Maryam Insyirah kuseru namamu
Hari ini merupakan hari terakhir untuk bulan Julai.
Saya telah berjanji untuk mencoret sesuatu sempena ulangtahun kelahiran Maryam yang ke 17 pada 15 Julai yang lepas.
********************************************
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 17 Dek.
You are such a wonderful kid from the beginning.
Bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain dan cekal mengatasi cabaran kehidupan.
Kekalkan sifat- sifat itu sepanjang kehidupan Adek, in sya Allah akan cemerlang dalam apa jua jalan yang Adek pilih.
Usia 17 tahun memang amat indah,
namun manfaatkan ia sebaik-baiknya.
kerana ia tidak akan berulang.
dan andai dimanfaatkan sebaiknya
in sya Allah akan memudahkan perjalanan di masa depan.
Selangkah usia menganjak,
selangkah tempoh kehidupan kita berkurang.
maka, jadilah kita di kalangan orang yang beruntung
yang sentiasa menyedari tujuan kehidupan
walau dalam apa keadaan.
Selamat menjadi dewasa Dek.
dan teruskan meniti hari mendatang
dengan penuh keyakinan.
Mama dan Abah sentiasa mendoakan kejayaan Adek.
Love and Hugz.
*********************************
Comments
Post a Comment