Sedih ke suka?

Assalamualaikum wb.


Saya sekarang sedang sedih ke suka?

Situasinya:

Tiba2 hari ni teringin nak merayau di pasaraya kat tingkat bawah. Lama dah tak buat kerja ni... Lagipun ingat nak beli makanan sikit untuk simpan kat laci kerja. Boleh nyam nyam kalau bosan.

Lepas solat zohor, saya pun buatlah aktiviti seperti yang dirancangkan. Saya jalan2 kat bahagian pakaian kanak2... Saya jalan2 kat bahagian permainan.... Banyak yang menarik, tapi menyedari wang yang ada dalam beg duit adalah edisi terhad, saya malas nak layan.

Lepas tu saya turun pulak ke bahagian peralatan tulisan. Bahagian ni memang menarik dan saya boleh tawaf 7 kali kat tempat yang sama dalam sekali lawatan. Kat situ saya sempat ambil dua batang pensel yang boleh saya guna untuk melukis.

Sebatang tu 8B yang memang dah tinggal sebatang. Saya beli sebab memang belum ada lagi yang 8B. Sebatang lagi 2B yang menarik bentuk penselnya. Saya memang dah ada 2B tapi saja jer sebab nampak cantik.

Lepas tu saya pegi lak kat bahagian makanan. Pusing2, saya capai sebungkus Neslo 3 dalam 1. Tengok pulak coklat, saya capai sebungkus besar Cloud 9. Rasa2nya cukup kot duit saya.

Saya intai dalam beg duit, ada dua keping not merah RM10 dan beberapa not biru RM1. Baik tengok awal, kang malu jer kalau kat kaunter nanti duit tak cukup nak bayar. Kira punya kira, barang2 tu dalam RM 20.

Hmm... Pensel dua batang RM2.30, Neslo RM11.++ dan coklat Cloud 9 RM5.5... Jadi jumlah semua kira dalam jangkauan saya lah... Mari kita bayar....

Tet.. tet.. tet... Jurujual tu tekan kaunter tunai dia... Lepas diskaun pensel dua batang tu 10%, kira punya kira.... Adik tu kata:

"Kak, semua RM20.10"

Fuhhh.. Lega... Saya pun keluarkan not merah dua keping tu dan letakkan atas kaunter... Lepas tu saya intai lak kat tempat syiling. Syiling 10 sen pun ada. Saya pun kira suka hati lah.

Tapi yang peliknya, bila saya angkat muka nak bagi duit syiling kat adik tu, muka dia macam serba salah... Sambil tu dia unjukkan sekeping not merah yang seya keluarkan tadi. Apa masalah pulak?

"Kak tak de duit lain ke?"

Seperti yang diketahui memang saya ambik barang untuk ngam2 duit saya tu. Rupa2nya, not RM10 saya tu ada koyak sikit tapi saya tak perasan. Lagipun dah diselotep. Saya pun tak tau yang not macam tu tak diterima untuk belian.

Saya pun saja tunjukkan beg duit saya kat budak2 kaunter tu. Saja jer nak buat adik tu rasa serba salah.. Lepas tu saya jenguk kat dalam beg plastik barang saya yang masih kat atas kaunter tu.

"Mana satu aku nak keluarkan ni?"

Saja saya cakap kuat walaupun kononnya bercakap sendiri. Dalam hati memang bengkek jugak sebab rasanya not RM10 tu masih elok lagi. Tapi malas nak cerita panjang. Lagipun tu bukan kedai saya.... Dalam masa yang singkat tu saya buat keputusan.

"Tak pelah, tak jadi beli lah"

Adik dua orang tu tengok satu sama lain, tanya saya:

"Jadi, barang2 ni semua kensel lah?

"Yalah, tak de duit, macamana nak beli?"

Saya terus keluar.


Jadi sekarang ni, saya sedih ke suka?

V
V
V
V
V
V
V
V

Hehe... Saya SUKA....

Kenapa saya suka?

Sebab semua barang tu memang bukan keperluan. Pensel saya dah berbatang2 kat rumah, yang saya beli semenjak dua menjak saya kononnya nak belajar melukis. Neslo 3 dalam 1 dan cloud 9 tu pulak memang saya berbelah bagi nak beli sebab manis. Akhir2 ni pun saya dah banyak makan benda2 yang manis. Jadi, bila benda jadi macam tu, kira saya telah diselamatkan dari nafsu "tamak" saya... :)

Pengajarannya..... Jangan tunggu sampai duit anda ditolak oleh budak kaunter baru nak sedar dengan tabiat berbelanja anda yang tidak sihat itu... Hehe....

Salam.

Comments

  1. Salam Ummu, he he Mak isah pun suka! Suka the way you just LEAVE...because kalau Mak isah, I would do the same thing also.

    Betul tu..kekadang kita ni 'rambang' mata, nak beli ini dan itu, bukan keperluan.

    ReplyDelete
  2. Salam Mak Isah...

    itulah dia.. Bila saya cek koleksi pensel saya, even pensel 8B tu pun saya dah ada.. Kiranya takde yang rugipun kalau saya tak beli barang2 tu at the first place...

    Tapi yang tak perlu tu le jugak yang nak diidamkan... Tu yang better half selalu jeling2 tu.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

tahniah anak