Wednesday, June 30, 2010

Barang hilang jangan dicari

2 comment
"Barang yang hilang, tak payah le cari, memang tak jumpa punya,
tapi duit kalau hilang, boleh usaha lagi untuk ganti balik".

Sapa punya ungkapan nih?

Saya tak pasti dari mana sumber asalnya, tapi yang pastinya saya kerap mendengarnya dari suami apabila saya mula gelisah sebab kehilangan sesuatu.

Kejadian hari ni bagaikan menyokong sejauh mana kebenarannya.

Seorang pembekal telah menyerahkan penyata bank syarikat beliau kepada saya untuk sokongan pembayaran perkhidmatan katering beliau. Waktu itu saya sedang berbincang dengan rakan sekerja di pejabat.

Sepanjang ingatan saya memang saya ada mengambil penyata tersebut dan turut diakui oleh rakan saya.

Tapi yang peliknya, ia ghaib begitu sahaja. Meja kerja saya telah beberapa kali saya selongkar dan kemaskan, tapi masih tak jumpa. Saya juga mintak tolong rakan saya periksa di mejanya kemungkinan saya tertinggal dokumen tersebut di situ. Pun tak ada.

Nasib baiklah rakan saya tu ada simpan satu salinan faks penyata yang sama, jadi bolehlah proses terus bayaran pembekal tersebut. Walaupun saya masih musykil, namun saya lega dan tak fikir dah pasal kejadian tu.

Dan yang geram sangat, sebentar tadi waktu saya sedang sedia nak makan malam kat rumah, saya tarik sebuah buku dari rak untuk tengok2 masa makan. Tau apa yang saya jumpa?

Terselit kat celah2 muka surat buku tu penyata bank yang dilipat dua yang saya cari2 selama ni.

Grrrr....

Baru saya teringat yang waktu saya berjumpa rakan tu, saya memang ada bawa bersama sebuah buku. Tapi lepas tu saya tinggalkan buku tu di rumah. Memang tabiat saya, tukar2 buku walaupun belum habis dibaca.

Terjawaplah satu lagi misteri nusantara...

Akhir kata,

Barang yang hilang usah dicari.. Ia akan datang sendiri..."

Memberi

0 comment
Segmen Motivasi Pagi, IKIM.fm- Ustaz Pahrol

Kita hidup dengan apa yang kita ada, namun kita MEMBINA KEHIDUPAN dengan apa yang kita BERI

Kenapa enggan memberi?

1. Saya tiada harta untuk diberi

Luaskan skop "harta" dalam hidup anda dan anda akan dapati andalah yang paling kaya.

  1. Harta benda
  2. Ilmu Pengetahuan
  3. Nasihat
  4. Senyum
  5. Doa
nota pemblog: Juga boleh memberi laluan kepada kereta lain yang ingin masuk laluan anda semasa memandu di jalan raya


2. Memberi akan mengurangkan harta

Al-Qur'an berjanji bahawa untuk setiap harta yang disedekahkan akan berkembang biak seperti pokok padi.

Nota pemblog:

Kalau dilihat dari segi nilai, orang yang memerlukan akan meletakkan nilai yang lebih tinggi kepada suatu perkara berbanding dgn orng yang kurang memerlukan. Sebagai contoh, bagi orang kelaparan, sekeping biskut kering amat bermakna berbanding dengan orang yang sedang kenyang, tidak akan memperdulikan biskut kering tersebut.

Jadi, dengan memberi harta kepada yang memerlukan akan meningkat harta secara makro/ keseluruhan umat.

Tuesday, June 29, 2010

Ghuraba

4 comment
Ghuraba' merupakan salah satu lagu nasyid bahasa Arab yang kerap didendangkan oleh pelajar2 sekolah saya dahulu.

Sayu sangat bila dengar suara kakak2 senior menyanyikan nasyid ni pada program2 tertentu. Dan kumpulan nasyid yang dianggotai oleh pelajar2 putera akan memeriahkan persembahan di dewan besar dengan gabungan pelbagai lagu nasyid termasuk lagu ini.

Saya juga kerap dengar lagu ni dari kaset nasyid underground (dirakamkan sendiri oleh kumpulan nasyid sekolah).
Seperti yang pernah saya catatkan pada entri terdahulu, waktu saya sekolah dulu, hanya berpeluang menikmati lagu nasyid dari sumber2 sendiri dan bukannya secara komersial seperti sekarang.

Walaupun secara underground, kemerduan suara penyanyi2 nya tidak kurang dan tidak kalah dari penyanyi komersial sekarang. Kami akan berlumba2 mendapatkan kaset2 tersebut sebaik sahaja ia muncul di "pasaran".

Tiba2 saya teringat pada kolej saya yang terletak di "bumi wakafan". Banyak yang saya belajar di situ. Kerana hendak melanjutkan pelajaran di sanalah saya terpaksa berpisah buat pertama kali dgn keluarga saya semasa usia saya baru 16 tahun. Di sana juga saya belajar adat budaya yang berbeza dari kehidupan mayarakat setempat saya.

Walaupun hanya dipisahkan oleh Laut China Selatan, tetapi kemudahan pengangkutan/ komunikasi di ketika itu (penghujung 80an) bukanlah seperti sekarang.

Tiada Air Asia, tiada internet, tiada telefon bimbit. Malahan untuk berhubung melalui talian tetap pun amat terbatas bila memikirkan kos yang tinggi. Balik berjumpa keluarga hanya setahun sekali.

Dan di saat itu saya benar2 seperti lirik nasyid tadi, ghuraba' ataupun seorang pedagang. Di dunia ini seorang muslim adalah sekadar seorang pedagang yang akan kembali suatu hari nanti ke negeri abadi, dan saya di kolej bumi wakafan adalah seorang pedagang. Saya akhirnya kembali ke tempat asal membawa keuntungan ilmu/ pengalaman yang saya perolehi di sepanjang perjalanan.

Mendengar rintihan sebelum ia bertukar jeritan

0 comment
Seperti biasa saya perlu catat perkara2 yang saya petik dari segmen Motivasi pagi tadi (Ustaz Pahrol) yang saya rasa amat menarik sebelum terlupa:

1. Rintihan amat penting sama seperti keperluan terhadap makanan

2. Dengarlah bisikan/ rintihan mereka sebelum ia bertukar kepada jeritan

Rintihan anak2 yang tidak diberi perhatian akan bertukar kepada jeritan apabila mereka meningkat dewasa.

3. Semakin banyak mendengar semakin tinggi peluang untuk mengutip ilmu/ maklumat yang bertebaran

4. "Kekasih" yang cemerlang ialah mereka yang sentiasa bersedia untuk mendengar rintihan/ bicara pasangan mereka

5. Allah adalah Pendengar yang paling Setia kerana Dia Maha Mendengar

6. Dengan meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan/ rintihan/ bisikan individu yang bermasalah anda mampu mengubah masa depan individu tersebut ke arah yang lebih baik.

Nota: Siaran ulangan selepas maghrib setiap hari di Ikimfm. Dicadangkan untuk dengar ulangan isu hari ini.

Perjalanan kehidupan

2 comment
Setiap petang selepas pukul lima saya akan melalui rutin yang sama.

Keluar dari pejabat, masuk punch card, turun tangga setingkat, masuk lif, keluar lif, berjalan ke tempat parkir, masuk kereta, dan...

saya akan "menikmati" perjalanan balik di dalam kesesakan jalan raya.

Mula2 saya perlu melepasi kesesakan di ruang parkir pejabat saya yang terletak di sebuah pusat membeli belah di bandar ini. Di sini terdapat dua pintu tol yang saya perlu lepasi; pertama untuk zon parkir percuma yang terletak di Aras 3 ke atas. Selepas itu saya perlu melalui satu lagi tol untuk kawasan berbayar sebelum saya boleh keluar dari bangunan.

Berjaya sampai ke jalan raya tidak bermakna saya boleh menikmati pemanduan yang lancar. Saya harus melalui beberapa kawasan kritikal sebelum sampai ke rumah.

Pertama, saya perlu melalui kawasan sekolah menengah dan rendah yang terletak bersebelahan. Merangkak perlahan-lahan di situ, saya seterusnya akan melalui satu fly-over yang merupakan pertembungan dari beberapa arah untuk menuju ke kawasan pinggir bandar.

Sekali lagi saya bersama pemandu-pemandu lain akan berengsot2 ke hadapan sehingga melepasi kawasan kritikal tersebut. Kesesakan akan berkurangan sebaik sahaja menghampiri simpang empat berlampu isyarat. Di sini perjalanan akan sedikit lancar kerana terdapat kawasan kediaman yang merupakan salah satu destinasi kami.

Namun ia masih bukan penamat kesesakan. Bagi kami yang menghuni penempatan di seberang sungai, perlu meneruskan perjalanan melalui jambatan penghubung bandar utama dan pinggir bandar. Dan sekali lagi kami harus meredah kesesakan apabila menghampiri sebuah bulatan yang akan mengarah ke beberapa kawasan penempatan utama. Kesesakannya kerap kali lebih teruk dari yang pertama dan kedua.

Selepas beberapa ketika terperangkap di kawasan ini, berjaya melepasi bulatan berhampiran perjalanan saya akan kembali lancar.

Dalam kesesakan lalu lintas seperti ini setiap hari, lima kali seminggu saya sudah mampu mencipta ritma saya sendiri.

Bertemankan radio IKIMfm, saya menikmati perjalanan seolah2 saya sedang melancong. Setiap kali menghampiri simpang, seboleh2nya saya akan memberi peluang kepada sebuah kereta untuk keluar sebelum saya meneruskan perjalanan.

Setelah sekian lama melalui rutin ini saya berpendapat bahawa sikap gopoh gapah akan menyebabkan saya lebih tertekan.

Dan di beberapa bahagian jalan, saya melihat beberapa orang pegawai trafik sedang menjalankan kewajipan mereka mengurangkan kesesakan dan saya bersyukur kerana saya boleh menikmati perjalanan dengan selesa di dalam kedinginan kereta berbanding dengan mereka yang letih dan di bawah sinar mentari petang.

Membelok ke kawasan perumahan saya, maka berakhirlah satu perjalanan yang akan dilalui lagi pada keesokan hari.

Monday, June 28, 2010

Beg tangan dan saya

0 comment
Sebentar tadi semasa menyimpan sesuatu di dalam beg tangan (yang gedabak) saya terpandang sekeping lampin pakai buang bayi yang masih belum digunakan. Pastinya ia disumbatkan semalam semasa saya dan keluarga keluar "bersantai" di gerai kuih.

Seperti wanita yang normal saya memiliki dua tiga buah beg tangan pelbagai saiz, bentuk dan warna. Ada yang berwarna hitam, bersaiz kecil cukup2 memuatkan alatan asas ( telefon bimbit, beg duit dan mungkin sebuah buku nota kecil dan sebatang pen). Saya gunakan apabila menghadiri majlis yang hanya dihadiri saya dan suami sahaja.

Ada sebuah beg berwarna krim nescafe bersaiz sedang yang muat untuk alatan asas serta sebuah buku bacaan, sebuah botol susu besar dan sekeping lampin pakai buang.

Saya juga ada sebuah beg tangan berwarna merah jambu yang sengaja dibeli sebagai beg komputer riba kecil (netbook). Tapi selepas beberapa ketika saya tidak lagi menggunakan beg tersebut untuk menyimpan netbook saya.

Sebaliknya saya gunakannya untuk berulang-alik ke pejabat kerana ia boleh memuatkan lebih dari sebuah buku malahan saya pernah memasukkan juga senaskah majalah. Hari ini muatan beg tangan saya di samping alatan asas ialah 2 buah buku, senaskah majalah dan sebuah fail kertas. Dan juga sekeping lampin pakai buang.

Oppss.. ada lagi... Satu set pengecaj bateri telefon bimbit...

Dan yang pastinya, apa pun saiz beg tangan saya, ia tidak pernah cukup besar untuk barang keperluan saya...

mimpi yang layu

0 comment
Di kamar ini
putik mimpi kian layu
darah merah mengalir
jemari tetap kaku

dan kertas putih
masih sepi
tanpa sebarang puisi

Sunday, June 27, 2010

Head Shoulder Knee And Toes

0 comment
Head Shoulder Knee and Toes
Knee and Toes
Knee and Toes

Petang tadi saya terdengar lagu ini dan ia mengheret saya ke daerah masa lalu. Daerah yang amat jauh yang pastinya tidak dapat saya lawati lagi.

Waktu itu saya seorang kanak-kanak berusia enam tahun. Saya ditugaskan untuk mengambil kuih pau dari rumah seorang sepupu di hujung kampung untuk dijual di kedai pakcik saya.

Selalunya saya akan bermalam di rumah sepupu tersebut kerana saya perlu menjalankan tugas saya awal-awal pagi. Perjalanan saya dari rumah kakak sepupu ke rumah pakcik saya akan melalui kawasan sekolah.

Setiap pagi semasa melalui kawasan sekolah tersebut, saya akan mendengar murid-murid tahun satu menyanyikan pelbagai lagu kanak2. Dan salah satunya adalah lagu Head Shoulder Knee and Toes.

Tapi pada waktu itu saya tidak tahu yang cara menyebutnya seperti itu. Saya akan menyanyi di dalam hati lagu versi saya sendiri:

Het shoder ni entos
ni entos
ni entos

dan saya hanya tahu rangkap itu sahaja.

Dan saya berangan2 yang pada tahun hadapannya saya pula akan berada di dalam kelas tersebut serta menyanyikan lagu yang sama.

Hanya selepas saya sendiri menjejakkan kaki ke sekolah pada tahun seterusnya saya mengetahui penghujung lagu tersebut;

And eye and ear and mouth and nose.

Tapi hajat dan angan saya untuk menyanyikannya di sekolah tersebut tidak pernah kesampaian kerana tidak berapa lama selepas itu keluarga saya berhijrah ke bandar. Hanya abang saya seorang yang sempat menghuni sekolah tersebut selama setahun sebelum dia turut berpindah sekolah sebaik sahaja tamat sesi persekolahan tahun tersebut.

Sehingga kini setiap kali saya mendengar irama lagu tersebut, bangunan sekolah tersebut akan terbayang di ruang minda saya dan bagaikan masih ada sesuatu yang saya tinggalkan di sana...


Wednesday, June 23, 2010

The Largest Outdoor Reading Event in Malaysia (Tolong kempen)

2 comment
Saya tak dapat datang sebab jauh.. Kawan2 yang duduk berdekatan boleh le datang meriahkan program tu ya...



Taman Tasik PKNS, Shah Alam
26th June 2010 Saturday
8.00 am – 2.00 pm
The Largest Outdoor Reading Event in Malaysia!

A community program organised by the Selangor State Government and the Selangor Public Library Corporation (PPAS).

Read & Relax by the Shah Alam Lake Garden!
Participation will be recorded in Malaysia Book of Records, so register!


What do you need to do?

Make sure to take with you your own reading materials; books, magazines, newspapers - anything will do! Don’t forget a mat, umbrella/hat, food, drinks; anything to make your reading more enjoyable!


Want to contribute?
Just place your old reading materials in the boxes provided. (Make sure they are in reasonable condition, so other people can benefit reasonably from them!)


See state leaders read with the people!

Call 03-55197667 ext 128/106/204 and ask for Suzliana/Fazli/Khairul/Sarwani, organisers of the Selangor Public Library Corporation Knowledge Day.

copied and pasted from here...

Surah Al-Ikhlas

0 comment
I was dropping by at my other blog which was not maintained for quite some time. However it seems that someone has posted a message which was not supposed to be posted at my Guest Book Section because it is obviously reflected from my blog that I'm a Muslim. So I considered it as provocative posting.

However, I cant delete it because there was no delete button provided by the site developer. So, to force the posting to go down to Archive section faster, i plan to post other postings there.
The first one would be as below.

And I posted the same posting at his/ her blog because if he/ she didnt mind to post his/her posting at my blog, then I think it is okay for me to post something back at he/ her blog.

Arabic:

بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١
اللَّهُ الصَّمَدُ ٢
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤


Transliteration:

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
1 Qul huwa Allahu ahad
2 Allahus-samad
3 Lam yalid walam yulad
4 Walam yakun lahu kufuwan ahad


Translation: Surah 112: Al-Ikhlas (The Unity, Sincerity, Oneness Of God)


In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

1. Say: He is God, the One and Only;

2. God, the Eternal, Absolute;

3. He does not beget, nor is He begotten;

4. And there is none comparable to Him.

http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Ikhlas

As the Crow Flies

0 comment
Actually so far, Jeffrey Archer is my most favourite author. I've fallen in love with his books when i first read this book during my campus life.

About this book, it was first published in 1991. It consists 49 chapters and 738 pages. Quite thick huh.... However, I dare you to pick the book and try to read the first three chapters and you'll know what I meant. After all, that is how Archer wrote his books....

So far I've read the book thrice and still manage to grab new point to laugh about.. It was about a Charlie Trumper's life from his childhood up to his success business life... It was described from different point of view; he himself, his wife, his son, his friend and even those antagonists. His up and down in business, his life in war, his friendship as well as his meeting with the Prime Minister.

Masih belum teruja?... How about this?.. Like other of his books, I found that I'll be more wiser every time i read this book. It's like reading textbook but with so many funny tales come with it..

Enough with the sweets and chocolates... I'll let you enjoy the thrill yourself... The price range of the book is between RM30 to RM40.00. The book may be seen on shelf at Sibu; Richmount and bookstore at Wisma Sanyan (I can't remember the name). At Kuching, many bookstores offer this author's writing but I can propose for you to have a visit to Times (PArkson), Belle's (nama lama)(Sarawak Plaza) or Berita Book Center (I can't remember it's new name) at Jalan Haji Taha.

So, enjoy your reading and let me know what is your opinion... :).

Jan 20, '06 11:02 PM

Quoted from my own posting at http://usrahfatihah.multiply.com/reviews...
(No more active)

Tuesday, June 22, 2010

Maryam dan serangga di sinki

2 comment
"Mama!!" suara Maryam memecah kesunyian malam.

Saya dan suami yang baru balik dari tHe Spring sedikit terperanjat. Ingatkan anak-anak semua dah tidur. Penting benarkah yang hendak dimaklumkan kepada saya sehingga dia sanggup menunggu sehingga saya balik.

"Mama, tadi kami terjumpa belalang," sambung Maryam lagi dengan wajah yang serius.

Saya tidak menghiraukan sangat celoteh Maryam dengan anggapan bahawa belalang tersebut telah lama terbang ke tempat lain. Saya terus ke dapur untuk menyediakan minuman untuk suami.

Maryam masih mengejar saya sehingga ke dapur. Mulutnya masih terus becok bercerita mengenai belalang yang dijumpai mereka adik beradik tadi.

Tiba-tiba semasa saya melintas ruangan tengah di antara dapur dan ruang makan, Maryam menarik tangan saya.

"Mama, cuba tengok," sambil tangannya menunjukkan ke arah sinki yang terletak berhampiran.

Memek wajahnya berkerut-kerut. Memang Maryam amat takut kepada hampir semua serangga. Dia akan meraung sekiranya ada serangga yang terbang menggila di dalam rumah.

Untuk menjaga hatinya saya menoleh ke arah sinki tetapi tidak melihat apa-apa yang pelik. Jelas tidak ada apa-apa di sana. Saya jenguk ke dalam sinki. Juga kosong. Saya intai di bawah cermin. Juga gagal menemui apa-apa.

"Mama tak nampak apa-apa pun," saya menjawab sambil tangan saya menghampiri ke arah sinki.

Cepa-cepat Maryam menarik tangan saya seolah-olah serangga itu masih di situ. Jarinya masih menunjuk ke arah sinki dengan yakin. Tapi hanya dari jauh.

Saya berasa hairan. Adakah Maryam terlalu fobia sehingga terbayang-bayang kehadiran serangga di sinki, hati saya tertanya sendiri.

Saya terus ke ruang makan untuk meneruskan kerja saya yang belum selesai. Cawan minuman panas di tangan perlu diletakkan ke meja dengan segera. Maryam tetap mengekori saya sambil menarik-narik tangan saya yang menyebabkan saya semakin risau.

"Belalang tu dah terbang agaknya,' saya cuba menerangkan keadaan sebenar kepada Maryam.

Namun Maryam enggan menerima penjelasan saya. Dia masih berkeras yang serangga tersebut masih ada di singki.

Sekali lagi saya menuju ke arah sinki. Sekadar untuk menyedapkan hati Maryam. Namun kali ini saya cuba melihat dari sudut pandangan Maryam. Saya membongkokkan badan dan meletakkan pandangan mata saya searas dengan Maryam yang baru berusia lima tahun itu.

Dan di sana, di dalam lubang kecil di sinki tempat air melimpah keluar bila penuh, saya melihat sebahagian kecil badan serangga tersebut dan sebelah sesungutnya. Badannya yang berwarna coklat gelap memang setona dengan suasana gelap di lubang tersebut.

Sekali pandang memang sukar untuk mengesannya. Tapi serangga itu memang ada di situ.

Monday, June 21, 2010

Saya tak tahu makna ni..

0 comment
Perkataan Bahasa Melayu yang saya tak tahu maknanya..

Ehh.. Kitakan ke orang Melayu.. Ada ke perkataan yang kita tak tahu lagi?..

Ada...... Banyak pulak tu.....

Mari kita tengok sama2 ya..

1. Tukas (Selalu jumpa dalam novel/ cerpen)

2. Ngarai (dengar dalam Segemen Motivasi Pagi IKIM.fm pagi tadi)

3. Gesit (selalu jumpa dalam novel/ cerpen)

4. Rabut (terjumpa dalam antologi cerpen Fatimah Busu yang baru hari tu)

5. kelarai (sama macam 4 di atas)

Salam..

Layan...

Belajar dari Alam

2 comment
Saya nak catat sebelum lupa.

Pagi tadi dengar Segmen Motivasi IKIM.fm. Saya nak catat beberapa perkara yang menarik sebelum saya lupa:

1. 4 peringkat dalam amalan (baik/ buruk)
  1. kurang selesa ====>>(Berusaha untuk mengamalkan)
  2. selesa/ suka====>> (Selesa dalam melakukan perkara tersebut)
  3. ketagih ====>>>(Rasa tidak selesa kalau tidak melakukan amalan tersebut)
  4. memperjuangkan/ mempertahankan amalan====>>> mempertahankan amalan tersebut apabila amalan tersebut diremehkan oleh orang lain.

2. Mendekati alam menghampiri Allah

Kita menikmati ketenangan dengan mendekati alam semulajadi bukanlah kerana alam itu menenangkan. Tetapi sebaliknya ia mendekatkan kita kepada Pencipta alam itu iaitu Allah (SWT).

Sekiranya kita hampir dengan makhlukNYa pun dapat menenangkan, apatah lagi sekiranya kita mendekatkan terus diri kepada Allah dengan amal ibadat seperti solat sunat, zikir harian, membaca Al-Qur'an.



3. Resah tanda dosa

Resah yang dirasai adalah petanda kita ada melakukan perkara yang tidak disukai Allah. Jadi, untuk menghilangkan keresahan, dekatkan diri kepada Allah.


4. Rawat ketagihan dengan kembali kepada Allah (ni rumusan saya sendiri :))

Kembali kepada perkara 1 di atas. Peringkat ketagihan berpunca dari beberapa peringkat yang perlu dilalui lebih awal dan bukan saja2 terus jadi ketagih.

Jadi, untuk merawat ketagihan terhadap amalan negatif, mulalah berjinak2 dengan dengan amalan baik sehingga ke mampu ke tahap 4 untuk perkara baik tersebut.


Sebagai contoh, ketagih untuk mengumpat boleh diatasi dengan mula berjinak2 dengan berbicara perkara yang bermanfaat. Ketagih mengumpat dapat diatasi sepenuhnya apabila kita berjaya sampai ke peringkat memperjuangkan kepentingan berbicara perkara2 yang baik sahaja.

Wallahua'lam...

Sunday, June 20, 2010

Esok

2 comment
Esok adalah harapan
hari ini menyerlah sinarnya
jangan kesal pada semalam
yang telah berlalu
kerana ada kebaikan
pada setiap kejadian.

Kuih Koci dan periuk kukus

0 comment
Hari ni saya tambah satu lagi ilmu.

Saya belajar buat kuih koci dari mak sedara tercinta. Pastinya ramai yang memang arif buat kuih-muih tradisional ni, termasuk kuih koci.

Sebenarnya, sebelum ini saya memang tak tahu nak masak kuih tradisional terutamanya yang memerlukan ia dikukus.

Tapi sejak saya belajar buat pulut sambal dari mertua, saya dapati aktiviti kukus mengukus ni tak lah tragis sangat. Nasib baiklah ada perancangan nak meniaga kecil2an ni. Kalau tak, tak tahu la sampai bila baru saya reti mend2 nih semua.

Jadi, lepas tu saya dan suami pun beli satu periuk kukus. Sejak memiliki periuk kukus ni lah saya semakin giat melibatkan diri dalam aktiviti belajar buat kuih tradisional terutama yang dikukus.

Minggu lepas saya belajar buat lepat pisang melalui buku. Pertama kali buat, terlebih tepung dan kurang pisang dan segala2 nya tak cun. Lepas tu kira boleh lah jalan.

Tengahari tadi saya cuba pulak belajar buat kuih koci. Okaylah jugak. Jadi sekarang saya bolehlah merangkak2 kalau nak buat pulut sambal, pulut panggang, lepat pisang dan kuih koci.

Seterusnya dalam senarai menunggu ialah pau kukus dan kuih nagasari... Tepung pau dah beli dah. Cuma sedang cari masa lapang dan resipi kat internet. Harap2 le jadi kenyataan... :)

Salam...

Friday, June 18, 2010

Jualan Buku

0 comment
Semalam saya terpandang iklan jualan buku Dawama semasa dalam perjalanan nak menghadiri mesyuarat.

Saya terus cakap kat suami. Apalagi, kami terus je "menyerang" Kedai Buku Dawama.

Di antara buku2 yang kami "sambar" ialah koleksi cetakan semula buku2 antologi cerpen penulis2 tersohor negara seperti Shahnon Ahmad, A Samad Said, Fatimah Busu dan lain2.

Selain dari tu kami ambil peluang menambah koleksi pelbagai buku2 lama terbitan DBP. Buku2 ni cari kat mana2 kedai buku pun tak keluar lagi dah. Kira dah masuk kategori buku jarang jumpa (rare item). Harganya pun dah murah sangat. Potongan 70% untuk buku2 terbitan tahun 2002 ke bawah.

Selepas lebih kurang sejam dalam kedai tu, kami berdua keluar dengan bangga bersama tiga plastik penuh buku2 pelbagai genre sebanyak lebih 50 buah.

Hmm... puas la makan buku lepas nih...

Salam..

Thursday, June 17, 2010

Boss lama

0 comment
k Pagi tadi menghadiri satu mesyuarat dan terjumpa dengan bekas boss yang telah bersara. Sekarang dia dibayar untuk mengendalikan projek yang memerlukan kepakarannya.

Rasa sayu pulak sebab dapat bertemu kembali. Yang kelakarnya, sewaktu sesi memperkenalkan diri, boss saya tu secara tak sengaja memperkenalkan dia sebagai pegawai dari jabatan lama kami.

Kesian jugak tengok beliau tersipu2. Tapi memang saya akui jabatan lama tempat kami bertugas bersama2 dulu memang mengamalkan budaya korporat yeng menekankan hubungan baik di antara kakitangan. Tu yang walau dah lama berpisah, masih lagi terasa macam bekerja dalam satu jabatan.

Jadi bila tengok wajah2 yang sama macam waktu dia masih bertugas dulu, macam lupa pulak yang dia dah tak kerja kat situ lagi.

Ringkasnya, suasana kerja amat mempengaruhi prestasi kakitangan sesuatu organisasi. Dan untuk memastikan produktiviti meningkat, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk mengambil berat mengenai kebajikan kakitangannya.

WallahuA'lam..

Salam

Nadra

2 comment
Saya tidak pernah sanggup untuk membaca/ menonton sehingga selesai sebarang program mengenai perkara ini.

Seolah2 dengan menghindarinya akan mengubah sejarah yang telah tersurat untuknya.

Suami saya ada membeli buku terbaru mengenai Nadra tetapi saya hanya menjeling sebelah mata dan belum sanggup untuk menyelak isinya.

Pagi ini saya mencapai sebuah buku dengan tujuan untuk mengisi masa minum pagi sebelum turun ke pejabat. Buku tulisan Isa Kamari bertajuk Atas Nama Cinta.

Saya selak secara rambang dan terpandang nama Natra/ Aminah/ Singapura.

Lantas selera membaca saya tersekat. Sama seperti selera saya hendak menikmati sarapan pagi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Salam....

Wednesday, June 16, 2010

Mimpi jadi kenyataan

0 comment
Sewaktu saya di sekolah menengah, banyak perkara yang pada masa tu tidak ujud dan hanya sekadar impian, tapi kini dah jadi kenyataan:

  1. Lagu Nasyid bermain di corong radio dan bukan setakat didengar melalui kaset underground
  2. Saluran radio khas untuk program bercorak agama dan ilmiah sepenuhnya
  3. Saluran TV khas untuk program agama dan ilmiah sepenuhnya
  4. Pembaca berita wanita menutup aurat
  5. Artis wanita menutup aurat
  6. Gambar Kad Pengenalan boleh menutup aurat
  7. T Shirt lengan panjang dengan pelbagai pilihan menarik untuk wanita menutup aurat (malahan sebagai fesyen untuk mereka yang tidak menutup aurat)
  8. Baaaanyak lagi.

Pengajarannya, setiap kita wajib berusaha untuk membina suasana yang sihat di dalam diri kita dan masyarakat sekeliling.

