Posts

Showing posts from April, 2010

Kembali...

Kerana menghargai sokongan sahabat untuk mengemaskini blog, saya akan cuba untuk mengemaskini blog secara konsisten. Hmm... Nak tulis pasal apa yek? Banyak yang boleh ditulis sebenarnya. Saya boleh tulis pasal permainan di Facebook sebab sekarang saya selalu melayari laman sosial Facebook tu. Saya juga boleh tulis pasal hobi terbaru saya iaitu membuat kek cawan. Minggu lepas merupakan kali pertama saya cuba untuk membakar kek selain dari kek coklat. Kok Coklat pun dah bertahun saya tak buat. Saya cuba cari resipi kek cawan kat internet dan terus cuba buat resipi tu sebelum semangat saya hilang... Kebetulan, minggu lepas merupakan ulangtahun pembantu rumah saya, jadi boleh cuba bakat dan pada masa yang sama jimat kos.. Hasilnya, memberangsangkan kerana; pertama, tak ada yang pergi klinik lepas tu dan kedua, semua kek cawan tu habis. Rasanya cukuplah setakat ni dulu.. :).. Catatan yang seterusnya saya akan cuba muatnaik gambar hasil tangan saya tu.. Salam..

Mengintai Kenangan (Telah disiar di esastera)

Mengintai kenangan oleh ummufatihah Sesekali bila kenangan lama menyapa Mengintai kenangan di tepi jendela jangan kau leka pada hijaunya daun jangan kau alpa pada birunya awan jangan kau lupa pada merahnya mawar kolam cinta yang tenang kini telah kian kontang ditelan dek mentari masa yang menghambat usia hari ini saat mega senja menyapa rerumput di laman rasa semakin mesra kerana kita semakin dewasa. Ummufatihah Sarawak • SAJAK > 2009 > Mengintai kenangan disumbangkan pada Khamis, 25 Jun 2009 9:41:50 AM • Kali terakhir diubah pada Khamis, 25 Jun 2009 9:41:50 AM oleh ummufatihah Mesej/komen (2) ummufatihah 6/25/2009 12:57:32 PM saya suka cara anda mengutarakan idea yang serupa dgn kata2 yang lebih puitis.. terima kasih sebab berkongsi..Salam puisi. ilhamainol123 6/25/2009 12:53:09 PM ah,sesekali menguak jendela kenangan dan membuka kotak memori bisa menemukan kita dengan imejan-imejan yang menggembirakan,kadang kala menyedihkan dan sekali -sekala menginsafkan....salam puisi

Rumah ini

Image
nota: Sajak ni saya copy paste dari e-sastera dalam usaha saya untuk mengumpulkan semua tulisan yang telah saya coret di merata tempat... Rumah ini oleh ummufatihah Pengenalan Rumah ini tiangnya kepercayaan lantainya kesetiaan dindingnya keyakinan anjungnya kemesraan tangganya kesabaran bumbungnya ketakwaan rumah ini di sini aku berdiri menyemai cinta kerana Illahi. Ummufatihah Sarawak • SAJAK > 2009 >