Posts

Showing posts from March, 2012

Indahnya di sini

Indahnya di sini ada cinta yang mekar ada mesra yang segar sesekali terluka hati berbicara lantas menyulam ceria indahnya di sini syurga dunia raudhah sakinah gerbang ke Jannah.

Kota berdarah

Kota berdarah sunyi dan kaku dalam rintihan ada bisikan  kami telah pergi namun selamanya tetap di sini.

Mekar Sekuntum Mawar

Sekuntum mawar di taman ada kelopak yang mekar ada warna yang segar ada wangi yang tersebar ada duri mencakar ada hati tercalar pada sekuntum mawar yang mekar ada rahsia yang harus dibongkar.

Tahniah Mawi

Image
Assalamualaikum wb... Saya sangat teruja bila membaca berita gembira kelahiran puteri sulung Mawi, Cahaya Malaika pada 28 Februari 2012 yang lalu. Walaupun tak ada kaitan saudara kecuali saudara seIslam, rasa teruja macam sambut kelahiran anak saudara sendiri pula. Pagi semalam saya terus telefon adik kat rumah sebab nak cakap anak saudara dia dah lahir. Sekali mak sambut. Terus dengan suara yang ala2 terharu, mak cakap.." hmmm.. cucu mak jugak tu.. ".. Kan dah kata dah... :) Memang dari semasa Mawi kat AF lagi, saya dan keluarga merupakan "kipas keras mati" Mawi. Saya yang waktu tu dalam pantang anak kedua, sampai mengigau2 sebab 24 jam kat rumah mak pasang ulang siaran diari AF yang ada MAwi. Ingat lagi, waktu kat hospital lepas melahirkan, terlepas konsert minggu tu yang Akma terkeluar. Memang tak lupa. Tapi tak pe, sebab balik rumah, memang sepanjang masa pasang diari AF. Memang fenomena betul... Sebab tu la, kalau sekarang ni ada pihak berkata popu