Posts

Showing posts from November, 2010

Siri Bermusafir: SMS dari Skudai

Salam... Semalam memang saya kelam- kabut bila mendapat tahu mengenai penginapan semasa bengkel di Melaka. Dalam kalut- kalut tu saya terlupa satu perkara. Menempah penginapan di Johor. Mengikut perancangan saya, kami sekeluarga akan sampai ke Senai pada sebelah malam dan keesokannya bertolak ke Melaka dengan bas. Memandangkan saya ada seorang rakan di Johor, saya rancang nak menginap sekejap di rumahnya memandangkan saya memang kenal rapat dgn dia dan suaminya. Dan saya yakin dia pun pasti akan mengalu- alukan kedatangan saya... (macam konfiden jer)... Kita merancang dan Allah turut merancang untuk kita. Dan Allah merupakan Sebaik- baik Perancang. Saya call kawan saya dan seperti biasa suaranya yang lembut menyambut panggilan saya. Bila saya cerita kat dia saya nak datang, dia memang excited. Tapi.... Hehe... Ada tapinya... Kebetulan pada hujung minggu ni dia dan beberapa rakan satu uni dulu (yang saya pun kenal) dah buat program nak berjumpa di PD. Dia pun serba salah sebab program t

Siri Bermusafir: Cabaran Pertama

Salam... Penganjur bengkel call kata penginapan yang disediakan berkongsi dengan peserta lain. Alamak... Macamana ni.. Saya bawak satu famili.. takkan nak kongsi duduk dengan peserta lain... Mula2 saya pun tak faham kenapa kena kongsi sebab kadar bilik yang dinyatakan pada surat jemputan memang layak untuk saya... Bukan saya nak mempertikaikan penganjur, tapi sebab dah kebetulan saya bawak famili, saya cuba nak dapatkan penjelasan. Alhamdulillah penganjur pun memang cool dan boleh memberikan penjelasan kepada saya dengan sejelas- jelasnya. Tu pun selepas pemanggil pertama digantikan dengan pegawai lain... Hehehe.. Itulah saya.. Suami saya pun selalu cakap, saya ni sukar nak terima alasan macam tu jer.. mesti nak tahu sebab- musabab sampai puas hati... Dalam erti kata, cerewet lah tu... :).. Mungkin betul saya berada dalam kategori cerewet. Tapi bagi saya, biar kita dapatkan penjelasan dan tamat kat situ je dari timbul silap faham yang berpanjangan... Itu kata kita ya... Tapi kalau or

Bermusafir

Assalamualaikum wa rahmatullah... Terkini: Pagi tadi dikejutkan dengan telefon dari emak. Datuk saudara meninggal dunia malam tadi.. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.... Sebelum kerja menjenguk bersama suami, dan adik dan suaminya. Semasa: Seketika saya tidak mengemaskini blog. Tapi saya tetap menjenguk kemaskini rakan2 sebagai pembaca senyap. Saya menyepi untuk muhasabah diri... :).. Dan kembali memblog untuk berkongsi cerita paling terkini. Semalam, awal pagi bos dah cari... Kebetulan saya datang lambat... Hehe.. Saspen pergi jumpa bos.. Bersih la saya diberus lepas nih... :) Masuk je bilik bos, tengok muka dia okay jer... Rupa2nya dia nak suruh saya gantikan dia menghadiri bengkel kat Melaka.... Jeng.. jeng.. jeng... (mula nampak mentol menyala..) Saya terus call suami... Sebenarnya kami memang merancang nak ambil cuti serentak minggu depan sempena cuti sekolah. Niat kami nak melapangkan masa bersama anak2 di rumah atau keluar berjalan2. Memang tak de rancangan nak melancong jauh.

9 Zulhijjah, Hari Arafah

Salam... Alhamdulillah saya rasa ceria sangat hari ni.... Kenapa ya?.. Kerana kali ni saya dipermudahkan Allah SWT untuk menunaikan puasa sunat Arafah. Kenapa pulak saya ceria sebab dapat puasa sunat Arafah?.. Sebab seingat saya, inilah kali pertama saya melaksanakan puasa sunat Arafah ni. Sebelum ni entah kenapa saya selalu ambil ringan dan sedar2 dah tiba Hari Raya Qurban. Di antara langkah2 yang saya buat supaya tak lupa ketibaan 9 Zulhijjah ialah: Awal2 mintak izin kat suami nak buat puasa ni... Buat entri kat blog pasal puasa ni... Buat peringatan dalam hp.. Malam tadi ajak suami keluar jap carik mee crispy sebab nak puasa hari ni.. (alasan.. hehe) Insya'Allah semoga selamat sampai ke petang... Salam....

Tiba- tiba teringat

Salam.... Saya tiba- tiba teringat suatu kisah... Seorang pedagang sedang di dalam perjalanan apabila melihat seseorang yang sedang memerlukan pertolongan. Dia berhenti untuk membantu kerana kasihan. Rupa- rupanya orang itu merupakan perompak yang sengaja berpura2 di dalam kesusahan untuk menarik perhatian orang untuk berhenti. Semasa disuruh mengeluarkan barang2nya yang berharga, pedagang tersebut menyatakan kepada perompak... " Aku tidak risau akan kehilangan barang2 berharga ini, tetapi aku bimbang sekiranya nanti ada orang yang betul2 di dalam kesusahan tidak akan dibantu lagi kerana bimbang ia hanya perangkap perompak..." Saya tidak pasti sumber cerita ini... Sekadar untuk renungan sejenak... Wallahua'lam...

Takut kubur gelap

Image
Salam... Tidak seperti Fatihah, Maryam "liat" sedikit nak mula belajar solat. Setiap kali diajak menyertai kami solat berjemaah, dia akan mencari pelbagai alasan. Namun, Alhamdulillah sekarang lebih mudah nak ajak dia solat... Sebabnya?... Ceritanya begini..... Kami sekeluarga pernah bercerita pasal kehidupan di alam barzakh semasa membaca buku mengenai tajuk tersebut. Sebenarnya anak- anak yang mula bertanya mengenai kehidupan di alam kubur apabila kami singgah menunaikan solat di sebuah masjid yang dikelilingi kawasan perkuburan. Nak cerita pun tak begitu arif sangat menyebabkan saya dan suami mencari buku mengenai alam barzakh. Dan bila dah jumpa dan suami bercerita serba sedikit mengenai alam barzakh, pelbagai pertanyaan keluar dari mulut anak- anak. Sehingga keluar isu bahawa kubur tu gelap dan banyak haiwan2 berbisa. Tapi kalau kita rajin menunaikan solat, kubur kita akan terang - benderang dan haiwan berbisa pun takut nak datang. Memang ilmu mengenai alam kubur ni ter

Sapa nak beli insuran ni?..

Image
Salam... Hari tu saya pernah buat entri mengenai insuran, kan?.. Kali ni saya nak cadangkan satu cara untuk menyertai salah satu plan insuran yang melayakkan kita untuk mendapat perlindungan di hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah. Salah satu pelan insuran tersebut ialah membanyakkan bersedekah tanpa diketahui sesiapa sehingga dikatakan tangan sebelah pun tidak tahu yang tangan sebelahnya telah bersedekah... Semasa blogwalking saya terjumpa dengan laman web yang memaparkan imej seperti di bawah: Dengan hanya memperuntukkan RM10 sebulan Insya'Allah melayakkan kita untuk dipertimbangkan untuk menyertai skim insuran tersebut. Caranya senang sahaja (terutama untuk yang memilik akaun Maybank): 1. Log in ke dalam MBB2u di laman www.maybank2u.com.my. 2. Pilih Third Party Transfer 3. Dapatkan no TAC 4. Masukkan no akaun dan jumlah yang dikehendaki (RM10) 5. No akaun yang tepat akan memaparkan nama Tabung Palestin Haluan 6. Klik Confirm. Kalau nak buat secara konsiste

Panggilan Haji

Salam... Bersempena dengan musim haji sekarang ni, saya nak kongsi apa yang saya dah lakukan hari ni yang berkaitang dengan ibadah haji yang merupakan salah satu Rukun Islam. Pagi tadi saya temankan suami buat pengeluaran di Tabung Haji. Terus kami ambil peluang untuk daftar haji. Nak tau tak tahun bila kami dijangka akan dipanggil? V V V V V V V V TAHUN 2035 Betul ... 25 tahun lagi... Lama tu.... Kira punya kira, waktu tu saya berusia 63 tahun... Ya Allah.. Merasa ke saya nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci ni? .... Semoga ALlah permudahkan urusan dan niat kami suami isteri untuk menunaikan ibadah haji... Jadi, pengajaran kat sini, sesiapa yang belum mendaftar tu, sebaik2 nya daftar lah segera asalkan duit kat tabung haji dah mencecah RM1,300. Bila2 nak pegi cerita kemudian.... Kita setakat merancang, Allah jua yang menentukan... Salam...

Puasa Sunat di Hari Arafah

Salam... Saya nak berkongsi maklumat kat sini untuk peringatan saya sendiri... MAklumat ni saya rujuk dari Utusan Malaysia.. Daripada Abi Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang." (Riwayat Muslim) Untuk makluman semua termasuk saya, hari Arafah ialah 9 Zulhijjah yang mana pada tahun ini jatuh pada 16 November 2010 hari Selasa. Jadi, sapa2 yang berniat nak puasa sunat pada hari Arafah, ingat ya tarikh ni.... 16 November 2010, hari Selasa.. Salam.....

Jeng.. jeng.. jeng...

Salam... Sebenarnya saya buat entri lain, tapi lepas tu saya save dan simpan kat draf jer. Jadi, untuk ganti entri tu saya nak buat entri pasal apa yang dah saya buat sebentar tadi.... Apa saya dah buat?.. Saya baru jer buat order online untuk barangan kraf kain felt. Sebenar saya belum pernah pun cuba buat benda kraf felt ni (kraf lain pun belum pernah buat.. :))... Saya tahu pasal benda ni bila saya buat aktiviti blogwalking.... Tup..tup.. teringin pulak saya nak cuba bila tengok benda2 yang comel2 tu... Harap2 nya ia tak menjadi koleksi bahan mentah yang akan menghiasi stor saya.... :) Dah order dan bayar terus... Kira2 dalam tiga empat hari lagi sampailah kot.. Insya'Allah... Sekian, terima kasih.. :)

Bicara Pedusi

Image
Salam... Kalau hari tu kali pertama saya sertai giveaway, kali ni kali pertama pulak saya sertai contest.. Saya tertarik nak sertai contest ni sebab hadiahnya ialah sebuah buku yang baru diterbitkan di luar negara... Nak tau lebih lanjut mengenai contest ni, sila klik di sini ... +++++++++++++++++++++++++++++++++++++ [1] Letakkan gambar buku "Bicara Pedusi" di dalam blog anda. Saya dah letakkan satu gambar kat dalam entri ni dan satu lagi kat sidebar blog saya.. [2] Tuliskan sebab-sebab "Kenapa Saya Perlu Mendapat Buku Ini Dari Puan Insyirah?" Sila rujuk di bawah.. [3] Ayat 'gorengan' mestilah lebih dari 200 patah perkataan . Sila gunakan kreativiti anda untuk 'memancing' ana supaya memilih karangan anda untuk mendapatkan buku ini. Ingat! Kalian satu-satunya yang memiliki buku ini di Malaysia (selain adinda ana). Percuma pula tu... Haih, tak nak ke? ^_~ Kenapa saya perlu mendapatkan buku ini dari Puan Insyirah? Sebab utama saya perlu mendapatkan b

Dah ambil skim insuran ni?.

Salam... Kali ni saya nak jadi ejen skim insuran terkini.. 7 golongan yang akan mendapat lindungan Allah di hari yang tiada satu pun perlindungan melainkan perlindungan Allah (swt): Imam yang adil Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah swt Lelaki yang hatinya terikat dengan masjid dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah semata-mata Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan menolak godaan itu semata2 kerana takutkan Allah swt Golongan yang banyak bersedekah Golongan yang banyak membaca berzikir mengingati Allah swt (Hadith Bukhari dan Muslim) Jadi, terpulang untuk kita memilih sekurang2 nya satu dari skim insuran di padang Mahsyar di atas..... Wallahua'lam...

Sukarnya...

Salam.. Satu khabar yang saya terima di hujung minggu ini mengajar saya betapa sukarnya kita nak melaksanakan apa yang kita ucapkan.... Begitu mudah melafazkan/ menyarankan kita harus berbuat begitu begini untuk mendapat keredhaan Allah, namun apabila sesuatu berlaku yang memerlukan kita melaksanakan saranan tersebut, ternyata hati kita mula berkira.... Semoga Allah meredhai keputusan/ tindakan yang telah kami suami isteri ambil dalam menangani hal ini.... Insya'Allah....

Yess..

Salam.. Ingat tak dengan entri saya terdahulu mengenai stimbot dan gril?... Guess what?.. Saya baru teringat, malam ni kami nak bawa anak2 dan kakak makan stimbot dan gril.... Seronoknya.. (lebih2 lah pulak).. Tak sabar nak tengok budak2 dan kakak ternganga seperti saya hari tu.... Sekian, terima kasih... :)

Seram

Salam.. Pernah tak kita tonton cerita seram?... Mesti pernah, kan... Selalunya "benda" ni bila menjelma konon2nya akan menjelma dalam bentuk yang cantik contohnya perempuan yang cantik. Lepas tu pulak akan ada watak "pakar" yang boleh tengok rupa asal "benda" ni yang menakutkan... (Kononnya..) Kenapa saya cerita pasal ni?... Sebenarnya saya terfikir mengenai konsep dunia yang sementara ni... Semuanya nampak indah2 belaka... Seronok... Sehingga rasa sayang nak ditinggalkan... Tapi seandainya kita tahu tarikh akhir kita berada di dunia yang sementara ni, agaknya sama tak lagi nilai dunia ni di mata kita?... Takde lah maksud saya ingatan kepada mati menyebabkan kita terus meninggalkan sepenuhnya urusan dunia, dan terus 24 jam berada di tikar sejadah... Namun, kesedaran dengan hakikat kematian pasti akan menyedarkan kita bahawa kita tidak seharusnya bermatian2 mengejar dunia kerana semua itu akan ditinggalkan. Malahan, kesedaran tentang hakikat kematian sepa

Kawan Lama

Salam... Baru semalam saya berhubung kembali dengan jiran sebelah katil sewaktu duduk di asrama semasa saya belajar di tingkatan empat... Lama tu.... Dah hampir nak suku abad... Ceritanya, rakan sebatch saya telah buat satu page kat facebook untuk batch kami. Kebetulan dia rakan sekelas saya, dia pun invite saya ke dalam group tu.... Bila dah join, saya pun menerima pelbagai makluman untuk setiap posting kat situ... Malam tadi saya bersiar2 lah kat situ membaca pelbagai posting yang kebanyakannya dibuat oleh pelajar lelaki (pelajar ikhwah adalah gelaran untuk mereka semasa saya belajar di situ dulu)... Tiba2 saya terbaca posting yang menyebut nama sama dengan jiran sebelah katil saya tetapi memiliki gelaran doktor di depannya. Hamba Allah ni pulak ada jugak reply posting tu.. Untuk mengelakkan dari tersilap orang, saya klik ke profilnya tapi disekat untuk bukan rakan. Jadi, saya cuba tengok gambar profilnya pulak... Macam CSI pulak saya... Alhamdulillah gambar profilnya memaparkan gamb

Mama, beli pembaris....

Salam... Esok hari pertama Fatihah ujian akhir tahun. Dan bermulalah permintaan nak beli alatan sekolah. Ujian lepas rasanya beli pensel warna. Kali ni pulak beli pembaris. Dah lah esok nak ujian, petang ni baru nak cakap. Bila pulak nak beli... Saya tanya, selama ni pakai apa? Dia jawab apa?... Pakai tepi kad... Hah?.. Kesiannya anak aku.... Saya takut tak sempat nak beli, mula buat otak kreatif... Nampak gayanya kena pinjam pembaris keje mama lah dulu. Nanti kalau jumpa kedai, Mama beli.... Selamat menjalani peperiksaan ya Fatihah... Semoga ALlah permudahkan... Insya'Allah..

Dr Muhaya Mohamad

Salam.. Siapakah Dr Muhaya Mohamad ni?... Dr Muhaya Mohamad merupakan seorang doktor pakar mata yang terkenal di Malaysia. Boleh rujuk laman web beliau di sini . Yang saya nak bicarakan di sini bukanlah mengenai kepakaran beliau di dalam bidang perubatan khususnya mata. Sebaliknya saya ingin menyentuh mengenai pendekatan dan pandangan beliau mengenai keindahan Islam dari sudut pandang beliau sebagai seorang pakar mata tersebut. Sebenarnya lama dah saya "jatuh cinta" dengan pendekatan Dr Muhaya. Saya mula mengenali beliau melalui Segmen beliau di IKIM.fm iaitu "Islam itu Indah". Buat masa ini, beliau akan ke udara pada pukul 10.oo pagi setiap Rabu. Setiap kali beliau ke udara, saya akan memastikan saya mengikuti segmen tersebut dari mula sehingga ia berakhir. Saya tak pasti pun berapa lama program tu ke udara sebab kalau boleh saya memang tak nak ia berakhir. Rasa tak puas nak dengar pandangan2 Dr Muhaya dalam segmen tu. Yang saya suka ialah pendekatan beliau mengena

Radio Ikim

Salam... Semalam, balik dari kerja saya singgah di rumah mak kerana menziarahi abang saya yang balik kampung. Seperti biasa, selepas salam dan muah muah dengan mak, saya masuk bilik jenguk abah. Nak salam dan muah muah abah pulak... Memang semenjak abah kurang sihat, dia lebih gemar duduk di bilik sahaja berehat2. Suatu masa dulu saya pernah bincang2 dengan suami nak hadiahkan abah radio untuk temankan dia kat dalam bilik. Nanti dia boleh dengar radio IKIM yang memang tidak dinafikan banyak sangat maklumat yang disebarkan. Tapi bila borak2 dengan adik, dia pulak berpendapat belikan tv untuk Abah... Jadi, hilanglah isu tu... Kat rumah bukan takde radio, tapi radio tu memang radio lama yang saya beli sewaktu saya mula2 masuk kerja dulu (berkurun lama)... Alkisahnya, waktu saya masuk bilik jenguk abah semalam, saya terkesan sesuatu yang berbeza. Saya toleh kiri.. saya toleh kanan... Rupanya ada suara asing kat dalam bilik tu... Saya toleh lagi.. saya toleh lagi.... sekali tu saya tengok r

Steamboat and grill

Salam.. Malam semalam, saya dan suami keluar sebentar untuk isi minyak kereta saya dan buat urusan di mesin atm. Dalam perjalanan balik saya teringatkan Maryam yang suka makan roti bawang putih. Suami terus membelok untuk singgah di kedai kek berdekatan. Nak jadi cerita, saya terpandang sebuah kedai makan stimbot. Saya tak pernah makan stimbot tapi suami pernah beberapa kali diajak kawan2nya. Dia pun memang pernah cakap nak bawak saya makan stimbot tapi belum lagi terlaksana. Tup2 malam tadi suami terus ajak singgah kat situ. Saya pun ikut je le. Memang suci dalam debu betul pengalaman saya dengan stimbot ni. Tak tahu langsung apa benda dan konsepnya. Masuk2 je kedai, suram2 je pencahayaannya... Kira ambik feel romantika kot. Tengok meja dia istimewa sikit. Kat tengah dia ada lubang sebesar bola golf. Lepas tu kat dinding dekat meja searas lutut pulak ada suis. Masih blank lagi nih. Datang le sorang pelayan bawak menu. Baca2 dalam tu, ada set untuk seorang (RM19.90) dan set "karni

Hadirmu bermisi

Dari waktu ke waktu jiwa yang kontang dihambat resah dan gelisah gemerlap permata dunia kemilaunya menyilau pandang aku di sini berlari dan berlari mengejar mimpi dan pelangi pagi laut angan tak bertepi kembalilah jiwa yang alpa hadirmu bermisi lahirmu bervisi memakmurkan bumi kerana Illahi.

Bahagiakah saya?.

Salam... Hujung minggu lepas saya "berdrama" dengan Fatihah. Fatihah merupakan anak yang sulung, jadi banyak situasi saya bersamanya merupakan yang pertama. Mungkin kerana dia anak yang sulung, saya cenderung untuk mengharapkan yang terbaik darinya sejak mula. Kerap, apabila timbul keadaan yang memerlukan saya menegurnya, saya akan "berceramah" seperti saya berbicara dengan orang yang lebih dewasa. Hasilnya, ia kembali kepada saya semula. Maknanya, apabila Fatihah meluahkan perasaannya, dia akan menggunakan istilah2 yang "dewasa" seperti konsep kebahagiaan. Jadi, hujung minggu lepas, apabila saya menegurnya, dia pun meluahkan "masalah"nya di sekolah yang menyebabkan dia tidak bahagia... Alamak... Saya pun mula menyusun ayat... Hakikatnya, setiap kali saya "berceramah" dengan Fatihah, saya sebenarnya menegur diri saya sendiri... Kerana setiap apa yang saya luahkan, turut didengar oleh telinga saya sendiri. Dan hari itu saya menyedari hak