Thursday, August 30, 2012

Janji ditepati

0 comment
Assalamualaikum wb...

Salah satu dari sifat orang munafik ialah bila berjanji ia mungkir. Ternyata amat besar tuntutan menepati janji yang telah kita buat waima kepada sesiapa sahaja.

Tetapi, kalau ada orang bagi barang dengan kita sebagai hadiah. Lepas tu tiba- tiba dia minta pulak kita buat sesuatu. Kalau kita tak buat, rasanya bukan mungkir janji kot... Sebab kita tak pernah pun janji yang kita akan penuhi apa sahaja permintaan dia kalau dia bagi kita barang tu.

Lebih- lebih lagi kalau barang yang dia bagi tu bukan harta milik dia pun, cuma harta kita sendiri yang dikumpul dan diagih- agihkan semula berdasarkan keperluan semasa.

Wallahua'lam...


Wednesday, August 29, 2012

Bersama kesusahan itu...

0 comment

Assalamualaikum wb...

Pada Al- Insyirah itu
ada semangat yang menyengat
ada tabah yang hebat

saat hatinya sayu
saat hatinya rindu
ada suara yang memujuk
dia tidak pernah ditinggalkan
dalam kedukaan
dalam kesedihan

kerana tibanya kesusahan itu
di sebaliknya ada kesenangan
yang turut bertandang.

Monday, August 27, 2012

Insan Dewasa

0 comment
Assalamualaikum wb...


Kian jauh mengembara
Hati makin kerap bertanya
Soalannya sukar
Perjalanannya mencabar
Mungkin sekali sekala
Terluka kaki terinjak duri
Atau kaca dari pengembara yang leka
Sabarlah
Kerana kau bakal menjelma
Sebagai insan yang sebetulnya
Telah dewasa.

Tuesday, August 21, 2012

Syawal satu kemenangan

0 comment
Assalamualaikum wb....


3 Syawal 1433 H

Sekurang- kurangnya 40 kali dah saya merayakan eidulfitri.

Semasa kecil memang inilah saat yang paling ditunggu- tunggu. Main bunga api, makan kuih, jalan- jalan rumah jiran dan saudara mara sampai malam. Memang dunia ini ana yang punya...

Bila dah remaja, momentum masih sama. Kali ni sebab ini lah satu2 nya masa boleh jumpa kawan- kawan sekolah yang telah lama berpisah. Bertukar- tukar cerita pahit dan manis. Mengulang2 cerita- cerita zaman sekolah. Manisnya kenangan.

Bila dah berkeluarga, hari raya bermakna persediaan lebih tertumpu kepada persiapan raya suami dan anak- anak. Setiap tahun saya menyiapkan sendiri pakaian raya suami dan anak- anak.

Dengan kekangan waktu sebagai seorang pengurus rumahtangga yang juga bekerja di luar, saya cuma mampu menyiapkan semuanya di saat- saat akhir. Kali ini, pengumuman raya merupakan saat- saat yang paling saya takuti. Takut anak bulan muncul di saat persiapan raya belum tersedia. Ngerinya.... Bagi saya, keseronokan hari raya rupanya hanya untuk kanak- kanak dan remaja. Tiada lagi keseronokan hari raya untuk golongan dewasa.

Namun pada tahun ini saya saya menyambut raya dengan kaca mata yang berbeza. Hari ini hari ketiga Syawal dan saya masih merasakan kemanisan Syawal itu.

Setelah lebih 40 kali merayakan Syawal rupa- rupanya saya baru memahami erti sebenar Syawal. Syawal satu kemenangan untuk mereka yang telah berjaya menghidupkan Ramadhan selama sebulan.

Duit raya bukanlah satu bidaah tetapi sebaliknya sunnah Rasulullah Saw yang amat cintakan kanak- kanak dan akan memberi hadiah untuk menggembirakan hati mereka. Duit raya merupakan manifestasi kegembiraan meraikan kemenangan.

Syawal juga satu peluang untuk untuk menghubungkan hubungan silaturrahmi yang amat diutamakan di dalam Islam.

Masya Allah. Semoga saya diberi kefahaman untuk lebih menghargai Islam, cara hidup pilihan saya, bukan sekadar agama warisan.

Taqabbalallahu minna wa minkum

0 comment


Assalamualaikum wb...

2 Syawal 1433h...

Azam Ramadhan tahun ini, saya buat waktu permulaan Ramadhan yang lalu adalah nak mengkhatamkan Al- Qur'an.

Alhamdulillah, selepas silat Asar tadi, pada 2 Syawal saya berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk saya.

Bila baca doa khatam Al- Qur'an yang ada kat penghujung Al-Qur'an tu, saya rasa sebak dan sayu sangat.

Ini kali pertama saya baca doa tu sendiri kerana seingat saya, inilah kali pertama saya berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Qur'an saya dengan pasti dari surah Al- Fatihah ke surah AnNas.

Sepanjang saya membuat tilawah al-Qur'an sepanjang Ramadhan kali ni, saya rasa seperti satu perjalanan yang mengasyikkan.

Saya dapat tengok macam- macam perkara secara sepintas lalu tapi tidak dapat berhenti lama untuk menikmati keindahan di setiap tempat.

Bila saya mula meninggalkan suatu tempat menuju ke destinasi yang lain, saya tanam azam untuk kembali semula lain kali dan akan menginap lebih lama di sana.

Sekarang saya dah berjaya menyelesaikan satu perjalanan yang panjang. Azam saya seterusnya ialah untuk menjenguk semula ke tempat- tempat yang pernah saya lawati pada Ramadhan yang lalu dan pada masa yang sama, menamatkan perjalanan kali ini paling lama dalam masa 3 bulan.

Kembara Al-Qur'an saya kali ini bermula semalam 1 Syawal 1433 Hijrah dan saya harap akan tamat pada hari Raya Haji nanti. Insya'Allah semoga saya berjaya singgah di beberapa tempat yang menarik.

Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbal ya Kareem.

Monday, August 13, 2012

Saat Bermusafir

0 comment

Saat bermusafir
rasa amat hampir 
dengan Pencipta

ternyata
kebergantungan kepada Allah
lebih terserlah
bila  berada di daerah asing.

Saturday, August 4, 2012

Bisu dalam kata

0 comment

Jemari kaku
Hanya hati berbicara
Siapa yang berdosa
Saat renung jiwa
Kian mengembara

Hari ini
Aku bisu
Dalam berkata.