Posts

Showing posts from July, 2022

Maryam Insyirah kuseru namamu

Image
 Hari ini merupakan hari terakhir untuk bulan Julai. Saya telah berjanji untuk mencoret sesuatu sempena ulangtahun kelahiran Maryam yang ke 17 pada 15 Julai yang lepas. ******************************************** Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 17 Dek. You are such a wonderful kid from the beginning.  Bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain dan cekal mengatasi cabaran kehidupan. Kekalkan sifat- sifat itu sepanjang kehidupan Adek, in sya Allah akan cemerlang dalam apa jua jalan yang Adek pilih. Usia 17 tahun memang amat indah,  namun manfaatkan ia sebaik-baiknya. kerana ia tidak akan berulang.  dan andai dimanfaatkan sebaiknya  in sya Allah akan memudahkan perjalanan di masa depan. Selangkah usia menganjak, selangkah tempoh kehidupan kita berkurang. maka, jadilah kita di kalangan orang yang  beruntung yang sentiasa menyedari tujuan kehidupan walau dalam apa keadaan. Selamat menjadi dewasa Dek. dan teruskan meniti hari mendatang  dengan penuh keyakinan. Mama dan Aba