Tuesday, April 19, 2011

An Jing

2 comment


Assalamualaikum wb...

Dah beberapa minggu ni saya tak dapat mengikuti saluran radio kegemaran saya (IKIMfm) semasa kerja sebab bunyi angin dalam radio tu kuat sangat. Bukan saluran IKIMfm saja yang macam ni, saluran lain yang berbahasa Melayu pun sama. Jadi, apa yang saya nak buat supaya tak rasa sunyi sangat?


Sejak minggu lepas, saya dengar saluran berbahasa Mandarin.. hehe...

Sebenarnya dulu2 memang saya minat nak belajar bahasa Mandarin. Ada satu zaman tu, saya pantang tengok kamus dan buku belajar bahasa mandarin, mesti saya cekup. Kena pulak saya ni memang seorang yang boleh lah dianggap selflearner (suka belajar kemahiran sendiri2 tanpa berguru).

Tapi so far, belum lah lagi saya pandai berbahasa mandarin sebab segan nak cuba. Cuma bolehlah tangkap sikit bunyi dia.

Jadi ceritanya, selalu saya dengar perkataan An Jing. Sebutan dia "an cing". Bukan dog ya... :)

Semalam saya cuba cari dalam kamus makna dia. Hari ni saya google dalam internet.

Kat bawah ialah salah satu hasil pencarian saya:

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Google
Custom Search

An Jing – Jay Chou (Zhou Jielun) | Download Chinese Lyrics

23 Dec 2010 ... An Jing – Jay Chou (Zhou Jielun) ... Song Title: An Jing Chinese Song Title: 安静 (Quiet) Artist: Jay Chou (Zhou Jielun 周杰伦) ...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


An Jing - dalam tulisan macam ni --->>> An 安 Jing

(sebutan kita "An Cing" sebab dalam bahasa mandarin tak de bunyi J)

membawa maksud "tenang/ senyap" atau dalam bahasa Inggeris "quiet/ peace".

Kalau berminat nak tengok lirik lagu cina yang ada menyertakan cara sebut lirik dia dalam abjad rumi (betul ke sebut rumi?) boleh jenguk laman web ni www.downloadchinese.com


Mari kita sama2 belajar... :)

Salam...

Monday, April 18, 2011

Setiap Kali Melangkah

0 comment
Setiap kali melangkah
mataku sering terarah
pada kelopak yang merah
pada awan yang resah
pada sungai yang pasrah
pada rumput yang tabah
pada pohon yang rebah
pada pasir yang indah
pada ombak yang menerjah
pada laut yang gundah
pada camar yang melayah

setiap kali aku melangkah
tiada yang lebih indah
dari kasihMu yang melimpah ruah.

Latih tubi 18/4/2011

Friday, April 15, 2011

Gadis kecil dan mawar merah

0 comment
Mawar merah di taman
kelopaknya berdarah

dan gadis kecil menangis
jarinya luka.


Latih tubi 15.04.2011
1650 pm

Dinding kaca dan merpati putih

0 comment
Di sebalik dinding kaca
merpati putih mengintai

sinar mentari pagi
adalah harapan baru

dan embun dingin
entah bila akan beranjak.


Latih tubi 15/04/2011

Thursday, April 7, 2011

Sedih ke suka?

2 comment
Assalamualaikum wb.


Saya sekarang sedang sedih ke suka?

Situasinya:

Tiba2 hari ni teringin nak merayau di pasaraya kat tingkat bawah. Lama dah tak buat kerja ni... Lagipun ingat nak beli makanan sikit untuk simpan kat laci kerja. Boleh nyam nyam kalau bosan.

Lepas solat zohor, saya pun buatlah aktiviti seperti yang dirancangkan. Saya jalan2 kat bahagian pakaian kanak2... Saya jalan2 kat bahagian permainan.... Banyak yang menarik, tapi menyedari wang yang ada dalam beg duit adalah edisi terhad, saya malas nak layan.

Lepas tu saya turun pulak ke bahagian peralatan tulisan. Bahagian ni memang menarik dan saya boleh tawaf 7 kali kat tempat yang sama dalam sekali lawatan. Kat situ saya sempat ambil dua batang pensel yang boleh saya guna untuk melukis.

Sebatang tu 8B yang memang dah tinggal sebatang. Saya beli sebab memang belum ada lagi yang 8B. Sebatang lagi 2B yang menarik bentuk penselnya. Saya memang dah ada 2B tapi saja jer sebab nampak cantik.

Lepas tu saya pegi lak kat bahagian makanan. Pusing2, saya capai sebungkus Neslo 3 dalam 1. Tengok pulak coklat, saya capai sebungkus besar Cloud 9. Rasa2nya cukup kot duit saya.

Saya intai dalam beg duit, ada dua keping not merah RM10 dan beberapa not biru RM1. Baik tengok awal, kang malu jer kalau kat kaunter nanti duit tak cukup nak bayar. Kira punya kira, barang2 tu dalam RM 20.

Hmm... Pensel dua batang RM2.30, Neslo RM11.++ dan coklat Cloud 9 RM5.5... Jadi jumlah semua kira dalam jangkauan saya lah... Mari kita bayar....

Tet.. tet.. tet... Jurujual tu tekan kaunter tunai dia... Lepas diskaun pensel dua batang tu 10%, kira punya kira.... Adik tu kata:

"Kak, semua RM20.10"

Fuhhh.. Lega... Saya pun keluarkan not merah dua keping tu dan letakkan atas kaunter... Lepas tu saya intai lak kat tempat syiling. Syiling 10 sen pun ada. Saya pun kira suka hati lah.

