Monday, March 30, 2015

Asiah the Birthday Girl

0 comment
Cerita 27hb Mac 2015.

Hari jadi Asiah yang ke 6. Saya berjaya menyiapkan 25 kantung kecil manakala satu kantung besar memang stok sedia ada.



Birthday girl and the gifts for her classmates.


For the teacher

Boleh klik di sini untuk gambar- gambar kantung kecil pelbagai warna.

Cake of her favourite team. England. And keeper jersey as her wish. 

Semoga membesar sebagai wanita solehah. 

Friday, March 13, 2015

Harta karun

0 comment

Cerita semalam yang lalu.

Anak saudara sepupu bertunang dan saya diamanahkan untuk menyediakan isi dulang hantaran.

Selepas memerah idea, akhirnya saya ambil tema ringkas, harta karun yang melimpah. Asasnya crochet, cinta hati saya.


Coklat berbentuk hati ditangkup dua menjadikan ia lebih bertekstur. 



 Dekorasi asal hati yang tak ditangkup.


Hasilnya, tadaa...





Tidak kurang menyerlah berbanding dulang lain (kes perasan). 

Jumpa lagi..


Wednesday, March 11, 2015

Pilihan

0 comment
Pilihan yang diambil walaupun bertentangan dengan kemahuan diri pastinya menuntut komitmen yang tinggi.

Hari ini saya memilih untuk menyahaktifkan akaun Facebook saya. Buat sementara waktu atau untuk selamanya? Biar masa menentukan.


Ini merupakan projek saya sempena harijadi Asiah pada 27 Mac ni. Andai menjadi realiti saya nak siapkan kantung kecil berisi coklat untuk rakan sekelas Asiah. 

Setakat ini saya dah buat beberapa kantung pelbagai warna. 

Catatan perjalanan saya menghasilkan kantung kecil ada di sini.

Jumpa lagi di entri seterusnya in sya Allah. 

Tuesday, March 10, 2015

Pau kukus

0 comment

Di kejiranan saya ada seorang anak muda yang menjual pau kukus. Selalunya pada masa saya balik dari kerja, paunya selalunya dah nak habis dijual terutama pau mentega yang saya suka. 

Hampir setiap kali saya singgah, penjual pau akan bagi satu pau lebih dari yang saya beli.

Dari segi penampilan, anak muda tersebut nampak seperti anak muda yang biasa sahaja. Berbaju T, seluar jeans dan ber"cap".

Namun, ternyata dia berjaya mengamalkan akhlak islami dalam perniagaannya. 

Tahniah, anak muda. In sya Allah, Islam berbangga dengan imej yang anda tampilkan. 


Tuesday, March 3, 2015

Demi Masa

0 comment
~Demi Masa,
sesungguhnya manusia itu
sentiasa di dalam kerugian,
kecuali mereka 
yang beriman dan beramal soleh
dan sentiasa berpesan- pesan 
dengan kebenaran
dan kesabaran.~