Putera- Puteri Lembah Serapi
(Ditulis untuk memenuhi hajat rakan alumni yang perlukan sajak untuk majlis berbuka puasa terakhir di sekolah yang akan berpindah tapak baru tidak lama lagi. Akan diserahkan malam ini dan terpulang untuk diolah semula kerana pada mulanya memang tak sanggup nak buat tapi beliau masih nak jugak saya buat setakat yang mampu)
Putera- Puteri Lembah Serapi
Di
daerah ini
bertaburan
mutiara kenangan
di
kaki gunung
di
tepi padang
di
pinggir hutan
suatu
waktu
pernah
hati ini diusik resah
daerah
ini terlalu asing
di
jiwa yang baru menjejak
dunia
remaja
terlalu
sunyi daerah ini
terlalu
asing tanah ini
terlalu
sepi jiwa ini
menghitung
hari untuk kembali
ke
dakapan mesra
ayah
dan bonda
saat
hari menganjak tahun
tabah
melangkah
jiwa
remaja mula melakar cita
membina
sepi menjadi menara mimpi
menyusun
sunyi menjadi kota inspirasi
di
sebalik kenakalan
yang
mencabar kesabaran
kita
bina semangat
kita
lakar janji
teguran
dan nasihat
ayah
dan bonda guru
tak
akan tersia
lunak
suara imam
bergema
di surau papan
di
sebelah koperasi
adalah
manifestasi
cambahan
iman dan takwa
di
tapak semaian
anak
remaja
dan
di sunyi malam
khusyuk
menelaah ilmu
di
celah kantuk dan usik gurau
mata
mengerling
di
lubuk hati
ada
taman yang berkembang wangi
hari
ini
daerah
ini tidak lagi sunyi
daerah
ini tidak lagi sepi
gemerlap
permata menyinar
ke
sekitar bandar dan kota
ke
menara mahkamah
ke
bangunan sekolah
ke
segenap daerah
ke
merata arah
ayah
dan bonda guru
tak
pernah kalian letih
tak
pernah kalian jerih
menjentik
kasih
anak-
anakmu yang beribu
tanpa
jemu
mengikhlaskan
ilmu
ayah
dan bonda guru
senyumlah
dengan bangga
usaha
kalian tak pernah dipersia
kerana
walau
di sudut mana kami berada
di sudut hati kami
daerah
ini akan tetap teguh setia
kini kami kembali
sebagai insan dewasa
SHOAW
akan sentiasa di hati kami
Putera- Puteri Lembah Serapi
(14 Ramadhan 1434H- 23 Julai 2013)
Comments
Post a Comment