Wednesday, May 5, 2010

Lampu isyarat kereta

Saya tak kisah kalau kereta lain mencelah di jalan raya. Tapi yang saya tak boleh tahan ialah pemandu yang tanpa salam dan adab tiba-tiba membelok ke jalan kita dari lorong sebelah.

Pemandu macam ni memang layak kita panggil pemandu tak beradab atau pemandu biadap.
Sekurang-kurangnya, nyalakanlah lampu isyarat membelok terlebih dahulu sebelum masuk lorong pemandu lain. Sejuklah jugak hati pemandu yang "dicilok" jalan tu.

Ada sejenis lagi pemandu tak beradab ni. Bila dah membelok masuk simpang barulah nak pasang lampu isyarat. Peranan lampu isyarat tu bukan kah nak memberitahu pemandu lain yang awak nak membelok. Kalau dah membelok baru nak pasang lampu isyarat, baik tak payah.

WallahuA'lam....

2 comments:

  1. bengang juak ngn driver spesis cm ya...kelak kenak langgar manas..sabar jak laa

    ReplyDelete
  2. ye la.. rasa macam nak pangkong jer...

    ReplyDelete