Hari Bersantai Sedunia

Assalamualaikum wb...

Seperti biasa, cuti sekolah bertembung dengan cuti perayaan Gawai Dayak.

Saya dan suami bawa anak- anak keluar makan di tHe Spring. Memang meriah suasana perayaan kat situ.

Ruang lobi dihias dengan pelbagai replika yang menggambarkan adat tradisi bangsa Dayak. Apalagi, anak- anak dan mak bapak anak- anak ambil peluang tangkap gambar.

Teringat saya zaman kecil dulu, kalau cuti sekolah, saya balik kampung kat rumah nenek.

Kat belakang rumah nenek ada bukit. Saya dan sepupu- sepupu suka panjat bukit dan main tangkap gambar. Konon2 nya filem dia ada banyak sangat, bukan setakat 12, 24 atau 36 snap sahaja. Rupa2 nya konsep tu dikenali sebagai kamera digital pada masa kini.

Tak pernah terfikir pada waktu tu yang suatu masa nanti, untuk lepak kat pondok2 buluh macam kat dalam gambar2 ni, kena pegi pusat membeli belah, bukannya balik kampung nenek.




Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida