Monday, May 24, 2010

Laparnya

Selepas masuk pejabat pagi tadi, bergegas pulak ke sekolah Fatihah. Nak ambik cuti banyak pulak kerja kat pejabat. Kalau cuti dirancang awal, boleh buat serah tugas awal2. Tak lah makan hati kawan yang ambil alih nanti.

Sebenarnya Fatihah dah mula panas badan sejak semalam. Dah bagi ubat. Pagi nanti masih panas tapi sebab periksa dah mula, kena jugak pegi sekolah. Tengok jadual, satu sabjek je, lepas tu kelas macam biasa. Jadi, saya rancang nak ambil Fatiha balik, boleh jugak dia rehat untuk esok pulak.

Ingatkan nak bawak pergi klinik terus tapi tengok panas dah turun, saya bawak je balik terus untuk berehat. Dah alang2 balik rumah saya terus makan tengahari. Jadi tak payah lah sibuk2 pulak keluar makan. Boleh lepak dan menentenet.

Lagipun, kat tempat saya kerja memang ada satu jer tempat makan Islam. Ada satu tu Muslim yang sewa tapi sebelah2 semua bukan Muslim. Saya ada jugak cuba beli kat situ dan tapau bawak balik pejabat, tapi rasa tak leh jalan lah pulak. Lepas tu takde dah saya pegi kat situ.

Sebelum ni ada jugak restoran KFC kat tingkat bawah sekali. Sekurang2 nya ada jugak tempat saya nak tukar selera kalau dah kerap sangat makan kat kedai makan biasa. Tapi tup2 lepas tahun baru hari tu, tak cakap pun kat saya, tiba2 je saya tengok dah tutup.

Rupa2nya restoren tu dah pindah kat tHe Springs. Hmm... saya dan anak2 bukan main lagi seronok hari tu sebab tHe Springs dah bukak restoren KFC. Rupanya2 "bala".

Jadi, bagi saya nak cari tempat makan tengahari kat pejabat ni memang satu isu. Kalau suami jemput bawak keluar, memang saya seronok tahap naga. Sebab boleh rasa makan kat tempat lain.

Apa2 pun, saya tetap bersyukur. Sekurang2nya ada jugak kedai makan Muslim walaupun cuma satu. Kalau takde.... Hiii.. Takleh bayangkan..

Salam....

2 comments:

  1. lain kali tapau dari rumah...atau skali skala keluar ke kawasan petra jaya...laksa sarawak di kedai Pak Amit amat menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. lejuk la makan dari rumah..dah sejuk bila nak makan.. tak boleh bawak lauk pulak tu... paling2 pun boleh bawak ikan atau telur goreng.. kuahnya pulak kicap...

    Saya tunggu jemputan anda untuk makan di kedai pak amit... Esok boleh?.. esok dah terimak...

    ReplyDelete