Tuesday, January 18, 2011

Bilik Operasi

2 comment
Salam 13 Safar 1432 Hijrah.

Semalam saya ambik cuti kecemasan sebab Maryam demam. Fatihah pun batuk2 tapi masih boleh turun sekolah. Maryam pulak saya dengar teruk bunyi batuknya dan badan pun panas. Asiah pun selsema. Nampak gayanya serumah kurang sihat. Sampai abahnya sekali nampak moyok je sebab tak sedap badan.

Waktu awal pagi tu, saya tak dapat buat apa2 sebab kalau bergerak sikit, Asiah dan Maryam dah merengek. Bila mentari dah tinggi sikit, Asiah pun dah nyenyak tidur, saya mula cari2 benda nak buat.

Saya teringat dengan bilik kosong sebelah bilik anak2 (berkongsi bilik air). Lama dah saya sasarkan bilik tu untuk jadi bilik jahitan saya. Tapi belum terlaksana sebab bilik tu masih berselerak semenjak saya berpindah masuk mula2 dulu. Di antara penghuni2 nya ialah; komputer lama dan mejanya yang gedabak, basikal bersenam pencen, meja belajar cum rak penyewa lama, meja solek kecil penyewa lama dan pelbagai benda alah kain2 jahitan saya.

Saya pulak lebih senang menjahit kat ruang kecil di kepala tangga di antara bilik tidur utama dan bilik tidur anak2. Saya lebih suka kat situ supaya semasa saya menjahit, saya tak le mengasingkan diri dari anak2 dan suami. Sebelum tu saya bawa mesin jahit saya kat dalam bilik tidur tapi pindah keluar sebab kesian pulak tengok bilik selerak sangat.

Tapi semenjak dua menjak Asiah dah boleh berjalan ni, saya rasa dah tak sesuai pulak ruang jahitan saya tu. Mana tidak nya. Setiap kali saya baru nak melangkah ke ruang tu, Asiah dah berlari terlebih dahulu memanjat kerusi jahit saya. Lepas tu, aktiviti menjahit saya lebih kepada "mengejar" alat jahitan saya ghaib sebaik sahaja saya beralih pandang. Dan ia akan diakhiri dengan sesi "ratapan air mata" (mak ke anak?) sebab saya terpaksa ambil barang tu secara paksa. Penamat sessi, saya tutup kedai.

Hujung minggu lepas, balik dari berjalan, saya terdengar suara kecil Asiah, " Ya Allah" berkali2. Selalunya dia akan buat macam tu kalau dia kagum atau terkejut dengan sesuatu. Saya naik atas nak tengok apahal yang dia kagum sangat tu. Saya pun terkagum sekali...

Rupa2nya, pembantu saya ambil peluang kami berjalan2 untuk dia kemaskan bilik tu. Memang kemas betul. Sampai saya dah tak tahu nak cari barang saya.. :)

Jadi, alang2 saya dah cuti dan anak2 pun dah tidur, saya ambil peluang untuk memindahkan ruang jahitan saya masuk. Tak de le banyak sangat. Sebuah meja kecil segiempat, sebuah meja segiempat panjang (baru beli dua minggu lepas) dan mesin jahit kesayangan saya. Di samping tu pelbagai benda alah kecil2 menjahit dan bekalan2 kraf yang saya beli secara online akhir- akhir ni.

Mulanya nampak macam sikit, tapi bila dah atur betul2 banyak jugak benda2 alah merapu kraf saya tu. Tapi sebelum ni tak nampak sebab saya pakai sumbat je kat ruang menjahit yang kecik tu.

Sebenarnya saya dan suami rancang nak "pos" kan meja komputer dan meja solek lama tu kat sapa2 yang nak. Tapi macam takde yang berminat. Saya pulak lepas fikir2 kan balik, bagus jugak kekalkan komputer tu kat dalam bilik operasi saya. Jadi, bolehla untuk main budak2 waktu menjenguk saya kat situ. Komputer tu memang dah lama (saya beli waktu Fatihah baru umur tiga bulan), tapi kalau setakat nak main game simple tu, kira boleh jalan lagi lah. Lepas susun betul2, nampak okay jugak meja komputer tu walau gedabak sikit.

Insya'Allah kalau ada rezeki, saya cuba kongsi gambar kat sini. Saya kata rezeki, sebab kalau part upload2 gambar ni, saya memang liat "sikit".

Kalau nak ikut hati, memang saya teringin nak ada bilik jahit macam yang saya tengok dalam internet. Kalau search under "sewing space" atau "sewing room" kita akan jumpa macam2 jenis ruang menjahit. Leka dibuatnya.

Mulanya saya ingat, saya ni kes terpencil orang yang tak reti nak atur alatan menjahit. Tapi rupa2nya, ia merupakan isu antarabangsa masyarakat menjahit/ kraf yang perlu ada pelbagai benda alah kecik2 seperti kain, benang, gunting, butang dan sebagainya yang perlu disusun secara sistematik untuk memudahkan pencarian bila perlu.

Pesanan dari pembantu rumah saya..

"Sekarang dah ada bilik menjahit, rajin2 lah kakak menjahit..."

:)...

Salam...

Monday, January 10, 2011

Alasan seterusnya...

0 comment
Salam 5 Safar... Semalam hari lahir saya dan suami mengikut bulan Islam... Baru pagi tadi saya perasan... (Selingan sebentar)...

Minggu lepas saya dah rancang nak buat seluar sekolah Fatihah...

Tetapi.....

Tiba2 petang Khamis, salah seorang adik saya call suruh datang rumah sebab dia ada nak mintak pandangan sikit.. Hehe.. macam bagus jer...

Sebenarnya, kalau adik saya yang sorang ni, saya ni kira infoline dia ... Sampaikan kalau nak tahu lokasi bangunan2 perniagaan kat Kuching ni, dia akan call saya... atau dia sms je... Macam le saya ni tau semua benda...Tapi, macam betul pulak, mostly yang dia tanya tu, memang saya tahu jawapan dia...

Eh eh.. lain pulak ceritanya... Sebenarnya bukan saya nak cerita pasal jawatan separuh masa saya sebagai helpdesk officer tu... Tapi, cerita yang timbul semasa saya nak balik dari rumah adik saya tu...

Adik saya tanya hujung minggu tu, saya dan keluarga ada plan tak?... Memang kami tak de buat plan apa2 sebab nak stay kat rumah dah selesaikan mana2 urusan yang belum selesai.

Ingat kan apa hal... Rupa2nya dia nak ajak kami sekeluarga stay kat hotel... Huwa... Tawaran yang amat menarik dan sukar untuk ditolak walaupun seluar sekolah Fatihah belum siap.

Apa hal pulak adik saya ni ajak stay kat hotel?...

Dia ni ada jadi ahli kad pelancongan dan dan tempah dua bilik; satu lagi untuk pembantunya. Tup2 pembantu dia tak leh join... So, anak2 dia sure tak nak duduk diorang jer... Dan yang bertuah ditawarkan untuk menghuni bilik tu ialah saya dan keluarga.

Sebenarnya ni bukan kali pertama kami bercuti bersama2... Semasa cuti Krismas tahun lepas, kami sama2 menempah bilik di hotel baru di Kuching bersama keluarga masing2. (Yang ni bayar sendiri ya.. :) Jadi, kira tak le banyak sangat tanya bila dia offer kami... Kang orang kata banyak songeh pulak.. hehe..

So, itulah ceritanya... Saya cuma sempat potong seluar pada pagi Sabtu tu sebelum bertolak ke hotel dan belum sempat jahitkan lagi...

Dan, as at today....

Seluar sekolah Fatihah masih lagi dalam status keratan kain yang belum dijahit.... Kita tengok ya.... Berapa lama masa yang akan saya ambil untuk menyiapkan jahitan yang amat mudah itu.....

Dan anda akan tahu betapa seriusnya penyakit "suka menangguhkan kerja" (tak reti eja yang pros tu.. )yang sedang saya alami...

Thursday, January 6, 2011

Finally...

4 comment
Salam 1 Safar 1432H.

Sekadar berkongsi, saya dan suami berkongsi tarikh lahir dalam kalendar Islam pada bulan ini. Adakah ia takdir atau sekadar kebetulan?... Kwang3X... :)

Sebenarnya saya bukan nak menulis pasal tarikh lahir saya atau bagai mana saya berkenalan dengan suami....

Better move on to the main topic or else saya akan mula mengarang cerita yang lebih hikayat dari hikayat Melayu... :)

Kenapa saya kata finally?...

Finally saya menulis mengenai perkara yang mengekang jari saya dari mencoret akhir2 ini...

Saya sebenarnya "makan hati" sebab belum dapat merealisasikan "kegilaan" (sekadar mencilok dari ungkapan Mysdear) saya terbaru. Seperti orang ketagihan yang disekat dari ketagihannya, dia tak akan dapat buat kerja lain selain dari hanyut dalam mengingati barang yang ditagihnya, begitu juga saya...

Haah?... Saya ketagih apa ya?... Kira tahap bahaya tu kalau dah sampai tahap ketagih...

Memang bahaya.... Saya kalau dah teringin nak buat sesuatu mesti dan2 tu jugak nak buat. Tapi kali ni tak dapat...

Ingat tak hari tu saya kata saya ada order kain felt secara online... Bermula dari tu saya surf internet untuk belajar cara guna kain tu... Seperti biasa, ia akan berjangkit2 kepada perkara lain.

Dan ia membawa saya kepada maklumat mengenai kraf kertas dan mengheret saya kembali kepada minat lama yang telah lama saya tinggalkan seperti krosye, cross stitch dan yang sewaktu dengannya.

Ya... Itulah cerita sebenarnya... Saya dah terperangkap dalam dunia kraf yang memerlukan banyak masa lapang... Sedangkan saya pada masa tersebut sedang "berhempas pulas" menguruskan keluarga sebab pembantu saya cuti panjang. Dua bulan tu panjang tak untuk pembantu bercuti?.. :)

Jadi, sepanjang tempoh tersebut saya hanya mampu menjamu mata saya dengan pelbagai barangan yang cumel2 di internet tapi tak boleh buat apa2 sebab langsung tak de masa lapang.
Jadi, bila saya berpeluang melayari dunia maya , saya dah tak de mood nak mencoret di blog tetapi sebaliknya menghilangkan ketagihan saya dengan menziarahi dari satu blog ke satu blog lain yang berkaitan dengan aktiviti kraf....

Kalau nak difikirkan, dunia kraf bukanlah benda yang baru bagi saya. Minat saya terhadap kraf rasanya bermula seawal usia saya mula pandai berfikir.

Kraf yang pertama saya kenali ialah krosye atau mengait. Kalau ditanya sapa yang ajar saya, saya akan jawap.. Ntah...

Betul.. Saya sendiri tak tahu kerana sedar2 saya dah mengait "tali air" dengan batang penyapu lidi dan benang menjahit mak cik saya... Rasa2nyalah (kalau saya tak silap), saya cuba2 sendiri melalui majalah makcik saya yang saya selongkar dalam almari baju dia.. Terukkan saya...

Saya kecik2 dulu memang tak boleh tengok atau tahu tempat2 simpanan buku atau majalah makcik2 saya.. siaplah akan diselongkar... Walaupun waktu tu saya belum pandai baca lagi... Tapi kalau sekarang anak2 saya buat kerja menyelongkar barang2 saya, pandai pulak marah yek... Tak aci betul...

Kembali kepada cerita mengait tu... Bila saya besar sikit, mungkin mak saya simpati kat saya yang mengait "tali air" dengan batang penyapu lidi dan belikan saya sebatang jarum kait dan benang kait yang sebenar. Apalagi, saya pun makan kait tidur kait.. Tapi tali air jelah.. sebab saya anak sulung perempuan dan tak de orang nak ajar saya mengait benda2 yang bercorak2 cantik tu...

Cuma bila saya besar sikit lagi, anak jiran saya yang dah masuk sekolah menengah, ajar saya macamana nak mengait alas meja. Dan dipendekkan cerita, waktu saya darjah empat, emak saya belikan sebungkus besar benang kait warna oren (sampai warna pun saya ingat) dan tugaskan saya mengait alas kusyen rumah saya... Bangga sangat atas kepercayaan mak yang saya tak boleh lupa sampai sekarang...

Saya rasa, sikap mak yang sentiasa bersedia menyokong minat saya, yang menyebabkan saya membesar dengan sikap sentiasa bersedia untuk mempelajari sebarang perkara yang baru. Dan setiap kali saya "hish" kan anak2 saya sebab buat benda pelik2 saya selalu teringat dengan teknik keibubapaan mak saya yang tidak pernah menjejakkan kaki ke mana2 sekolah tapi sentiasa menyokong minat anak2 nya...

Seterusnya sewaktu mula2 masuk sekolah menengah, saya lihat kawan saya buat bunga ros dari reben dan jual benda tu. Saya pun mula menyebok mintak kawan saya ajar... Yang bestnya, bunga ros tu saya bungkus dalam plastik cantek dan jual pulak kat gerai mak saya... Kira dapat sambutan jugaklah... Tapi aktiviti bunga ni tak lama sebab saya masuk sekolah asrama penuh waktu tingkatan 4 yang berada jauh di seberang laut.

Panjang dah entri ni... Tapi tak kisah.. saya nak tulis jugak sebab kalau saya berhenti, tak de jaminan saya akan bukak lagi baki2 cerita yang masih banyak dalam sanubari saya ni mintak dikeluarkan...

Lepas habis tingkatan lima, mak masukkan saya ke kelas jahitan dan belikan saya sebuah mesin jahit Singer untuk memudahkan saya praktis. Dan pada raya tahun tu, mak bagi tanggungjawab untuk menyediakan baju kurung untuk dia, adik2 saya (3 orang) dan sepupu2 yang tinggal dengan kami ( 2 orang).. Oppss.. termasuk saya juga... 7 pasang oooo...

Dan sejak dari saat itu sehingga saya kawin, saya ditugaskan untuk membuat baju2 kurung mak dan adik2 saya. Sebab tu lah sampai sekarang saya cuma pakar buat baju kurung jer... hehe...

Masa final year di U, saya ceburi bidang kraf lain pulak. Saya cuba buat cross stitch. Mula2 buat, saya berjaya hasilkan cross stitch gambar kapal dan sampai sekarang masih tergantung di rumah mak saya. Lepas tu saya cuba buat gambar yang lebih besar dan sukar... Separuh jalan, kertas paten dia koyak dan saya pulak dapat kerja dan sibuk dengan kerjaya saya... Tergendala kat situ jer...

Semalam, saya selongkar rumah mak saya dan jumpa balik kelengkapan cross stitch saya termasuk master piece saya yang tak siap tu.. Saya tanya abang saya (dia balik kampung) boleh tak saya bingkaikan kerja tak siap tu (sebab rasanya memang takleh jumpa dah paten yang sama kat pasaran), dia kata apa salahnya.. Hehe.. Mana tahu suatu hari nanti, saya diangkat jadi seniman negara, hasil kerja tak siap pun mesti dianggap warisan tak ternilai kan.. (dah melalut dah ni..)

Bila mula2 kahwin pulak, saya sempat belajar buat baju teluk belanga... Kecuali pada tahun kelahiran Fatihah (Fatihah lahir dalam bulan Ramadhan), pakaian raya anak2 dan suami adalah "air tangan" saya sendiri. Semenjak anak2 bersekolah pulak, pakaian seragam mereka pun saya buat sendiri... Cuma tahun ni anak2 memulakan sekolah dengan pakaian seragam tahun lepas sebab saya belum ada kesempatan nak buat baju untuk mereka... Sedihnya....

Kenapa saya merapu panjang mengenai aktiviti kraf nih?... Saya sendiri pun tertanya2 kerelevenan entri saya ni... Tapi selepas fikir2 saya rasa entri ni berperanan untuk menjadi titik penting untuk blog saya mengarah ke destinasi yang seterusnya yang mungkin sedikit berbeza dari entri2 saya yang terdahulu...

Kita tunggu dan lihat..... :)

Salam sejahtera dan semoga kita sama2 dirahmati dan diberkati Allah dalam semua urusan kehidupan, Insya'Allah....