Apa tujuan hidup ini?

Assalamualaikum wb.

Saya ni kategori "addicted"  permainan online di FB.Saya mula terperangkap dengan ketagihan ni semasa saya mula- mula mengenali FB selepas kelahiran Asiah. Waktu tu saya dan suami measih lagi duduk berjauhan dan saya baru je menamatkan pengajian separuh masa saya.

Jadi, saya ada amat banyak masa lapang di rumah. Asiah pulak masih amat bayi yang belum lagi banyak kerenah. Jadi bagi perut kenyang, dia akan tidur je.

Saya akan menghabiskan masa dengan pelbagai permainan FB sebaik sahaja saya balik dari kerja. Saya hanya akan berhenti untuk makan dan solat. Berhenti betul2 bila mata dah mengantuk. Sebut permainan apa, semua saya sertai. Mafia War, Sorority Life, Farm Town, Barn Buddy, Restaurant City, Treasure Madness, Farmville dan senarai itu akan berterusan.....

Saya pulak jenis kalau dah main, tak de main alang2. Mesti nak naik level tertinggi yang ada. Sebab kalau main kebun2, makin tinggi level makin banyak benda yang best kita boleh beli. Lebih seronok lagi sebab adik2 saya pun join jugak. Jadi kita boleh bertukar2 free gift yang cantik2. Kalau orang lain buka fb untuk menghubungi kawan2, saya pulak memang semata2 nak main. Saya jenis yang tak suka kemaskini status kat Wall saya. Kalau nak menyampuk pun, saya menyampuk status adik2 sekali- sekala.

Kalau nak diceritakan pasal ketagihan saya kat game di FB ni, rasanya buat satu buku pun tak habis kot. Nanti2 lah kita cerita panjang.

Kali ni saya nak cerita pasal trend game ni. Untuk naik level, kita kena selalu main supaya kita cukup experience (XP) untuk mencecah level seterusnya. Tujuan nak naik level pulak ialah supaya kita dapat unlock barang2 baru yang boleh bagi XP yang besar2.


Contohnya, Farm Town. Untuk naik level kita kena bercucuk tanam. Ada tanaman yang bagi XP sikit je setiap kali dituai. Ada pulak tanaman yang bagi XP amat besar semasa tuaian. Jadi, semasa memilih jenis tanaman, kita mesti bijak memilih tanaman untuk mempercepatkan naik level.

Tapi tak semua tanaman yang elok2 tu kita boleh tanam. Kalau kita level rendah, tanaman yang kita boleh tanam semuanya bagi XP yang kecil2. Untuk dapatkan tanaman yang boleh bagi XP besar, kita kena naik level tertentu.

Jadi, ceritanya, untuk dapatkan tanaman XP besar kita kena naik level. Tapi untuk naik level kita kena buat banyak XP. jadi kita cari XP untuk naik level supaya kita dapat XP lebih,

Hehe.. Nampak tak pusingan dia. Kalau ikut betul2 tak de penghujung kan?... Itulah yang berlaku dalam game kat FB.

Cuba kita tengok kehidupan kita sehari2 pulak. Terdapat segolongan dari kita yang bekerja keras untuk hidup selesa bersama keluarga. Tapi pada masa yang sama, bila dah semakin maju dalam kerjaya, ia menuntut kita untuk bekerja semakin keras sehingga terpaksa pulak mengorbankan masa santai bersama keluarga.

Dan suatu hari, tiba- tiba kita menyedari yang anak2 semua sudah dewasa dan telah mula membina kerjaya dan kehidupan sendiri. Dan masa yang kita ada pergi begitu sahaja dalam kesibukan kita membina kehidupan.

Jadi, sebenarnya apa tujuan kita dalam hidup ini?.

Sekadar peringatan kepada diri, 

"Berhenti sebentar, nikmati keindahan kehidupan di sekeliling kita walaupun ia seperti tidak mendatangkan apa2 keuntungan material. Dan hidup ini terlalu singkat untuk kita lekakan sekadar untuk kepuasan material"

Wallahua'lam...

Comments

  1. Salam Ummu

    Mak isah tak berapa minat main game kat fb, tidak seperti Ummu atau Noormy anak bongsu mak isah. Satu karekter mak isah ia lah kalau nak buat, buat betul2 kalau tak nak, tak sentuh langsung he he...
    Mak isah amat setuju dengan 'peringatan; diakhir entri Ummu ini. Teramat setuju!

    Hidup kita ini sentiasa bertukar-tukar disebabkan dengan keadaan. Contoh nya, sewaktu mak isah bekerja dulu, mak isah amat rajin bergiat dalam komuniti work selepas waktu kerja. Jadi banyak kenalan, tak sipu berucap dan banyak 'self improvement.

    Sekarang ni, dah retire banyak masa dirumah, mak isah banyak ambil kan masa untuk bersama suami dan anak-anak. Setakat duduk bercerita dan mendengar cerita dimeja makan amat merapatkan mak isah dan suami serta anak-anak.

    Wasalam Ummu :)

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Mak Isah,

    I'm looking at you as a good example. I hope one day I will not in a position whereby it would be too late for me to be close with my kids.

    This entry is a gentle reminder for myself to book a special place in my kids heart and life before it is fully booked by others.. :)

    Thanks very much for your comments.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida