Salam maaf buat cahaya

Salam maaf cahaya di ufuk timur
hadir mu setia seperti semalam
mengetuk cermin jendela
di kamar kerjaku
berkongsi ceria
agar insan sedar
bahawa setiap jiwa
harus memikul amanah
dari Pencipta

Namun cahaya
kenapa aku masih leka
dan kerap dimamah alpa
hidupku di dunia
hanya sementara.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida