Saturday, July 30, 2011

Kesian Mama...

0 comment
Salam Syaaban 1432H. Menghitung hari menyambut kedatangan Ramadhan Kareem...

Dah dua hari suami bertugas di luar stesen. Sepanjang 11 tahun perkahwinan, ini kali pertama hanya saya dan anak2 tinggal di rumah. Waktu mula- mula kawin, saya dan suami duduk dengan keluarga saya. Bila kami duduk sendiri, waktu tu Fatihah dah lahir, kami dah ada pembantu rumah.

Mula2 saya ingat nak bermalam kat rumah mak, tapi bila mengenangkan projek baju raya satu pun belum mula lagi, saya kuatkan hati duduk sendiri dengan anak2. Malam tadi merupakan malam pertama saya seorang diri jaga anak- anak. Maryam pun perasa benda ni, sampai dia cakap;

"Kesian Mama. "

Saya tanya kenapa?

Dia jawab dengan penuh simpati;

"Sebab terpaksa jaga anak2 seorang diri."


(Saya tak dapat menahan senyum dah.. :))

Setiap hari adalah lembaran baru kepada kehidupan yang bakal menjadikan kita semakin dewasa.

Alhamdulillah.


Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem...

Thursday, July 28, 2011

Who?

0 comment
Salam 26 Syaaban 1432H.


Hujung minggu lepas, semasa berehat- rehat sambil melipat pakaian (aktiviti wajib sejak tak ada pembantu), saya turut menonton vcd Tinker Bell yang dipasangkan oleh anak2.

Saya tertarik pada satu babak di mana Terence, sahabat baik Tinker Bell sedang meluahkan perasaannya kepada "seseorang". Terence pada masa itu sedang susah hati kerana berselisih faham dengan Tinker Bell. Dia berpendapat Tinker Bell sepatutnya minta maaf terlebih dahulu kerana dia yang memulakan perselisihan faham tersebut.

Sepanjang sesi "kaunseling" tersebut, Mr Owl yang berperanan sebagai kaunselor tidak mengeluarkan sebarang pendapat atau nasihat kecuali 3 kali perkataan "WHO?" yang diluahkan dengan nada yang berbeza pada beberapa tempat ucapan Terence.


Yang menariknya, pada penghujung sesi tersebut, Terence sendiri yang menemui jalan penyelesaian kepada masalahnya iaitu dialah yang sepatutnya memulakan langkah berbaik2 untuk memastikan dia dan Tinker Bell menyambung semula persahabatan. Dia mengucapkan terima kasih kepada Mr Owl kerana telah "membantu" beliau menyelesaikan masalahnya. Dan menurut Terence, terbukti Mr Owl memanglah "seorang" yang paling bijak di tempat itu.

Pengajarannya, untuk membantu seseorang menyelesaikan masalah, tak semestinya kita menghujaninya dengan timbunan nasihat. Memadailah untuk menjadi pendengar yang setia dan melontarkan pertanyaan2 tepat di tempat yang sesuai untuk membantu beliau berfikir dengan lebih rasional.

Siapakan yang lebih bijak untuk menyelesaikan masalah selain dari orang yang menghadapi masalah tersebut?

Wallahua'lam...

Selamat menyambut dan menghidupkan Ramadhan AlMubarak....

Wednesday, July 27, 2011

Hidup ini terlalu singkat

0 comment

Hidup ini terlalu singkat
untuk disibukkan dengan
isu kain artis yang carik
dek terpijak semasa malam anugerah,

hidup ini terlalu singkat
untuk disedihkan dengan
pergolakan rumahtangga
lakonan di kaca tv

hidup ini terlalu singkat
untuk debu dunia
yang berterbangan melayang
mengaburkan pandangan

kerana ia hanya jambatan
untuk kita ke akhirat sana
yang pasti kekal
selamanya.

Thursday, July 21, 2011

Tahu tak kenapa?

0 comment
Tahu tak kenapa saya buat entri sajak yang ala- ala sedih sebelum ni?

Maryam anak kedua saya memang rapat dengan pembantu saya. Pembantu saya mula bekerja semasa saya mengandungkan Maryam dua bulan dan sekarang Maryam baru sahaja meraikan hari lahirnya yang ke 6 tahun, minggu lepas.

Ceritanya begini;

Sebelum balik kampung pembantu saya dah tinggalkan sehelai baju T. Mulanya saya buat tak kisah aje. Tapi lepas tu saya rasa bersyukur pulak sebab pembantu saya buat macam tu.

Tak payah jauh sangat, masih dalam kereta semasa perjalanan balik dari perhentian bas, Maryam dah bengkak mata menangis.

Lepas tu, setiap kali dia sedih, dia akan peluk baju tu. Malam2 pulak bawak baju tu masuk tidur. Mula2 dulu Maryam sampai pakai baju T tu sebab rindukan pembantu saya.

Saya tak de lah risau sangat sebab saya yakin, Insya'Allah sikit2 Maryam akan belajar hakikat perpisahan tu.

Saya cuma terfikir, seandainya saya pergi dulu dijemput kembali ke Rahmatullah, agaknya anak2 saya mesti menghadapi situasi yang lebih sukar. Dan saya tidak dapat tidak, telah merasa kepiluan yang bakal mereka rasai.

Dan saya berdoa, seandainya masa itu tiba, semoga Allah jadikan kami dari golongan hamba2Nya yang tabah.

Insya'Allah.

Pesan buat puteriku

0 comment
Suatu ketika
aku akan pergi
meneruskan perjalanan
ke negeri abadi

usah ditangisi anakku
kerana ia suatu yang pasti
kau dan aku akan ke sana
walau masa mungkin berbeza

dan bila saat itu tiba
tiada yang lebih berharga
dari doa ikhlasmu
puteriku yang solehah.

Wednesday, July 20, 2011

Hari ini bertanam jagung

2 comment
Assalamualaikum wb. dan salam 18 Syaaban 1432H.

Pagi Sabtu lepas kami sekeluarga menghantar "Kakak" ke perhentian bas. "Kakak" bersara setelah bersama keluarga kami hampir 7 tahun.

Daripada seorang gadis belasan tahun, sekarang Kakak telah menjadi isteri orang. Dalam erti kata lain, Kakak dewasa di depan mata saya.

Saya amat bersyukur sebab akhirnya penghujung kepada perhubungan kami adalah penghujung yang positif. Bukan tak pernah kami bermasam muka. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita yang duduk sebumbung.

Seingat saya, pernah sekali dia merajuk kerana gurauan saya. Hanya memerap di bilik dan panggilan anak2 pun tidak dilayan. Waktu tu 4 tahun yang lepas. Saya kesihan kat anak2 yang menangis sebab tidak dilayan. Terus saya cakap kat dia kalau dah tak nak duduk dgn keluarga saya, cakap terus terang. Saya akan hantar dia balik. Dalam merajuk tu dia menjawap tak nak berhenti. Sejak tu saya berhati2 dalam bergurau supaya tak menyinggung perasaannya. Dan dia juga belajar untuk lebih memahami sikap saya.

Selain dari tu, ada juga perkara2 remeh -temeh yang saya kurang senang mengenainya dan mungkin juga sikap saya yang dia kurang senangi. Tapi saya mengambil pendekatan positif. Mana ada manusia yang sempurna. Selagi kita bersedia untuk membuka minda dan bertolak ansur, Insya'Allah semua perkara akan dapat diselesaikan.

Kalau dia mula menjejak kaki ke rumah saya 7 tahun lalu hanya sebagai seorang pembantu, tapi bila dia melangkah keluar pada Sabtu lepas, dia pergi sebagai seorang keluarga.

Mungkin suatu hari nanti, ingatannya terhadap kami sekeluarga akan lenyap dan begitu juga sebaliknya, namun;

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Assalamualaikum....

Sunday, July 17, 2011

Bermain layang- layang

0 comment
Assalamualaikum wb.


Fatihah dan Maryam sedang asyik menaikkan layang2 spiderman mereka. Yang merah ni Fatihah punya.

Usia saya telah hampir mencecah 40 tahun, tapi seingat saya baru hari ni saya betul2 bermain layang- layang.

Anak2 telah beberapa hari merengek nak bermain layang- layang. Musim angin telah tiba dan padang di depan rumah di penuhi dengan kanak2 bermain layang2.

Petang tadi telah lengkap semua peralatan yang diperlukan, dua layang2 spiderman, setongkol benang dan sudah tentu cuaca yang berangin.

Layang2 Maryam berjaya naik terbang bersama angin petang. Bila suami perlu membantu Fatihah menaikkan layang2nya, saya terpaksa (terpaksa ke?) menghulurkan bantuan untuk menahan layang2 Maryam.

Baru saya menyedari, mengendalikan layang2 yang sedang terbang di angkasa bukanlah suatu yang mudah. Mula2 layang2 yang saya pegang tak dapat naik tinggi. Seorang adik yang sedang asyik bermain layang2 menghampiri dan bersuara,

" Kalau layang2 tu nak jatuh, hulurkan benangnya lebih panjang."

Tiba2 saya tersentak....

Kadang2, untuk mencapai kejayaan, kita perlu belajar untuk membiarkan ia lebih bebas...

Hari ini saya belajar dari seutas layang- layang...

Wednesday, July 13, 2011

My 3 little girls

0 comment
Assalamualaikum wb.

Tiga mawar di kamar hati mama..




Majlis harijadi Maryam merangkap AL-Wida Neti (pembantu).



Handphona charm khas untuk kakak. Dihiasi dengan permulaan huruf nama anak2; Fatihah, Maryam dan Asiah. Cerita lanjut kat sini.


Sambil2 selongkar stok manik, sempat lagi buat penanda buku untuk ditayangkan di Kedai Online Fatihah.
Jumpa lagi.

Good reading about Islam

0 comment
Assalamualaikum wb.

Nak tambah ilmu?. Boleh klik kat sini.

The Amazing Qur'an

0 comment
Saya perolehi link ini dari salah satu blog yang saya follow di sini. Bacalah ebook ni. Amat menarik dan bermaklumat.

Misteri terungkai

0 comment
Sesekali
biarkan jemari
bebas menari
tanpa berhenti

rehatkan minda
usah cuba menaksir
atau mentafsir
sebarang makna

dan
kau akan terpana
seuntai misteri
telah terungkai.

Monday, July 11, 2011

Al- Wida

1 comment
Assalamualaikum wb.


Salam 5 Syaaban 1432 Hijrah.

Tak sampai sepurnama, cahaya Ramadhan akan kembali menyinari jiwa kita. Semoga kita sama2 akan dianugerahkan peluang untuk yang kesekian kalinya menikmati keindahan Ramadhan, Insya'Allah.


Minggu ini juga merupakan Sabtu terakhir kami sekeluarga bersama pembantu kami, setelah 7 tahun bersama di bawah satu bumbung.

Tak dinafikan, setelah sekian lama bersama, walaupun hanya seorang pembantu, terlalu banyak pahit manis yang kami kongsi. Dan Alhamdulillah, saya amat2 bersyukur kerana saat perpisahan dia dan keluarga kami, bukanlah perpisahan yang disebabkan kejadian yang negatif.

Dia menamatkan perkhidmatannya kerana telah berkahwin hujung tahun lepas dan suaminya akan tamat kontrak kerja di sini. Saya sebagai seorang yang telah merasa pengalaman hidup berasingan dengan suami kerana keperluan tugas dan menuntut ilmu, amat memahami situasi tersebut.

Memang sebelum ini setiap kali permit kerjanya tamat, saya akan beri peluang dia untuk memperbaharui permit kerja dengan tawaran kenaikan gaji dan bonus. Tapi, seperti yang saya selalu nyatakan padanya, seandainya dia telah berkahwin, saya lebih menyokong untuk dia tinggal bersama suami dan mula membina kehidupan berkeluarga yang normal.

Semalam, kami percepatkan majlis ulang tahun ke 6 Maryam yang sepatutnya diraikan pada minggu depan supaya pembantu saya dapat bersama2 meraikan majlis tersebut. Pada masa yang sama saya dan suami sekalikan sebagai majlis doa selamat perpisahan untuknya. Dalam erti kata lain, majlis Al-Wida... :)

Rasa sedih bila tengook dia mula berkemas. Kalau selalu, dia balik bawak sebuah beg aje. Esok nak balik baru berkemas. Saya dan suami pun dah mula tengok2 mana2 buku yang sesuai sebagai kenang- kenangan dibawa balik. Dua hari lepas waktu beli baju raya, suami belikan sehelai kain untuk dia macam biasa walaupun dia tak sempat nak beraya dengan kami dah.

Walaupun saya memang bayar gaji pembantu saya tiap2 bulan, tapi rasanya masih tak terbalas jasanya selama ni yang membantu saya menguruskan anak2 dan rumah tanpa banyak berkira. Jadi, peluang di saat2 akhir untuk meraikannya enggan saya lepaskan. Selepas ni dah tak de peluang dah nak bagi2 lagi barang kat dia.

Pendek kata;

Pisang emas bawa belayar,
masak sebiji di atas peti
hutang emas dapat dibayar
hutang budi, dibalas Illahi.

Semoga sepanjang dia bersama kami, ada amal2 kebaikan yang boleh dijadikan contoh untuk dia manfaatkan sepanjang kehidupan yang akan menjadi amal jariah kami sekeluarga, Isya'Allah.


Wednesday, July 6, 2011

Catatan Perjalanan V1.0

0 comment
Hari yang berlalu
adalah pemandangan indah
di jendela kereta
di sebuah perjalanan yang panjang

sesekali melalui terowong
aku terkapa dan bingung
gelapnya tidak terkata
tanpa sebarang cahaya
mungkinkah telah tersesat
tanpa bisa sampai ke destinasi yang dicita

Namun sabarlah
aku bukan mengembara sesukaku
telah lengkap segala panduan dan arahan
sebelum memulakan perjalanan
jangan mudah gelabah dan tersasar
sehingga kembara tiada nikmatnya

yakinlah selalu
asalkan aku berpegang teguh
pada panduan dan arahan yang betul
di setiap hujung terowong
pasti ada cahaya yang bakal menanti.