Friday, May 30, 2014

Testing

0 comment
Testing... I was purchasing an apps from Apple Store.

This is how the editor look like...







- Posted using BlogPress from my iPhone

It can upload maximum 5 photos..































And this is how the editor look like...







You can edit the font...













Now i am using "marker felt"
Let us see how my entry would be once published...

Usah dinilai

0 comment
Usah dinilai buku itu
Pada corak kulitnya
Kerana butir permata
Tidak pernah memilih
Untuk bersembunyi
Di ceruk mana.

Monday, May 26, 2014

Senja dan kita

0 comment

Senja dan kita
amat mesra
saat laut menyapa
tinggalkan jingga itu
di sini
di kaki langit kemanusiaan
untuk dikongsi dunia
selamanya.

26 Mei 2014
0326 pagi.

Friday, May 16, 2014

Pesan Bonda (Selamat Hari Guru)

0 comment
Pesan Bonda

Anak- anak Bonda,

telah jauh perjalanan kalian,
dari merangkak,
kemudian bertatih,
berdiri,
berjalan
dan berlari,
menjengah usia remaja
kini kalian bersama bonda.

Anak- anak Bonda,

ada ketika
Bonda menegur,
bukan kerana benci.
Berdendam? Tidak sekali.


Anak- anak Bonda,

daerah ini tapak semaian
tunas benih insani
yang pasti akan ditinggal pergi
saat dewasa menjenguk diri

Lantas,
anak- anak Bonda,
Pesan Bonda sematkan erat
di lubuk jiwa,

siapkan minda
kukuhkan iman
tabahkan hati

Di sini andai kalian rasa diuji
hakikatnya
kehidupan di luar sana
bakal lebih menguji

Ingatlah anak- anak Bonda,

suatu hari nanti adalah pasti
kaki kalian melangkah pergi
untuk berjuang di belantara diri
melayar bahtera di samudera realiti
terbang bebas di langit tinggi

Pergilah ke mana sahaja ceruk dunia
Rekalah menara yang paling ternama
Atau menyelidik perkara yang bermanfaat kepada semua
Atau mungkin mendidik generasi muda warisan negara

Kuncinya tetap sama

Ilmu itu pelita diri
Iman itu kompas peribadi
Akhlak itu hiasan hati
Tabahmu tunjang kukuh
Saat diuji


Anak- anak Bonda,

andai Guru Pencetus Kreativiti
Penjana Inovasi
Kecemerlangan kalian di dunia dan akhirat
Adalah manifestasi kejayaan kami.




16.05.2014
(Sempena Hari Guru 2014)

Nota: Dihasilkan khas untuk dideklamasikan oleh Pengetua sekolah lama saya dahulu
sempena Program Sekolah bersama Alumni. Dimaklumkan pada pagi semalam untuk diserahkan kepada
Pendeklamator pada hari ini. Majlis akan berlangsung pada malam ini.

Pada mulanya, sukar nak mula memandangkan dah lama "berehat". Namun, setelah "dilembutkan" sedikit minda malam tadi, berjaya bermula separuh dan pagi tadi dimurnikan lagi separuh akhirnya.

Alhamdulillah. Walau belum pasti sama ada akan diterima, sajak ini tetap akan diabadikan di sini sebagai kenangan Hari Guru 2014.










Friday, May 9, 2014

Awat perangai lagu tu?...

0 comment
Jangan nilai orang berdasarkan luaran..
Jangan prejudis...
Jangan...
Jangan...
Jangan..

Macam- macam kita dengar (boleh baca sebagai "membaca" juga), pelbagai nasihat untuk tidak menilai atau menghukum orang lain apabila melihat tingkah laku yang kita nilai sebagai negatif. 

Tapi, bercakap memang mudah.

Mungkin boleh dielak untuk berbicara kuat, namun masih juga tak boleh kawal bisikan hati.

Hmmm.... Macamana nak atasi ye?...

Apa kata, kita cuba cara ni..

Bila menghadapi situasi macam tu, jangan berhenti setakat melihat tingkah lakunya sahaja dan kemudian terus menilai. 

Sebaliknya terus memandang jauh lebih dalam ke dalam kehidupannya...

Bagaimana latar belakangnya?
Apa jenis kerjayanya?
Dia datang dari keluarga yang mengamalkan nilai kekeluargaan macamana?

Sekarang, bila dah pandang lebih jauh macam tu, tak mustahil untuk kita terlupa dengan perbuatan yang kita anggap negatif tu, kan?

Dengan cuba memahami sebab hamba Allah tu bersikap macam tu, lebih mudah untuk kita melihat perbuatannya secara berasingan dengan dirinya sebagai individu.

Yang kurang manis mungkin adalah sikapnya yang dicanai dari persekitarannya tadi. Individu itu sendiri adalah seorang insan yang masih memiliki potensi yang besar untuk membuat lebih banyak kebaikan, sama seperti kita.

Andai kita tersilap, selalunya kita berharap untuk orang lain memahami situasi kita yang mendesak kita bersikap demikian.


Wallahu a'lam.


 


Thursday, May 8, 2014

Rindu

0 comment

Rindu yang menggamit
Biar tanpa bicara
Tanpa kata
Tetap terungkap seribu makna.

0235 am
8 mei 2014


Curtin, miri.
26 April 2014.