Menanam Azam


Assalamualaikum wb,

Setiap hari kita ingin menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Kadang kala kita rasa ia suatu yang mustahil.

Kenapa?

Kerana, kita rasa kita sudah cukup baik. Jadi, mana mungkin ada ruang lagi untuk dibaiki supaya menjadi lebih baik dari semalam.

Hakikatnya? Kita adalah insan biasa. Mudah untuk lupa dan leka. Dengan sentiasa mengaudit diri, kita pasti akan terjumpa ruang dan peluang untuk  menjadikan diri lebih baik dari semalam.

Tiada yang mustahil, InsyaAllah. Asalkan kita berfikiran terbuka terhadap diri sendiri, tanamlah azam untuk berusaha mempertingkatkan diri.

Untuk program ini berkesan, cuba langkah- langkah berikut:

1. kenali masalah diri
2. cari punca masalah
3. cadangkan penyelesaian
4. pastikan ia bermula dengan langkah yang kecil sahaja.


Contoh: 

1. Kenali masalah diri
- Sukar untuk menjaga masa terutama untuk datang awal ke pejabat


2. Cari punca masalah
- bangun lewat
- perlu siapkan persediaan keluarga


3. Cadangkan penyelesaian
- Bangun lebih awal supaya ada cukup masa untuk menyiapkan keperluan keluarga sebelum bertolak ke pejabat.


4. Pastikan ia bermula dengan langkah yang kecil sahaja.
 
- Untuk langkah pertama, sekiranya kerap datang lambat selama 30 minit, tak semestinya terus berazam untuk sudah berada di pejabat sebelum waktu bekerja.

- mulakan dengan azam untuk datang awal 5 minit dari biasa. Maknanya  masih lambat, tetapi hanya lambat 25 minit sahaja.

- Jadi, kita azam untuk bangun 5 atau 10 minit awal dari biasa.

- dari sehari ke sehari, perbaiki pencapaian untuk awal 5 minit.

- Jadi, tanpa disedari, dengan hanya meningkatkan pencapaian hanya untuk 5 minit secara konsisten, Insya'Allah kita akan berjaya untuk mengatasi masalah datang lambat ke pejabat.
(Saya gunakan contoh diri sendiri sebagai kajian kes ini)


Dengan disiplin dan azam yang teguh, cara ini boleh diaplikasi untuk semua keadaan, InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida