Fasa seterusnya...
Salam Syawal...
Hampir 2 minggu saya menikmati kehidupan harian sebagai pengurus rumahtangga sepenuh masa. Raya tahun ni pembantu rumah saya balik bercuti ke kampung halaman. Katanya Insya'Allah awal bulan Oktober nanti baru sambung kerja balik.
Penat ke?... Bagi mereka yang super woman yang telah sekian lama menjawat jawatan ni, memang tak ada masalah kot. Dan saya memang tabik hormat kepada golongan super woman ni. Tapi bagi saya yang sejak kelahiran Fatihah memang memerlukan bantuan pembantu kerana duduk jauh dari keluarga dan saudara mara, satu jer saya nak cakap..
Penat........ :)
Tapi.....
Seronok... dan..
Puas hati.... :)
Nampaknya sekarang saya dah tukar profesyen..
Kalau orang tanya kerja apa, saya nak jawab, saya adalah seorang Pengurus Rumahtangga yang buat kerja sambilan sebagai bla.. bla.. bla..
==========================
Selama sekitar 11 tahun kehidupan rumahtangga saya dan lapan tahun darinya saya menjadi seorang ibu, 90% dari tempoh itu saya dibantu oleh pembantu rumah.
Memang diakui saya berada dalam zon selesa terutama bila saya melanjutkan pelajaran saya selama dua tahun secara separuh masa sedikit masa lalu. Sebagai seorang pelajar yang juga bekerja, masa di rumah saya digunakan untuk menyiapkan tugasan kuliah. Pada masa yang sama saya dan anak2 berpindah balik ke kampung halaman tanpa suami yang belum dapat berpindah kerja.
Ternyata sepanjang dua tahun tersebut saya bergantung sepenuhnya dengan pembantu rumah untuk mengendalikan anak2.
Memandangkan pembantu yang sama telah bersama keluarga saya semenjak saya mengidam anak kedua (sekarang dan berusia lima tahun lebih), kebanyakan urusan rumah memang diserahkan kepadanya.
Jadi, apabila pembantu saya balik bercuti baru2 ni, saya macam budak sekolah yang baru belajar. Baru saya perasan banyak benda yang sebelum ni saya tak sempat nak perhatikan.... dan saya menyedari sesuatu.....
Mungkin selepas 10 tahun perkahwinan, saya telah melepasi fasa pertama kehidupan berumahtangga dan perlu beranjak ke tahap seterusnya... Fasa yang lebih serius sebagai seorang wanita yang lebih dewasa... :)

Salam,
ReplyDeleteSemoga keluarga akak sentiasa dinaungi rahmat dan redha Allah.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete