Langkah seterusnya

Assalamualaikum....


Hari ni dah masuk hari ketiga Asiah mengunci mulutnya. Pagi ni Asiah dah mula nampak lemah. Dia dah tak selesa berbaring seperti biasa. Dia menelungkupkan mukanya di hujung sofa. Saya yang merancang nak turun ke pejabat terpaksa bertukar fikiran.
Saya rasa kena ambil tindakan drastik untuk memastikan bahan yang lebih pekat dari susu masuk ke dalam badan Asiah. Saya keluarkan bubur nasi kosong dari peti sejuk dan masukkan ke dalam cawan yang selalu digunakan untuk Asiah minum susu.
Saya campurkan dengan sedikit air panas dan lenyekkan sehingga cair seperti air kanji.
Seperti biasa Asiah kunci mulutnya rapat2. Pada mulanya saya guna cara lembut. Saya pujuk dia untuk buka mulut sendiri tapi dia berkeras tak nak buka mulut langsung.
Jadi, saya terpaksa main kasar. Kalau tidak, tak mustahil Asiah akan dirujuk ke hospital kalau dah terlalu lemah. Saya kuatkan hati dan sudukan sedikit bubur ke dalam mulutnya secara paksa. Bila saya tahan tangannya, Asiah dah dapat baca tindakan saya. Dia mula meraung. Mulutnya yang luas ternganga memudahkan kerja saya.
Tapi bukan semudah itu. Asiah cuba sedaya-upaya untuk meluahkan makanan keluar. Walaupun rasa tak sampai hati, saya terpaksa tinggikan suara supaya Asiah rasa takut.
Taktik saya berjaya. Asiah cuba untuk menelan bubur sedikit sambil menangis. Saya tahu mesti sakit sebab memang banyak ulcer kat hujung lidahnya. Saya kuatkan hati sehingga akhirnya habis bubur secawan kecil. Pada mulanya disuap secara paksa, tapi tak lama lepas tu Asiah buka mulut sendiri walaupun dengan linangan air mata. Rasa syukur sangat bila akhirnya Asiah nak buka mulut sendiri.
Sekarang Asiah dah nampak segar walaupun masih tak nak buka mulut.

Gambar Selepas acara...

Comments

  1. Assalamualaikum...

    sungguh perit bila 'ngengon' anak2 sakit sik mok makan mcm tok..pernah juak terkenak.Time m.cah dan bb Nabihah.M.cah x mok mkn sbb bibir nya pecah time bermain...Bb Nabihah ada ulser di anak tekak, bkn di lidah.

    Mun nya sik mok makan, kenak byk berik minum aik.Maybe aik kotak guna straw bleh menarik perhatian dak nya.Ataupun aik mati di letak dlm bekal aik/ cawan yg ada straw.Bahaya mun kurang makanan n aik..bleh masuk wad oleh nya.

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum Ummu,

    Mak isah tau dan faham perasaan seorang ibu apabila anak-anak sakit sebegini.

    Selain menjaga anak-anak sedang sakit Ummu jgn lupa jaga kesihatan sendiri ye..

    Dari sudut ini, mak isah doakan Asiah dan Maryam cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam Mai,

    Nang benar Mai. Nang payah. Asiah pun ada juak ulcer di anak tekaknya. Dahlah nya jenis sik mauk mukak mulut sebab jerak. Jangan kata air, aiskrim yang diminati yan pun nya sik mauk mukak mulut. Minum aik susu dalam cawan jak nya mauk mukak mulut.

    Alhamdulillah, lepas jak paksa makan ya, mauk dah nya mukak mulut makan. Petang dah boleh berekot dah... :)

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam Mak Isah,

    Terima kasih atas peringatan dan doa Mak Isah. Memang rasa nak demam juak lepas ya. tapi Alhamdulillah cepat2 minum air banyak2... Sekarang both the girls are okay already... :)Alhamdulillah, senang hati dah...

    ReplyDelete
  5. Alahai, kesiannya tengok si Asiah nangis. Semoga cepat sembuh dan bleh makan macam biasa. Memang seksa tengok anak2 sakit...kita jadi risau, rasa nak ambik penyakit anak tu, biar kena kat kita aje. Semoga Ummu pun tak jatuh sakit dan menjaga kesihatan diri.

    ReplyDelete
  6. Betul kata Along tu.. Rasa macam nak beli lak sakit dari budak2 tu biar kita yang ganti. Kesian tengok Asiah nangis setiap kali makan. Alhamdulillah bila dah mula makan, cepat pulak benda yang kat dalam mulut tu hilang.

    Itu yang doktor kata kalau HFMD kena kat budak2 especially yang kat mulut, memang kena jaga betul2 makan dia. Kalau tak, end up masuk drip kat wad la.

    Saya pun hampir2 lah jugak nak demam, tapi Alhamdulillah sempat diatasi. Cepat2 telan Panadol. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida