Pau kukus


Di kejiranan saya ada seorang anak muda yang menjual pau kukus. Selalunya pada masa saya balik dari kerja, paunya selalunya dah nak habis dijual terutama pau mentega yang saya suka. 

Hampir setiap kali saya singgah, penjual pau akan bagi satu pau lebih dari yang saya beli.

Dari segi penampilan, anak muda tersebut nampak seperti anak muda yang biasa sahaja. Berbaju T, seluar jeans dan ber"cap".

Namun, ternyata dia berjaya mengamalkan akhlak islami dalam perniagaannya. 

Tahniah, anak muda. In sya Allah, Islam berbangga dengan imej yang anda tampilkan. 


Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida