Posts

Showing posts from May, 2009

penjara tanpa bicara

Image
Dalam kamar masa aku terperangkap mendakap resah dan gelisah jemari kasar memerangkap kebebasan kian hari kian erat tiap saat kian kejap wahai penjaga kamar yang setia lepaskan aku dari penjara tanpa bicara menekan jiwa dari arah berbeza sehingga terjerat menderas rasa lantas terjerit tanpa suara di sini aku masih terdera... 0135 am 21.05.09

Lovers and Stranger

Image
Sekarang saya sedang membaca buku ini yang ditulis oleh Robert Raymer. Penulis buku kumpulan cerpen bertajuk "Lovers and Strangers" ini merupakan seorang pensyarah Penulisan Kreatif di UNIMAS. Beliau berasal dari Amerika Syarikat dan telah menetap di Malaysia lebih dari 20 tahun. Sebenarnya saya baru sahaja mengenal penulis ini apabila mengetahui blog Robert Raymer, borneoexpatwriter.blogspot.com dari newsletter MPH Quill. Melalui blog tersebut beliau telah mempromosi kumpulan beliau yang menggamit perhatian saya untuk segera mencari buku beliau di MPH Spring. Membaca kumpulan cerpen Robert Raymer ternyata tidak mengecewakan. Setelah menikmati 15 dari 17 cerpen saya mendapati cara penulisan beliau begitu menarik terutama kerana kebanyakan latar cerita beliau menggunakan sudut pandang beliau sendiri sebagai seorang ekspatriat terhadap kebudayaan dan cara hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Menerima hakikat bahawa Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dan

spektrum asmara

Spektrum rasa menjalur kasih di garisan cinta usah kau tanya ke mana arah zarah rindu berkelana dalam jiwa yang bergelut akan wujud koordinat yang sama di sana kita pasti bersua melakar cita di metropolis asmara... 1623 pm (latih tubi untuk nada penulisan yang bernada teramat asing)

akurlah...

Image
Telah ternyata  imbangan kejujuran  dan angka kewarasan kian mengabur dimamah nota merah biru ungu di sana  jemari haloba  mencakar kepercayaan mereka yang berharap pada keyakinan dan etika terbakarlah gedung kebanggaan  wall street terbongkarlah tembok kegagahan  uncle sam tercemarlah gelanggang keegoan dunia sana maka akurlah kerana kamu juga manusia biasa seperti mereka yang kerap kau hina... 1105 pm  26.05.09 (latih tubi sajak yang bernada berbeza dari yang sebelumnya) 

benih harapan

Image
Menatap hari semalam aku tersenyum kau bercanda aku adalah kekasih selamanya memateri cinta dalam degup rasa di hatiku mawar merah mekar mewangi hari ini awan hitam mendakap mimpi di gelora laut akukah nelayan itu yang kian lemah dan goyah di mataku mega jingga kian tenggelam menjangkau hari esok  belum pasti mentari akan menyapa kerana kita hanya dua jiwa nestapa di tanganku tergenggam sebutir harapan... 1100 pm 24.05.09

si penjaja akhbar

Image
Dalam degup meniti embun pagi naskah cerita dan berita menyimpan dingin harapan sambil setia menekur sepi di perhentian sunyi yang sesekali disinggahi wajah-wajah segar  di sebalik cermin buram berhawa dingin helaian biru yang bertukar tangan adalah senyuman manis anak kecil menanti bersama mimpi malam tadi inginkan mainan Barbie dan basikal kecil bereben merah Namun si penjaja akhbar tetap di perhentian yang tidak lagi sunyi tapi naskahnya masih setia di sisi... 1458 22.05.09

Soal jawab agama

S aya kerap keliru mengenai tempoh darah nifas . Almaklum la, urusan melahirkan bukannya berlaku tiap - tiap hari ... Lantas untuk mendapat kepastian saya menelusuri internet untuk mendapat maklumat lanjut dan telah terjumpa dengan laman ini   http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/tempoh-nifas.html . Berdasarkan pembacaan saya , walaupun terdapat pendapat yang berpegang kepada tempoh 40 hari , ternyata Imam Shafiee berpegang bahawa tempoh 40 adalah kebiasaan untuk darah nifas keluar . Manakala Imam Shafiee berpendapat tempoh maksima darah nifas keluar adalah selama 60 hari . Hal ini bermakna bagi kita yang mengikut mazhab Imam Syafiee , tempoh maksima untuk nifas sekiranya masih ada darah adalah 60 hari . WallahuA'lam ...

Senja...

Image
S eringkali para pujangga mengaitkan senja dengan usia lewat. Kadangkala ia sinonim dengan penghujung kehidupan. Benarkah begitu?... Benarkah senja yang selalunya diwarnai cahaya merah di kaki langit adalah lambang kepada sisa-sisa kehidupan?... Sisa-sisa kehidupan yang jarang menjanjikan pengharapan ataupun peluang masa hadapan. Mari kita kembali kepada firman Allah yang begitu banyak menghiasi dada Al-Quran. Allah jelas menyatakan bahawa Dia ciptakan malam dan siang bertukar ganti di mana siang adalah untuk dimanfaatkan untuk mencari rezeki yang halal manakala malam pula dicipta untuk kita berehat setelah puas berusaha seharian. Lantas, di manakah pula peranan senja?... Ternyata senja merupakan waktu transisi di antara malam dan siang. Maka senja sebenarnya bukanlah penghujung kehidupan tetapi sebaliknya adalah sinar harapan untuk mereka yang telah berusaha sepanjang hari. Sinar harapan untuk melepaskan lelah dan bersantai bersama keluarga di malam hari manakala senja beralih pergi.

Bersyukurlah...

Image
Kerap kita merintih di atas kekurangan yang dialami. Gaji yang tidak pernah cukup... Kereta yang kecil... Pekerjaan yang membosankan... Semua yang kita miliki seolah-olah tidak sesempurna kehidupan orang lain. Mengapa perasaan sebegini kerap menghambat jiwa kita? Allah berfirman yang kira-kira bermaksud "Sekiranya engkau bersyukur akan aku tambahkan nikmat kepadamu tetapi sekiranya kamu kufur (tidak mensyukuri) sesungguhnya azabku amat pedih". Sebagai seorang Muslim amatlah sesuai untuk kita menjiwai dan meyakini janji Allah itu. Hal ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janji-janjiNya dimana setiap hari sekurang-kurangnya lima kali kita membaca doa selepas azan yang diakhiri dengan "Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya". Adakah ayat Allah di atas bermakna seandainya kita bersyukur maka akan bergoleklah seguni harta dari Allah tanpa perlu kita berusaha? Atau akan melayang sepeti emas di bawa angin hanya dengan kita berpeluk tubuh sahaja? Semestinya