Posts

Showing posts from May, 2021

Selamat membaca

Kali ini saya menjenguk ruang kanvas ini tanpa ada sebarang cerita untuk dicatat. hanya sekadar bersiar- siar sambil membaca entri- entri terdahulu. Banyak juga catatan yang telah dibuat dari pelbagai tajuk dan tema. walaupun rasa seronok membaca dan mengimbau emosi semasa saya menulis entri tertentu, tidak dinafikan andaikata ada yang membacanya, memang akan pening. Pening membaca coretan yang saya tulis seolah- olah pembaca turut dapat membaca idea lengkap yang hanya wujud di benak pemikiran saya sendiri.  sedangkan hakikatnya cerita yang tertulis banyak yang melompat ke sana- sini dengan lopong ruang kosong yang mengakibatkan mesej sukar difahami. Namun, dari sudut pandang yang berbeza, mungkin ia adalah ciri-ciri unik ruang catatan kehidupan saya di sini yang memaksa pembaca (sekiranya ada) untuk membaca secara aktif dan berusaha keras untuk memahami cerita keseluruhan berdasarkan cebisan “puzzle” yang berserakan. selamat membaca . 

Nota Untuk Mak

Image
  hari ini 21.05.2021. akhirnya saya menjenguk juga ke ruang ini.  dan rupanya hari ini tiga bulan Mak pergi.  21.02.2021. setiap kali saya merasakan telah berjaya menerima hakikat itu, saat itu juga perasaan kesal timbul kembali. kenapa tidak menghabiskan banyak masa dengan Mak. kenapa tidak bersama Mak. sehingga saya sendiri tidak tahu apa yang saya kesalkan. sehingga saya takut seolah- olah saya tidak redha dengan ketetapan ini. saya tidak pasti adakah perasaan seperti ini akan timbul apabila  ditinggalkan oleh semua orang yang rapat dengan kita atau hanya apabila ditinggalkan oleh seorang emak, yang telah bersama kita semenjak kita belum lagi lahir. tapi yang pasti, tiada lagi peluang kedua. Saat insan bernama Emak telah pergi, walau air mata darah yang keluar, semua peluang telah pergi bersamanya. dan kita akan hidup dengan kekesalan itu  sehingga kita berjumpa semula di Syurga. Anak- anak, selagi nyawa masih ada  dakaplah ibu dan bapa walau siapa jua mereka kerana sebaik mana kit