Posts

Showing posts from 2011

Ada hikmahnya

Image
Assalamualaikum wb, Sekarang kami sekeluarga telah tiga hari berada di Betong, sebuah bandar yang terletak 280 km dari bandaraya Kuching. Kami sekeluarga berada di sini kerana nak tolong suami memulakan kehidupan barunya. Walaupun dengan hati yang amat berat,namun istilah hakikat kehidupan. Tidak pernah ada yang kekal abadi. Sampai masanya, kita perlu berpisah untuk meneruskan perjalanan. Tapi saya pasti, saya amat bernasib baik berbanding dengan sesetengah orang. Mereka berpisah dengan orang tersayang untuk selamanya, sama ada semasa masih hidup atau kerana dijemput Illahi. Saya bersyukur kerana masih berpeluang bersama sebagai satu keluarga walaupun mungkin tidak sekerap dulu. Insya'Allah,saya akan tetap memberi sokongan walaupun apa keputusan yang dipilih oleh suami. Setelah membuat pertimbangan dan perbincangan yang panjang, suami mengambil keputusan untuk menerima tawaran perpindahan tugas ke tempat baru tanpa membuat rayuan lanjut. Semoga Allah memberkati penghijrah

Anugerah Illahi

Pada sepi yang bertandang ada benang rindu menyapa angin lalu dan aku kian mengerti hadirnya di sisi adalah anugerah Illahi.

Hijrah

Pada perjalanan di malam itu telah terlakar setia seorang sahabat meredah malam yang kejam dikepung resah dan dendam yang sekian lama dipendam pada perjalanan di malam itu telah terserlah gagah seorang puteri tembok gentar roboh runtuh menyembah pasir kontang dan angin dingin tunduk tersipu pada perjalanan di malam itu tabir sejarah tersingkap megah fajar hijrah menyingsing di ufuk timur dan kota cahaya  menyinar ke segenap arah. 1 Muharram 1433Hijrah

Nostalgia semalam

Semalam aku kembali menjenguk daerah kenangan renung lesu danau kontang mengucap salam rindu pada pelangi impian sekilas pandang menerpa anak ikan yang pemalu bersembunyi di balik daun hijau teratai yang mesra dan daunan kering berserakan di perdu pohon berterbangan bersama angin petang. latih tubi

Kembara Iman

Saat nadi mengalir syukur doa bening di jemari subuh dan benak berbisik bertanya pada pengembara yang tersungkur meratap di hampar takwa kenapa baru kini erti dosa dan pahala merangkai di catatan diri kian lama di sini kian gelisah menganyam harap kian terungkai misteri alam bergulat resah di anjung mimpi dan perjalanan iman belum ada noktah untuk kita berhenti mencari. Sekadar latih tubi setelah sekian lama berdiam diri

Mawar putih di pusara

Mawar putih di pusara bonda telah lama layu dan kering namun harumnya tetap semerbak di kamar hati kami. Nota: Saya terjumpa blog ini dan hati saya disapa sayu. Peringatan buat diri yang sering lupa.

Satu lagi...

Link Sudoku yang baru saya jumpa.

Tika Azan Bergema

Tika azan bergema daunan kering kembali hijau melayang ke dahan iman tika azan bergema beburung hitam pulang ke sarang menghampar sejadah takwa tika azan bergema mari kita kembali menjadi hamba yang merdeka latih tubi 12 Dzulhijjah 1432 H

Kita harus mula belajar

Kita harus mula belajar untuk lebih banyak mendengar kerana sepasang telinga bukan sekadar hiasan  pelengkap wajah yang comel Kita harus mula belajar  untuk sedikit berkata kerana sebentuk bibir yang mungil bukan untuk membuat dosa menyakitkan hati manusia Kita harus mula belajar untuk lebih menghargai perasaan seorang insan kerana Cinta Illahi  hanya untuk mereka  yang dicintai manusia. Latih tubi 8 Dzulhijjah 1432H

Kasih Ibu

Sungai yang mengalir adalah kasih ibu tenang  dingin damai selamanya. Latih tubi 7 Dzulhijjah 1432 H

Selamat Berangkat (Buat ALmarhum Nenda)

Saat embun mengucapkan salam kau tersenyum menggenggam harap tangan lembut yang sekian lama dihulur kau sambut dengan hati yang luhur fajar Dzulhijjah yang menyingsing adalah saksi setia kau berangkat pergi memenuhi janji yang telah lama dipateri selamat bermusafir nenda tanggungjawabmu telah selesai di sini pergilah dengan hati yang tenang kami akan menyusul bila tiba masanya nanti. AlFatihah untuk nenda tersayang yang telah mengadap Illahi pada 7. 15 pagi 4 Dzulhijjah 1432 H.

Hadiahkan kemaafan itu

Andai kata semalam kau tarah menjadi dendam selamanya hidupmu pasti resah membara di kawah jagaan syaitan usah kau lupa embun dingin di jendela saat fajar menjenguk hadiahkan padanya di dulang kemaafan dan dua hati  dulunya terasing pasti bersatu  di taman mahabbah yang berbunga harum. Latih tubi 29.10.2011 Jumaat  1 Dzulhijjah 1432 H Nota:  Dendam membara tak akan membawa kita ke mana- mana, malah akan memamah ketenangan sepanjang kehidupan.

Cerita Buih

Hakikat kehidupan tanpa pegangan adalah buih permainan anak kecil berwarna-warni bagai pelangi dicintai manusia pelbagai lapisan berterbangan di awangan tanpa pernah berpijak di bumi nyata Namun kasihan tidak pernah ia kekal selamanya ingin terbang tinggi  hanya sekadar impian kosong akan musnah walau dengan sentuhan  Selamat tinggal buih yang indah kejarlah pelangimu kerana bagiku tiada yang lebih pasti  dari cinta Illahi. Latih tubi 27/10/2011

Bila kah akan bermula?.

Debu kehidupan kian menyesakkan betapa kurindukan daerah yang aman tanpa pencemaran iman kembara ini  bila akan bermula?... Latih tubi 26/10/2011

Wadi KasihMu

Saat aku bersujud bongkah keangkuhan mula mencair mengalir sungai keinsafan lembah takwa kian menghijau taman iman mekar mengharum pelangi cinta Ilahi indah menyapa awan sedar Rabbi, terimalah aku kembali menghuni wadi KasihMu menanti saat ke negeri abadi. Latih Tubi 25/10/2011

Apa tujuan hidup ini?

Assalamualaikum wb. Saya ni kategori "addicted"  permainan online di FB.Saya mula terperangkap dengan ketagihan ni semasa saya mula- mula mengenali FB selepas kelahiran Asiah. Waktu tu saya dan suami measih lagi duduk berjauhan dan saya baru je menamatkan pengajian separuh masa saya. Jadi, saya ada amat banyak masa lapang di rumah. Asiah pulak masih amat bayi yang belum lagi banyak kerenah. Jadi bagi perut kenyang, dia akan tidur je. Saya akan menghabiskan masa dengan pelbagai permainan FB sebaik sahaja saya balik dari kerja. Saya hanya akan berhenti untuk makan dan solat. Berhenti betul2 bila mata dah mengantuk. Sebut permainan apa, semua saya sertai. Mafia War, Sorority Life, Farm Town, Barn Buddy, Restaurant City, Treasure Madness, Farmville dan senarai itu akan berterusan..... Saya pulak jenis kalau dah main, tak de main alang2. Mesti nak naik level tertinggi yang ada. Sebab kalau main kebun2, makin tinggi level makin banyak benda yang best kita boleh beli. Lebih

Dah solat, kenapa masih buat dosa?...

Assalamualaikum wb... "Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" Saya setiap hari menunaikan solat lima waktu. Tapi kenapa saya masih lagi melakukan banyak dosa walaupun bukan yang tergolong dalam perbuatan yang keji dan mungkar. Saya masih mengumpat. Saya masih sering membuang masa dengan melakukan perkara2 yang tidak berfaedah seperti bermain permainan atas talian di FB. Saya juga sering bercakap kasar sekiranya sedang marah terutama terhadap anak- anak sekiranya mereka tidak memberi perhatian terhadap nasihat saya. Tapi saya yakin, Allah tidak pernah memungkiri janji. Tiba- tiba benak saya berbisik, "Tidakkah kau menyedari, apakah agaknya lagi perbuatan yang lebih teruk dari itu yang mungkin kau lakukan sekiranya kau tidak menunaikan solat..." Peringatan untuk diri saya yang sering lupa, "Jangan berputus asa dalam mengabdikan diri kepada Allah. Tanpa kau sedari langkah demi langkah, kau kian hampir kepadaNya..."

Rindu...

Assalamualaikum wb... Sekarang ni saya sedang rindu.,..... Saya rindu nak tulis sajak. Tapi saya sekarang ni sedang sibuk buat aktiviti kraf tangan. Jadi tak da masa nak buat persediaan untuk buat kraf tulisan. Yalah, mungkin kalau seseorang tu memang amat berbakat, tak payah buat persediaan kot. Tapi, seperti yang pernah saya catat sebelum ini, saya bukanlah menulis sajak kerana bakat (tak pasti ada ke tidak bakat tu..)... Yang pastinya saya berusaha keras untuk membolehkan saya menghasilkan penulisan yang saya anggap sebagai sajak. Salah satu dari caranya ialah kita hendaklah mencintai bahasa. Bagaimana caranya mencintai bahasa? Sentiasa memerhati keunikan bahasa dengan mencatat di buku catatan sebaik sahaja kita menemuinya. Aktiviti kegemaran saya ialah mencatat perkataan yang memilik rentak yang sama. Aktiviti ini kerap membawa saya ke daerah bahasa yang tidak saya sangka. Sebagai contoh, saya pilih satu perkataan dan akan tulisa secara santai setiap perkataan yang me

Alhamdulillah .. (Untuk yang kesekian kalinya..:)

Assalamualaikum wb.... Ingat tak pada entri terdahulu saya ada menulis mengenai Maryam dan peperiksaan yang didudukinya. Tadi saya menerima sms dari cikgu sekolahnya yang keputusan peperiksaan dah ditampal di pejabat pendidikan bahagian. Memandangkan saya memang tak dapat nak pergi tengok dan disebabkan cikgunya pun tak sabar dah nak tahu keputusan peperiksaan anak muridnya yang cengeng tu, dia dah pergi sendiri untuk tengok kat pejabat pendidikan. Sebenarnya cikgu tu pangkat anak saudara saya, tu yang dia pun beria2 nak tahu tu... :).... Sebentar kemudian (Pejabat pendidikan tu tak le jauh sangat dari  kawasan kediaman kami ), cikgu tu sms yang MAryam diterima masuk ke sekolah yang kami inginkan tu. Sebenarnya banyak sebab kenapa kami nak masukkan Maryam ke sekolah yang dimaksudkan ni. Yang penting sekali, Fatihah pun bersekolah kat situ, jadi bila kedua2 Maryam pun dapat masuk ke situ, kuranglah kesukaran yang bakal dihadapi oleh Unit Pengangkutan ke Sekolah (suami saya la tu

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wb.... Nampaknya blog saya ni dah ok/ pulih sebab saya tak nampak pun amaran cacing lagi dah. Terima kasih Mys Dear Theraphy sebab beritahu perkembangan blog saya ni. Memang sejak dari saya ambil keputusan lari membawa diri ke blog baru, saya  dah tak sanggup nak menjenguk blog ni. Rasa  sedih sangat sebab kalau blog ni hilang/ disekat terus hari tu, banyak rekod tulisan saya yang akan hilang begitu sahaja, terutama latih tubi sajak saya yang dikumpul sejak tiga tahun lalu. Tu yang buat saya cepat- cepat pindahkan semuanya ke blog baru. Kalau blog ni dah okay, mungkin saya akan kembali ke sini dan jadikan blog lalgi satu sebagai backup. Kita tengok dulu ya... :)

BLOG BARU- http://usrahfatihah2011.blogspot.com/

ASSALAMUALAIKUM WB... SETAKAT INI SAYA MASIH TAK FAHAM APA YANG DAH JADI, TAPI SAYA BERPINDAH ALAMT BLOG BERKUATKUASA SERTA MERTA

Kemaskini semasa

Image
Assalamualaikum wb... Pagi tadi Maryam menduduki peperiksaan pemilihan kemasukan ke Tahun Satu. Sedang membaca doa sebelum memasuki dewan peperiksaan Yang berkepit dengan cikgu bertudung purple tu adalah Maryam. Tak  nak masuk dalam barisan. Habis periksa kami pergi makan roti kering dan sup di Delifrance. Dah happy.. Tak ingat dah nangis2 tadi... :) Pencuci mulut pulak ialah Black Forest. Sengaja bawak budak2 joli sikit, nak pujuk Maryam yang baru lepas memerah otak jawap kertas periksa. Tengok dalam gambar kedua tu, siap dipeluk cikgu lagi sebab menangis. Sedapnya Black Forest... Balik rumah semua dah letih. Tiba2 nenek telefon kata nak hantar bubur. Rupanya, baby Suhaib yang hantar, dalam perjalanan nak pergi shopping. Comelnya Baby Suhaib... Mata pun dah tak nampak dah... Setakat ini dulu. Nota penulis: Entri ini dibuat pada Sabtu lepas tapi menghadapi masalah masa nak publish.

Ia akan tiba

Kian jauh perjalanan kehidupan kian sayup pesanan kematian hingga kita terlupa ia akan menjelma tanpa diduga tanpa bisa diteka saat dan ketika hanya kita harus bersedia menyambutnya dengan rela. Latih tubi 11/10/2011

Rezeki Jangan Ditolak

Musuh jangan dicari.... Assalamualaikum wb... Ada sapa nak bergaduh ka?.. Tak de lah... Sebenarnya saya memang betul2 sedang lapar tapi alang2 nak pegi minum. Takut nanti dah tengahari terlalu kenyang pulak untuk makan bekal. Sedang saya sibuk2 intai bekas makanan ringan kat atas meja (yang dah tinggal serdak), tiba2 seorang rakan kerja masuk bawa kotak yang ada gambar KFC. Rupa2nya dia belanja sebab kontrak perkhidmatannya disambung untuk setahun lagi. Patut lah saya tengok dia dah ke hulu ke hilir kat pejabat dua tiga hari ni. Alhamdulillah, seketul ayam memang cukup2 je untuk mengalas perut sehingga pukul satu nanti. Ke, kenyang sampai ke petang?... :) Apa2 pun, saya nak mula dah ni... Allahumma barik lana, fi ma razaktana, wa qina 'azabannar.... Ameen....

Dia datang...

Assalamualaikum wb.... Hari ini kehidupan saya kembali normal. Hampir empat bulan saya dan suami menjadi "super parents". Semenjak pembantu saya berhenti pada pertengahan bulan Julai lepas, urusan rumah tangga dikongsi bersama di antara saya dan suami. Anak2 pula dihantar sama ada ke rumah mak saya atau mak mertua (terima kasih ibu2 ku semua). Kadang kala, kalau cuti, adik ipar saya akan menjenguk ke rumah membantu mengemas mana yang patut. Dulu, sewaktu bulan Ramadhan, saya sibuk menyiapkan pakaian raya keluarga. Jadi, kebanyakan kerja rumah dibantu suami sepenuhnya. Malahan, mengemas untuk raya pun dibuat oleh suami. Di dapur pula kami bergilir. Saya buat persiapan berbuka dan suami buat persiapan sahur. Saya dah masukkan semua makanan ke dalam bekas dan suami cuma tinggal keluarkan dari peti sejuk dan panaskan dalam mikrowave. Sebaik sahaja selepas raya, suami sambung belajar separuh masa. Jadi, dia dah tak boleh tolong sangat. Kena buat tugasan kuliah dan hadiri

Cerita Sebuah Persahabatan

Assalamualaikum wb... Semasa saya dalam tingkatan satu (beribu abad yang lampau), saya pernah dipilih untuk  menyertai kumpulan nasyid sempena apa entah... Layaklah tak ingat sebab dah beribu abad yang lampau ianya berlaku... Tapi, saya masih ingat lagu yang kami bawa, lagu nasyid berkaitan Palestin. Antara lirik dia; hhmm... hhmm.. testing.. testing.. one... two... one .. two... korus: "Rakyat Palestin terus di......  oleh insan yang bengis berbagai ragam tindakan kejam yahudi dan ....... mereka dibuat seperti binatang sembelihan dibunuh disakiti tanpa belas kasihan" Lagu kedua: Tak ingat.... Nampak bayang2 je, tapi lirik dia tak jelas... Sebenarnya saya nak cerita pasal seorang budak ni.. Yang sama- sama nasyid ni. Tapi dia terpilih sebagai salah seorang dari dua orang penyanyi utama. Dia ni kecik aje (masa tu lah), berkulit putih cerah, muka comel aje...Chinese look...  Sebelum tu memang saya tak pernah bertegur sapa dengan budak ni... Pada penil

Saya hairan...

Assalamualaikum wb... Saya hairan....  Apa yang saya hairankan?... Saya hairan dan pelik... Kenapa kalau saya sedang buat kerja lain terutama semasa sedang memandu, amat banyak isu yang nak saya bincangkan dalam blog...  Tapi kalau saya dah berada di depan komputer dan blog saya pulak berada pada mod "Create Post", tak ada satu pun idea yang muncul.... Arrrggghhhh.... Tak apa lah... Anggaplah saya tak tulis apa- apa pun...

Macam- macam Ado

Assalamualaikum wb.. Akhir- akhir ini saya banyak buat aktiviti "bloghopping". Membaca mana- mana entri yang menarik. Seperti juga aktiviti merayau- rayau di alam nyata, sekiranya tidak dikawal arah, aktiviti merayau- rayau di alam maya juga boleh menyebabkan kita "tersesat". Kali ini dalam saya "melompat" dari satu blog ke satu blog, saya terjumpa rangkaian blog mengenai kehidupan rumahtangga. Seperti yang kita maklum, selalunya rangkaian blog mempunyai persamaan dari sudut temanya; hobi, cara hidup, Kerjaya  dan aktiviti sosial, sekadar menyebut beberapa contoh. Hobi: Kraf, Fotografi, Menulis, memasak Cara Hidup:  agama, bangsa, Kerjaya: Jualan langsung, perniagaan atas talian,  AKtiviti sosial: Pertubuhan kebajikan, Kegiatan sukarela, ibu tunggal Bila saya terjumpa rangkaian blog yang membincangkan permasalahan rumahtangga dari pelbagai sudut, banyak sangat pengajaran yang saya perolehi. Tapi, memang banyaklah juga kisah- kisah tragis dan dr

Suatu perkenalan...

Assalamualaikum wb... Pada suatu ketika, saya pernah bercita- cita untuk menjadi penulis rencana. Saya mula membeli buku yang berkaitan dengan bidang penulisan. Justeru, apabila terbaca bahawa satu bengkel penulisan kreatif dan rencana akan diadakan di bandar kecil tempat kami menetap waktu itu, saya menganggap ia satu rahmat. Saya memang amat teruja kerana bukan mudah untuk berpeluang menghadiri bengkel seperti itu yang selalunya dianjurkan di bandar- bandar besar sahaja. Namun, pada sessi pengenalan bengkel, saya mula diterjah kecewa. Memandangkan masa yang singkat ( dua hari), pihak tenaga pengajar merasakan untuk meneroka kedua2 topik (kreatif dan rencana) dalam satu bengkel adalah tidak berbaloi. Jadi, akhirnya undian angkat tangan telah dibuat untuk menentukan topik mana yang perlu diteruskan dan menggugurkan satu lagi topik yang kurang mendapat sambutan. Dalam sebuah bilik yang dihadiri oleh sekitar 30 orang peserta, hanya satu tangan sahaja yang menyokong untuk memilih

Nasi Tomato di suatu petang...

Image
Assalamualaikum wb... Baru je siap masak Nasi Tomato berlaukkan Sambal Tumis Udang Dan Ayam Goreng Salad. Maryam sedang khusyuk menikmati hidangan.

Kenapa Blogger?...

Assalamualaikum wb... Saya mula berkenalan dengan dunia Blogger pada pertengahan tahun 2008.Namun Blogger bukanlah laman sosial yang pertama dan terakhir saya sertai. Pertama, Multiply yang saya sertai sekitar tahun 2006 (rasanya), Facebook pada awal tahun 2009 dan beberapa laman sosial semasa selepas itu. Tapi bila saya mula berblogger, saya terus berhenti menggunakan Multiply. Begitu juga, bila saya mula aktif FB, aktiviti di Blogger saya turut terhenti. Laman2 yang lain seperti Friendster, MySpace dan yang terkini Twitter pula tidak begitu menarik perhatian saya. Setakat menyertai gaya semasa je. Untuk Multiply memang saya tidak lagi menjenguk tetapi Blogger saya jengah kembali pada pertengahan 2009 apabila "dijemput" Blogger Mys yang menjadi Pengikut Pertama saya. Terima kasih my dear SIL. Sehingga sekarang, saya tetap bersama Blogger untuk mencatat perjalanan kehidupan saya. Facebook pula hanya menjadi jambatan saya kepada kawan2 dan saudara mara serta sebagai  Gam

Sabar ya...

Assalamualaikum wb... Tak lama selepas raya lalu suami mula menghadiri kelas secara separuh masa. Kelas diadakan hanya pada hujung minggu dua kali sebulan. Tak macam saya dulu, kelas setiap hujung minggu selama 2 tahun. Sekurang2nya kami masih ada hujung minggu bersama 2 kali sebulan. Tak lah bosan sangat. Walaupun kelas pada hujung minggu sahaja, tapi tutorial dibuat sekali seminggu. Sebenarnya saya nak cerita apa ni?. Saya pun tak tahu nak tulis apa, tapi yang pastinya, kalau suami ada kelas hujung minggu atau tutorial malam, kami anak- beranak memang bosan sangat. Rumah rasa sunyi semacam aje. Bila saya rasa sunyi macam ni, teringat pulak masa kami duduk berasingan semasa saya kembali belajar hari tu. Bila ingat balik, saya rasa bersalah pulak nak komplen merungut lebih2. Hampir 4 tahun suami duduk sorang2 sebab saya terpaksa balik menetap di bandar yang berdekatan dengan kampus. Dah lah kedua2 tempat kami tinggal tu jauh amat di antara satu sama lain. 12 jam memandu ata

Semerah Cinta Stilleto...

Assalamualaikum wb.. Sekadar mengimbau... Pernah tidak lama dulu sekumpulan lelaki di Amerika menganjurkan acara jalan kaki dengan berkasut tumit tinggi. Menurut mereka, ia merupakan satu cara untuk mereka kaum lelaki di Amerika menyatakan sokongan terhadap wanita yang memikul pelbagai tanggungjawab  di dalam institusi keluarga khasnya dan di dalam masayarakat umumnya. Saya tertanya- tanya sendiri. Mengapa mesti kasut bertumit tinggi dijadikan simbol seorang wanita?. Nampaknya saya bukanlah salah seorang dari wanita yang mereka maksudkan, kerana saya tidak memakai kasut tumit tinggi dan tidak pernah selesa berkasut tumit tinggi walaupun saiz ketinggian saya seperti amat memerlukan kasut tumit tinggi. :) Rasanya banyak cara lain yang lebih dekat dengan golongan wanita yang boleh dijadikan simbol untuk meraikan pengorbanan kaum wanita. Kenapa kasut tumit tinggi yang berperanan utama dalam menonjolkan penampilan fizikal wanita pula yang terlintas di fikiran mereka. Malahan tida

Abang cintakan...

