Posts

Showing posts from May, 2010

Anniversary ke 10

Yess... Esok dan lusa adalah cuti umum di Sarawak. Saya merancang untuk buat praktikal buat kek lapis yang dah saya belajar hari tu.. Kebetulan pulak esok Anniversary kami yang ke 10. Ada la jugak sebab untuk saya berbelanja lebih sikit beli bahan2 kuih. Jenuh jugak la cari bekalan gula di saat kritikal macam ni.. Alhamdulillah dapat sekilo kat kedai bawah pejabat. Kalau tak bermanja dgn aktiviti buat kek ni memang tak tahupun gula ada ke tidak kat pasaran. Konon2nya cita2 saya yang tinggi nak buat kek lapis cadbury macam yang selalu saya tempah dari biras saya setiap kali raya... Hmm.. adakah ia impian yang bakal menjadi kenyataan atau hanya setakat debu2 yang akan terbang ditiup angin petang?.. ?????

Lifeline for Gaza

Maklumat terkini: Korban dijangka meningkat kepada 14 orang. 2 orang wartawan Malaysia yang berada di kapal yang terlibat masih belum dapat dihubungi. Kali terakhir melaporkan perkembangan pada pukul 7 malam semalam. Sumber : Ikim.fm

Lifeline for Gaza

Sebentar tadi saya terdengar perkembangan mutakhir mengenai Lifeline for Gaza di Ikim.FM dan cuba google berita lanjut. ================================================= GAZA AID FLOTILLA ATTACKED, 10 KILLED Israeli forces have attacked the international aid convoy Freedom Flotilla en route to the besieged Gaza Strip, killing at least 10 people and leaving more than 50 injured. The attack came on Monday morning, 31st May, after one of the six ships in the convoy was hit by Israeli navy forces before being stormed by commandos descending from helicopters. The interception reportedly took place in international waters, more than 150km (90 miles) off the coast of Gaza. Quoted from here: Viva Palestina- Breaking the Siege of Gaza =========================================== Semoga urusan mereka dipermudahkan Allah, Amin..

Seekor burung kecil

Seekor burung kecil terbang masuk ke dalam sebuah kedai makan. Mungkinkah dia menganggap rezekinya ada di situ? Sama seperti pengunjung2 lain yang sedang menikmati sarapan mereka di situ. Tiba2 dia melayang jatuh ke lantai. Ahh.. burung kecil.. Di sini kau tidak menemui rezekimu. Mungkin sudah tersurat ajalmu tiba semasa mereka sedang menikmati hidangan. Dan kipas siling masih ligat berpusing.

Anak dan ibu

Sebaik sahaja saya mengambil tempat di depan komputer, Asiah mula turun dari katil. Sebelum sempat saya menaip, dia mula merengek nak duduk sekali. Saya serba salah. Tak diikuti, dia akan menangis. Kalau saya ambik dia duduk sekali, sahlah saya tak dapat buat apa-apa. Nanti baru nak menaip, kursor dah lari ke mana. Saya tak tahu nak buat apa, cuma terdiam. Suami yang memerhati gelagat kami bersuara, " Awak kena tunggu anak dah besar nanti baru boleh menulis..." Ya ka?...

Misteri kehidupan

Misteri kehidupan bagai mengintai dari dinding masa keluar menyergah saat kita berasa hidup ini paling sempurna lantas pentas hidup terus berubah dan kita tersedar skrip itu tidak lagi serupa.

KekLapis

Image
Belajar buat kek lapis dari sepupu... Lama dah rancang tapi sebab masing2 sibuk, baru hari ni kawan tu dapat datang... Tu pun sebenarnya saya dah ada plan nak beli periuk kukus, tapi sebab cikgu dah nak datang, rugi lah kalau tak belajar. Inilah hasil dia.. Yang ni pun saya mintak tolong P.A saya teruskan sebab dah lewat nak keluar.. Syifuk pun kena balik masak... Ni kecederaan semasa nak keluarkan dari oven .... Apa2 pun, kira boleh lah layan .. :) Terima kasih Syifuk..

Syukur seluas syurga

Dalam perjalanan menuju takdir kubuka kitab lusuh lembaran demi lembaran terpancar sinar harapan memikul beban semangat yang kian luntur di lorong yang berliku ini wajah dosa kian menjauh mengalir sungai yang dingin airnya biar hati yang hampir lupa mendakap rasa insaf dan syukur seluas syurga

Defiant (2nd Replay)

Treasures: 29 peacock 50 xp/ Swan 50 xp flute 5 xp/ flute 5 xp queen 15 xp/ Queen 15 xp shakers 5 xp/ Drumstick 5 xp princess 15 xp/ Shakers 5 xp drum 5 xp/ Queen 15 xp flute 5 xp/ Drum 5 xp shakers 5 xp/ King 15 xp (60 xp more) queen 15 xp/ queen 15 xp swan 50xp/ queen 15 xp flute 5 xp/ Drumstick 5 xp drumstick 5 xp/ peacock 50 xp queen 15 xp/ Shakers 5 xp queen 15 xp/ Drumstick 5 xp shakers 5 xp/ swan 50 xp drumstick 5 xp/ ????? princess 15 xp/ drumstick 5 xp flute 5 xp stop here.

Lonely Tree (Replay)

Image
Bugspray: 60 ====>>> 18 000 g No gem needed===>>> good Treasures: 12 Flute 5 xp Flute 5 xp Offering bowl 15 xp Peacock 50 xp Conch Horn 5 xp (30 xp more) Drumstick 5 xp Drum 5 xp Drum 5 xp Idol 15 xp Idol 15 xp Drumstick 5 xp Only 11 treasures found Thats all.. A very small isle... Not bad but too many fragment (30) for such a small island.

Orhan Parmuk- Other Colours

Image
Baik saya cepat2 buat entri ni sebelum Asiah siap menyusu dan memulakan aktiviti "menaip"nya. Sebentar tadi baru balik dari tHe Spring (TS). Kat sinilah saya dan suami kerap "melepak". Anak2 saya kata mama dan abah pergi "dating". Kami suka lepak kat sini sebab semua ada. Tempat makan, tempat solat, dan yang utama sekali sebab ada MPH. Satu2nya MPH kat Sarawak terletak di tingkat 2 tHe Spring. Lepas Maghrib tadi saya ikut suami pergi sini. Anak2 tinggal sebab kalau bawak anak2 sekali tak boleh dating.. :).. Sebenarnya saya ikut je suami kat nak jalan2. Tak tau apa perancangan dia sebenarnya. Nak jalan lama ke sekejap... Sampai je kat TS (susahnya nak dapat parking) terus menonong ke MPH. Pusing2, last2 dia tak beli buku, saya pulak uang keluar bawa buku. Hari ni saya tertarik nak cuba baca buku Pemenang Nobel 2006 ni. Belum baca lagi tapi nampak macam bagus. Nanti dah siap baca saya cerita ya. Asiah dah nangis dah nak turn dia pulak "pakai " pc

Rojak dan Rumahtangga

Menurut rakan blog saya Sakinah , dia suka blog yang berkonsep pelbagai genre/ rojak semasa memberi komen mengenai entri saya yang berkisar mengenai konsep/ tema blog. Ting... Terus keluar imej mentol dari kepala saya. Rojak... Hmm.... Rojak memang sedap. Kenapa rojak sedap? Kalau perhatikan, kita pernah makan pelbagai jenis rojak.. Di antaranya ialah Rojak buah atau rojak Cina dan Rojak India atau Rojak Singapore (Pun dikenali sebagai pasemboq, kan..). Ada lagi tak rojak lain... Kalau rojak buah, bahan2 wajibnya ialah hirisan sengkuang, mentimun, nenas (yummy), keledek dan digaul dengan pitis. Kalau ada wajib, adalah sunatnya dak.. Bahan2 yang sunat/ afdal pulak ialah mangga, jambu air, jambu batu, dan apa2 jer yang nak dimasukkan. Jangan lupa dengan cili kering tumbuk dan kacang. Rojak Pasemboq pulak ada tauhu goreng, cucoq, sengkuang dan mentimun. Versi special pulak ada ayam goreng. Rojak pasemboq digaul dengan kuahnya yang tersendiri (tak tau nak cakap lah tu)... Benda alah yang

Bahasa dan Rumahtangga

Saya sedang blogwalking bila saya dibawa ke blog berbahasa asing. Menggunakan fungsi "next blog" saya tetap sampai ke blog bahasa asing (bukan Inggeris) walaupun dah diklik beberapa kali. Walaupun tak faham, saya imbas juga kandungan blog2 tersebut dan cuba untuk memahami temanya berpandukan gambar2 yang ada di situ. Seronok juga menatap gambar2 pemandangan yang indah dan wajah2 yang menggambarkan pelbagai emosi. Ternyata komunikasi tidak terhad kepada bahasa sahaja tetapi gambar atau imej juga memainkan peranan yang sama apabila bahasa yang digunakan tidak difahami. Dalam saya bersantai menikmati gambar2 di satu blog, saya terjumpa alat penterjemah bahasa. Mungkin ramai yang dah biasa dengan alat ni tapi bagi saya ini merupakan kali pertama saya jumpa alat penterjemah. Saya klik pada menu "drop down" dan tersenarailah pelbagai pilihan bahasa dunia termasuk Indonesia dan Filipina (Bahasa Melayu tak tersenarai ). Lepas tu saya cuba klik pada bahasa Indonesia. Walaup

Lets Speak Sarawak Malay Language

Want to learn how to speak Sarawak Malay Language? Lets start: 1. What is your name? Malay: Siapa nama awak? Sarawak Malay: Sapa nama kitak? You= Awak= Kitak 2. My name is Maryam Malay: Nama saya Maryam Sarawak Malay: Nama kamek Maryam I= Saya= Kamek 3. I want a plate Malay: Saya mahu sebiji pinggan Sarawak Malay: Kamek nak tapak sigek Plate= Pinggan= Tapak a= sebiji= sigek getting harder?.. Lets try one more 4. What are you doing ?. Malay: Awak buat apa tu? Sarawak Malay: Apa polah kitak? doing= buat= polah nota pemblog: Terfikir nak buat ni bila dengar segmen baru "Belajar Bahasa" kat Ikim.FM sebelum Buletin Pagi pukul 8 pagi. Layan....

Kartun Hagemaru

Semasa menjenguk blog yang saya ikuti, perhatian saya dicuri oleh sebuah artikel mengenai Siri Kartun Hagemaru. Kalau nak dikira memang anak2 saya suka tengok citer ni. Dulu saya pandang dengan ekor mata je dan tak suka sangat dengan nilai-nilai yang ditunjukkan dalam cerita tersebut terutama sikap kedekut yang diamalkan oleh keluarga Hagemaru terutama ibunya. Namun, suatu hari saya mula memberi perhatian apabila suami saya "ter"menonton siri tersebut dan sukalah pulak dia. Katanya, cerita tu mengajar kita berjimat-cermat. Jadi, bila saya terjumpa anak2 sedang tengok Hagemaru, saya pun duduk la sekali. Nak tengok siri Hagemaru ni macamana sebenarnya. Bila dah tengok betul2 memang kelakar. Sebenarnya Hagemaru ni kisah seorang budak yang dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang berjimat melampau hingga masuk ke dalam kategori kedekut. Sebagai contoh dalam satu siri tu sabun di tandas sekolah Hagemaru kerap habis disebabkan Hagemaru bawa balik untuk diberi kepada emaknya. Jadi

Cinta yang kekal

Saya tertarik dengan berita yang dipaparkan di Berita Harian hari ini. Seorang lelaki yang ditinggalkan oleh isteri bersama anak-anaknya telah mengambil keputusan nekad untuk membunuh diri. Nauzubillahi min zalik. Maka saya pun teringat kepada kata2 pujangga yang selalu dilakar semasa remaja Cinta pada bunga, bunga akan layu cinta pada manusia, dia akan pergi tapi cinta pada Allah, Dia akan bersamamu sewaktu senang dan susah (rangkap ni saya ubah sendiri) ... Renung-renungkan..

Rakaman Perjalanan

Kadang2 saya bertanya sendiri, apakah konsep atau tema yang ingin saya terapkan melalui blog saya. Adakah blog saya berkonsepkan keibubapaan? Ada sikit.. Adakah blog saya berkonsepkan masakan?.. ada seciput Adakah blog saya mengenai permainan?.. ada jugak Adakah blog saya bertemakan motivasi?.. sikit.. Penulisan?.. adala.. Nampaknya blog saya memang tidak mempunyai tema yang jelas. Orang kata kalau dah ambik banyak sangat, yang tu nak , yang ni pun nak, nanti semua tak dapat... Mungkin blog saya pun macam tu kot... Semua nak buat, jadi satu pun tak dapat. Lepas tu saya fikir balik, kalau blog huru-hara macam ni, ada ke orang nak datang dan baca?.. Ada ke bahan yang menarik dan berbaloi untuk dilawati?.. Dah penat2 fikir, saya rasa saya dah faham... Kenapa agaknya blog saya jadi macam ni... Ternyata blog saya merupakan fikiran saya yang diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan. Blog ini adalah bagaimana saya melihat dunia dan apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya bercerita mengenai k

Imam Muda

Petang semalam, sebelum maghrib kami sekeluarga terpacak depan televisyen. Seronok tengok uji bakat untuk program terbaru Astro, Imam Muda. Program ni bertujuan mencungkil bakat di kalangan anak muda untuk menjadi Imam. Saya rasa konsep Imam di sini bukanlah setakat mengimami solat semata2 tetapi juga menjurus kepada menjadi pemimpin dan contoh masyarakat setempat. Sebab tu lah seorang peserta uji bakat gagal melepasi saringan 1 walaupun pengalaman yang beliau sebutkan memang melayakkan beliau untuk menjadi Imam Masjid. Memang kelakar bila melihat pelbagai gelagat sewaktu proses ujibakat diadakan. Malahan ada seorang peserta yang meminta supaya dia boleh membelakangi penonton/ juri untuk mengatasi masalah gugup. Memang sahlah tak lepas. Kalau dah awal2 tak dapat kawal gugup, mampu ke menghadapi ujian dalam progra yang pastinya lebih getir. Secara ringkasnya, memang bagus betul program nih. Kita penonton pun dapat belajar sekali secara tak langsung. Penjurian pun tidak melibatkan jari t

Kategori Wangian

Kesenian Sains Dalam Minyak Wangi Estidotmy, Rabu 26 Mei 2020 muka 14 dan 15 oleh Azida Ishak 1. Perkataan minyak wangi (perfume) berasal dari ungkapan Latin peri yang bermakna "merebak " dan fume yang bermaksud "asap" . 2. Industri minyak wangi dipercayai dimulai oleh ahli kimia Islam Jabir Ibnu Hayyan (721-815M) dan dikembangkan pula oleh Al-Kind i (805-873) melalui kitab beliau Kimiya' Al-Itr . (Saya akan cuba buat verifikasi lanjut pasal ni) 3. Bahan asas dalam sebatian minyak wangi ---->> Air + Alkohol (Pelarut) + minyak pati (yang mengandugi sebatian aromatik) 4. Seni pembuatan minyak wangi boleh disamakan dengan teknik menggubah lagu kerana teknik pencampuran beberapa jenis wangian ke dalam satu larutan adalah merujuk kepada kategori wangian itu sendiri: Nada Atas - berasal dari sari buahan/ tumbuhan seperti lemon, anggur, pic dan nanas. Ia dapat dihidu dengan pantas kerana kemeluapan molekulnya yang kecil dan sangat cepat (co-efficient 1-14)

Dailog

Mari kita bermain bahasa.. Kita buat dailog nak.. Cuba kita tengok bagaimana penggunaan dailog yang sama boleh menggambarkan perasaan yang berbeza: " Saya sayang awak", Kita sambung melalui pelbagai cara yang berbeza: ================================================== 1. "Saya sayang awak" , bisik Aina lemah. Kolam matanya berkaca. Wajah ceria Haziq semasa majlis persandingan mereka ditatap tanpa berkelip. Tiba-tiba Aina menjerit. Suaranya bergema memenuhi ruang bilik yang masih menyimpan seri pengantin. Serentak bunyi kaca pecah berbaur. ================================================== 2. "Saya sayang awak" , suara Raisya tersekat-sekat. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Azlan. Perlahan-lahan kelopak mata Azlan terbuka. Pandangannya sayu menyapu seluruh wajah bujur Raisya. Cepat-cepat Raisya menyapu air mata yang membasahi pipinya yang kian pucat. =================================================== 3. "Saya sayang awak", Hairi menyembuny

Gigih Suami, Kasih Isteri

Huzairie dianugerah Guru Cemerlang OKU Kebangsaan Berita Harian, Isnin 17 Mei 2010 Muka 6 Hati saya tersentuh dengan kegigihan si suami dan kasih si isteri yang dipaparkan oleh berita ini. Sang suami seorang guru OKU yang lumpuh akan datang awal ke sekolah seawal 7 pagi dan akan mengengsot naik tangga bersendirian kerana tidak mahu menyusahkan orang lain termasuk isterinya sendiri. Kelas beliau terletak di tingkat 2. Si isteri pula setiap hari membantu suami dengan mengangkat kerusi roda suami ke kelas di tingkat 2. Si isteri juga akan menemani suami sehingga pukul 7 malam bagi menyelesaikan segala aktiviti sekolah bersama murid-murid. Daripada sketsa kehidupan yang ringkas ini sebenarnya terlalu banyak pengajaran yang boleh kita cedok darinya. 1. Kita mampu untuk mencapai cita-cita berbekalkan usaha dan kegigihan. Tiada alasan untuk tidak berjaya dalam hidup. 2. Keikhlasan merupakan perencah utama dalam rumahtangga. Walau dalam kesukaran apa sekalipun, keikhlasan dalam perhubungan ma

Defiant Stone (Replay)

Image
Map Fragments to unlock: 10 Gem: 1 orange 1 green 1 purple 1 red 5 blue equipment: Bugspray 50 Dynamites 50 Collection: Musical Instruments Royal Medallions Faberge Eggs Treasures: 29 peacock 50 xp flute 5 xp queen 15 xp shakers 5 xp princess 15 xp drum 5 xp flute 5 xp shakers 5 xp queen 15 xp swan 50xp flute 5 xp drumstick 5 xp queen 15 xp queen 15 xp shakers 5 xp drumstick 5 xp princess 15 xp flute 5 xp stop here.

Misty Swamp (Replay)

Image
Map Fragment to unlock: 10 Collections: The Lost Hunter Ceremonial Items Faberge Eggs gem: 6 blue; 1 red ; 1 orange Equipment: Bugspray 30 Dynamite 20 Treasures: owl 50 xp butterfly net 5 xp idol 15 xp butterfly net 5 xp toucan 50 xp jaguar cage 5 xp butterfly net 5 xp throw net 5 xp (30 xp more) butterfly next 5 xp offering bowl 15 xp offering bowl 15 xp fine musket 5 xp idol 15 xp 5 items not found

Saya suka

Kadangkala semasa mendengar radio atau membaca, saya akan tiba2 tersentap dengan penggunaan perkataan tertentu. Mungkin kerana indah, unik atau saja2 tanpa sebarang sebab. Antaranya yang akhir2 ini saya dengar: 1. meranap: bermakna hancur; runtuh; musnah; contoh penggunaan: rumah itu ranap semasa kejadian gempa bumi yang berlaku semalam Jambatan itu ranap sewaktu banjir melanda minggu lepas. Boleh tak kita guna untuk meghasilkan kata2 indah? contoh: maruah yang ranap : Akar Bertuah di hujung terowong debu syaitan berterbangan memamah susila menyebar noda saat demi saat detik demi detik meranap maruah anak bangsa jenguklah jiwa aku memohon bangunlah bangkit melangkah menongkah resah kerna kalian akar bertuah pohon masa depan (boleh juga ditukar kepada pohon wawasan ) eehh.. ehh.. sajak lah.. ":) Layan....

Sajak Dr Lim Swee Tin

Pagi tadi saya terdengar segmen baca sajak di IKIM.FM. Rasanya ini kali kedua saya terdengar sajak tu. Saya suka sangat pemilihan kata dalam sajak tu. Pelbagai jenis kata dan indah2 pulak tu. Bukan macam saya, balik2 yang tu.. balik2 yang ni... Nampak sangat perbendaharaan kata saya masih terlalu kontang. Saya tunggu sampai habis. Rupa2nya penulisnya ialah Dr Lim Swee Tin. Tajuknya lebih kurang bunyi nih " Ini Cerita Beranda Rumah Kita". Saya cuba google tapi tak jumpa. Ada terjumpa satu tapi cuma dalam forum. Takut tersilap quote, jadi saya tak berani ambik. Sebenarnya saya mengkagumi Dr Lim Swee Tin sebelum saya mengetahui siapa dia. Saya pun baru berjinak2 dengan sajak ni. Kira masih mentah sangat. Kalau budak kecik kira baru masuk taski. Sebelum tu saya terlihat wajah dan aksi Dr Lim Swee Tin semasa beliau mendeklamasikan sajak2 berunsur patriotik di televisyen. Saya tidak mengenalinya tapi terpana kerana seorang bukan Melayu begitu fasih dan bersemangat mendeklamasikan

Salam maaf buat cahaya

Salam maaf cahaya di ufuk timur hadir mu setia seperti semalam mengetuk cermin jendela di kamar kerjaku berkongsi ceria agar insan sedar bahawa setiap jiwa harus memikul amanah dari Pencipta Namun cahaya kenapa aku masih leka dan kerap dimamah alpa hidupku di dunia hanya sementara.

Jaguar island- Replay

Image
Gem: 5 orange 1 blue 1 red 1 purple 1 green Equipment: 2 bugsprays 5 dynamites Multidig: 2 rocks Collections: Ancients Containers God Statues Mayan Jewelleries Treasures: 20 bottle 5 xp sun god 15 xp hail god 15 xp ring 50 xp ceramic pot 5 xp (30 xp more for completing collection sun god 15 xp ring 50 xp bottle 5xp keg 5 xp snake g: 15 xp hail g 15 pitcher 5 xp hail g 15 xp sun g 15 xp snake g 15 xp ceramic pot 5 xp(30 xp more)

Tetamu Senja

S etiap pagi saya pasang radio IKIM, sebab itu merupakan salah satu cara nak tambah ilmu semasa memandu dan buat kerja kat pejabat. Selalu la saya dengar puisi2 yang dimainkan.. Saya pun minat jugak dengan benda2 macam ni dan sekali-sekala cuba nak asah bakat. Salah satu dari sajak yang selalu dipasang yang saya rasakan sedap dan best ialah sajak Tetamu Senja nukilan A Samad Said. Jadi cuba google untuk bubuh kat blog ni. Banyak rupa yang dah bubuh sajak ni kat blog diorang Salah satu dari blog tersebut ialah Blog Cahaya Hidupku . Saya mintak izin copykan dari tuan punya blog untuk rujukan saya. Tetamu Senja ~ A. Samad Said -------------------------------- Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya Kita datang ini kosong tangan dada Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala Pada tetamu yang datang dan Kenal jalan pulang Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan Pada tetamu yang datang Dan lupa jalan pulang Usahlah derhaka pula Pada Tu

Masihkah kau bermimpi

Masihkah kau ingin kembali menggapai ranting harapan yang telah lama reput dimamah dendam dan curang di pinggir cinta Masihkah kau ingin bermimpi jalur pelangi girang menyapa biru langit dan hijau gunung riak laut pun ketawa membawa ombak ke pantai jiwa Saat seloka senja kian menyepi usah kau nanti khabar dari kota kerana cinta semalam telah hilang ditelan gagak jalanan dan kerlip neon setia tidak lagi menjanji sebarang makna

Isle of Smiles (Replay)

Image
Treasure: 16 sphinx 50 xp outrigger 15 xp sad tiki 5 xp outrigger 15 xp pyramid 50 xp paddle 15 xp paddle 15 xp sleepy tiki 5 xp happy tiki 5 xp ( 60 xp more for completing the collection) beach mat 15 xp (60 xp more for completing the collection) happy tiki 5 xp ( 60 xp more for completing the collection) sleepy tiki 5 xp angry tiki 5 xp paddle 15 xp happy tiki 5 xp only 15 discovered. Gem: 5 red gem; 1 blue gem upon completion, received 45 more xp overall, good for replay no stoned tiles only 3 or 4 multidig plant and no multidig rock Recommended for digging. Happy Digging.

Laparnya

Selepas masuk pejabat pagi tadi, bergegas pulak ke sekolah Fatihah. Nak ambik cuti banyak pulak kerja kat pejabat. Kalau cuti dirancang awal, boleh buat serah tugas awal2. Tak lah makan hati kawan yang ambil alih nanti. Sebenarnya Fatihah dah mula panas badan sejak semalam. Dah bagi ubat. Pagi nanti masih panas tapi sebab periksa dah mula, kena jugak pegi sekolah. Tengok jadual, satu sabjek je, lepas tu kelas macam biasa. Jadi, saya rancang nak ambil Fatiha balik, boleh jugak dia rehat untuk esok pulak. Ingatkan nak bawak pergi klinik terus tapi tengok panas dah turun, saya bawak je balik terus untuk berehat. Dah alang2 balik rumah saya terus makan tengahari. Jadi tak payah lah sibuk2 pulak keluar makan. Boleh lepak dan menentenet. Lagipun, kat tempat saya kerja memang ada satu jer tempat makan Islam. Ada satu tu Muslim yang sewa tapi sebelah2 semua bukan Muslim. Saya ada jugak cuba beli kat situ dan tapau bawak balik pejabat, tapi rasa tak leh jalan lah pulak. Lepas tu takde dah say

Sedangkan lidah lagi tergigit

"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri". Lirik di atas merupakan lirik yang sinonim dengan kehidupan rumahtangga. Pasti ramai yang bersetuju dengan hakikat ini. Betapa eratnya hubungan sepasang suami isteri pasti sekali-sekala terdapat silap faham atau perbezaan pendapat di antara mereka. Tak tahulah pulak saya kalau ada pasangan yang memang tak pernah langsung berbeza pendapat. Bagi saya kalau sampai tahap macam tu, boleh saya anggap pelik. Bukan saya dengki atau iri hati dengan pasangan "bahagia" macam tu, tetapi Islam sendiri pun mengiktiraf perbezaan pendapat kerana ia boleh menjurus kepada peningkatan mutu. Sebenarnya saya bukanlah nak berceloteh pasal motivasi rumahtangga dalam entri ni. Sebaliknya saya ingin menyentuh mengenai isu pembantu rumah. Apa yang saya nak kaitkan dengan tajuk itu ialah bagai mana seerat hubungan suami isteri pun ada masa "kelabu"nya apatah lagi hubungan majikan dan pembantu rumah. Tetapi janganlah jadikan

