Who?

Salam 26 Syaaban 1432H.


Hujung minggu lepas, semasa berehat- rehat sambil melipat pakaian (aktiviti wajib sejak tak ada pembantu), saya turut menonton vcd Tinker Bell yang dipasangkan oleh anak2.

Saya tertarik pada satu babak di mana Terence, sahabat baik Tinker Bell sedang meluahkan perasaannya kepada "seseorang". Terence pada masa itu sedang susah hati kerana berselisih faham dengan Tinker Bell. Dia berpendapat Tinker Bell sepatutnya minta maaf terlebih dahulu kerana dia yang memulakan perselisihan faham tersebut.

Sepanjang sesi "kaunseling" tersebut, Mr Owl yang berperanan sebagai kaunselor tidak mengeluarkan sebarang pendapat atau nasihat kecuali 3 kali perkataan "WHO?" yang diluahkan dengan nada yang berbeza pada beberapa tempat ucapan Terence.


Yang menariknya, pada penghujung sesi tersebut, Terence sendiri yang menemui jalan penyelesaian kepada masalahnya iaitu dialah yang sepatutnya memulakan langkah berbaik2 untuk memastikan dia dan Tinker Bell menyambung semula persahabatan. Dia mengucapkan terima kasih kepada Mr Owl kerana telah "membantu" beliau menyelesaikan masalahnya. Dan menurut Terence, terbukti Mr Owl memanglah "seorang" yang paling bijak di tempat itu.

Pengajarannya, untuk membantu seseorang menyelesaikan masalah, tak semestinya kita menghujaninya dengan timbunan nasihat. Memadailah untuk menjadi pendengar yang setia dan melontarkan pertanyaan2 tepat di tempat yang sesuai untuk membantu beliau berfikir dengan lebih rasional.

Siapakan yang lebih bijak untuk menyelesaikan masalah selain dari orang yang menghadapi masalah tersebut?

Wallahua'lam...

Selamat menyambut dan menghidupkan Ramadhan AlMubarak....

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida