Posts

Showing posts from September, 2010

Mati itu pasti

Akhir- akhir ini saya dan suami cenderung membeli dan membaca buku mengenai alam akhirat. Kenapa tiba2 baca buku pasal alam akhirat ni? Takkan tak tahu pasal kehidupan selepas mati atau alam kubur? Itulah pasalnya. Saya sebelum ni tak ambik kisah sebab saya rasa saya arif mengenai perkara ni. Siapa yang tak tahu dak? Selepas seseorang itu meninggal dunia, dia akan menjalani kehidupan di alam kubur. Malaikat Munkar Nakir datang tanya. Kalau banyak amalan kebaikan akan mudah menjawab soalan mereka. Kubur pun terang. Tak de ulat dan lipan datang. Tapi kalau tak cukup amalan, sukar nak jawap soalan. Kubur pun gelap dan nanti banyak ulat dan lipan datang. Tapi, sekali tu Fatihah tanya macam- macam pasal alam kubur. Itupun sebab kami singgah kat masjid untuk solat dan masjid tu pulak dikelilingi oleh kawasan perkuburan. Bila Fatihah mula tanya, saya tengok suami. Suami pun tengok saya balik. Kalau dapat jawap pun, sikit jer. Tak boleh jawap dengan panjang lebar. Baru saya sedar, yang ilmu pe

MBA oh MBA

Sepanjang ingatan saya, saya belum pernah lagi memblog mengenai pengalaman pahit manis saya sebagai pelajar di saat saya telah menginjak kaki ke alam pekerjaan dan alam rumah tangga. Tapi semenjak dua menjak saya berkenalan dengan seorang blogger yang sedang berada di "alam"MBA yang sama seperti yang saya pernah lalui, rasa terpanggil lak nak berkongsi kat sini. Sebenarnya sebab saya tak pernah tulis ialah saya tak tahu nak mula dari mana. Banyak sangat yang menarik dan "tertarik" yang saya lalui sepanjang 2 tahun yang singkat tetapi saya rasakan amat "panjang". Pengembaraan MBA saya menuntut banyak perngorbanan dari keluarga saya terutama suami tersayang. Mungkin sebab tu saya sukar nak luahkan melalui kata2. Tapi saya rasa pengalaman itu amat berharga untuk saya biarkan ia hilang begitu sahaja ditelan masa. Namun, memandangkan catatan ini yang pertama, biarlah ia hanya sebagai preview sahaja kepada rakaman yang selanjutnya. Sukar sangat ke nak ambik MBA

Bersabarlah

Salam 19 Syawal. Saya sebenarnya sedang kembali belajar untuk memahami agama saya Islam. Ini bukan bermakna Islam tu sukar. Sebaliknya kerana Islam itu mudah yang menyebabkan saya seolah2 mengambil ringan terhadap Islam yang sepatutnya saya jadikan satu2nya panduan dalam menakhodakan kehidupan saya. Dua tiga hari lepas saya membaca Al-Qur'an dan terjumpa ayat ni: [Ankabut 29:7] And those who accepted faith and did good deeds - We will indeed relieve their sins and reward them for the best of their deeds. Saya terpaku kerana sebenarnya kita berpeluang untuk menghapuskan kesilapan2 semasa di dunia lagi dan bukan hanya semasa dihisab di Hari Pembalasan nanti. Cuma, saya tertanya2 di dalam hati apakah amalan kebajikan (good deeds) yang melayakkan kita untuk menikmati pelepasan dari kesalahan2 kita. Hati saya berbisik, mampukah saya melakukan amalan kebajikan tersebut? Saya yang saya sendiri sedar hanya orang yang "biasa2" sahaja, layak ke untuk dihapuskan kesalahan2 sepert

Kalau ia bukan milikku...

Salam Syawal... Semalam saya tersalah letak cincin hadiah suami sempena kelahiran anak pertama. Sebab dah terbiasa sgt tanggal pasang terutama waktu solat di pejabat dan keluar rumah, saya dah tak ingat bila kali terakhir saya tengok. Tapi yang pasti bila saya nak keluar semalam tak jumpa cincin tu. Hati memang rasa sedih tapi lega sikit bila suami kata nak buat macam mana kalau dah nak hilang. Pagi tadi buka Radio IKIM dan macam kebetulan pulak penceramah sebut pasal harta kat dunia ni takde yang milik kita, semua Allah punya. Dia siap nyanyi sekerat lagu Rabbani. Lepas tu penyampai mainkan pulak versi penuh lagu tu. Rasa macam khas ditujukan pulak untuk saya supaya redha. Tadi waktu solat Dhuha saya jenguk2 jugak kat rak tempat saya selalu tanggalkan cincin dan jam waktu ambik wudhuk, tapi tak nampak pun bayang dia. Lepas solat Dhuha, saya buat solat Hajat 2 rakaat. Saya belajar untuk serahkan kepada Allah yang merupakan Pemilik Mutlak. Saya niatkan kalau cincin tu masih untuk saya,

Misteri pun terungkai

Kelopak mawar telah gugur bersama gerimis petang di pinggir sungai dan keruh di muara kian gentar berdebar misteri pun terungkai.

Fasa seterusnya...

Salam Syawal... Hampir 2 minggu saya menikmati kehidupan harian sebagai pengurus rumahtangga sepenuh masa. Raya tahun ni pembantu rumah saya balik bercuti ke kampung halaman. Katanya Insya'Allah awal bulan Oktober nanti baru sambung kerja balik. Penat ke?... Bagi mereka yang super woman yang telah sekian lama menjawat jawatan ni, memang tak ada masalah kot. Dan saya memang tabik hormat kepada golongan super woman ni. Tapi bagi saya yang sejak kelahiran Fatihah memang memerlukan bantuan pembantu kerana duduk jauh dari keluarga dan saudara mara, satu jer saya nak cakap.. Penat........ :) Tapi..... Seronok... dan.. Puas hati.... :) Nampaknya sekarang saya dah tukar profesyen.. Kalau orang tanya kerja apa, saya nak jawab, saya adalah seorang Pengurus Rumahtangga yang buat kerja sambilan sebagai bla.. bla.. bla.. ========================== Selama sekitar 11 tahun kehidupan rumahtangga saya dan lapan tahun darinya saya menjadi seorang ibu, 90% dari tempoh itu saya dibantu oleh pembantu r

Nikmat Keselamatan

Nikmat keselamatan ternyata tidak dapat dijamin dengan harta dan wang ringgit. Dan pada masa yang sama, kita jarang menghargai nikmat keselamatan kecuali di saat- saat keselamatan kita atau keluarga terancam. Lantas, jadilah hamba yang bersyukur dan hargailah setiap saat di mana kita dianugerahkan Allah dengan nikmat keselamatan. Wallahua'lam...

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari saya dan keluarga... Semoga Ramadhan yang kian berlalu telah berjaya mendidik kita menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelum ini, Insya'Allah.

28 Ramadhan

Salam Ramadhan. Banyaknya nikmat Allah di bulan Ramadhan ni. Saya bagai baru menemui kembali sesuatu yang telah lama pergi. Semoga kepulangannya adalah untuk selamanya. Ramadhan, Walau tibamu hanya seketika namun barakah yang kau tinggalkan tetap akan bersama kami sehingga kau kembali menjenguk sekiranya kami diberi rezeki...

Takbir

Takbir bergema hati digamit sayu pusara sepi.

Seandainya saya diuji

Seandainya saya diuji: saya memohon kepada Allah supaya dibekalkanNya kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut dengan hati yang sabar dan tabah. dan redha dengan ketentuan Allah. serta menjadikan hanya Allah sebagai tempat kebergantungan dan berserah. Seandainya saya diuji: Saya berdoa, janganlah saya menjadi hamba yang lupa kepada ketentuan Illahi Seandainya saya diuji: Saya berharap ia akan lebih mendekatkan saya kepada Illahi. Seandainya saya diuji: Tetapkan saya bersamaMu Ya Rabbi

Cinta Ramadhan (23 Ramadhan)

Di perjalanan ini kuhirup segarnya iman kuntumnya mekar menghias taman jiwa Cinta Ramadhan andai kau pergi titipkan rinduku di angin lalu dan detik berlalu kian menjengah penghujung aku akan tetap di sini menanti saat kau kembali. 23 Ramadhan 1431H

22 Ramadhan dan persiapan raya

Cerita satu Suatu hari: Fatihah: Malam ni kita pergi masjid boleh tak? Kenapa? Fatihah: Ustaz kata malam ni malam lailatulQadar Oooo.. Fatihah: Kena pegi pukul 3 pagi. Hmm. Kalau buat kat rumah tak boleh ke? Fatihah: Tak boleh. Sapa cakap? Fatihah: Ustaz cakap. (betul ke Ustaz cakap? Dia yang tak faham kot..) ****** So, malam tu saya dan suami ajak Fatihah buat qiamullail kat rumah jer. Mana larat nak pegi masjid pukul 3 pagi. Tapi buat pukul 4 pagi. Selalunya Fatihah memang bangun sahur pukul 4 sebab dia makan lambat, kami join turun pukul 4.30 pagi pun nanti akan siap makan lebih awal dari anak dara saya sorang nih. Kira ni pengalaman pertama (the other FIRST) Fatihah menunaikan solat sunat malam (qiamullail). ++++++++++ Cerita Dua Panik tahap naga. Kenapa? Sebab baju raya saya, anak2, adik saya semua baru siap baju jer, ada 6 pasang. Semua kain masih KIV. kira 60% siap. Baju Melayu suami saya masih peringkat awal. kira 30% siap. Baju mengandung adik saya, huuaaa... 30% siap jugak.