Friday, October 28, 2011

Hadiahkan kemaafan itu

0 comment

Andai kata semalam
kau tarah menjadi dendam
selamanya hidupmu
pasti resah membara
di kawah jagaan syaitan

usah kau lupa
embun dingin di jendela
saat fajar menjenguk
hadiahkan padanya
di dulang kemaafan

dan dua hati 
dulunya terasing
pasti bersatu 
di taman mahabbah
yang berbunga harum.

Latih tubi 29.10.2011
Jumaat 
1 Dzulhijjah 1432 H

Nota: 
Dendam membara tak akan membawa kita ke mana- mana, malah akan memamah ketenangan sepanjang kehidupan.

Thursday, October 27, 2011

Cerita Buih

0 comment


Hakikat kehidupan tanpa pegangan
adalah buih permainan anak kecil
berwarna-warni bagai pelangi
dicintai manusia pelbagai lapisan
berterbangan di awangan
tanpa pernah berpijak di bumi nyata

Namun kasihan
tidak pernah ia kekal selamanya
ingin terbang tinggi 
hanya sekadar impian kosong
akan musnah walau dengan sentuhan 

Selamat tinggal buih yang indah
kejarlah pelangimu
kerana bagiku
tiada yang lebih pasti 
dari cinta Illahi.


Latih tubi 27/10/2011

Wednesday, October 26, 2011

Bila kah akan bermula?.

0 comment
Debu kehidupan
kian menyesakkan

betapa kurindukan
daerah yang aman
tanpa pencemaran iman


kembara ini 
bila akan bermula?...

Latih tubi 26/10/2011

Tuesday, October 25, 2011

Wadi KasihMu

0 comment

Saat aku bersujud
bongkah keangkuhan mula mencair
mengalir sungai keinsafan
lembah takwa kian menghijau
taman iman mekar mengharum
pelangi cinta Ilahi indah
menyapa awan sedar

Rabbi, terimalah aku kembali
menghuni wadi KasihMu
menanti saat ke negeri abadi.


Latih Tubi 25/10/2011

Monday, October 24, 2011

Apa tujuan hidup ini?

2 comment
Assalamualaikum wb.

Saya ni kategori "addicted"  permainan online di FB.Saya mula terperangkap dengan ketagihan ni semasa saya mula- mula mengenali FB selepas kelahiran Asiah. Waktu tu saya dan suami measih lagi duduk berjauhan dan saya baru je menamatkan pengajian separuh masa saya.

Jadi, saya ada amat banyak masa lapang di rumah. Asiah pulak masih amat bayi yang belum lagi banyak kerenah. Jadi bagi perut kenyang, dia akan tidur je.

Saya akan menghabiskan masa dengan pelbagai permainan FB sebaik sahaja saya balik dari kerja. Saya hanya akan berhenti untuk makan dan solat. Berhenti betul2 bila mata dah mengantuk. Sebut permainan apa, semua saya sertai. Mafia War, Sorority Life, Farm Town, Barn Buddy, Restaurant City, Treasure Madness, Farmville dan senarai itu akan berterusan.....

Saya pulak jenis kalau dah main, tak de main alang2. Mesti nak naik level tertinggi yang ada. Sebab kalau main kebun2, makin tinggi level makin banyak benda yang best kita boleh beli. Lebih seronok lagi sebab adik2 saya pun join jugak. Jadi kita boleh bertukar2 free gift yang cantik2. Kalau orang lain buka fb untuk menghubungi kawan2, saya pulak memang semata2 nak main. Saya jenis yang tak suka kemaskini status kat Wall saya. Kalau nak menyampuk pun, saya menyampuk status adik2 sekali- sekala.

Kalau nak diceritakan pasal ketagihan saya kat game di FB ni, rasanya buat satu buku pun tak habis kot. Nanti2 lah kita cerita panjang.

Kali ni saya nak cerita pasal trend game ni. Untuk naik level, kita kena selalu main supaya kita cukup experience (XP) untuk mencecah level seterusnya. Tujuan nak naik level pulak ialah supaya kita dapat unlock barang2 baru yang boleh bagi XP yang besar2.


Contohnya, Farm Town. Untuk naik level kita kena bercucuk tanam. Ada tanaman yang bagi XP sikit je setiap kali dituai. Ada pulak tanaman yang bagi XP amat besar semasa tuaian. Jadi, semasa memilih jenis tanaman, kita mesti bijak memilih tanaman untuk mempercepatkan naik level.

Tapi tak semua tanaman yang elok2 tu kita boleh tanam. Kalau kita level rendah, tanaman yang kita boleh tanam semuanya bagi XP yang kecil2. Untuk dapatkan tanaman yang boleh bagi XP besar, kita kena naik level tertentu.

Jadi, ceritanya, untuk dapatkan tanaman XP besar kita kena naik level. Tapi untuk naik level kita kena buat banyak XP. jadi kita cari XP untuk naik level supaya kita dapat XP lebih,

Hehe.. Nampak tak pusingan dia. Kalau ikut betul2 tak de penghujung kan?... Itulah yang berlaku dalam game kat FB.

Cuba kita tengok kehidupan kita sehari2 pulak. Terdapat segolongan dari kita yang bekerja keras untuk hidup selesa bersama keluarga. Tapi pada masa yang sama, bila dah semakin maju dalam kerjaya, ia menuntut kita untuk bekerja semakin keras sehingga terpaksa pulak mengorbankan masa santai bersama keluarga.

Dan suatu hari, tiba- tiba kita menyedari yang anak2 semua sudah dewasa dan telah mula membina kerjaya dan kehidupan sendiri. Dan masa yang kita ada pergi begitu sahaja dalam kesibukan kita membina kehidupan.

Jadi, sebenarnya apa tujuan kita dalam hidup ini?.

Sekadar peringatan kepada diri, 

"Berhenti sebentar, nikmati keindahan kehidupan di sekeliling kita walaupun ia seperti tidak mendatangkan apa2 keuntungan material. Dan hidup ini terlalu singkat untuk kita lekakan sekadar untuk kepuasan material"

Wallahua'lam...

Sunday, October 23, 2011

Dah solat, kenapa masih buat dosa?...

2 comment
Assalamualaikum wb...


"Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"



Saya setiap hari menunaikan solat lima waktu. Tapi kenapa saya masih lagi melakukan banyak dosa walaupun bukan yang tergolong dalam perbuatan yang keji dan mungkar.

Saya masih mengumpat. Saya masih sering membuang masa dengan melakukan perkara2 yang tidak berfaedah seperti bermain permainan atas talian di FB. Saya juga sering bercakap kasar sekiranya sedang marah terutama terhadap anak- anak sekiranya mereka tidak memberi perhatian terhadap nasihat saya.

Tapi saya yakin, Allah tidak pernah memungkiri janji.

Tiba- tiba benak saya berbisik,

"Tidakkah kau menyedari, apakah agaknya lagi perbuatan yang lebih teruk dari itu yang mungkin kau lakukan sekiranya kau tidak menunaikan solat..."

Peringatan untuk diri saya yang sering lupa,

"Jangan berputus asa dalam mengabdikan diri kepada Allah. Tanpa kau sedari langkah demi langkah, kau kian hampir kepadaNya..."


Ya ALLAH, jangan KAU palingkan RahmatMu dari hambaMu yang kerap leka ini....

Saturday, October 22, 2011

Rindu...

0 comment
Assalamualaikum wb...

Sekarang ni saya sedang rindu.,.....

Saya rindu nak tulis sajak. Tapi saya sekarang ni sedang sibuk buat aktiviti kraf tangan. Jadi tak da masa nak buat persediaan untuk buat kraf tulisan.

Yalah, mungkin kalau seseorang tu memang amat berbakat, tak payah buat persediaan kot.

Tapi, seperti yang pernah saya catat sebelum ini, saya bukanlah menulis sajak kerana bakat (tak pasti ada ke tidak bakat tu..)... Yang pastinya saya berusaha keras untuk membolehkan saya menghasilkan penulisan yang saya anggap sebagai sajak.

Salah satu dari caranya ialah kita hendaklah mencintai bahasa. Bagaimana caranya mencintai bahasa? Sentiasa memerhati keunikan bahasa dengan mencatat di buku catatan sebaik sahaja kita menemuinya.

Aktiviti kegemaran saya ialah mencatat perkataan yang memilik rentak yang sama. Aktiviti ini kerap membawa saya ke daerah bahasa yang tidak saya sangka.

Sebagai contoh, saya pilih satu perkataan dan akan tulisa secara santai setiap perkataan yang mempunyai persamaan mungkin dari segi bunyi, huruf mula atau huruf hujung. Dalam aktiviti ni kita harus membebaskan minda kita sepenuhnya dari sebarang logik. Biarkan minda luar sedar kita mengawal sepenuhnya.

Mari kita mulakan;


gejala
jelaga
telaga
perigi
seligi
segala
gejala
jala
jaring
ikan
pantai
pasir
putih
merah
darah
nanah
panah
resah
gelisah
pasrah
arah
timur
barat
selatan
jembatan
atan
ali
ahmad
samad
alamat
rahmat
nikmat
cabaran
dugaan
alasan
alahan
bahan
batan
balasan
DAN SETERUSNYA......... bla.. bla... bla....

Boleh kesan tak kaitan di antara setiap satu perkataan ke perkataan yang seterusnya?. Kalau kita membiasakan aktiviti ni, keupayaan kita menggunakan perbendaharaan kata  pelbagai "warna" akan meningkat dengan mendadak.

Kalau tak percaya, boleh cuba sendiri dalam masa seminggu atau sebulan...

Saya cabar anda yang beminat... :)

Friday, October 21, 2011

Alhamdulillah .. (Untuk yang kesekian kalinya..:)

2 comment
Assalamualaikum wb....

Ingat tak pada entri terdahulu saya ada menulis mengenai Maryam dan peperiksaan yang didudukinya.

Tadi saya menerima sms dari cikgu sekolahnya yang keputusan peperiksaan dah ditampal di pejabat pendidikan bahagian. Memandangkan saya memang tak dapat nak pergi tengok dan disebabkan cikgunya pun tak sabar dah nak tahu keputusan peperiksaan anak muridnya yang cengeng tu, dia dah pergi sendiri untuk tengok kat pejabat pendidikan.

Sebenarnya cikgu tu pangkat anak saudara saya, tu yang dia pun beria2 nak tahu tu... :).... Sebentar kemudian (Pejabat pendidikan tu tak le jauh sangat dari  kawasan kediaman kami ), cikgu tu sms yang MAryam diterima masuk ke sekolah yang kami inginkan tu.

Sebenarnya banyak sebab kenapa kami nak masukkan Maryam ke sekolah yang dimaksudkan ni. Yang penting sekali, Fatihah pun bersekolah kat situ, jadi bila kedua2 Maryam pun dapat masuk ke situ, kuranglah kesukaran yang bakal dihadapi oleh Unit Pengangkutan ke Sekolah (suami saya la tu) sebab dah satu jalan je.

Di samping tu, sekolah ni juga merupakan sekolah pilihan dan di antara dua buah sekolah rendah agama kebangsaan yang ada kat Kuching ni. Saya tak pasti lah pulak kalau ada lagi sekolah rendah agama kebangsaan yang lain di negeri ni setakat ni.

Tambahan pula sekolah ni tak lah jauh sangat dari rumah kami dan boleh dikatakan berhampiran juga dengan tempat kerja suami. Kadang2 kalau saya terpaksa menggantikan suami untuk mengambil anak2 balik sekolah, saya memang lalu kawasan rumah kami dulu untuk menuju ke sekolah tu.

Tapi sekolah ni bukanlah sekolah yang dibina khas di kawasan kediaman kami. Sekolah yang memang untuk penduduk kawasan kami letaknya lagi lah dekat. Jalan kaki je pun boleh sampai. Kalau Maryam tak diterima hari tu, memang sekolah dekat rumah ni lah Maryam belajar.

Apa2 pun, memang hakikatnya sekolah bukanlah faktor utama untuk kejayaan pembelajaran anak2. Yang paling penting adalah kesungguhan anak- anak sendiri dan komitmen ibu  bapa. Namun, saya amat berharap Maryam akan lebih bersungguh- sungguh dalam pelajaran selepas kejayaan pertama dalam peperiksaan pertama yang dilaluinya ini, AMeen...

Thursday, October 20, 2011

Alhamdulillah...

2 comment
Assalamualaikum wb....



Nampaknya blog saya ni dah ok/ pulih sebab saya tak nampak pun amaran cacing lagi dah. Terima kasih Mys Dear Theraphy sebab beritahu perkembangan blog saya ni.

Memang sejak dari saya ambil keputusan lari membawa diri ke blog baru, saya  dah tak sanggup nak menjenguk blog ni. Rasa  sedih sangat sebab kalau blog ni hilang/ disekat terus hari tu, banyak rekod tulisan saya yang akan hilang begitu sahaja, terutama latih tubi sajak saya yang dikumpul sejak tiga tahun lalu.


Tu yang buat saya cepat- cepat pindahkan semuanya ke blog baru. Kalau blog ni dah okay, mungkin saya akan kembali ke sini dan jadikan blog lalgi satu sebagai backup. Kita tengok dulu ya... :)

Saturday, October 15, 2011

BLOG BARU- http://usrahfatihah2011.blogspot.com/

0 comment
ASSALAMUALAIKUM WB...

SETAKAT INI SAYA MASIH TAK FAHAM APA YANG DAH JADI, TAPI SAYA BERPINDAH ALAMT BLOG BERKUATKUASA SERTA MERTA

Wednesday, October 12, 2011

Kemaskini semasa

0 comment
Assalamualaikum wb...

Pagi tadi Maryam menduduki peperiksaan pemilihan kemasukan ke Tahun Satu.

Sedang membaca doa sebelum memasuki dewan peperiksaan
Yang berkepit dengan cikgu bertudung purple tu adalah Maryam. Tak  nak masuk dalam barisan.



Habis periksa kami pergi makan roti kering dan sup di Delifrance.

Dah happy.. Tak ingat dah nangis2 tadi... :)

Pencuci mulut pulak ialah Black Forest. Sengaja bawak budak2 joli sikit, nak pujuk Maryam yang baru lepas memerah otak jawap kertas periksa. Tengok dalam gambar kedua tu, siap dipeluk cikgu lagi sebab menangis.


Sedapnya Black Forest...


Balik rumah semua dah letih. Tiba2 nenek telefon kata nak hantar bubur. Rupanya, baby Suhaib yang hantar, dalam perjalanan nak pergi shopping.

Comelnya Baby Suhaib... Mata pun dah tak nampak dah...

Setakat ini dulu.

Nota penulis: Entri ini dibuat pada Sabtu lepas tapi menghadapi masalah masa nak publish.


Tuesday, October 11, 2011

Ia akan tiba

0 comment
Kian jauh perjalanan kehidupan
kian sayup pesanan kematian
hingga kita terlupa
ia akan menjelma
tanpa diduga
tanpa bisa diteka
saat dan ketika

hanya kita harus bersedia
menyambutnya dengan rela.


Latih tubi 11/10/2011

Rezeki Jangan Ditolak

0 comment


Musuh jangan dicari....

Assalamualaikum wb...

Ada sapa nak bergaduh ka?..

Tak de lah...

Sebenarnya saya memang betul2 sedang lapar tapi alang2 nak pegi minum. Takut nanti dah tengahari terlalu kenyang pulak untuk makan bekal.

Sedang saya sibuk2 intai bekas makanan ringan kat atas meja (yang dah tinggal serdak), tiba2 seorang rakan kerja masuk bawa kotak yang ada gambar KFC.

Rupa2nya dia belanja sebab kontrak perkhidmatannya disambung untuk setahun lagi. Patut lah saya tengok dia dah ke hulu ke hilir kat pejabat dua tiga hari ni.

Alhamdulillah, seketul ayam memang cukup2 je untuk mengalas perut sehingga pukul satu nanti. Ke, kenyang sampai ke petang?... :)

Apa2 pun, saya nak mula dah ni...

Allahumma barik lana, fi ma razaktana, wa qina 'azabannar....

Ameen....

Monday, October 10, 2011

Dia datang...

2 comment
Assalamualaikum wb....

Hari ini kehidupan saya kembali normal.

Hampir empat bulan saya dan suami menjadi "super parents".

Semenjak pembantu saya berhenti pada pertengahan bulan Julai lepas, urusan rumah tangga dikongsi bersama di antara saya dan suami. Anak2 pula dihantar sama ada ke rumah mak saya atau mak mertua (terima kasih ibu2 ku semua). Kadang kala, kalau cuti, adik ipar saya akan menjenguk ke rumah membantu mengemas mana yang patut.

Dulu, sewaktu bulan Ramadhan, saya sibuk menyiapkan pakaian raya keluarga. Jadi, kebanyakan kerja rumah dibantu suami sepenuhnya. Malahan, mengemas untuk raya pun dibuat oleh suami. Di dapur pula kami bergilir. Saya buat persiapan berbuka dan suami buat persiapan sahur. Saya dah masukkan semua makanan ke dalam bekas dan suami cuma tinggal keluarkan dari peti sejuk dan panaskan dalam mikrowave.

Sebaik sahaja selepas raya, suami sambung belajar separuh masa. Jadi, dia dah tak boleh tolong sangat. Kena buat tugasan kuliah dan hadiri perbincangan kumpulan. Masa ni, saya pulak ambil alih semua kerja rumah. Tapi Alhamdulillah, kali ni tak lah sekelam- kabut sangat sebab dah pernah lalui benda yang sama sebelum ni. Minda pun dah bersedia awal dengan pelbagai kemungkinan.

Dan puncak cabaran ialah bila saya baru saja turun kerja selepas bercuti panjang untuk Ramadhan dan Raya, terpaksa ambil cuti mengejut pulak sebab Maryam dan Asiah dijangkiti HFMD. Takkan nak tinggalkan anak2 yang tak sihat kat rumah mak/ mak mertua. Bukannya senang nak jaga budak2 yang enggan makan sebab ulcer kat dalam mulut. Yang ni saya dah buat entri sebelum ni.

Sebenarnya dalam kesibukan dan kelam- kabut tu, saya belajar banyak benda. Dari seorang yang tak kenal sangat dengan dapur, saya cuba belajar sikit2 dan ternyata saya tak de lah "buta dapur" sangat. Kali ni kami lebih banyak makan di rumah. Saya dah tahu nak atur masa supaya saya sempat siapkan mana2 yang patut selepas balik dari kerja.

Walaupun tidak lah sesempurna mana, saya puas hati sebab urusan rumah masih dalam kawalan walaupun saya hanya ada masa di waktu malam dan hujung minggu sahaja. 

Saya rasa kalau pada suatu hari  nanti, saya terpaksa untuk tidak menggaji pembantu rumah, saya rasa saya dah bersedia asalkan ada tempat untuk anak2 menumpang sementara saya berada di pejabat pada siang hari.


Tapi buat masa ni, saya nak menikmati kehidupan "selesa" sementara masih ada peluang menggaji pembantu rumah....... :)

Semalam, pembantu lama saya dah datang   bekerja balik kat rumah saya. Jadi, saya tak payah susah2 nak ajar sebab dia pun lebih tahu dari saya selok- belok rumah.

Tapi, tak boleh la lepas tangan habis. Nanti tak lah kelam-kabut sangat kalau masa "itu" tiba...

Haha.. Jangan keliru.. Memang hari tu pembantu saya dah berhenti.. Kenapa datang kerja balik?.. Nanti2 kalau saya ada masa, kita cerita lagi ya...

Sekarang ni, saya nak rehat betul2.. :)




Friday, October 7, 2011

Cerita Sebuah Persahabatan

0 comment
Assalamualaikum wb...

Semasa saya dalam tingkatan satu (beribu abad yang lampau), saya pernah dipilih untuk  menyertai kumpulan nasyid sempena apa entah... Layaklah tak ingat sebab dah beribu abad yang lampau ianya berlaku... Tapi, saya masih ingat lagu yang kami bawa, lagu nasyid berkaitan Palestin. Antara lirik dia;

hhmm... hhmm.. testing.. testing..

one... two... one .. two...

korus:


"Rakyat Palestin terus di...... 
oleh insan yang bengis
berbagai ragam tindakan kejam
yahudi dan .......


mereka dibuat seperti
binatang sembelihan
dibunuh disakiti
tanpa belas kasihan"

Lagu kedua:

Tak ingat.... Nampak bayang2 je, tapi lirik dia tak jelas...


Sebenarnya saya nak cerita pasal seorang budak ni.. Yang sama- sama nasyid ni. Tapi dia terpilih sebagai salah seorang dari dua orang penyanyi utama. Dia ni kecik aje (masa tu lah), berkulit putih cerah, muka comel aje...Chinese look...  Sebelum tu memang saya tak pernah bertegur sapa dengan budak ni...

Pada penilaian saya, dia ni nampak macam sombong sikit.. Serius je mukanya dia kalau bertembung... Lagipun saya tengok, baju kurung sekolah dia macam putih bersih dan sentiasa licin bergosok je. Mesti anak orang berada. Seganlah saya... Rumah saya, bukan setakat nak gosok baju, bekalan elektrik pun tak ada.. Malam2 dapat bekalan tenaga dari sambungan janakuasa kecil dari jiran sekampung. Yang cerita sedih ni lain kali kita buat entri... Kali ni saya nak cerita pasal budak comel yang muka serius ni dulu....

Dipendekkan cerita... Semasa masuk Tingkatan Dua, pihak sekolah buat pengkelasan pelajar. Jadi, pelajar di kelas saya terdiri dari kombinasi pelajar dari pelbagai kelas yang berbeza. Tup, tup saya dan budak comel yang saya panggil A (Bukan nama sebenar) ni ditempatkan di satu kelas. Bukan sahaja satu kelas, malahan satu dorm. Sebab, penempatan dorm dibuat berdasarkan kelas. Kelakar kan... Lepas tu boleh pihak sekolah salahkan pelajar pulak bila tak nak bergaul dengan pelajar kelas lain....

Jadi, saya dan A sekarang telah berada dalam satu geng. Kelas kami dulu di makmal sekolah, jadi duduk kat meja besar makmal tu setiap meja dalam 4 pelajar rasanya. Kami duduk satu meja sebab kawan rapat dia dari satu kelas dulu memang kenal dengan saya. Saya dah tahu dah yang dia tak sombong tapi cuma jenis pelajar serius aje. Tapi dalam geng besar kami dulu, ada pasangan atau pair. A ni geng dengan kawan rapat dia lah, dan saya ada pair saya sendiri. Betul ke istilah pair yang saya pakai ni... Hentam je lah Labu...

Mari kita pendekkan lagi cerita ni. Kami berada dalam satu kelas di sekolah yang sama sehingga tingkatan 4. Saya dan A dan beberapa orang kawan sekelas saya telah ditawarkan untuk masuk tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh kat Klang. Dan yang bestnya, kami berdua dan seorang lagi pelajar lelaki ditempatkan di satu kelas walaupun tak sama bilik. Kat sekolah ni kami dari satu negeri ada 5 org pelajar perempuan dan setiap seorang ditempatkan di 5 dorm yang berbeza. Kejam lah pulak... Dahlah jauh dari keluarga, dipisahkan pulak dari kawan senegeri.

Bermula dari di sekolah ni lah kami mula rapat. Kami duduk satu meja sebab waktu kami masuk sekolah tu, pelajar2 lain dah lama mendaftar. Memandangkan kami duduk jauh dari keluarga, saya dan A sentiasa ke mana- mana bersama. Malahan, kalau ikut kawan balik bercuti pun, kami akan pilih kawan dari negeri yang sama. Malah pernah kami berdua sama2 balik bercuti ikut seorang kakak.

Waktu lepas SPM, kawan- kawan lain masuk tingkatan 6 sementara menunggu keputusan universiti. Yang kami berdua ni, dengan selambanya duduk je kat rumah. Macam konfiden ya dapat masuk U.. Indahnya kenangan... :)... Nasib baik dapat masuk.. Kalau tak, menggagau la... Waktu mak ayah A menunaikan haji di Mekah, A dititipkan sekali kepada mak ayah saya untuk tengok2kan. Dan satu peristiwa yang sampai sekarang A tak boleh lupa, Abah terlibat dalam kemalangan motosikal dilanggar bas semasa dalam perjalanan balik dari menguruskan borang biasiswa A. Ini pun boleh cerita lain kali.

Alhamdulillah kami berdua dapat masuk MAtrik UIA. Sama- sama masuk Kuliyyah Ekonomi. Jadi, dapatlah kami atur semaksima yang mungkin, hampir semua kelas kami sama. Masuk kampus Induk UIA (waktu tu di Petaling Jaya), tahun dua kami sama2 ambil pengkhususan perakaunan. Tapi semenjak keluar dari sekolah lama, kami tidak pernah lagi ditempatkan di dorm/ atau bilik yang sama. Namun ia tak menghalang dari kami berkepit sepanjang masa. Kebetulan lagi sekali kami membentuk geng di UIA dan kami mempunyai satu bilik yang dijadikan pusat oleh geng kami. Jadi, lebih kurang, kami macam sebilik jugaklah.. Dalam erti kata lain, bilik orang bilik kami juga.. Kalau kat uni, istilah yang biasa ialah "squatting". Betul ekk?...

Tahun 3 kami kena buat praktikal. Saya kat firma audit dan A kat BSN. Tapi kebetulan jugak tempat praktikal kami tak jauh. Jadi, setiap waktu rehat Jumaat yang panjang, kami akan menapak untuk berjumpa dan makan tengahari dan meronda sama2.

Ok.. Belum habis lagi coretan saya. Tapi kali ni cerita lepas grad pulak. Waktu semester akhir, waktu orang lain sibuk belajar untuk periksa, saya hasut A untuk cari kerja kt KL. Kononnya cari pengalaman sehingga pesta konvo. Waktu tu, kerja kami pagi petang beli suratkhabar. Bukan nak baca sangat pun, tapi nak tengok iklan kerja kosong. Akhirnya saya dapat kerja kat sebuah syarikat kecil kat Raja Chulan A pulak rasanya dapat lambat sikit, tapi lepas tu dia dapat tawaran kat bank.

Kat KL, kami menyewa dengan tiga orang kawan seuni yang lain kat flat di Sentul. Saya dan A sebilik. Akhirnya, selepas bertahun2 tak pernah sebilik, saya dan A dapat jadi rakan sebilik. Berdua sahaja. Yang peliknya kat sini jugaklah kami pernah "berkrisis" untuk kali yang pertama dalam persahabatan kami. Waktu ni A dah ada kawan istimewa. Sebenarnya semua rakan serumah saya dah ada teman istimewa waktu tu kecuali saya.

Jadi, bila hujung minggu selalunya saya seorang je tinggal kat rumah. Jadi, saya kerap balik ke Uni menjenguk adik junior yang satu geng dengan kami dulu. Walaupun sebilik, saya dan A jarang bertemu muka dan bersama- sama... Seharian di pejabat, dan malam baru sampai ke rumah. Kami bersua malam je. Masa lapang kami jarang sama2. Saya dengan adik2 junior dan adik2 saya sendiri yang masih belajar di Uni, dan dia dengan kawannya.

Sehingga satu ketika saya perasan, kami seolah2 semakin renggang. Fizikal kami dekat, tapi jiwa kami amat asing. Malah, saya sampai terasakan kami tidak lagi berbual kecuali yang amat perlu. Sekali tu, saya boleh perasan, A mengelak dari bercakap dengan saya.

Mulanya saya anggap itu perasan saya sahaja. Tapi pada satu peringkat, saya perasan, bila saya balik dan dia ada di rumah, A boleh memalingkan muka dari saya. Saya rasa sedih sangat. Dah lah kami sebilik. Tapi kami tidak lagi bertegur sapa. Yang peliknya, tanpa pernah bertengkar atau berselisih faham. Tiba2 kami jadi orang yang paling asing di antara satu sama lain.

Satu hari, saya dah tak boleh tahan lagi. Saya memang rasa amat sedih. Saya ingat lagi.. Waktu tu hujung minggu (rasanya) saya baru habis menunaikan solat. Masih dalam telekung lagi. Saya panggil A bersemuka. Jujurnya, saya bukanlah jenis orang yang berani nak berbincang benda yang serius, selalunya saya kalau terasa, saya akan simpan. Biar ia hilang sendiri. 

Tapi kali ni, saya tak boleh tahan. Lama dah saya simpan. Saya tertanya2 apa salah saya kalau betul2 lah perubahan sikap tu bukan perasaan saya jer.Kalau saya tersilap sangka, saya  nak minta maaf. Saya panggil A. Waktu tu, saya tak boleh tahan air mata. Saya tanya kenapa dia buat saya macam tu. Apa kesalahan saya terhadap dia. Kalau betul2 saya ada buat salah yang saya tak sedar, saya nak mintak maaf.

A pun saya rasa tak sangka saya akan berani bersemuka macam tu. Selama persahabatan kami, memang tak pernah kami bersemuka secara serius macam tu. Dan saya perasan, kami tak pernah berbicara yang jiwang2 macam tu.

Bila saya tanya dengan sedih macam tu, A pun dah mula syahdu Katanya saya tak buat silap tapi dia rasa terpinggir dengan sikap saya. Saya lebih rapat dengan adik2 kampus dan dia rasa diketepikan... Saya terperanjat sangat. Saya tak sangka yang A boleh beranggapan macam tu.

Selama ini, saya sebenarnya rasa rendah diri terhadap A. Dia comel, saya comot. Walaupun pada mulanya saya di depan dari segi pelajaran, selepas itu prestasi A meningkat dengan mendadak berbanding saya. Dia orang berada, saya ada2 jer. Di kampus, dia kerap dijemput menganggotai jawatankuasa penting, saya ni tak de sapa yang perasan kewujudan di mana2 (kononnya).Dia ada teman istimewa yang mengambil berat pasal dirinya, saya lak sorang je. J adi, saya tak pernah terfikir yang dia akan berasa terpinggir walau apa yang saya lakukan.

Walhasil, kebaikan dari kejadian tu, kami mula melihat diri masing2 dari perspektif yang berbeza. Saya  lebih menghargai diri saya dan persahabatan kami dan A pula lebih memahami sikap saya. Habis sessi bersemuka tu kedua- dua kami memohon maaf sambil menangis. Tapi lepas tu, kami cuba berhubung seperti biasa walaupun sedikit kekok. Tapi tak lama.. Lepas tu kami dah ok.

Ok. Biar saya habiskan.

Kenapa saya buat entri ni?. Minggu lepas saya terima sms dari A yang dia dan suami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah esok hari 8 Oktober 2011. Saya doakan dia dan suami dipermudahkan segala urusan dan dianugerahkan Haji Mabrur.

Untuk A..


Saya amat  menghargai persahabatan kita selama ini... Semoga kita bersahabat sehingga ke syurga...AMeen...






Thursday, October 6, 2011

Saya hairan...

0 comment


Assalamualaikum wb...



Saya hairan.... 



Apa yang saya hairankan?...




Saya hairan dan pelik... Kenapa kalau saya sedang buat kerja lain terutama semasa sedang memandu, amat banyak isu yang nak saya bincangkan dalam blog... 



Tapi kalau saya dah berada di depan komputer dan blog saya pulak berada pada mod "Create Post", tak ada satu pun idea yang muncul....







Arrrggghhhh....


Tak apa lah... Anggaplah saya tak tulis apa- apa pun...

Macam- macam Ado

0 comment
Assalamualaikum wb..

Akhir- akhir ini saya banyak buat aktiviti "bloghopping". Membaca mana- mana entri yang menarik. Seperti juga aktiviti merayau- rayau di alam nyata, sekiranya tidak dikawal arah, aktiviti merayau- rayau di alam maya juga boleh menyebabkan kita "tersesat".

Kali ini dalam saya "melompat" dari satu blog ke satu blog, saya terjumpa rangkaian blog mengenai kehidupan rumahtangga. Seperti yang kita maklum, selalunya rangkaian blog mempunyai persamaan dari sudut temanya; hobi, cara hidup, Kerjaya  dan aktiviti sosial, sekadar menyebut beberapa contoh.

  1. Hobi: Kraf, Fotografi, Menulis, memasak
  2. Cara Hidup:  agama, bangsa,
  3. Kerjaya: Jualan langsung, perniagaan atas talian, 
  4. AKtiviti sosial: Pertubuhan kebajikan, Kegiatan sukarela, ibu tunggal
Bila saya terjumpa rangkaian blog yang membincangkan permasalahan rumahtangga dari pelbagai sudut, banyak sangat pengajaran yang saya perolehi. Tapi, memang banyaklah juga kisah- kisah tragis dan dramatik  yang selalunya kita hanya  tonton di TV atau dari novel.

Sehingga sampai satu tahap, saya rasa tak payah dah beli novel atau tengok drama. Layari je blog;

"MACAM- MACAM ADO"

Nota Penulis: Ini adalah entri berjadual.

Wednesday, October 5, 2011

Suatu perkenalan...

3 comment


Assalamualaikum wb...

Pada suatu ketika, saya pernah bercita- cita untuk menjadi penulis rencana. Saya mula membeli buku yang berkaitan dengan bidang penulisan. Justeru, apabila terbaca bahawa satu bengkel penulisan kreatif dan rencana akan diadakan di bandar kecil tempat kami menetap waktu itu, saya menganggap ia satu rahmat.

Saya memang amat teruja kerana bukan mudah untuk berpeluang menghadiri bengkel seperti itu yang selalunya dianjurkan di bandar- bandar besar sahaja. Namun, pada sessi pengenalan bengkel, saya mula diterjah kecewa. Memandangkan masa yang singkat ( dua hari), pihak tenaga pengajar merasakan untuk meneroka kedua2 topik (kreatif dan rencana) dalam satu bengkel adalah tidak berbaloi.

Jadi, akhirnya undian angkat tangan telah dibuat untuk menentukan topik mana yang perlu diteruskan dan menggugurkan satu lagi topik yang kurang mendapat sambutan. Dalam sebuah bilik yang dihadiri oleh sekitar 30 orang peserta, hanya satu tangan sahaja yang menyokong untuk memilih penulisan rencana iaitu tangan saya.

Memang tragis. Saya menangis dalam hati. Inilah satu2nya peluang saya nak belajar menulis rencana dari mereka yang pakar dan ia telah hancur dengan satu undian sahaja. Tapi, memandangkan suami saya pun ikut sekali dalam bengkel tu, saya pun mengambil  keputusan untuk terus menyertai bengkel penulisan kreatif (sajak dan cerpen) walaupun dengan suku hati je.

Yalah.. Siapa yang nak belajar sajak dan cerpen?.. Saya memang sah2 dari dulu tak pernah ada bakat dalam sastera ni. Sajak adalah benda terakhir yang saya akan jadikan bahan bacaan saya. Cerpen pun boleh tahan lagi. Tapi bukan sajak.Bukannn...

Tapi, siapa kita untuk menentukan apa yang baik untuk kita. Kita merancang dan Allah juga merancang. Namun Allah lah Sebaik- baik Perancang.

Secara keseluruhannya bengkel yang dijalankan memang menarik. Dua orang tenaga pengajar dari DBP Kuching begitu bersemangat melaksanakan tugas mereka. Bengkel dibahagikan kepada dua bahagian utama; sajak dan cerpen.

Bak kata pepatah; tiada gading, akar pun berguna. Tak dapat belajar menulis rencana, saya buat perancangan kedua. Saya nak belajar menulis cerpen. Sajak?.. Nahi.. Nahi.. Nahi... Saya tak pandai dan tak faham sajak.

Tapi, walau macam tu, semua peserta memang kena hadir semua sessi. Jadi, saya memang kena dengar juga waktu sessi ceramah sajak. Dan ini merupakan kali pertama saya dengar secara serius apakah itu sajak dan bagaimana nak tulis sajak. Dulu kat sekolah memang pelajar aliran sastera, tapi waktu tu belajar sastera semata2 nak lulus periksa, jadi memang tak sampai ke mana lah. Habis periksa, habis lah cerita.

Salah satu latihan yang dibuat semasa bengkel menulis sajak ialah semua peserta dikehendaki mengemukakan sajak masing-  masing untuk dibedah. Peserta yang tak ada sajak disuruh menulis sajak dan- dan tu jugak. Benda yang kunun-kununnya sajak tu nanti akan dihantar kepada penceramah dan dia akan cuba analisa sajak untuk pembaikan kat dalam kelas tu juga.

Saya pun buatlah baris- baris rangkap yang kononnya sajak berdasarkan teknik yang telah ditunjukkan penceramah. Saya ingat lagi, saya buat pasal kanak2 yang belajar bertatih yang sering rebah, tapi tak pernah mengalah. Saya samakan dengan proses kehidupan kita yang sering tersilap tapi kita tidak boleh mengalah dan mesti terus berjuang untuk hidup.

Dan saya ingat lagi, "puisi/ sajak" yang saya hentam keromo tu di antara yang dipilih oleh penceramah untuk dibedah. Haih.. Saya kira terkagum lah jugak. Kiranya ada juga lah benda kat situ yang layak nak dikritik untuk penambahbaikan. Dari kritikan penceramah (waktu tu muka saya yang duduk betul2 kat depan penceramah memang dah setebal tembok, walaupun penceramah tak kenal pun sapa yang menulis benda tu) saya mula membuka jiwa saya untuk mengenali dunia sajak dengan lebih intim.

Itulah sajak pertama saya yang saya hasilkan lima tahun lalu (tapi sayangnya saya tak simpan sebab waktu itu saya tak pernah terfikir yang saya boleh buat banyak lagi sajak di masa depan). Dan itulah sejarah perkenalan saya dengan dunia penulisan sajak.

Daripada seorang manusia yang memang seratus peratus jahil sajak, saya memulakan pencarian dan penggalian bakat dari dalam diri saya sendiri. Saya menjadikan diri saya sebagai "bahan eksperimen" sama ada bakat itu diwarisi dari dalam diri atau boleh dipelajari.

Sekarang saya masih lagi "bertatih" dalam menulis sajak dan tahap saya boleh dinilai dari pelbagai tulisan "latih- tubi" di blog ini.

Kesimpulannya, setiap apa yang berlaku kepada kita tetap mempunyai hikmah tersendiri. Mungkin pada masa ia berlaku, kita anggap tidak mendatangkan kebaikan terhadap diri kita. Namun, hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi di masa depan. Jadi, terpulang kepada kita sama ada ingin melepaskan peluang yang lalu di depan mata, atau menggenggamnya sehingga ia mendatangkan kebaikan kepada kita suatu masa nanti.

Wallahua'lam....



Saturday, October 1, 2011

Nasi Tomato di suatu petang...

3 comment
Assalamualaikum wb...

Baru je siap masak Nasi Tomato berlaukkan Sambal Tumis Udang Dan Ayam Goreng Salad. Maryam sedang khusyuk menikmati hidangan.

Kenapa Blogger?...

2 comment


Assalamualaikum wb...

Saya mula berkenalan dengan dunia Blogger pada pertengahan tahun 2008.Namun Blogger bukanlah laman sosial yang pertama dan terakhir saya sertai. Pertama, Multiply yang saya sertai sekitar tahun 2006 (rasanya), Facebook pada awal tahun 2009 dan beberapa laman sosial semasa selepas itu. Tapi bila saya mula berblogger, saya terus berhenti menggunakan Multiply. Begitu juga, bila saya mula aktif FB, aktiviti di Blogger saya turut terhenti. Laman2 yang lain seperti Friendster, MySpace dan yang terkini Twitter pula tidak begitu menarik perhatian saya. Setakat menyertai gaya semasa je.

Untuk Multiply memang saya tidak lagi menjenguk tetapi Blogger saya jengah kembali pada pertengahan 2009 apabila "dijemput" Blogger Mys yang menjadi Pengikut Pertama saya. Terima kasih my dear SIL. Sehingga sekarang, saya tetap bersama Blogger untuk mencatat perjalanan kehidupan saya. Facebook pula hanya menjadi jambatan saya kepada kawan2 dan saudara mara serta sebagai  Game Port saya. Multiply pulak dah taraf "rumah usang" dah.

Kenapa setia kepada Blogger?.


Sebab saya pemalu... :) Hehe.. Apa kaitan blog2 ni dengan sifat pemalu saya...

Asalnya saya menulis di blog adalah untuk belajar menulis sajak. Dan juga sebagai tempat simpanan benda yang kononnya dipanggil sajak saya itu. Dan saya malu nak paparkan tulisan saya tu kepada orang lain. Kalau kat Multiply dan FB, setiap kemaskini kita akan terus dipapar di Wall kawan2 kita. Tapi sebaliknya, kat Blogger ni, kemaskini kita hanya dipaparkan di Dashboard follower kita jer. Sapa2 yang berminat nak baca saja yang akan "datang" baca. Jadi kemaskini kita takkan membanjiri Wall kawan2 kita seperti di Multiply dan FB. Lagipun, banyak bahan bacaan yang ditawarkan oleh pelbagai blogger di seluruh dunia yang boleh dijadikan panduan hidup seharian saya berbanding dengan FB yang lebih kepada rangkaian bersosial.

Walau macam tu sekalipun, saya sebenarnya tetap teragak2 setiap kali nak kemaskini blog. Rasa macam apa yang saya tulis kat sini hanya "sampah" aje. Tapi, bila ingat balik yang blog ni saya tulis untuk kepuasan diri sendiri tanpa ingin memberi kesan negatif kepada orang lain, saya teruskan jugak. Bagi saya, perjalanan di Blogger ini mewakili perjalanan kehidupan saya. Seperti yang saya nyatakan pada ruang Header blog Usrah Fatihah;

Blog ini adalah Kanvas Kehidupan saya.

Semoga ada bahan tulisan saya yang dipaparkan di sini layak sebagai amal  jariah yang akan menjadi "insuran" saya suatu hari nanti walaupun hanya secebis. 

Ameen....

Sabar ya...

0 comment


Assalamualaikum wb...


Tak lama selepas raya lalu suami mula menghadiri kelas secara separuh masa. Kelas diadakan hanya pada hujung minggu dua kali sebulan. Tak macam saya dulu, kelas setiap hujung minggu selama 2 tahun. Sekurang2nya kami masih ada hujung minggu bersama 2 kali sebulan. Tak lah bosan sangat.

Walaupun kelas pada hujung minggu sahaja, tapi tutorial dibuat sekali seminggu.

Sebenarnya saya nak cerita apa ni?. Saya pun tak tahu nak tulis apa, tapi yang pastinya, kalau suami ada kelas hujung minggu atau tutorial malam, kami anak- beranak memang bosan sangat. Rumah rasa sunyi semacam aje.

Bila saya rasa sunyi macam ni, teringat pulak masa kami duduk berasingan semasa saya kembali belajar hari tu. Bila ingat balik, saya rasa bersalah pulak nak komplen merungut lebih2. Hampir 4 tahun suami duduk sorang2 sebab saya terpaksa balik menetap di bandar yang berdekatan dengan kampus. Dah lah kedua2 tempat kami tinggal tu jauh amat di antara satu sama lain. 12 jam memandu atau naik bas. Kalau nak cepat, naik kapalterbang. Tapi memang tak tercapai dek poket kami kalau nak balik selalu.

Jadi, sekarang duduk diam2 ya. Kalau rasa bosan, ingat dalam hati, suami kamu lagi teruk dari ni berkorban demi cita2 kamu yang nak menyambung pengajian hari tu. :)

Setakat ini dulu...

Catatan semasa: Anak2 dah bergelimpangan kat ruang tamu bila suam suami balik dari perbincangan tugasan sebentar  tadi...