Posts

Showing posts with the label Siri TV

Kartun Hagemaru

Semasa menjenguk blog yang saya ikuti, perhatian saya dicuri oleh sebuah artikel mengenai Siri Kartun Hagemaru. Kalau nak dikira memang anak2 saya suka tengok citer ni. Dulu saya pandang dengan ekor mata je dan tak suka sangat dengan nilai-nilai yang ditunjukkan dalam cerita tersebut terutama sikap kedekut yang diamalkan oleh keluarga Hagemaru terutama ibunya. Namun, suatu hari saya mula memberi perhatian apabila suami saya "ter"menonton siri tersebut dan sukalah pulak dia. Katanya, cerita tu mengajar kita berjimat-cermat. Jadi, bila saya terjumpa anak2 sedang tengok Hagemaru, saya pun duduk la sekali. Nak tengok siri Hagemaru ni macamana sebenarnya. Bila dah tengok betul2 memang kelakar. Sebenarnya Hagemaru ni kisah seorang budak yang dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang berjimat melampau hingga masuk ke dalam kategori kedekut. Sebagai contoh dalam satu siri tu sabun di tandas sekolah Hagemaru kerap habis disebabkan Hagemaru bawa balik untuk diberi kepada emaknya. Jadi ...