriyyah.

8 tahun lepas, pada 9 Ramadahan pukul 5 petang Fatihah Humairaa telah selamat dilahirkan.

Kenapa diputerikan sebagai Fatihah Humairaa'?

Nama Fatihah dipilih kerana dia anak sulung yang membuka kehidupan berkeluarga kami.

Nama Humairaa pula bersempena dengan nama gelaran yang diberikan Rasulullah SAW untuk Saiyiditina Aisyah r.a. dan moga2 kebijaksanaan Saiyiditina Aisyah ra akan diwarisi.


Selamat menyambut ulangtahun ke 8,
Fatihah Humairaa.
Semoga membesar sebagai seorang Mu'minah Solehah.



Fitrah menanti

0 comment
Kekasih,

yang ku damba
adalah hakikat;

bukan sekadar
buih- buih ombak
di pantai.

Usah kau membara
saat dihina;

walhal,

katamu nista
amalmu noda.

------------

Kembalilah,
fitrah menanti.

-------------

Wednesday, August 18, 2010

skrip yang usang

3 comment
Lemparkan topeng itu sahabat
tiada lagi sendiwara di pentas terbuka
yang bisa membisa kolam jiwa
mencarik naskah skrip yang usang
dan si pengarah tua itu
telah lama beralah
meninggalkan bangku berdebu
terpaku bisu

Ceria

0 comment
Biarkan jemari berbicara
melontar bait puisi
dan irama dunia
warnanya
ceria

Monday, August 16, 2010

Muhammad Adam

2 comment
Sebenarnya saya lama dah nak buat entri ni, tapi baru hari ni diringankan hati untuk menulis selepas membaca entri bertajuk Melakukan Atas Dasar Apa di blog saudara blogger.

Minggu lepas kalau tak silap hari Khamis saya terdengar satu segmen sempena Ramadhan di Ikim.FM bernama Islam Agamaku. Ia mengenai pengalaman2 saudara- saudara kita yang kembali kepada Islam. Memang menarik. Sesiapa yang berminat nak mengikut segmen tersebut ia ke udara pada pukul 5 petang setiap Khamis.

Siri 2 minggu lepas adalah mengenai seorang remaja yang mula jatuh cinta kepada Islam semasa dia berumur 17 tahun. Ia berikutan perdebatannya bersama seorang kawan mengenai Islam. Persamaan kisah Nabi Adam a.s di dalam agama Islam dan Kristian menggamit hatinya untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam.

Memilih nama Muhammad Adam, beliau mengucapkan dua kalimah Syahadah semasa berumur 18 dan sedang menuntut di kolej. Walaupun pilihannya tidak direstui keluarga dan terpaksa menangguhkan pengajian, ujian tersebut tidak berupaya mengekang niatnya untuk menjadikan Islam sebagai jalan hidupnya.

Sekarang Adam telah berusia 21 tahun dan tinggal bersama keluarga angkatnya. Dia menyara kehidupannya dengan membuat persembahan silap mata dan menulis buku mengenai pengalamannya mengenali Islam.

Walaupun baru 3 tahun mengenali Islam, namun terserlah melalui perbualannya bahawa Adam memang betul2 yakin kepada kebenaran Islam dan Kebesaran Allah.

Memandangkan Muhammad Adam cenderung untuk mengenali Islam melalui kajian yang dibuatnya sendiri dan bukan semata2 mendengar, beliau ditanya mengenai penemuan dari kajiannya.

Bila ditanya kenapakah diwajibkan/ digalakkan amalan seperti Puasa dan Solat Jemaah di dalam Islam, jawapannya yang pertama untuk kedua2nya ialah:

" Kita diwajibkan menunaikan puasa adalah kerana ia adalah suruhan Allah swt"

"Kita digalakkan menunaikan solat berjemaah kerana ia adalah suruhan Alah swt"

Saya yang memang Islam sejak lahir pun belum tentu terfikir jawapan macam tu kalau ditanya kenapa kita perlu buat apa sesuatu amalan dalam Islam.

Dan apabila ditanya apakah kata2 akhir sebelum menamatkan temu bual tersebut, Muhammad Adam dengan nada bersahaja menyampaikan beberapa perkara:

1. Semua Muslim perlu menjalankan kerja dakwah kerana ia fardhu AIn untuk berdakwah dengan orang yang kita kenal dan fardhu Kifayah untuk berdakwah dengan ornag yang kita tidak kenal.

2. Seterusnya dia menyebut 4 jenis dakwah yang saya sendiri mengaku jahil mengenainya dan tak dapat nak kongsi di sini. Tapi yang pastinya Ustaz Zamri yang merupakan salah seorang penyampai tak dapat nak sembunyikan kekagumannya bila terkeluar dari mulutnya bunyi "Issyy" dan mengiyakan bahawa memang betul seratus peratus apa yang dikatakan Muhammad Adam tersebut.

3. Muhammad Adam juga menyarankan supaya semasa menjalankan dakwah, apa yang perlu ditekankan adalah titik persamaan di dalam Islam dan agama orang yang didakwahkan. Hal ini adalah kerana menekankan perbezaan akan menyebabkan orang yang didakwah akan menjauhkan diri.

Seperti dirinya, persamaan kisah Nabi Adam as di dalam Islam dan Kristian menyebabkan dia tertarik untuk mengkaji Islam dengan lebih lanjut sehingga Muhammad Adam menerima Islam sebagai jalan hidupnya.

Wallahua'lam..

Maryam Berpuasa

3 comment
Ramadhan tahun ni Maryam mula belajar menunaikan ibadah puasa.

Ini kali pertama Maryam menyertai kami sekeluarga meraikan Ramadhan. Sudah pasti sukar untuknya terus berpuasa penuh. Jadi pada hari pertama Ramadhan Maryam hanya diperkenalkan kemeriahan bersahur. Pada siangnya, pukul 9 pagi Maryam dah bising2 nak makan.

Hari kedua dan ketiga, Khamis dan Jumaat pukul 12 tengahari Maryam terpaksa "berbuka" kerana dia perlu bersiap2 untk ke sekolah. Kami tak bagi dia berpuasa di sekolah sebab takut cikgu tak boleh layan kalau dia tiba2 tak larat nak meneruskan puasanya.

Hari keempat, Sabtu tak sekolah. Jadi kami cuba ajak Maryam puasa penuh. Nampaknya okay untuk Maryam yang dikenali sebagai seorang yang banyak makan dan manja. Sehingga petang Maryam melalui pengalaman puasa penuhnya yang pertama tanpa sebarang masalah. Dan semasa berbuka, Maryam ambik peluang minum minuman sejuk yang biasanya kami tegah.

Hari kelima, Ahad. Seperti hari keempat, puasa Maryam bermula dengan lancar. Kira- kira pukul 5, semasa kami sibuk berkemas untuk berbuka puasa di rumah emak, saya menjenguk ke bilik anak- anak. Saya dapati Maryam terbaring di katil dengan muka sedih.

Menurut pembantu, Maryam tak larat nak tahan lapar dan nak berbuka. Memandang jam dah menunjukkan pukul lima, sayang pulak rasanya nak suruh Maryam berbuka. Jadi saya pujuk dia untuk tahan sedikit lagi dan cuba tidur supaya tak rasa lapar. Alhamdulillah, Maryam patuh walaupun dah teresak2.

Namun, semasa 15 minit nak berbuka, Maryam menangis kata tak tahan. Mana tidaknya, waktu tu kami berbuka bersama2 adik saya yang sedang mengandung. Mungkin dia teringin nak makan laksa penang, jadi hari tu dia bawa laksa penang dan beberapa jenis kuih.

Kami mula mengira minit demi minit dan saat demi saat supaya Maryam bertahan. Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang menandakan, Maryam terus meneguk segelas air. Lepas tu dengan tangan menggeletar dia menyuap laksa penang ke mulutnya.

Saya di sebelahnya memerhati dengan perasaan berbaur. Kelakar pun ada, kesihan pun ada. Tapi, kadang- kadang dalam mendidik anak2, saya rasa kita perlu "mengeraskan" hati sedikit untuk kebaikan mereka di masa depan.

Walaupun saya sedar mungkin ia seperti mendera anak yang masih kecil, tetapi mesej yang disampaikan pertama kali perlu jelas. Mereka perlu sedar bahawa puasa memang bukan sesuatu yang menyeronokkan kerana kita tidak boleh makan dan minum. Dan untuk memberitahu mereka bahawa fadilat puasa itu pelbagai, rasanya sukar sedikit untuk difahami oleh kanak2 berusia lima tahun seperti Maryam.

Jadi, setakat ini cukuplah kalau anak kecil ini sanggup untuk menahan lapar dan dahaga mereka kerana melihat orang lain juga berpuasa. Itupun bukan tiap2 hari dan saya menyasarkan Maryam untuk berlatih berpuasa penuh tahun ini untuk hari2 tidak bersekolah sahaja.





Tawaran Harga Runtuh

0 comment
Salam Ramadhan.

Hari ini merupakan 6 Ramadhan. Jadi, macamana agak kesan Ramadhan setakat ni ke atas diri kita? Semoga peluang membaiki diri semasa Ramadhan tidak disia2kan.

Seperti yang kita maklum, tempoh kedatangan Ramadhan adalah dikira detik demi detik. Hanya akan bersama kita selama 30 atau 29 hari dan tibanya pula hanya selepas kita melalui 11 bulan yang lain. Dan belum pasti kita akan diberi peluang untuk menikmati kemanisan Ramadhan yang akan datang.

Ya... Biarpun pahit, itulah hakikatnya. Kita tidak pasti bilakah ajal akan tiba. Bila- bila masa Malaikat Izrail akan menjenguk dan menyampaikan berita bahawa masa kita telah sampai. Tidak akan dipercepatkan sesaat atau ditangguhkan sesaat.

Jadi, dengan peluang yang masih ada ini, sama- samalah kita memanfaatkan keberkatan Ramadhan ini untuk melengkap diri sebanyak2nya dengan bekalan menuju akhirat.

Kenapa mesti Ramadhan?.. Bulan2 lain tak boleh ke?.

Kenapa agaknya ye?

Sekiranya sebuah pasaraya menawarkan harga rendah untuk setiap barangan, pasti kita akan sentiasa membeli belah di situ.

Tetapi, seandainya sekiranya ia menawarkan :

"kempen tawaran pembelian setiap barangan
akan mendapat
berganda2 barangan lain secara percuma"

dan
tawaran tersebut

hanya

pada bulan Ramadhan,


apakah yang akan kita lakukan????

Friday, August 13, 2010

Fatihah diuji

2 comment
Semalam semasa balik kerja saya terperanjat tengok Fatihah menangis... Kira tahap serius pulak menangisnya.

Bila tanya kat suami, rupa2nya Fatihah dah tak larat nak tahan dahaga. Dia bukan nak bukak puasa tapi nak minum sikit je. La.. Anakku... Mana boleh macam tu.. Kalau dah minum tu, kira dah batallah puasanya.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Fatihah menjalani ibadat puasa. Tahun lepas dia puasa penuh. Mungkin sebab cuaca dua tiga hari ni memang luar biasa sikit panasnya.

Bukan tak kasihan, tapi dah pukul lima setengah pun waktu tu. Sayang pulak nak suruh dia berbuka. Lagipun, kalau dibiarkan, saya dan suami tak nak sikap mudah mengalah akan menjadi kebiasaannya pulak.

Suami saya pun pujuklah dia beli minuman yang dia nak untuk buka puasa. Lepas tu dia bawak Fatihah jalan2 supaya leka dan tak ingat dengan dahaga.

Tapi kalau dah anak2 memanglah anak2. Tak lama lepas tu saya dah tergelak suara ceria Fatihah dan Maryam sedang mandi petang. Tak de pulak nampak letih.

Waktu Iftar lepas tu saya dan suami tanya dia seronok tak puasa. Dia mengangguk- angguk sambil tersenyum.

Fatihah belajar menangani ujian puasa. Saya dan suami pun turut belajar sama... :)

Thursday, August 12, 2010

Janji termaktub

0 comment
Sekujur jiwa yang kaku
ucapkan selamat tinggal
kerana lampu dinding
telah malap
didakap janji
yang termaktub
di dalam kitab

dan aku masih di sini
mengutip sisa mimpi
yang suatu hari nanti
pasti menjadi realiti.

Tuesday, August 10, 2010

Sinar Ramadhan

2 comment
Di kaki langit kau mengintai
anak- anak ceria
ayah bonda berdoa

moga cahayamu
tidak sia-sia
menerangi buana

Sinarmu Ramadhan
menyerlah jiwa
menyingkap jendela merdeka.

Saya memohon maaf..

2 comment
Menyahut seruan saudara saya, Sakinah yang menyarankan untuk memulakan Ramadhan dengan sebagai usaha untuk melaluinya dengan ketenangan, saya memohon kemaafan di atas segala perbuatan atau tulisan saya yang menyinggung perasaan sesiapa sahaja yang pernah berinteraksi dengan saya sama ada di dunia nyata dan di dunia maya.

Doakan saya berjaya menyempurnakan Ramadhan tahun ini dengan sebaik2nya, Insya'Allah.

Saya juga mendoakan semua Muslimin terutamanya keluarga dan rakan akan mendapat keberkatan Ramadhan.

Salam Ramadhan Mubarak.

Monday, August 9, 2010

Blogwalking

2 comment
Saya cuba nak lawat laman web beberapa pelawat blog. Bukan saya tak pernah lawat blog2 pelawat2 blog saya sebelum ini. Malahan kebanyakan dari pelawat biasa saya merupakan pemilik blog yang saya ikuti.

Tapi laman2 web yang saya lawat kali ni lain sikit. Saya pasti mereka ni sekadar nak tingkatkan lalu- lintas laman web mereka dengan meninggalkan jejak seberapa banyak yang mungkin di laman maya, dengan harapan link mereka akan dilawat kembali.

Tujuan lawatan saya adalah untuk mengetahui selalunya golongan warganegara maya kategori ni, macam mana agaknya laman mereka. Saya ingat nak lawat semua link jenis ni yang terpapar kat chatbox saya, tapi selepas laman ketiga saya dah tak larat dah. Saya rasa tak berbaloi pulak nak luangkan masa saya kat situ sebab tak de "pulangan" langsung.

Tapi supaya usaha mereka tak sia2, saya letaklah jugak link laman2 yang sempat saya lawat sebelum saya "letih" sebentar tadi.

  1. Pandoracharm- bracelet
  2. Purchase structured settlement
  3. Students loan consolidation Rates
  4. Car Free insurance Online Quote

Berdasarkan lawatan ringkas saya, 3 dari 4 link tu ditaja oleh kumpulan yang sama manakala yang satu lagi hanya membuat 15 entri sejak bermula pada 2009. Dan entri terakhir pada bulan April 2010 tetapi tetap aktif untuk menambahkan trafik dengan melawat blog saya dua tiga hari lepas.

Salam Ramadhan...

Bunga Raya (Haiku Lagi)

2 comment
Saya cuba buat ni waktu komen entri seorang kawan blogger (Percubaan berani mati sebab dia pakar Haiku.. :)



Bunga rayaku
Segar di pulau dingin
merah menyala.

Kat rumah kita tak da pokok

5 comment
"Mama, kalau LailatulQadar, kan ke pokok- pokok tunduk ke bumi. Macamana lailatulqadar kat rumah kita, sebab kat kawasan perumahan kita tak de pokok."


Sebab ditanya secara mengejut, saya tak bersedia dengan jawapan, saya pun jawab,

"Pokok kecik kat dalam pasu depan rumah pun sama jugak."


Dia tanya balik,

"Pokok kecik tu tunduk masih hidup ke? Bukan kerana dia dah layu?"


Macam- macam.....


Lepas tu dia sambung lagi,


"Nanti kakak nak tunggu pokok- pokok tu tunduk lah."


Saya pun ambik peluang cucuk jarum,

"Haaa.. Kalau macam tu kena rajin solat terawikh dan baca AL-Qur'an."


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tahun lepas Fatihah dah mula berpuasa penuh, tetapi belum begitu faham konsep Ramadhan. Tahun ni dia dah masuk lapan tahun dan berazam sendiri nak puasa penuh. Tahun lepas kami yang bagi semangat untuk cuba puasa penuh.

Minggu lepas suami saya belikan dia novel remaja/ kanak- kanak mengenai puasa. Jadi rasanya cerita dalam buku tu berkisar mengenai puasa. Tu yang dia baca macam- macam mengenai Ramadhan. Lepas tu, kat dalam tu diselitkan pelekat pelbagai doa yang dibaca semasa Ramadhan.

Bagus juga ada usaha hasilkan buku macam tu, boleh menarik perhatian kanak- kanak dan remaja untuk mengetahui lebih mendalam mengenai puasa. Kalau kita suruh diorang baca buku panduan puasa betul2, memang sah takkan disentuh.

Selamat Ramadhan...

Friday, August 6, 2010

Haiku Lagi

3 comment
Saya tiba- tiba berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai haiku.

Sedikit maklumat baru yang diperolehi, maklumat dari sini:

1. Baris Haiku 5-7-5

2. Baris pertama dan kedua perlu memasukkan kata musim yang menceritakan pandanganpenulis. Ia juga tidak harus dipuisikan.

3. Baris ketiga memberi bayang pada baris 1 dan 2

Mari saya cuba lagi berdasarkan maklumat di atas:

5 Malam dan solat

7 Siang dan ujiannya

5 Ramadhan mesra

Alhamdulillahilladzi ahyana...

0 comment
Juadah tengahari Juma'at

Ringkasan Segmen Motivasi Pagi Ikim.FM- 06.08.10


++++++++++++++++++++++++++++++

1. Peluang untuk meneruskan kehidupan sehari lagi merupakan anugerah berharga dari Allah. Sebab itu kita dianjurkan untuk membaca doa bangun tidur;

*****"• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Keterangan :

Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :

عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Artinya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)"***********




2. Bayangkan sekiranya kita menerima sebungkus hadiah dari seseorang, kita akan begitu gembira dan akan terus menghubungi orang tersebut untuk mengucapkan terima kasih.

Jadi, apabila kita menerima anugerah hidup untuk sehari lagi dari Allah, apakah yang sepatutnya kita lakukan?.


3. Salah dari dari tanda terima kasih kita ialah bersyukur. Ia bermakna kita harus mengguna anugerah Allah untuk tujuan yang sepatutnya. Jadi, kita harus bertanggungjawab untuk mengguna peluang kehidupan itu dengan sebaik-baiknya.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


**** Petikan mengenai doa bangun tidur dicopy dari laman web ini




Nota Pemblog:

WallahuA'lam. Besarnya nikmat bangun pagi setiap hari. Semoga kita sentiasa menghargainya dan memanfaatkan peluang hidup untuk sehari lagi. Bila sampai masanya, ajal tidak akan tertangguh walau sesaat dan tiada harta dunia yang mampu menganjaknya walau untuk sesaat.



Thursday, August 5, 2010

Mari cuba buat Haiku

0 comment
Setakat yang saya tahu, haiku adalah puisi yang mempunyai 3 baris dan setiap baris terdiri dari suku kata 5,7,5.

Saya tak pernah cuba lagi tapi semalam saya blogwalking dan terjumpa sorang pemblog yang mahir membuat haiku.

5 awan yang hitam
7 hati kecil berbisik
5 sepi di sini

hhmmm.....

Kebakaran

3 comment
Petang semalam penghuni bangunan yang diduduki pejabat saya digemparkan oleh siren kecemasan.

Pada mulanya saya yang baru bersiap- siap nak ke surau untuk menunaikan solat Asar menganggap ia hanya amaran biasa. Maksudnya mungkin ada yang tertekan butang kecemasan pada lif secara tidak sengaja atau untuk main- main.

Namun saya mula panik bila tercium bau benda terbakar dan kelihatan asap keluar dari bahagian tangga. Beberapa orang rakan pejabat dari tingkat 9 (saya di tingkat 10) berlari naik dengan wajah pucat sambil memberitahu yang memang betul- betul berlaku kebakaran di bangunan 20 tingkat itu.

Saya terus berlari balik ke bilik saya untuk mengambil beg. Dalam kelam kabut saya hanya sempat mematikan suis elektrik utama. Saya dah tak kisah sama ada komputer dah ditutup secara teratur.

Yang kelakarnya, saya masih sempat mencapai novel "To kill a Mocking Bird" yang baru saya beli dan tak sempat lagi dibaca. Buku tu saya keluarkan dari beg sebelum tu sebab nak baca sewaktu turun makan tengahari.

Terfikir jugak saya dengan kereta saya. Tapi saya tak rasa saya sempat nak keluarkan kereta mengenangkan saya parkir di tingkat 6. Rasanya pada waktu tu, menyelamatkan nyawa lebih utama. Yang kesian, seorang rakan saya sedang sarat mengandung terpaksa turun tangga dari tingkat 10.

Alhamdulillah, lepas kira- kira 30 minit berdiri di luar bangunan dalam hujan gerimis, pihak bomba mengisytiharkan bangunan selamat untuk dimasukki semula. Baru pagi tadi saya dapat tahu yang kebakaran kecil tersebut berpunca dari puntung rokok yang dibuang dalam tong sampah. (Sabar je la...)

Walaupun kelakar dalam panik, banyak pengajaran yang saya perolehi:

1. Bila nyawa di penghujung, harta tidak lagi berharga
2. Saat itu, tiada lagi istilah gurau senda.
3. Bila- bila saja kita boleh dijemput maut.
4. Perlu sentiasa bersedia dengan "bekalan" yang cukup sebelum maut menjemput.

WallahuA'lam.

Wednesday, August 4, 2010

Penat?

2 comment

++++++++++++++++++++++++++++


"Biar penat sekarang asal jangan "penat" di kemudian hari"

Ungkapan Imam Muda Terunggul Mohd Asyraf apabila ditanya bagaimana aktiviti beliau selepas tamatnya program Imam Muda.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Nota Pemblog:

Ungkapan yang ringkas tetapi terselit makna yang mendalam untuk direnungi.

Tuesday, August 3, 2010

Sekolah tak ada ujian?..

0 comment
Entri ini berkaitan dengan entri mengenai peperiksaan sebelum ini. Saya sengaja membuat entri tersebut sebagai intro atau pembuka selera sebelum membaca entri ini.

Sebenarnya saya ingin berkongsi isu yang disentuh penceramah Motivasi Pagi IKIM.fm pagi tadi. Untuk makluman, beliau merupakan penceramah baru. Semalam pertama kali beliau ke udara dan saya terus meletakkan rating tak best.

Tapi hari ni saya rasa saya patut memberi beliau peluang dan cuba untuk mengutip seberapa banyak pengajaran walau siapa pun yang memberinya. Dan Alhamdulillah saya membuat pilihan yang tepat kerana walaupun pendekatan ceramahnya berlainan dari penceramah2 sebelum ini, tetapi pengajaran yang dikongsikan tetap sama nilainya dengan yang terdahulu.

+++++++++++++++++++++

Antara yang menarik:

1. Dunia ini merupakan dewan peperiksaan yang besar di mana tempoh kita di dalamnya telah ditetapkan.

2. Semasa di dewan peperiksaan, apakah reaksi spontan kita apabila berada di sana? Berjenaka? Bergurau senda? Berleka berkhayal memandang siling dewan?

3. Sanggupkah anda menghantar anak anda ke pusat pendidikan yang mendakwa mereka menawarkan sistem pendidikan terbaik tetapi tidak mempunyai sebarang peperiksaan atau ujian sepanjang tempoh pengajian.

4. Setiap cabaran yang dihadapi tak kira kecil atau besar merupakan ujian Allah untuk meningkatkan lagi nilai diri insan sekiranya dia berjaya melepasi ujian tersebut. Jadi, jangan hilang punca semasa diuji kerana yang dinilai bukanlah kejayaan yang dicapai tetapi bagaimana kita menangani ujian tersebut.

=========================================

nota penulis:

Seperti pengalaman ngeri saya dalam entri terdahulu, saya masih bernasib baik kerana masih sempat menyedari kesilapan dan kecuaian saya sebelum mkeluar dari dewan peperiksaan.

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak menyedari langsung kecuaian itu sehingga keputusan peperiksaan saya keluar?.

Renung- renungkan... WallahuA'lam..

Harapan yang hampir renyuk...

2 comment
Tiba- tiba saya teringat pada suatu pengalaman "ngeri" semasa saya berada di tingkatan 4 atau 5.

Semasa itu saya sedang menduduki peperiksaan akhir kertas 2 sabjek Matematik. Maknanya ia akan melibatkan banyak pengiraan dan gambarajah walaupun soalannya hanya seciput. Selalunya menjawab kertas ini akan memerlukan banyak masa dan jarang berpeluang untuk menyemak semula jawapan yang telah ditulis.

Gambaran yang jelas diingatan saya ialah gumpalan kertas jawapan yang bulat seperti bola sebesar genggaman tangan saya. Saya letak ke tepi meja dalam kekhusyukan menjawab soalan bersama dengan beberapa gumpalan kertas yang lain.

Apabila loceng tamat masa berbunyi, saya mula mengumpulkan kertas jawapan mengikut nombor soalan yang dijawab.

Zupp... Saya rasa tusukan ngilu di bahagian abdomen. Jantung saya berdebar- debar. Saya rasa macam nak pengsan. Mata saya mula berpinar- pinar.

Saya tarik nafas perlahan- lahan. Saya pujuk hati saya sendiri untuk bertenang. Dua tiga kali saya susun kertas jawapan dan jumlahnya masih tetap sama. Kertas jawapan saya kekurangan satu nombor soalan yang perlu dijawap. Rakan- rakan saya yang lain telah mula bergerak meninggalkan dewan peperiksaan.

Perlahan- lahan saya menoleh ke gumpalan kertas di sudut meja. Hati saya tak putus- putus berdoa. Dengan tangan yang sedikit menggeletar saya mencapai gumpalan kertas tersebut dan membentangkannya di atas meja. Dan di antara lipatan2 ronyok saya mengintai. Di atas kertas yang renyuk itu tertera no soalan dan jawapan yang saya cari.

Bibir saya mengorak senyum lega. Tapi saya perlu menebalkan muka berjumpa dengan pengawas peperiksaan. Saya perlu menjelaskan kenapa kertas jawapan saya renyuk. Seingat saya, dia berpuas hati dengan penjelasan kerana akhirnya saya lulus dengan baik untuk Sabjek Matematik tersebut.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Monday, August 2, 2010

segenggam dendam

2 comment
Matamu kayu
lidahmu batu
hatimu kaku

jemarimu mencapah
maruah bangsa dicakar
mengalir darah dan nanah
ke ceruk longkang

dan saat itu
selembar benang diri
kian malu

segenggam dendam
meronta di dadamu
adalah barah
yang kian parah.

Rahsia Kejayaan Puan Faiza ( Tokoh MaulidurRasul 2010)

2 comment
Diperik dari Mingguan Malaysia, 1 Ogos 2010, muka surat 9
Tulisan: Arif Nizam Abdullah.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Puan Faizah Bauwumi merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, pembekal 21 jenama beras dan pengeluar pelbagai jenis rempah ratus di pasaran.

Apabila ditanya rahsia kejayaan beliau, jawapan Puan Faizah ialah:


1. Niat yang betul

- Niat beliau berniaga bukan hendak menjadi kaya raya tetapi untuk membantu seramai mungkin ahli masyarakat melalui rezeki yang diperolehinya. Syarikat beliau merupakan salah satu pembayar zakat terbanyak di Malaysia.


2. Solat Dhuha dan Surah Al-Waqiah

- Puan Faiza mengamalkan Solat Dhuha dan membaca surah Al-Waqiah setiap hari agar tidak ditimpa papa.

++++++++++++++++++++++++++++++++++


Nota Penulis:

- Solat Dhuha merupa solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada waktu pagi selepas matahari terbit dan sebelum matahari tegak di kepala. Waktu yang sesuai adalah sekitar pukul 10 pagi.

- Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke 56 yang terdiri dari 96 ayat yang pendek-pendek. Kita boleh menamat satu surah tersebut dalam masa kurant dari 15 minit.