Saturday, April 25, 2015

Aku dan dia

0 comment
Aku adalah dia
Seorang tua di kaki tangga
Menatap ke langit senja

Ada sekilas garis cahaya
Yang masih samar
Di hujung permatang

Benih harapan 
Yang baru semalam berputik/ disemai
Adakah akan sempat dituai

Saat harum kemboja
Kian semerbak
Mekar berkembangan.

25 April 2015
-saat menerima khabar sebuah perjalanan

Friday, April 10, 2015

Redha

0 comment
Semasa di lapangan antarabangsa Jeddah, dpt uzur syar'ie. Redha dengan ujian kesedihan seperti gembira menerima anugerah rahmatNya, in sya Allah. 


Pemandangan dari jendela pesawat semasa pendaratan. 


Pemandangan lapangan terbang semasa sedang menuju ke kawasan bas menunggu setelah beberapa jam menyelesaikan urusan kelewatan beg beberapa orang jemaah lain. 


Pemandangan dari jendela hotel. 


Juga pemandangan dari jendela hotel. 

Pagi ini jemaah- jemaah umrah mengikuti ziarah dalam melawat kawasan dalam masjid nabawi termasuk maqam nabi.  Saya pulak merayau- rayau di sekitar luar hotel sambil menjenguk harga pasaran. 



Hasil tangkapan... 

Saya berbelanja dengan matawang malaysia sebab belum sempat membuat tukaran. Peniaga di sini tak keberatan sebab matawang kita lebih tinggi.







Perjalanan Rohani

0 comment
Bismillahir Rahmannir Rahim

Bermulalah satu perjalanan rohani. 


Mentari Dua Dunia

0 comment
Mak mertua menikmati cerita Ali Baba dan 40 Penyamun. Ali Baba sedang memanjat pokok sebab nak tengok rombongan penyamun sedang menuju ke pusat persembunyian. 


Jam dah menunjukkan 1104 malam waktu malaysia tapi pemandangan di luar ...

masih terang- benderang dengan cahaya matahari bersinar terik. Subhanallah.