Posts

Showing posts from 2012

Memikul amanah

Image
Assalamualaikum wb... Kerap saya terfikir yang tugas saya tidak semulia mereka yang berurusan secara langsung dengan perkara yang berkaitan dengan agama aka ibadah seperti pendidik, pendakwah dan yang sewaktu dengannya. Tapi bila menatap keratan akhbar tempatan hari ini, saya sedar bahawa setiap kita memikul amanah untuk memastikan pelbagai sumber yang AllAh kurniakan dapat digembeling dengan sebaiknya.

Blogger for Ipad ( versi terbaru)

Image
Assalamualaikum wb.... Dengan applikasi versi terbaru Blogger for Ipad ni, saya rasa teruja nak kemaskini blog. Ternyata memang mudah berbanding versi terdahulu. Nak kemaskini senang, nak view pun mudah. Nak edit semula entri terdahulu juga amat mesra alam. Kalau dulu, memang serba salah nak kemaskini blog pakai Ipad. Pakai safari memang amat tidak seronok. Pilihan terbaik ialah Applikasi Blogger for ipad. Tapi fungsinya memang amat terhad. Mode yang ada cuma potret. Jadi, taklah seselesa kalau pakai mode lanskap macam yang ada sekarang. Walaupun ada fungsi berpindah di antara blog kepunyaan kita, tapi tidak semudah sekarang. Lepas tu, kalau nak mula menaip, sekarang cuma perlu sentuh ruang yang disediakan dan skrin untuk entri akan muncul. Sesiapa yang belum mencuba, saya memang galakkan cuba kemaskini dengan applikasi Blogger for Ipad versi terbaru. Saya bagi 3 bintang setengah sebab saya rasa masih banyak ruang untuk penambahbaikan untuk applikasi ni. Dan kalau upgrade

Marvellous

Image
Assalamualaikum... Berita baik... Blogger for Ipad dah ada versi terbaru... Banyak penambahbaikan yang memudahkan kemaskini blog dan mengurangkan keinginan saya nak mendapatkan galaxy note 2. Entri ni kiranya percubaan saya untuk mengetahui ciri2 yang terlibat... Yang pastinya sekarang dah ada versi landscape juga berbanding sebelum ni yang terhad kepada portrait. Nampaknya memang lebih selesa kalau nak kemaskini blog... Nak cuba gambar juga lah... Harap2 ada penambahbaikan yang berkaitan dengan upload gambar juga.. Gambar- gambar di bawah adalah berkaitan dengan aktiviti2 saya kebelakangan ini.

Jangan mengalah

Assalamualaikum wb... Setiap kali perjalanan kehidupan kita menghadapi halangan atau cabaran, janganlah berputus asa. Berhenti sebentar.  Analisa persekitaran berdasarkan kekuatan dan kelemahan kita.  Selidiki peluang yang mungkin dipergunakan dan ancaman yang perlu dielakkan. Tidak mustahil, sedikit demi sedikit halangan dan cabaran itu berubah menjadi peluang untuk kita membaiki diri dan mula meneruskan perjalanan dalam keadaan yang lebih baik dari sebelumnya.

Perception

Image
Assalamualaikum wb.. Logici Picollo keluaran Grolier. Beli lama dah tapi belum ada kesempatan nak buat bersama Asiah. Sebuah papan beserta butang pelbagai warna dan 20 set kad yang setiap set mengandungi lebih kurang 10 kad. 3 konsep yang ditekankan oleh permainan ini ialah Brain Development, English dan Mathematics. Untuk Asiah yang berusia 3 1/2 tahun, konsep yang paling sesuai ialah Brain Development. Setakat ni, Asiah paling seronok main cari dan suaikan gambar dan bayang mereka. Ia membina kemahiran membanding imej dan bayang serta mengaitkan kedua2 nya sebagai suatu yang sama dengan butang berwarna. Setiap kali berjaya, Asiah akan bersorak bangga. Anak, tiada yang lebih bermakna dari kalian membesar sebagai hamba Allah yang solehah. Ya Allah, jadikan mereka penyejuk mata kami. Ameen.

Kemarahan adalah api yang membakar

Assalamualaikum wb... Semalam saya menjemput Fatihah pulang selepas aktiviti ko- kurikulum petang. Kebetulan perlu jemput rombongan emak, abah dan adik (sekeluarga) balik dari KL. Jadi saya menjangkakan untuk sampai ke rumah awal.  Biasanya saya cuma menunggu di tepi blok kelas Fatihah. Dia pula akan menunggu di "gajah menyusu" (betul ke istilah ni) yang mudah untuk dia nampak saya dan saya nampak dia.  Semalam, saya sampai dalam pukul 5 lebih dan ramai pelajar yang dah keluar. Bayang Fatihah belum nampak. Memandangkan hujan, saya keluar untuk jemput Fatihah dengan payung, tapi selepas beberapa ketika menunggu di hujung blok, Fatihah belum muncul.  Beranggapan Fatihah masih belum selesai urusan, saya masuk semula ke kereta sambil mendengar rancangan Muamalah di radio Ikim bersama Ustaz Zaharuddin. Tajuk Ulasan Bajet 2013 menarik perhatian saya, jadi saya tak kisah menunggu untuk seketika lagi walau dalam hati saya ada sejentik kebimbangan. Hampir nak ke pukul 6, F

Islam Itu Indah- Belas Kasihan

Ringkasan Program "Islam itu Indah"  Siri Celik Mata Reset Minda- Belas Kasihan Oleh Pr Dr Muhaya Muhamad Saluran Ikim.Fm 3 Oktober 2012 pukul 10 pagi - Undang- Undang Kompensasi (Law of Compensation)   - Berkaitan dengan keberkatan hidup   - Tanya diri sendiri, berbaloi tak apa yang terima berbanding dengan apa yang kita           sumbang? Kalau apa yang kita terima dirasa lebih besar nilai dari apa yang kita sumbang, kita harus manfaatkan kepada orang lain. Kalau tak, Allah akan ambil semula perbezaan nilai tu dalam pelbagai bentuk; kos perubatan, pembantu lari. - Semua orang yang mati akan menggunakan kain kapan kualiti yang sama. Jadi, jangan cuba nak  menunjuk- nunjuk di dunia. Ingat dengan apa yang kita hadapi semasa di Padang Mahsyar.  - Hantar emak dan ayah dulu menunaikan Ibadah haji, Insya Allah kita akan lebih mudah menunaikan ibadah haji selepas itu. - Sebelum menjadi tetamu yang  baik di Tanah Suci, jadilah hamba yang baik di tempat sendiri terle

Oh LCCT...

Assalamualaikum wb... Awal tahun lepas saya dan anak- anak berpeluang ikut suami berkursus di Kuala Lumpur. Kami naik penerbangan AirAsia. Ini kali pertama anak-anak mendarat di LCCT dan belum pernah lagi menjejakkan kaki ke KLIA. Sebelum ini, kami mengembara ke KL melalui JB. Bila saya bercerita mengenai KLIA dan membandingkannya dengan LCCT, terpacul pertanyaan dari Fatihah, "KLIA tu lebih cantik ke dari lapangan terbang ni?" Mereka yang pernah sampai ke KLIA mesti rasa kelakar dengan pertanyaan tu kerana rasanya memang tak setaraf langsung nak bandingkan KLIA yang serba lengkap dengan LCCT. Tapi bagi anak- anak saya yang hanya pernah mengenal LCCT sahaja sebagai lapangan terbang selepas lapangan terbang antarabangsa Kuching (KIA), memang menganggap itulah bangunan yang terbesar dan tercanggih dan rasanya mustahil ada yang lebih besar dan indah dari LCCT. Hati saya berbisik sendiri,  "Agaknya inilah perbandingan kita dengan dunia yang sementara ni d

Tuntutlah Ilmu sehingga ke Liang Lahad

Assalamualaikum wb.. Sekadar ingin berkongsi untuk mereka yang sukar nak menghadiri kuliah untuk meningkatkan ilmu berkaitan agama kita Islam. Salah satu caranya ialah mendengar siaran ilmu dari radio secara online. Klik di sini untuk mendapat akses radio antarabangsa One Legacy Radi o . Boleh dengar ilmu dari Sister Yasmeen Mogahed dan Imam Suhaib Webb dan ramai lagi. Ya Allah, tingkatkan ilmu kami. Ameen.

Keindahan dalam kekurangan

Assalamualaikum wb.. Eureka... Saya tiba- tiba menyedari hakikat bahawa tiada konsep cantik atau hodoh dalam kehidupan.Semua itu, adalah kepelbagaian dalam kehidupan yang merupakan manifestasi keindahan itu sendiri. Dinding rumah saya penuh dengan lakaran dan cakaran contengan anak- anak. Juga penuh dengan poster- poster pembelajaran anak- anak. Bila saya maksud lakaran dan cakaran, sebenarnya ia memang adalah cakaran semata- mata. Bukan yang macam mural kat tadika yang cantik dan berwarna- warni tu. Dan posternya pula, kebanyakannya dah terkoyak di sana- sini. Selama ni saya tak faham kenapa... Tapi setiap kali suami cadangkan nak cat dinding rumah, saya rasa itu akan menghilangkan seri rumah saya. Sebabnya, mengecat ruang tamu rumah saya akan menghilangkan semua lakaran dan cakaran serta semua cebisan poster di dinding tersebut. Bagi saya setiap lakaran dan cebisan poster itu menggambarkan keceriaan dan kecomelan masa kecil anak- anak yang tidak mungkin akan saya j

Kun Fa Yakun

Setelah usia menginjak ke angka empat puluh, barulah diberi Allah peluang untuk merasai pengalaman demam campak. Pada hari raya keenam, Fatihah dan Maryam tidak lagi dapat keluar beraya bersama kami sebab dijangkiti demam campak. Seorang sepupu mereka dan adik bungsu saya turut dijangkiti demam campak. Seminggu tak bersekolah. Sekarang mereka dah beransur pulih walaupun parut masih jelas kelihatan. Hujung minggu lepas, Asiah pula mula dikunjungi bintik- bintik merah yang kemudiannya berair. Memang sah dia pun dijangkiti campak. Saya pada mulanya cuma rasa tak sedap badan. Rasa ngilu pada sendi dan badan rasa seram sejuk. Selera makan hilang. Saya ingatkan tak sedap badan sebab tak makan nasi. Kebetulan pulak saya dan suami konon- kononnya nak kurang nasi, lebihkan sayuran. Tu yang tak sedar pun hilang selera makan. Saya pulak sibuk dengan mesyuarat dua hari berturut- turut, Ranu dan Khamis. Cuma rasa hairan kenapa rasa sejuk berlebihan hingga sekali tu tiba-tiba ja rasa je

Sketsa Persoalan Tanpa Prejudis

Assalamualaikum wb... **************************************************** Sketsa 1: Soalan: Kenapa lelaki solat tak pakai telekung macam perempuan? Jawapan: Sebab kalau semua pakai telekung, nanti tak dapat nak bezakan yang mana lelaki dan yang mana perempuan. Situasi: Seorang kanak- kanak berumur 7 tahun yang mempunyai 3 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan. ******************************************************* Sketsa 2: Kenyataan: Nabi Adam AS tak baiklah sebab tindakannya melanggar perintah Allah menyebabkan kita tak berpeluang nak duduk kat syurga. Penjelasan spontan: Kerana Nabi Adam keluar dari syurgalah kita dilahirkan ke dunia dan berpeluang untuk merasai kehidupan di syurga kalau kita taat kepada Allah dan RasulNya. Kalau tak, hanya Nabi Adam dan isterinya sahaja yang akan menetap di Syurga selama- lamanya. Situasi: Seorang kanak- kanak berumur 10 tahun bertanya setelah mendengar satu program di radio IKIM mengenai Nabi Adam. ******************

Nak khusyuk?

Image
Assalamualaikum wb... Pernah terdengar kata2 ni, kalau kita nak khusyuk dalam solat, kena jaga tingkah laku di luar solat. Dari satu sudut berbeza, mengenai perkara yang sama; sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Jadi, di antara solat dan amal baik ternyata berkait di antara satu sama lain. Seiring dan sejalan. Kena datang dalam satu pakej. Buat baik dan jauhi perkara mungkar, insya Allah membantu ke arah solat yang khusyuk. Solat yang khusyuk akan menjamin kehidupan sejahtera. Saya bukan seorang yang pakar dalam ilmu agama tapi sekadar ingin berkongsi apa yang terlintas di hati berdasarkan serba sedikit maklumat yang diperolehi. Wallahu a'lam. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Janji ditepati

Assalamualaikum wb... Salah satu dari sifat orang munafik ialah bila berjanji ia mungkir. Ternyata amat besar tuntutan menepati janji yang telah kita buat waima kepada sesiapa sahaja. Tetapi, kalau ada orang bagi barang dengan kita sebagai hadiah. Lepas tu tiba- tiba dia minta pulak kita buat sesuatu. Kalau kita tak buat, rasanya bukan mungkir janji kot... Sebab kita tak pernah pun janji yang kita akan penuhi apa sahaja permintaan dia kalau dia bagi kita barang tu. Lebih- lebih lagi kalau barang yang dia bagi tu bukan harta milik dia pun, cuma harta kita sendiri yang dikumpul dan diagih- agihkan semula berdasarkan keperluan semasa. Wallahua'lam...

Bersama kesusahan itu...

Assalamualaikum wb... Pada Al- Insyirah itu ada semangat yang menyengat ada tabah yang hebat saat hatinya sayu saat hatinya rindu ada suara yang memujuk dia tidak pernah ditinggalkan dalam kedukaan dalam kesedihan kerana tibanya kesusahan itu di sebaliknya ada kesenangan yang turut bertandang.

Insan Dewasa

Assalamualaikum wb... Kian jauh mengembara Hati makin kerap bertanya Soalannya sukar Perjalanannya mencabar Mungkin sekali sekala Terluka kaki terinjak duri Atau kaca dari pengembara yang leka Sabarlah Kerana kau bakal menjelma Sebagai insan yang sebetulnya Telah dewasa.

Syawal satu kemenangan

Assalamualaikum wb.... 3 Syawal 1433 H Sekurang- kurangnya 40 kali dah saya merayakan eidulfitri. Semasa kecil memang inilah saat yang paling ditunggu- tunggu. Main bunga api, makan kuih, jalan- jalan rumah jiran dan saudara mara sampai malam. Memang dunia ini ana yang punya... Bila dah remaja, momentum masih sama. Kali ni sebab ini lah satu2 nya masa boleh jumpa kawan- kawan sekolah yang telah lama berpisah. Bertukar- tukar cerita pahit dan manis. Mengulang2 cerita- cerita zaman sekolah. Manisnya kenangan. Bila dah berkeluarga, hari raya bermakna persediaan lebih tertumpu kepada persiapan raya suami dan anak- anak. Setiap tahun saya menyiapkan sendiri pakaian raya suami dan anak- anak. Dengan kekangan waktu sebagai seorang pengurus rumahtangga yang juga bekerja di luar, saya cuma mampu menyiapkan semuanya di saat- saat akhir. Kali ini, pengumuman raya merupakan saat- saat yang paling saya takuti. Takut anak bulan muncul di saat persiapan raya belum tersedia. Ngerinya....

Taqabbalallahu minna wa minkum

Assalamualaikum wb... 2 Syawal 1433h... Azam Ramadhan tahun ini, saya buat waktu permulaan Ramadhan yang lalu adalah nak mengkhatamkan Al- Qur'an. Alhamdulillah, selepas silat Asar tadi, pada 2 Syawal saya berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk saya. Bila baca doa khatam Al- Qur'an yang ada kat penghujung Al-Qur'an tu, saya rasa sebak dan sayu sangat. Ini kali pertama saya baca doa tu sendiri kerana seingat saya, inilah kali pertama saya berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Qur'an saya dengan pasti dari surah Al- Fatihah ke surah AnNas. Sepanjang saya membuat tilawah al-Qur'an sepanjang Ramadhan kali ni, saya rasa seperti satu perjalanan yang mengasyikkan. Saya dapat tengok macam- macam perkara secara sepintas lalu tapi tidak dapat berhenti lama untuk menikmati keindahan di setiap tempat. Bila saya mula meninggalkan suatu tempat menuju ke destinasi yang lain, saya tanam azam untuk kembali semula lain kali dan akan menginap lebih lama di sana. Sekarang

Saat Bermusafir

Saat bermusafir rasa amat hampir  dengan Pencipta ternyata kebergantungan kepada Allah lebih terserlah bila  berada di daerah asing.

Bisu dalam kata

Jemari kaku Hanya hati berbicara Siapa yang berdosa Saat renung jiwa Kian mengembara Hari ini Aku bisu Dalam berkata.

Perjalanan lautan

6 Ramadhan 1433H. Assalamualaikum wb... Di gigi air antara pasir dan ombak ada penghalang  untuk aku terus berjalan seandainya enggan berubah dan terus melangkah pasti akan lemas tanpa berjaya menatap biru lautan sebaliknya kalau benar ingin menyeberang atau belayar di laut dalam binalah bahtera yang kukuh  untuk menjelajah lautan kerana penghujung daratan bukanlah penamat kehidupan tapi permulaan perjalanan lautan yang amat panjang. Nota:  Rentetan pembacaan buku tulisan Prof Dr Hamka, Pandangan Hidup Muslim, Pustaka Dini Sdn Bhd (2004) ms 125 "Titik penghabisan daripada ilmu ialah permulaan dari falsafah, dan akhir kesudahan daripada falsafah, hanya dapat diselesaikan dengan agama"

Tadarrus- Ihya Ramadhan

5 Ramadhan 1433H. Assalamualaikum wb.... Zaman budak- budak dulu, kalau bulan Ramadhan, saya dan abang selalu menyertai kumpulan tadarrus di surau. Seronok, sebab boleh baca guna mikrofon. Kita akan duduk ramai- ramai dalam bulatan, bergilir baca ayat al- Qur'an. Bila dah nak selesai giliran, ketua akan bagi isyarat berhenti dengan menyambung bacaan yang sedang kita baca.  Sekarang, bila dah besar terutama bila dah berkeluarga, tak ada peluang dah. Solat Terawih pun berjemaah dengan keluarga sahaja di rumah. Tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk tidak m enyertai pesta Ramadhan.  Seperti tahun- tahun yang lepas, saya berazam nak khatam Al-Quran dalam masa sebulan tu. Ini bermakna saya sekurang- kurangnya kena tamatkan satu juzuk setiap hari. Bukanlah mustahil tetapi bukan juga perkara yang mudah. Waktu mula- mula memang bersemangat tetapi selalunya bila dah ketinggalan sebab uzur, mulalah hilang semangat. Dan setakat ni, memang tak pernah lagi saya berjaya khat

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wb... Hari ini 4 Ramadhan 1433 Hijriyyah. Secara umumnya saya amat teruja untuk menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan kali ini. Terutama bila mendengar dan membaca pelbagai kelebihan puasa pada status2 FB rakan. Saya dan suami juga berazam nak buat solat terawih penuh sepanjang Ramadhan. Kalau tak larat, sekurang2nya nak buat 8 rakaat dan witir. Namun hakikatnya, perlaksanaan tak semudah yang dirancangkan. Hari pertama dan kedua Ramadhan adalah hari cuti hujung minggu. Fatihah dan Maryam nampak terganggu walaupun ini bukan kali pertama mereka berpuasa. Tahun lepas tahun pertama Maryam menamatkan puasa penuh sebulan dan Fatihah dah mula puasa penuh sebulan sejak Tahun 1. Hujung minggu, tidak bersekolah dan sepanjang dua hari tak ada aktiviti sebab suami ada kelas. Maryam dan Fatihah merungut lapar. Saya pujuk Maryam untuk tidur bila dia mula rasa lapar. Fatihah pula cari alasan nak ke rumah sepupunya. Bila dilarang, dia boleh menangis pula macam b

Manusia dan Kemanusiaan

Kian jauh mengembara kian lelah memikul beban untuk memahami  ketabahan insan saat ibu merenung kejauhan sempatkah anakku menatap fajar pagi semalam di suatu sudut gelap runtuhan batu dan titisan darah tidak lagi bisa bercerita saat anak kecil meraung kelaparan di dadanya ada bara dendam entah bila akan padam dan deruan angin kering berbaur debu harapan sampai bila menjadi teman setia pada hati yang telah lama luka adakah akan sembuh atau selamanya akan parah bukti keinsanan telah lama lenyap dari kehidupan manusia dan kemanusiaan.

Karnival Sukan

Assalamualaikum wb.. Panggilan dari rumah. Fatihah nak membuka gerai semasa karnival sukan di sekolahnya Sabtu ini. Mulanya saya malas nak layan sebab suami ada kelas hujung minggu ni. Kalau ikut serta, bermakna saya yang akan sepenuhnya mengendali gerai tu. Tapi suara Fatihah macam beria- ia benar. Rasa kasihan pulak kalau tak bagi sokongan. Katanya nak buka gerai makanan. Aduh.... Ni yang lemah ni. Dia ingat mama dia ni chef ke apa? ... :). Takkan nak jual keropok kat sekolah. Junk Food tuuu.... Tak elok untuk kanak- kanak. Kalau ibu bapa diorang sendiri beli kat kedai tak apa... Jgn pula saya yang jadi pembekalnya di sekolah. Dah tu, nak jual apa? Takkan nak pasang gerai kosong jer. Hmmm.... Tengoklah nanti macamana. Saya dah ada idea sikit2, tapi kalau menjadi nanti saya buat entri. Kalau tak menjadi, biarlah ia menjadi rahsia... :)

Buah Fikir

Usah dipersia buah fikir yang meranum di rimba takulan nun jauh di pergunungan sepi sesekali  terlihat kelibat haiwan liar  mengintai menguja manis dan harum entah bagaimana enak rasanya andai jiwamu lemah tiada pernah ditempa uji mengasak kukuhnya pasak saat ribut  taufan  menghenyak pastinya sesat di dalam terangnya mentari tapi sebaliknya jangan pernah mengaku alah sebelum melangkah kerana mana mungkin menebak dalamnya lubuk kalau selamanya hanya gegak bertempik di tepian kali.

Rahsia Alam

Di ruang yang asing detik waktu bagaikan malu menghitung ruang yang panjang berbisik pada udara kenapa alam terlalu berahsia setiap helaian daun  dan kelopak yang berkembang adalah kunci kepada misteri yang lama tersembunyi dari pandang seorang insan mungkin suatu ketika bila bulan bersuara dan bintang bercerita bumi yang terhampar dan laut yang mendampar bakal bersatu menjadi saksi tiada hadir sebiji benih  di dalam bumi yang tidak berzikir pada Penciptanya Yang Maha Tinggi. dan aku di sini tetap setia bersama janji dari azali.

Menyesal?

Image
Assalamualaikum wb. Kita sering terkilan seandainya apa yang kita hajati tidak tercapai. Ada kalanya apa yang kita miliki hilang begitu sahaja. Sekali lagi kita rasa terkilan. Rasa menyesal. Kenapa aku tak dapat miliki benda tu?... Kenapa aku tak berhati- hati menjaga barang tu sebelum ni?. Kita mudah menyesal. Mudah terkilan. Perlu ke kita menghabiskan usia yang ada dengan penyesalan? Terlalu banyak perkara yang kita ingini tidak mampu kita perolehi. Adakah setiap kegagalan itu akan diikuti dengan penyesalan? Pilihan di tangan kita. Untuk menyesali perkara yang tidak kita mampu miliki? Atau menerima dengan hati terbuka dan membuka hati kita untuk menghargai apa yang sedia ada di dalam genggaman kita. Walau mungkin nilainya tidak setinggi apa yang yang telah pergi. Hakikatnya, hidup amat singkat untuk kita kesali. Wallahua'lam.

Menanam Azam

Assalamualaikum wb, Setiap hari kita ingin menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Kadang kala kita rasa ia suatu yang mustahil. Kenapa? Kerana, kita rasa kita sudah cukup baik. Jadi, mana mungkin ada ruang lagi untuk dibaiki supaya menjadi lebih baik dari semalam. Hakikatnya? Kita adalah insan biasa. Mudah untuk lupa dan leka. Dengan sentiasa mengaudit diri, kita pasti akan terjumpa ruang dan peluang untuk  menjadikan diri lebih baik dari semalam. Tiada yang mustahil, InsyaAllah. Asalkan kita berfikiran terbuka terhadap diri sendiri, tanamlah azam untuk berusaha mempertingkatkan diri. Untuk program ini berkesan, cuba langkah- langkah berikut: 1. kenali masalah diri 2. cari punca masalah 3. cadangkan penyelesaian 4. pastikan ia bermula dengan langkah yang kecil sahaja. Contoh:  1. Kenali masalah diri - Sukar untuk menjaga masa terutama untuk datang awal ke pejabat 2. Cari punca masalah - bangun lewat - perlu siapkan persedia

Sekian Lama

Assalamualaikum wb, Sekian lama didakap selesa seolah tiada yang bisa menjentik emosi aku orang yang sama semalam, hari ini dan selamanya pada hakikatnya di sebalik selekoh dan jalan terlalu banyak ranting dan duri menunggu masa untuk menikam jauh ke dalam hati yang leka perlahan aku tersedar perlu untuk membina rasa kebal andai berdepan apa saja tetap yakin dan bersedia aku orang yang sama semalam, hari ini dan selamanya.

Projek Nilam Keluarga

Assalamualaikum wb... Saya dan suami mempunyai peruntukan khas untuk membeli bahan bacaan sama seperti perbelanjaan rumah yang lain. Setiap kali menjenguk kedai buku, amat sukar untuk keluar tanpa membeli sebarang buku; sama ada untuk diri sendiri atau anak- anak. Selalunya buku yang saya dan suami beli dari bahan bacaan yang boleh dibaca berulang kali seperti buku agama, buku kraf atau buku bacaan umum.  Sebaliknya,  untuk anak- anak pula selalunya adalah buku cerita yang mereka akan baca sekali sahaja. Lepas tu akan dibiarkan berhabuk dan anak- anak akan merengek pula untuk dibelikan buku baru selepas menghabiskan bacaan dalam masa cuma beberapa hari. Rasa macam membazir pulak bila tengok buku- buku yang masih elok disimpan begitu sahaja. Jadi, sebagai penyelesaiannya, suami lancarkan Projek Nilam Keluarga. Fatihah dan Maryam ditawarkan hadiah yang mereka pilih sendiri setiap kali mereka mencapai sasaran jumlah buku yang ditetapkan; 30, 50, 70, 100. Nilai h

Again?...

Assalamualaikum wb... Pembantu saya akan berhenti pada pertengahan bulan Julai ni.... Lagi sekali?... Bukan ke hari tu dah tulis pasal pembantu berhenti sebab kawin? Takkan baru setahun, pembantu baru nak berhenti pulak?.   Tak patut.... Sebenarnya, yang ni bukan pembantu baru. Masih tetap pembantu yang dulu jugak... Ehhh.. Hari tu tak jadi balik ke?.. Beria aje buat entri sedih hari tu.... Bukan juga tak jadi balik. Memang balik pun hari tu... Dan saya pun memang dah carik pembantu baru. Tapi, dipendekkan cerita yang panjang, pembantu saya masuk semula bekerja untuk tempoh setahun lagi alang- alang nak tamatkan paspot pada 2012 ni. Jadi, sekali lagi saya ulang tayang entri ni ,  tak payah saya taip semula. :) Kali ni, saya bukannya nak cerita pasal pembantu nak balik sebab ia dah dijangka awal- awal dah. Cuma, sekarang kena buat perancangan dan strategi untuk meneruskan kehidupan harian tanpa pembantu sebab saya seboleh- bolehnya tak nak dah ambil pembantu baru. Bukann

Makna bahagia.

Assalamualaikum wb.. Apa makna bahagia? Adakah dengan memiliki segala- galanya yang ada di dunia? Atau berjaya melalui segala ujian dan cabaran kehidupan dengan penuh keredhaan bahawa segala yang buruk dan baik adalah milik Allah swt semata- mata? Andai maknanya yang pertama, saya belum pasti dari kategori orang yang bahagia, tetapi kalau maknanya dari yang kedua, InsyaAllah saya berdoa sayalah orang yang menggenggam kebahagiaan itu. Wallahu a'lam.

Hari Bersantai Sedunia

Image
Assalamualaikum wb... Seperti biasa, cuti sekolah bertembung dengan cuti perayaan Gawai Dayak. Saya dan suami bawa anak- anak keluar makan di tHe Spring. Memang meriah suasana perayaan kat situ. Ruang lobi dihias dengan pelbagai replika yang menggambarkan adat tradisi bangsa Dayak. Apalagi, anak- anak dan mak bapak anak- anak ambil peluang tangkap gambar. Teringat saya zaman kecil dulu, kalau cuti sekolah, saya balik kampung kat rumah nenek. Kat belakang rumah nenek ada bukit. Saya dan sepupu- sepupu suka panjat bukit dan main tangkap gambar. Konon2 nya filem dia ada banyak sangat, bukan setakat 12, 24 atau 36 snap sahaja. Rupa2 nya konsep tu dikenali sebagai kamera digital pada masa kini. Tak pernah terfikir pada waktu tu yang suatu masa nanti, untuk lepak kat pondok2 buluh macam kat dalam gambar2 ni, kena pegi pusat membeli belah, bukannya balik kampung nenek.

Cubalah untuk lebih memahami

Assalamualaikum wb... Setiap hari berdepan dengan kerenah anak- anak, pada hakikatnya memang sukar untuk mengelakkan dari perasaan marah. Terutamanya bila kita rasa ragam mereka mencecah tahap melampau. Tapi, jauh di sudut minda rasional saya, apa yang saya hadapi sekarang  sering mengembalikan nostalgia zaman kecil saya sendiri. Malahan zaman remaja saya.  Mudah merajuk, mudah menangis, cerewet.....  Petang semalam, suami ajak kami sekeluarga keluar makan malam. Anak- anak disuruh tukar pakaian. Maryam tiba- tiba mengamuk sakan hanya kerana suami saya suruh dia tukar ke pakaian yang lebih elok. Sedangkan, semasa saya balik saya tengok dia amat ceria. Mulanya memang saya marah sangat tapi malas nak layan sebab tak nak rosakkan suasana seronok yang lain yang nak makan di luar. Saya cuma dengar dia membebel dalam tangisannya. Akhirnya sebab kasihan, saya tanya apa yang dia sedihkan sangat. Rupa- rupanya, Maryam kecewa sangat sebab saya tak perasan pun yang di

Ringkas dan Manis

Assalamualaikum wb... Ringkas dan manis. Short and Sweet . Saya suka baca entri blog yang ringkas dan manis. Tapi saya sendiri sukar nak buat entri yang berbentuk macam tu. Kalau saya cuba nak buat, saya rasa macam tak cukup untuk menyampaikan maksud yang tersirat di hati saya. Sebaliknya, saya akan cuba nak membuat penjelasan yang panjang berjela- jela. Sebenarnya di situ tersemat mesej yang penting. Mereka yang menguasai perbendaharaan kata yang luas berupaya untuk menyampaikan makna melalui susunan kata yang paling ringkas. Dan, saya akhiri entri saya di sini... :) Bilah Kata Bilah kata libasnya tajam mencantas jiwa pedih mencengkam mentari pun terluka sehingga ke senja. WallahuA'lam.

Still in Testing mode

Image
Testing , a photo by ummufatihah on Flickr. "Still in testing mode. "- this is what i had typed in sending mode Flickr. Via Flickr: "Sent from my Nokia phone" -this is the message appeared in my Flickr when i uploaded the photo through email from my mobile. The message then appeared as description in my photostream. Click "add description" when sharing the photo to blog and let see how it would appear in the blog.

ummufatihah's photostream - testing

Image
ummufatihah's photostream on Flickr. Multiple photos shared from Flickr account. How would it look like?

Testing Flickers

Image
Testing Flickers , a photo by ummufatihah on Flickr. Testing.. Testing.... Via Flickr: Testing flickers

Bila Tuhanku Berbicara

Bila Tuhanku berbicara, bukalah minda kerana memang selamanya ia di situ ayat dan tanda buat jiwa yang bersedia untuk mendengarnya. Tuhanku bukanlah aku yang terbaik di antara hambaMU namun  ibadatku hidupku dan matiku semata   untukMU 

Di Ruang Itu

Assalamualaikum wb. Di hati saya, lapangan terbang adalah suatu tempat yang penuh emosi. Lapangan terbang adalah lambang sama ada pertemuan atau perpisahan. Saat berjumpa, kita selalunya gembira, walaupun tidak semestinya. Begitu jua bila berpisah. Ada yang gembira bila berpisah, namun biasanya perpisahan hanya menjanjikan kesedihan. Perasaan dan pendapat ini  telah lama saya rasai. Saya melanjutkan persekolahan di Semenanjung dan lapangan terbang merupakan gerbang utama untuk saya berjumpa atau berpisah dengan keluarga tercinta. Berjumpa hanya untuk beberapa ketika tetapi sekiranya berpisah, untuk satu jangka masa yang lama. Emosi saya yang berkaitan dengan lapangan terbang berterusan sehingga ke zaman universiti dan dilanjuti sehingga ke kehidupan bekerja. Dengan kawasan geografi yang luas di negeri saya, perjalanan udara merupakan pilihan pengangkutan yang paling cepat. Urusan rasmi di luar stesen kebanyakannya memerlukan saya berada di lapangan terbang. Sementara menung

Moment Of Reflections

Ada saatnya, kita tidak perlu berkata- kata hanya merenung ke dalam minda bertanya pada diri kenapa rasa tidak selesa seolah ada benda yang tak kena kita empunya diri patut lebih mengetahui apa sakit apa ubatnya semoga ketenangan  yang dicari akan ditemui dalam diri sendiri. 24 Jamadil Awwal 1433 H 16 April 2012

Ikan

Image
Pada air yang tenang Kau percaya di sana duniamu Duniamu yang paliing paling indah Dan kekal abadi Tanpa kau sedari Hakikatnya ada dunia lain Padangnya luas terbentang Pelangi pelbagai warna Lukisan selepas gerimis petang senja Dan selamanya Padamu Duniamu adalah Segalanya

Saat Alam Berbicara

Assalamualaikum wb, Saat alam berbicara  gerak rasa tersentak meneka dalam cahaya daun kering berguguran ombak  pantai  berkejaran awan indah  bergentayangan adalah butiran huruf bertaburan di kitab alam saat alam berbicara denyut jantung terhenyak diusik tanpa suara diri terasa sepi  walau di lingkungan manusia hati terasa sunyi walau rakan berjuta mungkin sekali sekala saat alam berbicara kita perlu berhenti bersuara untuk bisa mengerti tujuan hidup di dunia. 13 Jamadil Awwal 1433H 5/4/2012