Mati itu pasti

Akhir- akhir ini saya dan suami cenderung membeli dan membaca buku mengenai alam akhirat.

Kenapa tiba2 baca buku pasal alam akhirat ni? Takkan tak tahu pasal kehidupan selepas mati atau alam kubur?

Itulah pasalnya. Saya sebelum ni tak ambik kisah sebab saya rasa saya arif mengenai perkara ni. Siapa yang tak tahu dak? Selepas seseorang itu meninggal dunia, dia akan menjalani kehidupan di alam kubur. Malaikat Munkar Nakir datang tanya.

Kalau banyak amalan kebaikan akan mudah menjawab soalan mereka. Kubur pun terang. Tak de ulat dan lipan datang. Tapi kalau tak cukup amalan, sukar nak jawap soalan. Kubur pun gelap dan nanti banyak ulat dan lipan datang.

Tapi, sekali tu Fatihah tanya macam- macam pasal alam kubur. Itupun sebab kami singgah kat masjid untuk solat dan masjid tu pulak dikelilingi oleh kawasan perkuburan.

Bila Fatihah mula tanya, saya tengok suami. Suami pun tengok saya balik. Kalau dapat jawap pun, sikit jer. Tak boleh jawap dengan panjang lebar. Baru saya sedar, yang ilmu pengetahuan saya masih cetek dari sudut tu.

Sekurang2nya, bila kami berbincang mengenai kehidupan selepas mati, hakikat kematian itu sendiri akan lebih akrab dengan kita. Dan mudah- mudahan ia membantu kita untuk bersedia untuk menerima kedatangan saat yang dijanjikan itu, Insya'Allah.

Kullu nafsin dzaikatul maut...

Setiap diri pasti akan merasa saat kematian...

Comments

  1. Salam kak,

    Dari awal2 dulu yg menarik perhatian saya ilmu tentang kematian dan akhirat. Bagi saya ia ilmu yg sangat baru. Adalah beli 2/3 buku pasal tu. Tapi dah lama tinggal, yg tahu cetek itu pun dah lupa. kiranya klu nak cerita balik pun tak berani.

    ReplyDelete
  2. Salam Sakinah:

    Kita perlu mendekatkan diri kepada hakikat kematian dan akhirat supaya tidak lupa yang ia adalah masa depan kita.... Ingatan untuk diri akak sendiri... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida