Ramadhan Kareem
8 Ramadhan 1434 H.
Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu dari Rukun Islam yang lima; Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Solat 5 Waktu, Berpuasa, Menunaikan Zakat dan Menunaikan Haji bagi mereka yang mampu.
Empat rukun yang lain semuanya adalah perlaksanaan; mengucap, mengerjakan solat, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji. Hanya ibadah puasa yang dilaksanakan dengan tidak melakukan perkara-perkara tertentu.
Berpuasa adalah menahan diri dari melakukan perkara- perkara tertentu yang halal dilakukan semasa bulan yang lain seperti makan, minum dan "bersama- sama" dengan pasangan suami/ isteri. Juga menahan diri dari melakukan perkara yang sia- sia.
PUASA ITU MENAHAN DIRI....
oleh itu,
DIDIKLAH DIRI UNTUK BERSABAR DI BULAN YANG MULIA INI....
Comments
Post a Comment