Panggilan Haji

Salam...

Bersempena dengan musim haji sekarang ni, saya nak kongsi apa yang saya dah lakukan hari ni yang berkaitang dengan ibadah haji yang merupakan salah satu Rukun Islam.

Pagi tadi saya temankan suami buat pengeluaran di Tabung Haji. Terus kami ambil peluang untuk daftar haji.

Nak tau tak tahun bila kami dijangka akan dipanggil?

V
V
V
V
V
V
V
V
TAHUN 2035

Betul ... 25 tahun lagi... Lama tu.... Kira punya kira, waktu tu saya berusia 63 tahun...

Ya Allah.. Merasa ke saya nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci ni? ....

Semoga ALlah permudahkan urusan dan niat kami suami isteri untuk menunaikan ibadah haji...

Jadi, pengajaran kat sini, sesiapa yang belum mendaftar tu, sebaik2 nya daftar lah segera asalkan duit kat tabung haji dah mencecah RM1,300. Bila2 nak pegi cerita kemudian....

Kita setakat merancang, Allah jua yang menentukan...



Salam...

Comments

  1. Assalamualaikumm...

    banyak2 doa dan tunjukkan kesungguhan.InsyaAllah, Allah beri jalan untuk ke sana.

    ReplyDelete
  2. Awal-awal draft surat minta rayuan. At least persediaan awal.

    ReplyDelete
  3. Salam Mai:

    Insya'Allah.. Bos dah ngeluar arahan ya untuk memulakan usaha.. Dapat sik dapat cerita dudi.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida