Monday, January 26, 2015

Setiap Helaan Nafas

0 comment
Setiap orakan langkah
setiap helaan nafas

ada bersamanya ujian
yang mengajar
erti tabah
dan sabar

untuk lebih menghargai
nikmat dan anugerah
dari Pencipta Kehidupan.


Saturday, January 24, 2015

Sekolah kehidupan

0 comment

Setiap detik 
Adalah sekolah kehidupan.
Titik. 

Thursday, January 8, 2015

Sejenak

0 comment

Berhenti sejenak
Menoleh ke hari semalam
Ada langkah yang sumbang
Ada bayang yang suram

Namun di sana jua
Ada bunga berkembang
Ada jalur pelangi
Selepas hujan gerimis

Ku pandang ke depan
Melangkah dengan azam
Semalam adalah tonggak
Untuk kejayaan yang mendatang

Sunday, January 4, 2015

Daerah Rahsia

0 comment

Di sana 
Ada daerah
Yang amat janggal bagi kita

Namun adanya
Suatu kepastian
Yang tak bisa dinafikan

Cuma bila
Dan bagaimana ke sana
Masih tetap rahsia

Yang hanya diketahui
Oleh Yang Maha Pencipta

Pustaka Negeri
Ahad
13 Rabiul Awwal 1436h
4 Januari 2015