Thursday, September 29, 2011

Semerah Cinta Stilleto...

0 comment
Assalamualaikum wb..


Sekadar mengimbau...

Pernah tidak lama dulu sekumpulan lelaki di Amerika menganjurkan acara jalan kaki dengan berkasut tumit tinggi.

Menurut mereka, ia merupakan satu cara untuk mereka kaum lelaki di Amerika menyatakan sokongan terhadap wanita yang memikul pelbagai tanggungjawab  di dalam institusi keluarga khasnya dan di dalam masayarakat umumnya.

Saya tertanya- tanya sendiri. Mengapa mesti kasut bertumit tinggi dijadikan simbol seorang wanita?. Nampaknya saya bukanlah salah seorang dari wanita yang mereka maksudkan, kerana saya tidak memakai kasut tumit tinggi dan tidak pernah selesa berkasut tumit tinggi walaupun saiz ketinggian saya seperti amat memerlukan kasut tumit tinggi. :)

Rasanya banyak cara lain yang lebih dekat dengan golongan wanita yang boleh dijadikan simbol untuk meraikan pengorbanan kaum wanita. Kenapa kasut tumit tinggi yang berperanan utama dalam menonjolkan penampilan fizikal wanita pula yang terlintas di fikiran mereka. Malahan tidak keterlaluan kalau hendak dikatakan bahawa kasut tumit tinggi juga kerap dikaitkan dengan imej seksi seorang wanita.

Apa- apa pun, terpulang kepada kita untuk menilai tahap pemikiran masyarakat yang kerap dianggap sebagai golongan yang bertamaddun dan maju dari segala bidang tersebut.

Bagi saya secara peribadi, seperti satu penghinaan pulak bila mereka menggunakan imej kasut tumit tinggi untuk golongan wanita seolah- olah itu sahaja yang mereka boleh nampak sumbangan golongan wanita. Mungkin ia tepat untuk golongan wanita masyarakat mereka agaknya.

Saya  berbangga kerana saya tidak termasuk dalam golongan wanita tersebut.

Salam.





Wednesday, September 28, 2011

Abang cintakan...

4 comment


Assalamualaikum wb...

Saya bukanlah jenis yang kaki tengok drama sangat. Terutama drama yang bersiri. Memang tak terkejar. Tapi setakat ni, saya "ter"ikut juga Sinetron Nikita yang disiarkan di TV9 dari pukul 5.30 ke 6.30 ptg setiap hari bekerja.

Kenapa saya kata "ter" tu? Sebabnya mula2  tengok cerita ni waktu pembantu saya masih lagi bekerja. Setiap petang balik dari pejabat, memang sedang baik je cerita tu sedang ditayangkan. Waktu tu saya intai2 manja jer, kalau nak tahu lebih, saya tanya je kat pembantu saya. Jimat masa. Tak payah tercongok sejam kat depan TV.

Tapi sekarang pembantu saya dah berhenti, dah takde lah orang nak update status terkini cerita ni untuk saya. Jadi, kalau tak ada hal lain atau kalau saya tak lupa, memang saya "tune in" TV9. Lagi2 sekarang ni kira tengah klimaks kerana Nikita sedang berada dalam dilemma untuk memilih di antara pemuda pilihan hati yang cinta terhalang atau pemuda baik yang menyintainya tapi cuma dianggap sebagai kawan baik sahaja.


Haha... Saya pun tak tahu apa yang istimewa sangat cerita ni, tapi itulah penangan kalau kita dah terjerat dalam drama bersiri. Mesti nak tengok penyudahnya. Tapi siri Nikita ni memang boleh tahan jugak panjang sirinya. Dah 100 lebih episod dah. Tapi saya tengok rasanya bila siri tu dah dekat2 nak ke 100 jugak lah. Selain tu intai2 manja jer. Intai2 manja pun saya memang sangat suka dengan lakonan berkesan Lydia Kandou sebagai emak Nikita yang menghidapi penyakit Alzheimer dan percintaan komedi ala2 "tom and jerry" Dr April dan Vano abang angkat Nikita.

Abang cintakan..."

Apa pulak cerita cinta2 ni?... Sebenarnya ada lagi satu drama TV yang sedang saya ikut sekarang ni. Tapi yang ni ditayangkan dua kali seminggu je. Jadi, boleh tahan lagilah kalau nak jadi penonton setia.

Saya mula tertarik untuk menonton drama Keimanan Cinta ni bila tengok promo yang disiarkan. Watak utama yang lakonkan oleh Jason Chong yang saya "kenali" sebagai pemuda lembut dalam sitkom Fara memang menyebabkan saya nak sangat tengok cerita ni.

Tapi dalam nak tengok pun, tak de nya saya sempat tengok dari mula. Dah memang tabiat saya, jarang tengok cerita2 bersiri dari mula. Tahu tak kenapa?. Sebab, drama2 bersiri kalau mula2 memang sangat2 lah anti klimaks. Jadi, kalau tak tengok pun tak rugi.

Kebetulan waktu hari raya lepas, kita tukar susun atur ruang tamu dan letakkan set kerusi mengadap tv. Kalau sebelum ni, depan tv tu kita hamparkan karpet untuk senang anak2 baring sambil tengok tv. Saya pula malas nak baring2 depan tv kecuali kalau nak tidur je. Dan kalau tengok tv dari jauh (duduk di kerusi), memang kuranglah keseronokannya sebab:
  1. tak nampak sangat sebab tv kita yang comel jer
  2. tak dengar sangat sebab kat di antara tv dan kita ada anak2 yang riuh- rendah melepak.
  3. budak2 selalu berdiri depan tv, jadi memang sangat tak seronok.
Kembali kepada cerita asal. Bila dah letak set kerusi betul2 kat depan tv, dan kena pulak lepas  raya hari tu masih banyak biskut2 kat atas meja,  memang rasa selesa sangat duduk menonton tv. Jadi, saya pun berpeluanglah mengesan bilakah waktu siaran drama ni; Hari Isnin dan Selasa pukul 8.30  hingga 9.30 malam Saluran TV9, (Promo ni pun saya tengok sebab disiarkan sewaktu siaran iklan Sinetron Nikita)

Cerita dia saya rasa memang bagus. Pelakon2 pulak memang bawak watak masing2 dengan baik. Fazura seorang gadis muslimah yang tegas telah dengan rela hati menolak lamaran dari Azman, sahabatnya (Yang dia pun memang menyimpan perasaan) demi untuk memenuhi hasrat majikannya (berbangsa Cina) yang ingin menjodohkan Fazura dengan cucunya yang "playboy" dengan harapan cucunya akan berubah apabila memeluk Islam.

Jason Chong yang membawa watak sebagai Alan, seorang pemuda yang "happy-go-lucky" terpaksa mengikut pilihan datuknya dengan harapan akan dapat mewarisi harta kekayaan datuknya. Kiranya drama ni tak delah berat sangat. Mungkin ini juga yang menarik perhatian saya sebab saya memang tak minat sangat nak tengok drama2 yang tragis2.

Sekarang ni jalan cerita memang tengah sedih. Alan yang buat tak kisah je kat Fazura selama ni sebab rasa tak layak berkahwin dengan gadis baik seperti Fazura (mereka berdua hanya mengetahui siapa pasangan mereka semasa nak akad nikah walaupun sebenarnya mereka memang kenal sebab bekerja di pejabat yang sama) mula menyesal dengan layanan dinginnya apabila mengetahui yang Fazura mengidap Leukimia.

Dan semasa di hospital, akhirnya Alan akur dengan perasaannya dan meluahkan harapannya supaya Fazura sembuh semula kerana dia telah mula menyintai isterinya... :)..

Tu yang keluar ungkapan "Abang cintakan Fazura.."... Memang syahdu jugak sebab sebelum tu digambarkan yang dia bahasakan dia dan Fazura "saya" "awak" je walaupun Fazura ia2 je memanggilnya Abang. Tapi pelakon yang bawa watak Fazura tu pun boleh tahan. Berjaya menjiwai wataknya dengan  baik. Dia banyak bermain emosi melalui riak wajahnya dan monolog diri sendiri.

Memang berbaloi peruntukkan masa tengok drama ni. Telinga pun rasa selesa je sebab dailog2 yang digunakan teratur dan beradap. Mungkin saya dah masuk kategori veteran kut, tapi saya memang tak boleh terima bahasa sempoi yang kerap digunakan dalam dailog drama masa kini. Mata pun sejuk memandang sebab semua pelakon wanitanya menutup aurat (yang Islam) dan hampir tiada adegan bersentuhan di antara pelakon lelaki dan wanita. Isu pulak memang isu yang saya minati iaitu perbandingan agama dan persefahaman dalam kepelbagaian agama dan bangsa.

Saya bagi drama ni 5 bintang... :)

Salam.


Tuesday, September 27, 2011

Ketinggalan keretapi

0 comment


Assalamualaikum wb...

Rasanya saya jer yang ketinggalan keretapi dengan new blog interface feature ni. Patut lah saya tengok ramai yang guna fungsi strikethrough ni, tapi saya pelik macamana nak buat.

Alkisahnya.....

Tapi tak pe lah. Bak kata pepatah, "Better Late Than Never"....









Syukur... :)

Friday, September 23, 2011

Sudoku Frenzy

0 comment
Assalamualaikum wb..

Semenjak dua menjak ni, seronok pulak main sudoku online. Main online ni lebih seronok dari buat kat buku/ kertas. Tak larat nak padam kalau silap buat kat buku. Dah tu, kalau dah ujung2 tiba2 dicover kesilapan, jenuh lah padam semua lak....

Tapi, kalau kat pc, senang betulkan kalau dah silap buat. Lebih2 lagi kalau ada versi yang boleh buat draft.

Saya akan cuba kongsi laman2 yang menawarkan sudoku online kat entri ni...

1. Sudoku 9x9.com ----> Not Bad, menawarkan beberapa tahap kesukaran yang berbeza, banyak fungsi, tetapi mengelirukan kalau belum biasa.

2. Sudoku Live -----> Kunci masuk nombor dengan papan kekunci, kalau nak daftar skor kena daftar masuk dulu (tak de nya nak daftar), takde fungsi bantuan walaupun menawarkan beberapa tahap kesukaran.

Setakat ini dulu. Nak cari lagi ni...

Tuesday, September 20, 2011

Ayam Masak Merah

0 comment
Assalamualaikum,

Saya ada buat catatan saya menyediakan Ayam Masak Merah beserta link resepi dari Chef Hanieliza yang dijamin sedap. Kira happening lah untuk blog saya ni, sebab saya kan tak pandai masak.. :)

Klik kat sini untuk bacaan lanjut.

Thursday, September 15, 2011

Langkah seterusnya

6 comment
Assalamualaikum....


Hari ni dah masuk hari ketiga Asiah mengunci mulutnya. Pagi ni Asiah dah mula nampak lemah. Dia dah tak selesa berbaring seperti biasa. Dia menelungkupkan mukanya di hujung sofa. Saya yang merancang nak turun ke pejabat terpaksa bertukar fikiran.
Saya rasa kena ambil tindakan drastik untuk memastikan bahan yang lebih pekat dari susu masuk ke dalam badan Asiah. Saya keluarkan bubur nasi kosong dari peti sejuk dan masukkan ke dalam cawan yang selalu digunakan untuk Asiah minum susu.
Saya campurkan dengan sedikit air panas dan lenyekkan sehingga cair seperti air kanji.
Seperti biasa Asiah kunci mulutnya rapat2. Pada mulanya saya guna cara lembut. Saya pujuk dia untuk buka mulut sendiri tapi dia berkeras tak nak buka mulut langsung.
Jadi, saya terpaksa main kasar. Kalau tidak, tak mustahil Asiah akan dirujuk ke hospital kalau dah terlalu lemah. Saya kuatkan hati dan sudukan sedikit bubur ke dalam mulutnya secara paksa. Bila saya tahan tangannya, Asiah dah dapat baca tindakan saya. Dia mula meraung. Mulutnya yang luas ternganga memudahkan kerja saya.
Tapi bukan semudah itu. Asiah cuba sedaya-upaya untuk meluahkan makanan keluar. Walaupun rasa tak sampai hati, saya terpaksa tinggikan suara supaya Asiah rasa takut.
Taktik saya berjaya. Asiah cuba untuk menelan bubur sedikit sambil menangis. Saya tahu mesti sakit sebab memang banyak ulcer kat hujung lidahnya. Saya kuatkan hati sehingga akhirnya habis bubur secawan kecil. Pada mulanya disuap secara paksa, tapi tak lama lepas tu Asiah buka mulut sendiri walaupun dengan linangan air mata. Rasa syukur sangat bila akhirnya Asiah nak buka mulut sendiri.
Sekarang Asiah dah nampak segar walaupun masih tak nak buka mulut.

Gambar Selepas acara...

Wednesday, September 14, 2011

Hfmd

0 comment
Assalamualaikum......

Saya dah dua hari tak ke pejabat sebab Maryam dan Asiah disahkan dijangkiti virus Hand Food and Mouth Disease.

Maryam yang dah berusia 6 thn saya tak risau sangat sebab boleh faham konsep sakit. Asiah pula dah 2 hari tak nak makan. Sepanjang masa dia akan kunci mulutnya. Nak minum susu pun perlu pujuk betul2.

Wednesday, September 7, 2011

Sollatullah Salamullah

4 comment
Assalamualaikum wb dan salam 9 Syawal 1432 H.

Pastinya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri.

Sepuluh jari disusun, kemaafan dipohon kerana pastinya sebagai seorang insan, saya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan yang mungkin menyinggung perasaan rakan2 sama ada di alam nyata atau di alam maya.


Kemas kini Aktiviti Raya di Sana Sini saya tahun ni:

1. Rasa kurang lengkap sedikit sebab abang sulung (da only boy in da family) dan keluarga tak balik beraya kerana isteri sarat mengandung dan anak nya yang sulung nak ambik UPSR. Sampai tak de selera nak tangkap gambar keluarga yang menjadi agenda wajib setiap raya.

2. Selain dari (1) di atas,memang kiranya saya, suami dan anak2 memang beraya sakan. Mana tidaknya, tiap hari dari raya pertama kami tak duduk di rumah sendiri.

2(i)Hari Raya Pertama berziarah ke rumah keluarga saya, keluarga mertua dan saudara mara sebelah mertua. Dapat la peluang berziarah bersama abang ipar dan keluarganya yang duduk di Miri.

2(ii) Hari Raya Kedua memenuhi jemputan rumah terbuka bapa saudara, kawan sepejabat suami, kawan sekelas Fatihah dan guru kelas Maryam.

2(iii) Hari Raya Ketiga pulak saya dah buat janji dengan adik saya dan keluarga untuk berziarah sekali ke rumah abang dan kakak kepada Abah. Sebelah malam pulak curi masa berziarah ke rumah jiran sebelah. Dapat lah berbual panjang dan bertukar- tukar cerita dengan jiran yang berkongsi bumbung dan dinding tapi amat sukar nak bersua pada hari biasa.

2(iv)Hari Raya keempat sebelah pagi memenuhi jemputan rumah terbuka rakan sepejabat suami dan rumah mak saudara saya. Selepas solat Jumaat pulak dah buat janji dengan rakan karib saya dan keluarga yang menetap di KL untuk berziarah ke rumah beberapa orang rakan- rakan lama satu sekolah menengah. Dalam perancangan cuma 4 buah rumah, tapi akhirnya sampai 9 malam kami berjaya menziarahi 7 buah rumah kawan2. Memang seronok sangat dapat jumpa kawan2 lama yang dah sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing2.

2(v) Hari raya Kelima pergi pulak kenduri sepupu jauh saya kat dewan Hikmah. Seronok sangat tengok kemeriahan di hari raya dan dpt hai hai kat ramai wajah yang dikenali. Balik dari situ pegi pulak rumah terbuka sepupu. Petang pulak berziarah ke rumah adik saya sambil menonton DVD Pirate of Carribean. Malamnya, seorang lagi sepupu jemput makan laksa Penang kat rumah dia.

2(vi) Hari Raya Keenam ni saya dan suami dah rancang awal2 untuk duduk rehat di rumah sebab hari Isnin saya dah nak mula kerja. Tapi sebab semangat raya tu masih menyala- nyala lagi, saya buat cadangan kat suami untuk ajak kawan2 yang dilawat pada raya keempat datang ke rumah makan tengahari. Yalah, kalau dia orang saja2 nak berziarah ke rumah, memang sah jumpa pintu pagar bertutup la. Suami setuju dan akhirnya saya berjaya mengumpul 3 orang kawan dan keluarga datang makan tengahari bertemakan selera kampung; ikan bakar, ikan goreng, ikan masak asam, sayur keladi, ulam pucuk ubi. Turut diselitkan tempoyak dan sayur umbut. Kalau ada kesempatan saya cerita dalam siri lain pulak lah bab ni.

Kata tak nak jalan dah, lepas tetamu terakhir datang (adik saya), kami bergegas pulak memenuhi jemputan emak kawan Fatihah ke rumah terbuka. Saya terjumpa kawan Fatihah dan emaknya waktu beli persiapan makan tengahari tu. Lepas tu bergegas pulak ke rumah adik saya (yang kami dah pegi menonton Pirate of Carribean tu) yang ajak makan nasi tomato dan kari parathanya.

Itulah dia Raya Sana Sini saya tahun ni. Berbesar hati sangat kat suami sebab dengan sabarnya menemani saya berziarah ke rumah kawan2 lama saya dan membantu meraikan kawan2 saya semasa majlis makan tengahari tu. Yang seronoknya, kebetulan mak mertua saya pun datang pada hari sebelumnya "berambeh" dan adik ipar pulak datang pada paginya untuk membantu memasak.

Apa kaitannya dengan tajuk entri kat atas tu?.... Sebenarnya saya nak cerita pasal lagu2 religi dari kumpulan Wali Band dari Indonesia. Sangat sedap lah lagu2nya. Saya mula terdengar lagu2 tu semasa menghadiri rumah terbuka bapa saudara saya. Waktu tu disiarkan program hiburan Wali Band bersama AKem di Astro. Esoknya saya terus beli CDnya dan pasang di kereta. Salah satu lagu yang paling saya gemari ialah lagu Selawat. Cubalah dengar... PAsti anda pun akan terpikat.

Setakat ini untuk kali ni....

Assalamualaikum...