Alhamdulillah .. (Untuk yang kesekian kalinya..:)
Assalamualaikum wb....
Ingat tak pada entri terdahulu saya ada menulis mengenai Maryam dan peperiksaan yang didudukinya.
Tadi saya menerima sms dari cikgu sekolahnya yang keputusan peperiksaan dah ditampal di pejabat pendidikan bahagian. Memandangkan saya memang tak dapat nak pergi tengok dan disebabkan cikgunya pun tak sabar dah nak tahu keputusan peperiksaan anak muridnya yang cengeng tu, dia dah pergi sendiri untuk tengok kat pejabat pendidikan.
Sebenarnya cikgu tu pangkat anak saudara saya, tu yang dia pun beria2 nak tahu tu... :).... Sebentar kemudian (Pejabat pendidikan tu tak le jauh sangat dari kawasan kediaman kami ), cikgu tu sms yang MAryam diterima masuk ke sekolah yang kami inginkan tu.
Sebenarnya banyak sebab kenapa kami nak masukkan Maryam ke sekolah yang dimaksudkan ni. Yang penting sekali, Fatihah pun bersekolah kat situ, jadi bila kedua2 Maryam pun dapat masuk ke situ, kuranglah kesukaran yang bakal dihadapi oleh Unit Pengangkutan ke Sekolah (suami saya la tu) sebab dah satu jalan je.
Di samping tu, sekolah ni juga merupakan sekolah pilihan dan di antara dua buah sekolah rendah agama kebangsaan yang ada kat Kuching ni. Saya tak pasti lah pulak kalau ada lagi sekolah rendah agama kebangsaan yang lain di negeri ni setakat ni.
Tambahan pula sekolah ni tak lah jauh sangat dari rumah kami dan boleh dikatakan berhampiran juga dengan tempat kerja suami. Kadang2 kalau saya terpaksa menggantikan suami untuk mengambil anak2 balik sekolah, saya memang lalu kawasan rumah kami dulu untuk menuju ke sekolah tu.
Tapi sekolah ni bukanlah sekolah yang dibina khas di kawasan kediaman kami. Sekolah yang memang untuk penduduk kawasan kami letaknya lagi lah dekat. Jalan kaki je pun boleh sampai. Kalau Maryam tak diterima hari tu, memang sekolah dekat rumah ni lah Maryam belajar.
Apa2 pun, memang hakikatnya sekolah bukanlah faktor utama untuk kejayaan pembelajaran anak2. Yang paling penting adalah kesungguhan anak- anak sendiri dan komitmen ibu bapa. Namun, saya amat berharap Maryam akan lebih bersungguh- sungguh dalam pelajaran selepas kejayaan pertama dalam peperiksaan pertama yang dilaluinya ini, AMeen...

Assalamualaikum...
ReplyDeleteTahniah maryam dapat masuk sekolah sama ngn mbok nya.Alhamdulillah...Selamat maju jaya k.
Alaikumsalam Mai,
ReplyDeleteYalah syukur benar. Dahlah kawan waktu nak masuk periksa kembang mata nangis. Senang sikit kerja ngantar ngambik. Apa kabar tek?.. Salam kiss kiss untuk baby Nuha and the kids... And Bu diah also... :) Dah datang bonda ngan ayahanda tek?..