Friday, May 28, 2010

Syukur seluas syurga

Dalam perjalanan menuju takdir
kubuka kitab lusuh
lembaran demi lembaran
terpancar sinar harapan
memikul beban semangat
yang kian luntur

di lorong yang berliku ini
wajah dosa kian menjauh
mengalir sungai yang dingin airnya
biar hati yang hampir lupa
mendakap rasa insaf
dan syukur seluas syurga

No comments:

Post a Comment