Isle of Trial (Replay)

Image
39 treasures Sad Tiki 5 xp Happy Tiki 5 xp (60 xp more for completing collection) Happy Tiki 5 xp (60 more for completing the collection) crazy tiki 5 xp crazy tiki 5 xp outrigger 15 xp sad tiki 5 xp paddle 15 xp sad tiki 5xp happy tiki 5 xp (60 xp for completing the collection) surf amulet 15 xp swan 50 xp sad tiki 5 xp outrigger 15 xp sad tiki 5 xp crazy tiki 5 xp peacock 50 xp sad tiki 5 xp paddle 15 xp angry tiki 5 xp crazy tiki 5 xp sad tiki 5 xp sleepy tiki 5xp paddle 15 xp sad tiki 5 xp paddle 15 xp sad tiki 5xp peacock 50 xp surfboard 15 xp (60 xp for completing the collection) stop here... Gem: Red-1; Purple-1; orange-5 Dynamites: 7 Multidig: 8 plants 6 rocks Not bad.. manage to complete few collections but dont whether it was internet problem or the map itself.. have to reload when doing the multidig... Eat up lots of time... Happy digging..

Cermin Diri

Image
"OOO Balik kampung", Maryam menyanyi berulang kali. Seronok benar hati Maryam. Sekali-sekala dia menyanyi kecil tanpa jelas buah butir senikatanya. Tapi yang pasti iramanya ialah irama lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad. Begitulah anak-anak. Begitu murni dan polos. Sedih hatinya, dia menangis. Ceria jiwanya, berirama lah pulak suaranya menyanyi. Yang pasti, ceria dan duka, pasti berkaitan dengan diri kita. Kenapa ya berkaitan dengan kita? Saya membuat kenyataan begitu kerana kitalah insan yang paling rapat dengan mereka. Ternyata tingkah laku anak-anak, ceria duka, tangis ketawa jelas merupakan cermin kepada diri sikap kita. Layanan mesra dan perhatian kita curahkan, sinar mentari akan memancar di mata mereka. Namun, sebaliknya pasti akan menyebabkan awan mendung berarak di wajah comel. Hakikatnya, jangan salahkan anak-anak seandainya mereka menunjukkan sikap negatif terhadap sesuatu perkara. Sebaliknya, kembalilah kepada diri sendiri dan selidik

Mari baca buku

Sessi blogwalking hari ini membawa saya ke sebuah blog mengenai buku (Thinking of Books). Ia membincangkan pelbagai buku yang boleh membantu kita membuat keputusan buku mana yang perlu diberi keutamaan untuk dibaca. Kebetulan saya memang sedang cari blog macam ni. Jadi saya masukkan pautan kat blog saya untuk mudah cari dan ikut sekali. Kalau berminat nak jenguk dan digalakkan menjenguk. klik kat sini.

Tahniah Ibu

Image
Baru sebentar saya menerima sms dari seseorang. "Dah give birth 2 baby girl last nite.". Malangnya ia tidak memaparkan nama pengirimnya. Saya memang berniat untuk membalas dengan ucapan tahniah tapi kebetulan kredit telefon saya baru sahaja luput. Semenjak suami telah berpindah bertugas di kawasan yang sama, memang saya lambat untuk memperbaharui kredit telefon. Jadi, saya terpaksa tangguhkan dulu niat saya. Walaupun tidak tahu pengirimnya tapi saya boleh meneka kerana du a orang rakan pejabat saya memang sedang menunggu saat kelahiran. Yang pertama ialah pegawai tadbir yang menunggu kelahiran anak ketiga manakala seorang lagi ialah Juruukur Bahan yang sedang menunggu kelahiran anak keempat. Sebenarnya apabila menerima berita gembira begini, saya pasti turut merasai kegembiraan dan keharuan sebagai seorang ibu. Saya sendiri bertuah kerana diberi Allah peluang untuk mengalami sendiri perasaan itu tiga kali. Masya'Allah. Maha Suci Allah. Rasanya tiada kegembiraan yang lebi

vigilant protector (2nd replay)

Image
First Replay What treasure? under the sad tiki--> Vase 5xp Tile Right to it: Royal Table Ware 5xp Next to big lava: coral necklace 15 xp next to gloxima/ big lava: vase 5 xp next to smallest lava: coral necklace 15 xp behind sad tiki: Royal table ware 5 xp Between palm tree and fern( next to smaller lava):----->>> magrritee painting 50 xp Next to Fern (Near Gloxima):--->>> royal table ware 5 xp Next to boat: ----->>> nutcracker 4 xp next to fern and palm tree near sea/ smaller lava:---->>>> coral crown 5 xp (yesss 30 xp more (i think)... i complete a collection with this and level up to level 87) Under the fern near sea (second island)----> nutcracker 5 xp Second Replay What treasure? under the sad tiki--> chalice 5xp Tile in front of it: chalice 5xp Under big lava: Van gogh 50 xp (100 more for completing the collection) Next to palm tree/ gloxima: Nutcracker 5 xp Next to boat: chalice 5 xp Under smallest lava: Coral necklace 15 xp under

Sahabat

Sahabat izinkan aku mengutip permata dari taman zikirmu sahabat izinkan aku meneguk madu dari sumur imanmu Sahabat izinkan aku menyejuk jiwa di rendang pohon takwamu salam sahabat, moga kau tetap di jalanNya.

Di ruang ini

Di ruang ini tanpa kata dan suara kita berkongsi rasa menyulam mesra dan ceria lewat baris ayat kita merungkai duka yang selama ini menghuni daerah jiwa bukan lagi rahsia di ruang ini walau hanya jalur maya namun degup dan nadi bertaut menyubur membina tugu saudara

Secret Forest (Replay)

Image
This one seems good. map fragment: 25 Treasures: 21 Tree near the flamingo lily: sun god 15 xp under mayan cal: bottle 5 xp between flamingo lily and calendar: candelabra 50 xp next to day lily nearby orange lily: clay jug 5 xp near the jetty: thunder god: 15 xp under the big tree nearby the treasure counting box: jaguar god 15 xp (60 xp more for competing collection) under the tree under energy counter: bottle 5 xp same area as 7: bottle 5 xp stoned tile behind the calendar: hail god 15 xp under philodendron in front of calendar: bottle 5 xp under stoned tiles near to philodendron and orange lily: bottle 5 xp under orange lily: bottle 5 xp under philodendron next to flamingo lily: jaguar god 15 xp between day lily and philodendron near the boat: clay jug 5 xp under stoned tiles near the day lily next to boat: pitcher 5 xp (30 xp more for completing collection) under rubber tree near to pitcher icon: clay jug 5 xp stop here found all 21 one the treasures by completing the map, have 80

Belajar tukar Header lah pulak

Jumaat yang berkunjung menandakan hari terakhir bekerja untuk minggu nih. Selalunya saya rasa sayu pada waktu ni kerana bagi saya, datangnya Isnin seterusnya saya tidak akan berpeluang untuk bersua kembali dengan minggu ini. (Apa saya tulih nih?... :) Sebab tu lah, pada waktu-waktu kecemasan ni, saya akan cuba abadikan sesuatu untuk ingatan saya di masa depan. Jadi kali ni saya abadikan kenangan itu melalui pengalaman pertama saya buat Header blog ni. Saya pilih warna merah lagi. Okay tak?... Sebelum buat, takut juga nak cuba. Takut format lari habis. Tapi kalau tak cuba, tak tahu setakat mana kita boleh buat. Betul dak?.. Bila dah buat, cuba sikit2 ikut arahan, ALhamdulillah, selamat. Jadi.. Selamat menikmati hujung minggu dan pilihan dekorasi blog saya untuk kali nih... Salam....

Ziarah Jumaat

Menjenguk pelbagai blog (blogwalking ya?.. ), saya menemui banyak permata yang bertaburan. Terpulanglag pada kita pengembara ini untuk memanfaatkannya. Jadi, saya ambil peluang untuk mengikuti blog-blog tersebut. Di antaranya ialah Suatu Perjalanan dan Iman Cahaya Ketenangan . Kalau nak dibanding dengan blog saya, terlalu jauh bezanya. Mungkin terlalu sedikit yang boleh dikongsi untuk memanfaatkan penziarah. Isshh... sayu pulak rasanya ya... Tapi, sekurang2 nya ziarah blog saya pada hari Jumaat ini mengetuk sedikit pintu hati saya untuk muhasabah diri setakat yang mampu. Untuk rakan-rakan blog, sebarang teguran amat dialu2kan dan terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda yang berharga untuk dimanfaatkan bersama.

List of New Series- Sican (Treasure Madness)

Image
I manage to open 16 out of 25 0f the collections as at today: Sican beakers Sican Tumi knives Sican Deity items Sican funerary masks Broken Sican vase Sican tweezers Sican bottles Sican crowns Sican figures Sican earrings Valuable Sican bottles Sican discs Sican pots Sican Jewellery Sican Armor Traditional Sican Items

Spondylus Bay (Treasure Madness)

Image
After digging the 244th tiles i have difficulty to look for the last tile. After some time then I discovered a tile in the water at the top of the tree. I have put a red square at the tile. Happy digging...
Hari ini saya berniaga goreng pisang pulak... Ni niaga petang.. Dah tak niaga sebelah pagi dah... Bukan tak larat nak bangun pagi, rasanya setelah beberapa hari berniaga, tak ada seorang pun pelanggan. Masing-masing pelajar mahupun yang bekerja bergegas ke destinasi masing-masing. Mungkin mereka semua telah siap sarapan di rumah. Saya dan suami berbincang dan bersetuju untuk menghentikan niaga sebelah pagi. Bukan mengalah tetapi menukar strategi. Bak kata pepatah, "beralah bukan bererti kalah" Jadi, kebetulan mak mertua ada hantar setandan pisang dari kebun, saya buat perancangan jual goreng pisang pulak. Malam tadi singgah kat pasaraya sebab nak beli bahan-bahan buat kuih (nanti cerita lebih lanju bab ni) dan barang dapur, sempat lah tangkap sebungkus tepung pisang goreng. Siang tadi awal cakap kat pembantu untuk gorang pasang dalam pukul 4.30. Pukul 5 terus pergi rumah mak (tapak gerai). Kebetulan waktu sampai ada sorang kakak sedang jenguk-jenguk jualan. Dia tengok pisa

Hidden Water (Replay)

Image
Cost: 10 map fragment Collections: Mayan Weapon; mayan Clothing; Prince Haritatos Treasures: 8 Under the throne: Emereal charm 50 xp stones tiles near the boat: belt 5 xp under philedendron near the multidig rock: spear 15 xp near the throne: sandals 5 xp (30 xp more for completing the collection) near the multidig rock nearby the boat: tzute 5 xp Gem needed: 5 orange gem Comment: Too many stoned tiles and plants--->> take lots of energy 3 multidig rock... Not really happy to dig the multidig rock... will try to avoid this map later.. morover, orange gem is my rare gem...

Kenderaan canggih

Image
Ini le kereta pertama saya. Perodua Kancil. Saya beli selepas beberapa bulan kerja September 1998. 12 tahun dah pun tapi masih bergaya, kan... Sekarang dah jadi kereta angkat adik saya pulak. Cuba tengok betul2 kat sebelah Kancil tuh. Dah tengok dah?.. Perasan tak ada dua lagi kenderaan mahal kat sebelah tu. Ha.. tu lah basikal anak2 buah bertuah... Sampai makcik terpaksa parking kat tepi2 je.. Mari kita tengok jarak dekat pulak. Inilah dia basikal2 nya... Cantik jer diaorang parking.. Mesti nenek yang susun ni supaya senang cucu2 dia ambik bila dah nak main nanti..

Asiah ke klinik

Image
Baru balik dari klinik. Doktor kata Asiah ada sikit2 kena lelah. Jadi, doktor bagi Asiah pasang nebulizer. Dia tanya ada ubat apa kat rumah. Saya ada beli ubat buang kahak dari farmasi. Nak sebut nama tak reti, saya sebut je warna hitam. Doktor kata "Eeehhh.. Jangan bagi budak ubat tu. Klinik saya memang tak bagi ubat tu kat budak". Saya ikut jer sebab dia pakar dalam bidang nih. Dalam Al-Qur'an pun kata yang kita kena ikut na sihat yang pakar... betul ke saya cakap ni?.. Nanti saya cuba cari ayat tu.. Doktor bagi sebotol ubat batuk, sebotol ubat buang kahak dan sebotol ubat selsema...Semua RM25.00 Balik dari klinik singgah kejap kat pasaraya kat sebelah klinik. Sebenarnya klinik tu yang menumpang bangunan pasaraya tu. Asiah terpaksa masuk dalam troli sebab dah besar tapi masih tak nak cuba jalan sendiri.

Lambayeque Map (TM)

Image
In this map there is a structure which needs a square item to unlock it. In my case, i found it nearby the low plants. Hope the small arrow pointing to the area is big enough to be seen. (still not very familiar with this features yet) Before you can reach that area, first you need to unlock it with 3 bug sprays. Happy digging..

New Series- Sican (Treasure Madness)

It seems that Treasure Madness (TM) listens to what its players voice out at the forum. A few changes are incorporated in the game recently besides releasing new maps and new collections; 1. No more auto-refill cap; This is the one that i really wait for. Earlier they set the auto refill cap according to their set up based on weather such as 100hp, 200hp, 250hp and there are once 300hp. Now the cap is removed and auto refill energy would be according to the player level. For me, a level 363 player, the auto-refill limit would be 462hp. At least i would have lots of energy to spend when i return to the game later. 4 star for this improvement. I would give 5 if they give back the full refill after level up. at the moment they just give 100hp. 2. Maps for all Now all the maps can be bought through gold and no more mu$. This means that all players have opportunity to play all the maps eventhough if they didnt spend any real money in it. I'm among the players who never put real money in

Asiah demam

Asiah demam dan batuk berkahak. Nampaknya hari ni kena ambik EL la.. Lagipun malam tadi tak dapat tidur sebab Asiah merengek sepanjang malam. Mungkin sukar bernafas. Kejap lagi nak bawak pegi klinik. Tak le lama sangat tunggu. Lagipun Asiah tengah nyenyak je tido. Siang ni panas sikit kot, jadi hidung tak la sumbat sangat. Selesa skit tido. Lagi pun, mama boleh la tenet kejap.

Branched Path (Treasure Isle)-Part 2

1. Treasure: Under the Mayan Priest Statue-->>> Diamond (Shipwreck Loot Collection) 50 xp Under Tiki Throne--->>> Emerald (Shipwreck Loot) 50 xp Under Jaguar Statue--->>> Hail God (God Statue) 15 xp Under Flame Tree--->> Bottle (Ancient Container) 5 xp Under Calendar--->> Keg (Ancient Container) 5 xp Under jacaranda tree--->> ceramic pot .. it completing the ancient container collection.. 1000g and 30 xp for me... near flamingo lily next to gray boulder beside the sea--- ceramic pot 5 xp fern near the big lava near boat-- clay jug 5 xp next to purple gem before jaguar statue- bottle 5 xp (to be continud) under big boulder near the boat--->>> keg 5xp Next to jacaranda---> Thunder god 15 xp (and 60 xp more for completing a collection) next to mayan statue---->> keg 5xp at calendar area--->> keg 5 xp(levelling up to 88) near the boat--->> thunder god 15 xp near big boulder at the boat----->> ceramic pot 5xp