Assalamualaikum wb... Saya bukanlah jenis yang kaki tengok drama sangat. Terutama drama yang bersiri. Memang tak terkejar. Tapi setakat ni, saya "ter"ikut juga Sinetron Nikita yang disiarkan di TV9 dari pukul 5.30 ke 6.30 ptg setiap hari bekerja. Kenapa saya kata "ter" tu? Sebabnya mula2  tengok cerita ni waktu pembantu saya masih lagi bekerja. Setiap petang balik dari pejabat, memang sedang baik je cerita tu sedang ditayangkan. Waktu tu saya intai2 manja jer, kalau nak tahu lebih, saya tanya je kat pembantu saya. Jimat masa. Tak payah tercongok sejam kat depan TV. Tapi sekarang pembantu saya dah berhenti, dah takde lah orang nak update status terkini cerita ni untuk saya. Jadi, kalau tak ada hal lain atau kalau saya tak lupa, memang saya "tune in" TV9. Lagi2 sekarang ni kira tengah klimaks kerana Nikita sedang berada dalam dilemma untuk memilih di antara pemuda pilihan hati yang cinta terhalang atau pemuda baik yang menyintainya tapi cuma dianggap

Ketinggalan keretapi

Image
Assalamualaikum wb... Rasanya saya jer yang ketinggalan keretapi dengan new blog interface feature ni. Patut lah saya tengok ramai yang guna fungsi strikethrough ni, tapi saya pelik macamana nak buat. Alkisahnya..... Tapi tak pe lah. Bak kata pepatah, "Better Late Than Never" .... Syukur... :)

Sudoku Frenzy

Assalamualaikum wb.. Semenjak dua menjak ni, seronok pulak main sudoku online. Main online ni lebih seronok dari buat kat buku/ kertas. Tak larat nak padam kalau silap buat kat buku. Dah tu, kalau dah ujung2 tiba2 dicover kesilapan, jenuh lah padam semua lak.... Tapi, kalau kat pc, senang betulkan kalau dah silap buat. Lebih2 lagi kalau ada versi yang boleh buat draft. Saya akan cuba kongsi laman2 yang menawarkan sudoku online kat entri ni... 1. Sudoku 9x9.com ----> Not Bad, menawarkan beberapa tahap kesukaran yang berbeza, banyak fungsi, tetapi mengelirukan kalau belum biasa. 2. Sudoku Live -----> Kunci masuk nombor dengan papan kekunci, kalau nak daftar skor kena daftar masuk dulu (tak de nya nak daftar), takde fungsi bantuan walaupun menawarkan beberapa tahap kesukaran. Setakat ini dulu. Nak cari lagi ni...

Ayam Masak Merah

Assalamualaikum, Saya ada buat catatan saya menyediakan Ayam Masak Merah beserta link resepi dari Chef Hanieliza yang dijamin sedap. Kira happening lah untuk blog saya ni, sebab saya kan tak pandai masak.. :) Klik kat sini untuk bacaan lanjut.

Langkah seterusnya

Image
Assalamualaikum.... Hari ni dah masuk hari ketiga Asiah mengunci mulutnya. Pagi ni Asiah dah mula nampak lemah. Dia dah tak selesa berbaring seperti biasa. Dia menelungkupkan mukanya di hujung sofa. Saya yang merancang nak turun ke pejabat terpaksa bertukar fikiran. Saya rasa kena ambil tindakan drastik untuk memastikan bahan yang lebih pekat dari susu masuk ke dalam badan Asiah. Saya keluarkan bubur nasi kosong dari peti sejuk dan masukkan ke dalam cawan yang selalu digunakan untuk Asiah minum susu. Saya campurkan dengan sedikit air panas dan lenyekkan sehingga cair seperti air kanji. Seperti biasa Asiah kunci mulutnya rapat2. Pada mulanya saya guna cara lembut. Saya pujuk dia untuk buka mulut sendiri tapi dia berkeras tak nak buka mulut langsung. Jadi, saya terpaksa main kasar. Kalau tidak, tak mustahil Asiah akan dirujuk ke hospital kalau dah terlalu lemah. Saya kuatkan hati dan sudukan sedikit bubur ke dalam mulutnya secara paksa. Bila saya tahan tangannya, Asiah dah dapat

Hfmd

Image
Assalamualaikum...... Saya dah dua hari tak ke pejabat sebab Maryam dan Asiah disahkan dijangkiti virus Hand Food and Mouth Disease. Maryam yang dah berusia 6 thn saya tak risau sangat sebab boleh faham konsep sakit. Asiah pula dah 2 hari tak nak makan. Sepanjang masa dia akan kunci mulutnya. Nak minum susu pun perlu pujuk betul2.

Sollatullah Salamullah

Assalamualaikum wb dan salam 9 Syawal 1432 H. Pastinya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Sepuluh jari disusun, kemaafan dipohon kerana pastinya sebagai seorang insan, saya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan yang mungkin menyinggung perasaan rakan2 sama ada di alam nyata atau di alam maya. Kemas kini Aktiviti Raya di Sana Sini saya tahun ni: 1. Rasa kurang lengkap sedikit sebab abang sulung (da only boy in da family) dan keluarga tak balik beraya kerana isteri sarat mengandung dan anak nya yang sulung nak ambik UPSR. Sampai tak de selera nak tangkap gambar keluarga yang menjadi agenda wajib setiap raya. 2. Selain dari (1) di atas,memang kiranya saya, suami dan anak2 memang beraya sakan. Mana tidaknya, tiap hari dari raya pertama kami tak duduk di rumah sendiri. 2(i)Hari Raya Pertama berziarah ke rumah keluarga saya, keluarga mertua dan saudara mara sebelah mertua. Dapat la peluang berziarah bersama abang ipar dan keluarganya ya

Perjalanan Ramadhan seorang Maryam

Assalamualaikum wb... Salam 5 Ramadhan 1432 H. Kunjungan Ramadhan telah memasuki hari ke 5 dan Maryam masih gigih menjalankan ibadah puasanya untuk kali pertama sepenuhnya. Saat yang paling dia sukai ialah saat berbuka puasa. Walaupun kami berbuka puasa dengan juadah yang sekadarnya sahaja (mana yang sempat dimasak atau dibeli semasa suami balik dari pejabat), Maryam tetap tidak sabar2 menyambut kedatangan masa berbuka. Bila dah masuk pukul 6 petang (berbuka pada sekitar 6.55 petang) Maryam mula bertanya sama ada masih lama lagi nak berbuka puasa. Dan sebaik sahaja pengumuman masuk berbuka puasa, Maryam akan menikmati dengan penuh selera apa sahaja yang terhidang di meja. Walhal, sebelum ini Maryam kurang berminat untuk makan terutama selepas pembantu kami berhenti. Bersahur pun Maryam tidak menghadapi masalah. Saya dari awal telah mengingatkannya untuk memastikan makan banyak supaya tidak lapar semasa berpuasa. Setakat ini Maryam bersahur dengan berselera dan bangun dengan mudah sema

Sambal Cicah Pelbagai Guna

Salam 2 Ramadhan 1432H. Sebentar tadi saya berkongsi Resepi Sambal Cicah Pelbagai Guna versi saya sendiri di blog kreatif saya. Kalau berminat nak tahu dan mencuba untuk membuka selera semasa bersahur, jemputlah menjenguk di sana ya. Selamat mencuba.. :)

Maryam Berpuasa

Salam 1 Ramadhan 1432 H. Hari pertama untuk umat Islam melaksanakan ibadat puasa. Hari ni Maryam berniat untuk puasa penuh. Pagi tadi sungguh- sungguh dia makan sahur. Malam tadi kami sekeluarga membeli- belah sedikit untuk persediaan berbuka dan bersahur. Saya sengaja minta suami belikan sirap ros dan susu untuk buat air bandung. Saya tahu Maryam suka minum air bandung. Jadi, bila Maryam tengok macam istimewa jer hidangan untuk orang- orang yang berpuasa ni, biar dia berusaha untuk berpuasa penuh. Alhamdulillah Fatihah dah tak payah lagi nak dipujuk untuk berpuasa kerana memang dia dah mampu berpuasa penuh dari Tahun 1 lagi. Sekarang saya sedang memberi semangat untuk Fatihah menunaikan Solat Terawikh walaupun tidak berjemaah di masjid. Alhamdulillah semalam dia buat terawih sendiri. Saya?.. :)... Semoga Ramadhan tahun ini akan sama2 kita jalani dengan penuh keberkatan dan keinsafan.... Ramadhan Kareem..

Kesian Mama...

Salam Syaaban 1432H. Menghitung hari menyambut kedatangan Ramadhan Kareem... Dah dua hari suami bertugas di luar stesen. Sepanjang 11 tahun perkahwinan, ini kali pertama hanya saya dan anak2 tinggal di rumah. Waktu mula- mula kawin, saya dan suami duduk dengan keluarga saya. Bila kami duduk sendiri, waktu tu Fatihah dah lahir, kami dah ada pembantu rumah. Mula2 saya ingat nak bermalam kat rumah mak, tapi bila mengenangkan projek baju raya satu pun belum mula lagi, saya kuatkan hati duduk sendiri dengan anak2. Malam tadi merupakan malam pertama saya seorang diri jaga anak- anak. Maryam pun perasa benda ni, sampai dia cakap; "Kesian Mama. " Saya tanya kenapa? Dia jawab dengan penuh simpati; "Sebab terpaksa jaga anak2 seorang diri." (Saya tak dapat menahan senyum dah.. :)) Setiap hari adalah lembaran baru kepada kehidupan yang bakal menjadikan kita semakin dewasa. Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem...

Who?

Salam 26 Syaaban 1432H. Hujung minggu lepas, semasa berehat- rehat sambil melipat pakaian (aktiviti wajib sejak tak ada pembantu), saya turut menonton vcd Tinker Bell yang dipasangkan oleh anak2. Saya tertarik pada satu babak di mana Terence, sahabat baik Tinker Bell sedang meluahkan perasaannya kepada "seseorang". Terence pada masa itu sedang susah hati kerana berselisih faham dengan Tinker Bell. Dia berpendapat Tinker Bell sepatutnya minta maaf terlebih dahulu kerana dia yang memulakan perselisihan faham tersebut. Sepanjang sesi "kaunseling" tersebut, Mr Owl yang berperanan sebagai kaunselor tidak mengeluarkan sebarang pendapat atau nasihat kecuali 3 kali perkataan "WHO?" yang diluahkan dengan nada yang berbeza pada beberapa tempat ucapan Terence. Yang menariknya, pada penghujung sesi tersebut, Terence sendiri yang menemui jalan penyelesaian kepada masalahnya iaitu dialah yang sepatutnya memulakan langkah berbaik2 untuk memastikan dia dan Tinker Bell me

Hidup ini terlalu singkat

Hidup ini terlalu singkat untuk disibukkan dengan isu kain artis yang carik dek terpijak semasa malam anugerah, hidup ini terlalu singkat untuk disedihkan dengan pergolakan rumahtangga lakonan di kaca tv hidup ini terlalu singkat untuk debu dunia yang berterbangan melayang mengaburkan pandangan kerana ia hanya jambatan untuk kita ke akhirat sana yang pasti kekal selamanya.

Tahu tak kenapa?

Tahu tak kenapa saya buat entri sajak yang ala- ala sedih sebelum ni? Maryam anak kedua saya memang rapat dengan pembantu saya. Pembantu saya mula bekerja semasa saya mengandungkan Maryam dua bulan dan sekarang Maryam baru sahaja meraikan hari lahirnya yang ke 6 tahun, minggu lepas. Ceritanya begini; Sebelum balik kampung pembantu saya dah tinggalkan sehelai baju T. Mulanya saya buat tak kisah aje. Tapi lepas tu saya rasa bersyukur pulak sebab pembantu saya buat macam tu. Tak payah jauh sangat, masih dalam kereta semasa perjalanan balik dari perhentian bas, Maryam dah bengkak mata menangis. Lepas tu, setiap kali dia sedih, dia akan peluk baju tu. Malam2 pulak bawak baju tu masuk tidur. Mula2 dulu Maryam sampai pakai baju T tu sebab rindukan pembantu saya. Saya tak de lah risau sangat sebab saya yakin, Insya'Allah sikit2 Maryam akan belajar hakikat perpisahan tu. Saya cuma terfikir, seandainya saya pergi dulu dijemput kembali ke Rahmatullah, agaknya anak2 saya mesti menghadapi situ

Pesan buat puteriku

Suatu ketika aku akan pergi meneruskan perjalanan ke negeri abadi usah ditangisi anakku kerana ia suatu yang pasti kau dan aku akan ke sana walau masa mungkin berbeza dan bila saat itu tiba tiada yang lebih berharga dari doa ikhlasmu puteriku yang solehah.

Hari ini bertanam jagung

Assalamualaikum wb. dan salam 18 Syaaban 1432H. Pagi Sabtu lepas kami sekeluarga menghantar "Kakak" ke perhentian bas. "Kakak" bersara setelah bersama keluarga kami hampir 7 tahun. Daripada seorang gadis belasan tahun, sekarang Kakak telah menjadi isteri orang. Dalam erti kata lain, Kakak dewasa di depan mata saya. Saya amat bersyukur sebab akhirnya penghujung kepada perhubungan kami adalah penghujung yang positif. Bukan tak pernah kami bermasam muka. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita yang duduk sebumbung. Seingat saya, pernah sekali dia merajuk kerana gurauan saya. Hanya memerap di bilik dan panggilan anak2 pun tidak dilayan. Waktu tu 4 tahun yang lepas. Saya kesihan kat anak2 yang menangis sebab tidak dilayan. Terus saya cakap kat dia kalau dah tak nak duduk dgn keluarga saya, cakap terus terang. Saya akan hantar dia balik. Dalam merajuk tu dia menjawap tak nak berhenti. Sejak tu saya berhati2 dalam bergurau supaya tak menyinggung

Bermain layang- layang

Image
Assalamualaikum wb. Fatihah dan Maryam sedang asyik menaikkan layang2 spiderman mereka. Yang merah ni Fatihah punya. Usia saya telah hampir mencecah 40 tahun, tapi seingat saya baru hari ni saya betul2 bermain layang- layang. Anak2 telah beberapa hari merengek nak bermain layang- layang. Musim angin telah tiba dan padang di depan rumah di penuhi dengan kanak2 bermain layang2. Petang tadi telah lengkap semua peralatan yang diperlukan, dua layang2 spiderman, setongkol benang dan sudah tentu cuaca yang berangin. Layang2 Maryam berjaya naik terbang bersama angin petang. Bila suami perlu membantu Fatihah menaikkan layang2nya, saya terpaksa (terpaksa ke?) menghulurkan bantuan untuk menahan layang2 Maryam. Baru saya menyedari, mengendalikan layang2 yang sedang terbang di angkasa bukanlah suatu yang mudah. Mula2 layang2 yang saya pegang tak dapat naik tinggi. Seorang adik yang sedang asyik bermain layang2 menghampiri dan bersuara, " Kalau layang2 tu nak jatuh, hulurkan benangnya lebih pan