tanyalah pakar

Saya suka bila bersua pakar dalam sesuatu bidang.

tak kisahlah apa jua bidang. 

pakar buat kek, 

pakar baiki telefon bimbit,

pakar baiki jam,

pakar mengait,

apatah lagi pakar di bidang professional.

untuk menjadi seorang pakar, perlu fokus,

dan arif serta yakin dengan kelebihan diri.

lantas, kelebihan itu 

boleh sahaja dijadikan sumber pendapatan utama 

atau sekadar hobi di kala santai.

di saat kita gelisah atau berduka, 

keasyikan dengan aktiviti seperti ini 

berupaya mengheret ke dunia kita sendiri

sehingga beban emosi yang ditanggung

lenyap begitu sahaja.

mari kenali diri

 dan bina kekuatan emosi. 


Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida