22 Ramadhan dan persiapan raya

Cerita satu

Suatu hari:

Fatihah: Malam ni kita pergi masjid boleh tak?

Kenapa?

Fatihah: Ustaz kata malam ni malam lailatulQadar

Oooo..

Fatihah: Kena pegi pukul 3 pagi.

Hmm. Kalau buat kat rumah tak boleh ke?

Fatihah: Tak boleh.

Sapa cakap?

Fatihah: Ustaz cakap. (betul ke Ustaz cakap? Dia yang tak faham kot..)

******

So, malam tu saya dan suami ajak Fatihah buat qiamullail kat rumah jer. Mana larat nak pegi masjid pukul 3 pagi. Tapi buat pukul 4 pagi. Selalunya Fatihah memang bangun sahur pukul 4 sebab dia makan lambat, kami join turun pukul 4.30 pagi pun nanti akan siap makan lebih awal dari anak dara saya sorang nih.

Kira ni pengalaman pertama (the other FIRST) Fatihah menunaikan solat sunat malam (qiamullail).

++++++++++

Cerita Dua

Panik tahap naga. Kenapa?

Sebab baju raya saya, anak2, adik saya semua baru siap baju jer, ada 6 pasang. Semua kain masih KIV. kira 60% siap.

Baju Melayu suami saya masih peringkat awal. kira 30% siap.

Baju mengandung adik saya, huuaaa... 30% siap jugak.

Yang siap betul cuma jubah pembantu rumah saya. Baju dia dapat siap awal sebab dia nak balik kampung Isnin depan.

++++++++++++

Cerita tiga

Saya beli biskut london almond dua bekas. Bekas pertama dah tinggal separuh sebab kami sekeluarga "pre raya" setiap kali berbuka dan sahur. :)

Ayam dah tempah.

Semalam beli kacang2 dua bungkus.

Kek lapis 2 jenis dah siap tempah dari kakak ipar suami. Suami saya cepat2 suruh simpan dalam fridge risau "di pre raya" jugak. Siap awal sebab nak bagi separuh untuk pembantu bawa balik kampung.

Langsir, sofa, dan lain2... Tak tukar... :)..

Langsir tu kainnya kami beli dua tahun lepas dan saya "kreatif"kan sendiri...

Sofa pulak emak saya bagi dua tahun lepas sebab dia kata set tu besar sangat, tak sesuai dengan rumah kampung dia.. Tapi sebenarnya dia nak beli set kerusi kayu baru saiz lebih kecil yang diidamkan oleh abah saya. Masa tu saya baru masuk rumah sendiri yang sebelum tu saya sewakan kat orang.

Sofa tu saya belikan untuk mak saya semasa saya melahir Maryam sebagai penghargaan sebab dia jaga saya waktu berpantang. Emak beri, saya ambik. Tak ambik kang emak kecik hati.. (dalam hati..syukur.. :)

Tudung dan kasut anak2 dah beli.

Tudung saya? Semalam nak beli tapi tak jumpa yang berkenan sebab saya memang tak pakai tudung glam yang byk dijual tu dan tudung biasa2 yang tak glam tu pulak, kainnya nipis...

Rumah dah cat?.. Hehe... Tak cat rumah pun... Sejak mula duduk rumah sekarang memang belum cat baru lagi..

Termasuk dalam pembaziran ke persiapan raya saya ni? Harap2 tak de lah membazir sebab kalau hari2 biasa memang kami jarang beli pakaian dan kasut baru untuk anak2.

Comments

  1. cerita citut menjelang raya la ni :) hehehe..
    apapun ,selamat berjuang m.yah...nak menghabiskan saki baki jahit yang ada..

    m.yah, lain kali mun nk beli tudung yg tebal n besar crik jak d internet.InsyaAllah.Pasti ada.

    ReplyDelete
  2. Bzzz macam bees menjelang HariRaya ni kan Ummu?
    Apa apa pun, relax 'in between' la yer he he...
    Seronok baca cita Ummu :)

    Thanks dear!

    ReplyDelete
  3. Mysdear: Itulah padahnya pecut last minit... Balit Kuching lak tolong jahit tudung ahh.. ;p

    Mak Isah:

    Bz yang dicarik sendiri.. Suami awal dah belikan kain. Tapi selagi belum nampak anak bulan Ramadhan, memang tak nak sentuh mesin jahit.. hehe.. Sebenarnya persiapan saya very minimum... kejenya sikit.. relax yang lebih... Sure Mak Isah dah siap iye.... :)

    ReplyDelete
  4. Wah Ummu pandai menjahit ye? Itu kelemahan mak isah ha ha...tak minat... :P

    Alahh..mak isah pun sama jugak, relax yang lebih..nak buat keja perlahan-lahan kata kan..jadi tak siap siap pun :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida