Muhammad Adam
Sebenarnya saya lama dah nak buat entri ni, tapi baru hari ni diringankan hati untuk menulis selepas membaca entri bertajuk Melakukan Atas Dasar Apa di blog saudara blogger.
Minggu lepas kalau tak silap hari Khamis saya terdengar satu segmen sempena Ramadhan di Ikim.FM bernama Islam Agamaku. Ia mengenai pengalaman2 saudara- saudara kita yang kembali kepada Islam. Memang menarik. Sesiapa yang berminat nak mengikut segmen tersebut ia ke udara pada pukul 5 petang setiap Khamis.
Siri 2 minggu lepas adalah mengenai seorang remaja yang mula jatuh cinta kepada Islam semasa dia berumur 17 tahun. Ia berikutan perdebatannya bersama seorang kawan mengenai Islam. Persamaan kisah Nabi Adam a.s di dalam agama Islam dan Kristian menggamit hatinya untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam.
Memilih nama Muhammad Adam, beliau mengucapkan dua kalimah Syahadah semasa berumur 18 dan sedang menuntut di kolej. Walaupun pilihannya tidak direstui keluarga dan terpaksa menangguhkan pengajian, ujian tersebut tidak berupaya mengekang niatnya untuk menjadikan Islam sebagai jalan hidupnya.
Sekarang Adam telah berusia 21 tahun dan tinggal bersama keluarga angkatnya. Dia menyara kehidupannya dengan membuat persembahan silap mata dan menulis buku mengenai pengalamannya mengenali Islam.
Walaupun baru 3 tahun mengenali Islam, namun terserlah melalui perbualannya bahawa Adam memang betul2 yakin kepada kebenaran Islam dan Kebesaran Allah.
Memandangkan Muhammad Adam cenderung untuk mengenali Islam melalui kajian yang dibuatnya sendiri dan bukan semata2 mendengar, beliau ditanya mengenai penemuan dari kajiannya.
Bila ditanya kenapakah diwajibkan/ digalakkan amalan seperti Puasa dan Solat Jemaah di dalam Islam, jawapannya yang pertama untuk kedua2nya ialah:
Wallahua'lam..

" Kita diwajibkan menunaikan puasa adalah kerana ia adalah suruhan Allah swt"
"Kita digalakkan menunaikan solat berjemaah kerana ia adalah suruhan Alah swt"
Saya yang memang Islam sejak lahir pun belum tentu terfikir jawapan macam tu kalau ditanya kenapa kita perlu buat apa sesuatu amalan dalam Islam.
Dan apabila ditanya apakah kata2 akhir sebelum menamatkan temu bual tersebut, Muhammad Adam dengan nada bersahaja menyampaikan beberapa perkara:
1. Semua Muslim perlu menjalankan kerja dakwah kerana ia fardhu AIn untuk berdakwah dengan orang yang kita kenal dan fardhu Kifayah untuk berdakwah dengan ornag yang kita tidak kenal.
2. Seterusnya dia menyebut 4 jenis dakwah yang saya sendiri mengaku jahil mengenainya dan tak dapat nak kongsi di sini. Tapi yang pastinya Ustaz Zamri yang merupakan salah seorang penyampai tak dapat nak sembunyikan kekagumannya bila terkeluar dari mulutnya bunyi "Issyy" dan mengiyakan bahawa memang betul seratus peratus apa yang dikatakan Muhammad Adam tersebut.
3. Muhammad Adam juga menyarankan supaya semasa menjalankan dakwah, apa yang perlu ditekankan adalah titik persamaan di dalam Islam dan agama orang yang didakwahkan. Hal ini adalah kerana menekankan perbezaan akan menyebabkan orang yang didakwah akan menjauhkan diri.
Seperti dirinya, persamaan kisah Nabi Adam as di dalam Islam dan Kristian menyebabkan dia tertarik untuk mengkaji Islam dengan lebih lanjut sehingga Muhammad Adam menerima Islam sebagai jalan hidupnya.

Assalamualaikum kak.. [hihi banyak doakan akak hari ni]
ReplyDeleteitulah macam2 cara Allah berikan hidayah. sebab sama2 agama samawi, kristian dan islam banyak persamaan cuma dlm islam cara kepercayaan tu lain. contohnya kristian percaya ada neraka dan syurga tp kristian lebih menjanjikan syurga kepada penganutnya. jadi ketakutan azab neraka mereka tidak ditekankan. mereka yakin dapat masuk syurga walau sejahat dan sebanyak manapun dosa mereka asalkan mereka percayakan jesus sebagai penyelamat mereka.
Alaikumsalam w.b. Sakinah:
ReplyDeleteTkasih sebab doa akak banyak2.. :)..
Frankly speaking apa yang akak belajar dari Sakinah akhir2 ni lebih banyak dari yang akak belajar selama hampir 40 tahun lahir dalam Islam (mengenai dakwah kepada non muslim)..
Walaupun environment kat Swak pun mcm kat sabah, tapi sebab background dari Sekolah Agama, akak tak berpeluang nak rapat dengan mereka. Dah kerja ni tak reti pulak bukak citer agama dengan rakan sepejabat.
That's why akak appreciate sgt pengalaman yang Sakinah share kat blog dari kaca mata saudara yang pernah berada di luar Islam.
Teruskan ya sessi kongsi .. :)