Tapi yang peliknya, bila saya angkat muka nak bagi duit syiling kat adik tu, muka dia macam serba salah... Sambil tu dia unjukkan sekeping not merah yang seya keluarkan tadi. Apa masalah pulak?

"Kak tak de duit lain ke?"

Seperti yang diketahui memang saya ambik barang untuk ngam2 duit saya tu. Rupa2nya, not RM10 saya tu ada koyak sikit tapi saya tak perasan. Lagipun dah diselotep. Saya pun tak tau yang not macam tu tak diterima untuk belian.

Saya pun saja tunjukkan beg duit saya kat budak2 kaunter tu. Saja jer nak buat adik tu rasa serba salah.. Lepas tu saya jenguk kat dalam beg plastik barang saya yang masih kat atas kaunter tu.

"Mana satu aku nak keluarkan ni?"

Saja saya cakap kuat walaupun kononnya bercakap sendiri. Dalam hati memang bengkek jugak sebab rasanya not RM10 tu masih elok lagi. Tapi malas nak cerita panjang. Lagipun tu bukan kedai saya.... Dalam masa yang singkat tu saya buat keputusan.

"Tak pelah, tak jadi beli lah"

Adik dua orang tu tengok satu sama lain, tanya saya:

"Jadi, barang2 ni semua kensel lah?

"Yalah, tak de duit, macamana nak beli?"

Saya terus keluar.


Jadi sekarang ni, saya sedih ke suka?

V
V
V
V
V
V
V
V

Hehe... Saya SUKA....

Kenapa saya suka?

Sebab semua barang tu memang bukan keperluan. Pensel saya dah berbatang2 kat rumah, yang saya beli semenjak dua menjak saya kononnya nak belajar melukis. Neslo 3 dalam 1 dan cloud 9 tu pulak memang saya berbelah bagi nak beli sebab manis. Akhir2 ni pun saya dah banyak makan benda2 yang manis. Jadi, bila benda jadi macam tu, kira saya telah diselamatkan dari nafsu "tamak" saya... :)

Pengajarannya..... Jangan tunggu sampai duit anda ditolak oleh budak kaunter baru nak sedar dengan tabiat berbelanja anda yang tidak sihat itu... Hehe....

Salam.

Gurindam bersyukur

0 comment
Sekali melangkah
usah mengalah

andai tersungkur
bangkit mengatur

andai dihujah
jawab merendah

andai ditegur
usah mengguntur

hidup bersyukur
sentiasa akur

saat sukar
haruslah tegar

hujung hari
menginsaf diri

hidup selamat
sentiasa berkat.

7/4/2011

Wednesday, April 6, 2011

Nota buat Acik

0 comment
Lewat senja semalam
kau ucapkan salam
lama nian kau menghilang
mengharung ombak kehidupan
meredah hutan pengalaman
merentas sungai kebahagiaan

walau sentiasa menyepi
tidak pernah berkirim khabar
ruang di sudut kamar ini
masih setia menanti
saat kau kembali
bercerita dan bersenda
warna warni pelangi
ranjau duri belukar
yang kau tempohi
semasa berkelana

namun hari ini
aku pasrah menggenggam takdir
kita takkan bersua di sini
kerna kau telah pergi mengadap Illahi

Pemergian mu sahabat takkan kuratapi
perjalanan mu baru bermula
dan giliran kami di sini akan tiba
suatu hari nanti.

PASTI.

Tuesday, April 5, 2011

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun

2 comment
Saya baru mendapat berita sedih sebentar tadi. Kawan sekelas saya sewaktu belajar di tingkatan 4 dan 5 (1988/1989) telah kembali ke Rahmatullahi kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Bagi saya Arwah memang orang yang baik, sebab tu Allah lebih sayangkan dia dan jemput dia lebih awal dari saya.

Semoga Arwah ditempatkan di kalangan kekasih Allah. InsyaAllah.

Al-Fatihah.




Acik

Masih terbayang senyum manis
dan gurau sendamu
saat kita sama2 menimba ilmu
di bumi wakafan


Acik

Tenanglah Acik di sisiNya
kerana Allah lebih menyayangimu
dan kita akan bersua semula
bila tiba masanya.

Al-Fatihah.

Selamat Malam

0 comment
Selamat malam wahai bulan
usah kau tunggu rayuan si pungguk
kerna di zaman ini
setia bukan segalanya
jelita juga bukan jaminannya
untuk memiliki anugerah cinta

Selamat malam wahai bulan
usah kau meratap hiba
kerna aku si pungguk
harus berpijak di bumi nyata.

Latih tubi 5/1/2011
12.30 am.

Monday, April 4, 2011

Di garisan itu

0 comment
Di garisan itu
cinta dan cita bersatu
semangat dan harap berpadu

bayang gelap dan kelabu
bukannya kebejatan
yang bertopengkan insan

di sebalik ruang suram
ada kelopak yang merah
ada indah terserlah.

Latih tubi 4/4/2011

Sunday, April 3, 2011

Biarkan mata berbicara

0 comment
Biarkan mata bersuara
kerna ia lebih bermakna
dari guruh dan gema
di segala ruang

Biarkan mata berbicara
kerna ia bisa berbahasa
dengan lebih berbisa
dari racun di mulut sawa

Biarkan mata berkata
kerna ia adalah seribu senjata
lebih bermakna
lebih bersuara
lebih berbicara

merentas telinga
menyapa jiwa.

Latih tubi 3/4/2011