Posts

Showing posts from June, 2021

tanyalah pakar

Saya suka bila bersua pakar dalam sesuatu bidang. tak kisahlah apa jua bidang.  pakar buat kek,  pakar baiki telefon bimbit, pakar baiki jam, pakar mengait, apatah lagi pakar di bidang professional. untuk menjadi seorang pakar, perlu fokus, dan arif serta yakin dengan kelebihan diri. lantas, kelebihan itu  boleh sahaja dijadikan sumber pendapatan utama  atau sekadar hobi di kala santai. di saat kita gelisah atau berduka,  keasyikan dengan aktiviti seperti ini  berupaya mengheret ke dunia kita sendiri sehingga beban emosi yang ditanggung lenyap begitu sahaja. mari kenali diri  dan bina kekuatan emosi. 

hidup itu perjuangan

menongkah realiti harus berjiwa kental dan tabah ia tidak seindah fantasi namun itu hakikat dan indahnya kehidupan kerana kita harus  sentiasa berjuang. - ummufatihah2021- 7.07 pm, 15 jun 2021 taman sepawie, petra jaya

zarah nikmat

Jangan lupa petik bunga itu saat berkembang dan gubahlah  menjadi jambangan hati sekali- sekala ada manis  sekali- sekala juga ada pahit menjenguk ikatan mesra lantas jangan kecewa hanya kerana pernah terluka tanpa pahit  mana bisa mengenal manis tanpa sakit nikmat sihat tidak berharga sebesar zarah  setiap nikmat harus dikira.  -ummufatihah2021- 5.16 pm 12.06.2021 taman seri sena, petra jaya. *another sunday is coming* 21.02.2021 Surah Al-Fatihah untuk Mak

carilah ketenangan itu

ketenangan itu perlu dicari, jangan mengharap ia datang berlari pada setiap malam gelita akan muncul sinar mentari asal sabar menunggu pagi dan dingin embun pasti menanti.  -ummufatihah2021- taman sepawie, petra jaya kuching. 8.11 pm 11.06.2021

Nota Kehidupan

Nota 1 Keupayaan “mendengar”. satu kemahiran yang penting dalam komunikasi namun,  berapa ramai yang hanya setakat “mendengar” tanpa memberi penekanan kepada kesediaan untuk memahami situasi emosi yang sedang dialami oleh si penutur. ************************************************** Nota 2 Ada sekurang- kurangnya dua sebab tidak menulis; 1. tiada idea 2. terlalu banyak cerita ************************************************* Nota 3 Perspektif Kepelbagaian pendapat bergantung kepada dari perspektif mana kita melihat sesuatu isu. Perbezaan pendapat tidak bermakna salah atau betul. mungkin boleh dianggap semakin banyak persepektif dalam satu- satu isu menunjukkan lebih banyak pilihan dalam perbincangan. ************************************************** Nota 4 Terbuka untuk berubah… Ke arah kebaikan. ************************************************** Nota 5 Perhubungan yang sihat… bersedia menyokong pasangan semasa dia “rebah” tanpa syarat. ***********************************************

Dua Jalan

di antara solat witr  dan surah anNahl ada khauf dan raja’ menyuluh dua jalan mengarah dua pilihan walau ke mana tujuan yang pasti  tetap ada jalan pulang ummufatihah2021 1153 malam, 8 Jun 2021 taman sepawie, kuching.