Tuesday, July 23, 2013

Putera- Puteri Lembah Serapi

0 comment
(Ditulis untuk memenuhi hajat rakan alumni yang perlukan sajak untuk majlis berbuka puasa terakhir di  sekolah yang akan berpindah tapak baru tidak lama lagi. Akan diserahkan malam ini dan terpulang untuk diolah semula kerana pada mulanya memang tak sanggup nak buat tapi beliau masih nak jugak saya buat setakat yang mampu)

Putera- Puteri Lembah Serapi

Di daerah ini
bertaburan mutiara kenangan
di kaki gunung
di tepi padang
di pinggir hutan

suatu waktu
pernah hati ini diusik resah
daerah ini terlalu asing
di jiwa yang baru menjejak
dunia remaja

terlalu sunyi daerah ini
terlalu asing tanah ini
terlalu sepi jiwa ini
menghitung hari untuk kembali
ke dakapan mesra
ayah dan bonda

saat hari menganjak tahun
tabah melangkah
jiwa remaja mula melakar cita
membina sepi menjadi menara mimpi
menyusun sunyi menjadi kota inspirasi

di sebalik kenakalan
yang mencabar kesabaran
kita bina semangat
kita lakar janji
teguran dan nasihat
ayah dan bonda guru
tak akan tersia

lunak suara imam
bergema di surau papan
di sebelah koperasi
adalah manifestasi
cambahan iman dan takwa
di tapak semaian
anak remaja

dan di sunyi malam
khusyuk menelaah ilmu
di celah kantuk dan usik gurau
mata mengerling
di lubuk hati
ada taman yang berkembang wangi



hari ini
daerah ini tidak lagi sunyi
daerah ini tidak lagi sepi
gemerlap permata menyinar
ke sekitar bandar dan kota
ke menara mahkamah
ke bangunan sekolah
ke segenap daerah
ke merata arah

ayah dan bonda guru
tak pernah kalian letih
tak pernah kalian jerih
menjentik kasih
anak- anakmu yang beribu
tanpa jemu
mengikhlaskan ilmu

ayah dan bonda guru
senyumlah dengan bangga
usaha kalian tak pernah dipersia


kerana
walau di sudut mana kami berada
di sudut hati kami
daerah ini akan tetap teguh setia


kini kami kembali
sebagai insan dewasa

SHOAW 
akan sentiasa di hati kami
Putera- Puteri Lembah Serapi

(14 Ramadhan 1434H- 23 Julai 2013)

Monday, July 22, 2013

Anak- anak Lembah Serapi

0 comment
(Draf sajak untuk majlis berbuka puasa alumni demi memenuhi hajat rakan- masih ada beberapa hari lagi untuk diperbaiki sebelum diserahkan setakat yang mampu)


Anak- anak Lembah Serapi

Di daerah ini
bertaburan mutiara kenangan
di kaki gunung
di tepi padang
di pinggir hutan

suatu waktu
pernah hati ini diusik resah
daerah ini terlalu asing
di mata yang baru menjejak
dunia remaja

terlalu sunyi daerah ini
terlalu asing tanah ini
terlalu sepi jiwa ini
menghitung hari untuk kembali
ke dakapan mesra
ayah dan bonda

saat hari menganjak tahun
tabah melangkah
jiwa remaja mula melakar cita
membina sepi menjadi menara mimpi
menyusun sunyi menjadi kota inspirasi

di sebalik kenakalan
yang mencabar kesabaran
kita bina semangat
kita lakar janji
teguran dan nasihat
ayah dan bonda guru
tak akan tersia

hari ini
daerah ini tidak lagi sunyi
daerah ini tidak lagi sepi

gemerlap permata menyinar
ke sekitar bandar dan kota
ke menara mahkamah
ke bangunan sekolah
ke segenap daerah
ke merata arah

ayah dan bonda guru
tak pernah kami alpa
tak pernah kalian letih
tak pernah kalian jerih
menjentik kasih
mendidik????

senyumlah dengan bangga
usaha kalian tak pernah tersia
kami kembali sebagai insan dewasa

di mana di sudut dunia kami berada
daerah ini akan tetap berdiri
teguh di sudut hati kami....

anak- anak lembah serapi

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan Kareem

0 comment

8 Ramadhan 1434 H.

Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu dari Rukun Islam yang lima; Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Solat 5 Waktu, Berpuasa, Menunaikan Zakat dan Menunaikan Haji bagi mereka yang mampu.

Empat rukun yang lain semuanya adalah perlaksanaan; mengucap, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji. Hanya ibadah puasa yang dilaksanakan dengan  tidak melakukan perkara-perkara tertentu.

Berpuasa adalah menahan diri dari melakukan perkara- perkara tertentu yang halal dilakukan semasa bulan yang lain seperti makan, minum dan "bersama- sama" dengan pasangan suami/ isteri. Juga menahan diri dari melakukan perkara yang sia- sia.


PUASA ITU MENAHAN DIRI....

oleh itu,

DIDIKLAH DIRI UNTUK BERSABAR DI BULAN YANG MULIA INI....