Posts

Showing posts from July, 2012

Perjalanan lautan

6 Ramadhan 1433H. Assalamualaikum wb... Di gigi air antara pasir dan ombak ada penghalang  untuk aku terus berjalan seandainya enggan berubah dan terus melangkah pasti akan lemas tanpa berjaya menatap biru lautan sebaliknya kalau benar ingin menyeberang atau belayar di laut dalam binalah bahtera yang kukuh  untuk menjelajah lautan kerana penghujung daratan bukanlah penamat kehidupan tapi permulaan perjalanan lautan yang amat panjang. Nota:  Rentetan pembacaan buku tulisan Prof Dr Hamka, Pandangan Hidup Muslim, Pustaka Dini Sdn Bhd (2004) ms 125 "Titik penghabisan daripada ilmu ialah permulaan dari falsafah, dan akhir kesudahan daripada falsafah, hanya dapat diselesaikan dengan agama"

Tadarrus- Ihya Ramadhan

5 Ramadhan 1433H. Assalamualaikum wb.... Zaman budak- budak dulu, kalau bulan Ramadhan, saya dan abang selalu menyertai kumpulan tadarrus di surau. Seronok, sebab boleh baca guna mikrofon. Kita akan duduk ramai- ramai dalam bulatan, bergilir baca ayat al- Qur'an. Bila dah nak selesai giliran, ketua akan bagi isyarat berhenti dengan menyambung bacaan yang sedang kita baca.  Sekarang, bila dah besar terutama bila dah berkeluarga, tak ada peluang dah. Solat Terawih pun berjemaah dengan keluarga sahaja di rumah. Tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk tidak m enyertai pesta Ramadhan.  Seperti tahun- tahun yang lepas, saya berazam nak khatam Al-Quran dalam masa sebulan tu. Ini bermakna saya sekurang- kurangnya kena tamatkan satu juzuk setiap hari. Bukanlah mustahil tetapi bukan juga perkara yang mudah. Waktu mula- mula memang bersemangat tetapi selalunya bila dah ketinggalan sebab uzur, mulalah hilang semangat. Dan setakat ni, memang tak pernah lagi saya berjaya khat

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wb... Hari ini 4 Ramadhan 1433 Hijriyyah. Secara umumnya saya amat teruja untuk menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan kali ini. Terutama bila mendengar dan membaca pelbagai kelebihan puasa pada status2 FB rakan. Saya dan suami juga berazam nak buat solat terawih penuh sepanjang Ramadhan. Kalau tak larat, sekurang2nya nak buat 8 rakaat dan witir. Namun hakikatnya, perlaksanaan tak semudah yang dirancangkan. Hari pertama dan kedua Ramadhan adalah hari cuti hujung minggu. Fatihah dan Maryam nampak terganggu walaupun ini bukan kali pertama mereka berpuasa. Tahun lepas tahun pertama Maryam menamatkan puasa penuh sebulan dan Fatihah dah mula puasa penuh sebulan sejak Tahun 1. Hujung minggu, tidak bersekolah dan sepanjang dua hari tak ada aktiviti sebab suami ada kelas. Maryam dan Fatihah merungut lapar. Saya pujuk Maryam untuk tidur bila dia mula rasa lapar. Fatihah pula cari alasan nak ke rumah sepupunya. Bila dilarang, dia boleh menangis pula macam b