Walaupun mungkin usaha tersebut tidak terlaksana dalam masa yang singkat, namun kita harus berfikiran positif bahawa setiap kebaikan yang dilakukan secara tetap insya'Allah suatu masa nanti akan berjaya menjadi budaya masyarakat setempat.

Suka yang ni

3 comment
Pada saat ini saya suka perkataan ni:
  1. Persis
  2. Melirik
  3. Melarik
  4. Merentas
  5. Meredah
Saya tak ada sebab tertentu kenapa tiba-tiba je rasa tertarik nak catat perkataan-perkataan tu kat blog ni.

Cuma kadang-kadang kita tersedar betapa masih banyak perkataan di dalam bahasa Melayu yang kita kurang mahiri.

Dan sebenarnya bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain untuk memenuhi kehendak penulisan kita. Hanya kita yang kurang menguasai perbendaharaan kata yang sedia ada.

Renung-renungkan...

nota: Saya pautkan setiap perkataan ke laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP.

Puan Norhani

0 comment
When I first attended my English Course at IIUM Matriculation Center, my "Speaking" lecturer, Mdm Norhani keep on repeating,

" I will make sure that at the end of this semester, you will not only speak in English, but will dream in English as well".

As we were placed at the Beginner Level(Level 1) of four levels and most of us learnt English only at school (for exam purposes) we just laugh at the statement.


Today I can say that Puan Norhani's expectation is not that bad. At least she can be proud of what her students have achieved. And part of it was due to her exciting and enjoyable "Speaking" tutorial.

Puan Norhani is a very sweet lady lecturer from Kelantan who would speak along with her body to help us understand her teaching. In case this entry would reach her, I am from 1990-1992 IIUM Matriculation Centre Batch at Lembah Pantai Campus.

Thank you Puan Norhani. I will always remember your statement. At least for 20 years now and it still ringing in my mind.

Tuesday, June 15, 2010

Buku

0 comment
Apabila berada di kedai buku, saya merasa satu keindahan yang amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Bergerak dari satu rak ke satu rak yang lain, mengintai di celah buku-buku yang tersusun kemas saya bagaikan berada di sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang harum.

Dan tajuk-tajuk buku yang pelbagai menggamit naluri saya untuk memilikinya seperti buahan masak ranum yang sedia untuk dinikmati kesegaran isinya.

Dan buku juga adalah di antara item yang mahal, saya tak boleh beli selalu..

Salam..

Zon Bahaya

0 comment
Surau di pejabat saya terletak di tingkat bawah. Oleh itu saya harus melalui kawasan tangga setiap kali saya hendak menunaikan Solat Asar.

Dan setiap kali itu jugalah saya harus melepasi kawasan Zon Bahaya.

Zon Bahaya itu merupakan suatu kawasan tertutup yang selalunya dipenuhi asap. Pada masa yang sama ia juga sesak dengan "pengunjung" yang ingin mencari tempat yang sesuai untuk melepaskan "keinginan" mereka.

Tapi hari ini saya bersyukur kerana kawasan itu bebas buat sementara waktu kerana ramai yang masih bercuti rehat selepas menjayakan pesta sukan jabatan pada hujung minggu lepas.

Saya harap suatu hari nanti kawasan itu akan menjadi zon bebas yang berbentuk kekal.

Tiada yang mustahil...

Salam.

Di pinggir Kenangan

0 comment
Berdiri di pinggir kenangan
mengintai ke dalam kolam impian
di sana pernah terpantul sinar harapan
di sana pernah beralun riak persahabatan
di sana pernah bergetar ranting kasih
yang tak kesampaian

berdiri di pinggir kenangan
jernihnya harapan
dinginnya impian
lantas aku tersedar
kasih yang kekal
hanya milikNya.

Saya bukan pujangga

0 comment
Saya bukannya seorang pujangga
tapi indah bahasa dan susunan kata
kerap menggamit saya untuk menghargainya
lantas saya gagahkan diri
mencuba merungkai dan menggubahnya
menjadi sesuatu yang bermakna
untuk dihayati bersama....

Monday, June 14, 2010

Gerai Kami

1 comment
Gerai kami terletak di tepi jalan. Betul-betul di hadapan rumah Emak. Tidak besar sebenarnya gerai kami. Hanya terdiri dari sebuah khemah, meja kecil dan sebuah bangku kecil.

Bumbung khemah berwarna biru yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda itu lebih merupakan simbol atau papan tanda bahawa di situ ada sebuah gerai kecil. Tanpa khemah itu pun masih boleh beroperasi. Cuma di kala hujan, barulah khemah itu benar-benar berfungsi sebagai khemah.

Di bawah khemah diletakkan sebuah meja kecil yang berbentuk segi empat sama. Di situ semua bekas jualan akan disusun dengan teratur menunggu kedatangan pelanggan. Dan di belakang meja kecil tersebut diletakkan sebuah bangku kecil berwarna oren.

Walaupun disediakan bangku, namun ia juga hanya lambang. Kami yang kononnya menjaga gerai dan jualan lebih kerap berkumpul di depan rumah Emak, dulunya salah satu dari tempat kereta berteduh.

Di situ Emak sediakan sebuah sofa panjang, dua buah sofa kecil dan sebuah meja. Sambil menunggu jualan, kami masing-masing akan memilih kuih-muih yang diingini dan menjamu selera bersama dengan teh yang disediakan Emak.

Dan yang paling seronok ialah apabila perniagaan berakhir. Kami akan berkumpul mengira kuih-muih yang telah dijual dan wang jualan dibahagikan di antara peniaga-peniaga. Dan Emak akan menunjukkan kebolehannya mengimbangkan jumlah jualan dan baki kuih.

Sekiranya ada perbezaan, pastikan ia diselesaikan pada waktu itu juga. Kalau tidak Emak akan gusar yang boleh berlarutan sehingga malam. Dia akan cuba mengingati setiap kuih yang dibeli oleh setiap pelanggan. Nasib baiklah pelanggan masih belum banyak.

Pastinya kalau ada perbezaan, tidak akan melibatkan jumlah yang besar. Tapi, persis seorang Akauntan bertauliah, setiap akaun yang tidak seimbang tetap tidak seimbang walaupun hanya berbeza 1 sen.

Dan saya yang bertungkus-lumus belajar ilmu imbangan tersebut sehingga ke menara gading kerap dikalahkan oleh Emak yang tidak pernah menjejakkan kaki ke institusi bernama sekolah.

Saya sokong boikot ni

3 comment
Saya sokong kempen boikot ini.



Mula sikit2 kalau tak dapat buat semua...

Ibarat burung kecil yang membantu Nabi Ibrahim...

Salam..

Blog dan juadah

0 comment
Melawat blog ibarat menjenguk ke rumah saudara mara dan jiran tetangga. Manakala menulis entri pula adalah juadah yang dihidangkan kepada tetamu yang datang.

Dan saya sebagai tuan rumah blog ini menghargai ziarah kalian.

Kemaafan dipohon andainya hidangan yang tak sepertinya tidak memenuhi selera kalian. Saya masih banyak yang perlu dipelajari.

Kalau ada yang memiliki resipi yang boleh menyedapkan juadah di blog ini, tambah je secukup rasa untuk sama2 kita menikmatinya.

Salam...

Nilai 24 jam

0 comment
Kesibukan kah yang menghambat atau kegagalan diri untuk mengagihkan masa dengan sempurna?

24 jam sama rata dianugerahkan Allah kepada semua insan. Namun hanya mereka yang bijak sahaja yang mampu memanfaatkan sepenuhnya tempoh 24 jam tersebut.

Seperti juga konsep produktiviti, seorang individu dikatakan meghasilkan produktiviti yang lebih tinggi apabila beliau berjaya menghasilkan output yang lebih banyak berbanding dengan individu lain yang diberikan nilai input yang sama.

Jadi, seandainya kita tidak mampu menghasilkan nilai output yang memberangsangkan untuk suatu hari yang telah ditetapkan, tiada siapa yang boleh dipersalahkan.

Jawapannya, kembali pada diri dan nilaikan semula bagaimanakah kita telah menggunakan 24 jam tersebut.

WallahuA'lam...

Salam..

Saturday, June 12, 2010

Belanjawan negara

0 comment
Seiring dengan pembentangan RMK10 yang dibentangkan oleh PM minggu lepas, saya dan suami membuat resolusi untuk mengurangkan kadar defisit belanjawan "negara".

Jadi, esok kami rancang nak buat sendiri ayam penyet di rumah.

Jadi ke tak agaknya ya...

Tunggu...

Salam.

Friday, June 11, 2010

Kenangan Ummi

2 comment
Mari kita buat cerita pendek:

Suatu hari Hana terjumpa sekeping foto lama di celah lipatan kain yang tersusun kemas di dalam gobok pakaian ummi. Hati Hana berdebar-debar. Ummi tersenyum manja di samping seorang lelaki yang tidak Hana kenali.

"Ummi, Hana nak tanya sikit boleh tak?" Hana memberanikan diri mendekati Ummi.

Ummu mengalihkan tumpuannya dari monitor komputer. Ditatapnya wajah Hana dengan penuh kasih sayang. Hanya Hana tempat Ummi bergantung kasih. Kolam mata Hana yang seolah-olah mengalirkan rasa rindu Ummi kepada zaman silamnya yang manis.


Hana terdiam seketika. Hatinya masih teragak-agak untuk merungkai keliru di benaknya. Mungkinkah segalanya akan tetap seperti dulu. Hana kian gementar.

Namun rasa ingin tahunya mengatasi segala keraguan yang bersarang di kotak mindanya. Ummi masih menatap wajah Hana. Kertas pembentangan yang separuh siap untuk mesyuarat esok dibiarkannya begitu sahaja.

Ah... Tiada perkara yang lebih penting dari permata hatinya itu. Ummi sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan Hana bahagia. Detik hati Ummi. Matanya mengenyit ke arah Hana sebagai isyarat untuk Hana meneruskan pertanyaannya.

"Ummi jangan marah ya', Hana mula mengumpan perhatian Ummi.

Bimbang Hana Ummi akan berkecil hati dengan pertanyaan Hana. Siapa tahu yang foto itu adalah kenangan masa silam Ummi. Dan mungkin Ummi tidak suka orang lain menjenguk masa silamnya itu walaupun orang itu adalah Hana, anak tunggalnya.

"Siapa lelaki yang bersama Ummi dalam foto lama yang Ummi simpan tu?" Hana cepat-cepat meluahkan pertanyaannya sebelum keberaniannya lenyap meninggalkannya.

Wajah Ummi berubah serta-merta. Sinar matanya yang tadi ceria hilang ditelan awan duka. Ummi memalingkan wajahnya kembali menghadap monitor. Soalan yang disuakan Hana kepadanya berlalu tanpa sebarang jawapan.

Hati Hana kembali diziarah rasa bersalah. Sebal menyelubungi jiwanya. Mengapa dia tega mengetuk pintu rahsia yang kuncinya hanya dimiliki oleh Ummi. Masih tidak cukupkah kasih sayang yang Ummi curahkan kepadanya selama lima belas tahun tempohnya menghuni bumi Allah ini.

Perlahan-lahan Hana menghampiri Ummi. Didakapnya Ummi dengan erat. Diciumnya pipi Ummi. Dicapainya dua tangan Ummi lantas dikucupnya.

Tanpa bersuara Ummi membalas dakapan Hana. Lega hati Hana.

Dalam diam Hana bertekad. Dia tidak akan melukakan hati Ummi lagi walau apa cara sekalipun. Dan biarlah Ummi bahagia dengan kenangan silamnya. Kerana hanya kenangan silam yang Ummi miliki selain dari kasih sayang Hana yang tidak pernah padam.

++++++++++++++++Tamat+++++++++++++++++++++


Kisah Pulut Sambal

0 comment
Alkisah ceritanya saya baru jer belajar mengukus pulut dari bonda mertua tersayang dua tiga minggu lepas. Dah dua tiga kali jugak le buat praktikal. Hasilnya lumayan...

Semalam saya dapat bisnes "besar". Sepupu saya nak buat makan selamat malam ni. Jadi dia buat tempahan pulut sambal. Mula nya saya berbelah bagi jugak nak terima tempahan sebab tak tau bila masa saya nak buat menda alah tu.

Lagipun proses buat pulut ni bukan macam masak nasi biasa. Basauh2 beras lepas tu masuk periuk. Tau2 jer dah masak.

Tapi kalau tak terima rasa rugi pulak. Bila lagi nak cuba buat projek mega2an nih. Lagi pun kat rumah masih ada baki beras pulut yang saya beli hari tu.

Saya call husband tanya pendapat. Lepas bincang strategi nak siapkan menda tu, kami berdua decide untuk terima cabaran tu.

Memandangkan sepupu saya nak pulut sambal tu siap petang ni, bermakna kami perlu siap kukus pulut tu sebelum pegi keja. Kalau nak kira, tanak pulut tu lagi mudah.. Tapi memandangkan kami ni amatur, silap2 kang tak masak pulak pulut tu, kami prefer kukus walaupun langkah2 nya panjang sikit. Jadi selamat pulut tu masak.

Strategi kami ialah siapkan santan sebelum tidur. Terpaksa pakai kelapa parut sebab tak sempat nak beli santan siap.

Pukul 3.30 pagi kami bangun. Suami ambik tugas membasuh pulut dan lepas tu rendam. Sementara tu kami sambung tidur. Sepatutnya dalam 2 jam sepatutnya dah boleh kukus. Pukul 5.30 pagi kami mula kukus.

Kira ni lah kali pertama kukus skala besar; 2 kilo. Buat berani jer. Masa pulut kat dapur saya dapatkan pati santan. Bila pulut dah kira masak, ambik dari dapur dan "mandikan" dengan pati santan sampai rata.

Lepas tu sambung kukus balik. Kalau pulut tu sikit, kejap jer dah boleh masak dah. Tapi kali ni lain pulak. Kira dah lari dari perancangan biasa.

Pulut 2 kilo tu dikira banyak sebab periuk kukus saya kecik jer. Almaklum le amatur.

Sekali tengok memang pulut tu dah masak, Cantik jer. Tapi bila saya senduk2 kan, alamak.. pulut tu masih ada "hati" la.. (Masih ada rasa beras)... Nak buat camner ni...

Nampaknya kena kukus lama sikit. Kukus lagi sekali sehingga harum pulut tu merebak keluar. Saya tengok macam dah tak de "hati' tu. Kira okaylah. Misi terlaksana. Aktiviti membungkus tu mintak tolong 'kakak" budak2 tu. Dia okay jer kalau setakat bungkus2 tu.

Sebelum masuk solat Jumaat, saya terima call dari rumah. ALhakikatnya, rupa2 nya kat bahagian bawah periuk tu banyak pulut yang yak cukup masak. Nasib baik le pembantu rumah saya ni memang jenis tak berkira sangat. Terpaksa la dia kukus kan lagi.

Kali ni pulut tu dikukus setelah dibahagi dua untuk menjamin ia masak rata.

Saya balik tadi singgah kat "gerai" kami adik-beradik kat depan rumah mak. Saya tengok kat dalam bekas ada pulut sambal lebih tempahan. Nampak cantik.. Rasa pun okay...

Seronoknya .... Dapat belajar benda baru...

Salam...

Cupp...: Lupa nak cakap.. sambal tu dah siap2 buat awal.. Bukan saya yang buat.. Tempah kat bonda mertua... :)

Sibuk sikit

0 comment
Dah dua hari saya sibuk sikit. Pejabat saya jadi hos pesta sukan kelab kakitangan jabatan seMalaysia.

Saya seperti biasa, dapat jawatan bendahari. Nak cerita pasal jadi bendahari ni rasanya sejak sekolah rendah kot. Tu yang dah besar pun kerja jaga hal ehwal duit orang.

Dua hari ni saya pergi ke tapak perkampungan pesta kat UiTM. Tolong budak2 pendaftaran pungut duit. Bukannya kontinjen belum bayar, tapi ada sesetengah tu buat perubahan saat akhir dan perlu tambah wang penyertaan.

Malam ni majlis perasmian tapi saya tak larat nak ikut. Letih pun ada, tapi sebenarnya kampus UiTM tu jauh sikit. Dalam 40 km dari kediaman saya. Tak pa lah kot. Boss dah tengok saya buat keje... :).. Bukan nak menunjuk2 tapi sekurang2nya walaupun saya tak join main tapi adalah sumbangan sedikit.

Maybe esok saya jenguk kejap game bowling sambil bawak anak2 pegi jalan. Dulu saya memang main bowling tapi sekarang terpaksa pencen sementara sebab operation waktu bersalin. Nanti2 kalau dah lama sikit boleh la saya kembali ke gelanggang.

Malam ni boleh la lepak and update blog...

Salam...

Matanya berkaca

0 comment
Latihan menulis.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Matanya berkaca. Hatinya direntap pilu. Perlahan dia menghela nafas. Ditariknya dalam-dalam. Kemudian dilepasnya keluar. Setiap saat yang berlalu adalah hukuman yang maha berat. Berat sehingga tidak berdaya untuk bahunya menanggung.

Bahunya digamit dengan lembut. Angin yang berhembus dari jendela mengusap wajahnya. Tiba2 jiwanya didakap ketenangan. Sudah sekian lama dia tidak merasa demikian.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Thursday, June 10, 2010

Menggenggam kecewa

0 comment
Saat gerimis di jendela menjenguk
jemarinya masih merah
menggenggam butir kecewa
yang bertandang di anjung sepi

dan di sana
di kaki langit yang jauh
tabir senja berlabuh

bersama luka yang enggan sembuh.

Buku Baru

0 comment
Baru sebentar saya balik dari kedai buku. Saya beli sebuah buku antologi cerita pendek Great Love Stories from Checkov to Munro My Mistress's Sparrow is Dead suntingan Jeffrey Eugenides.

Saya baru baca sekali bahagian pengantarnya. Secara imbasan antologi ni sebenarnya bukan lah koleksi kisah cerita romantik tetapi lebih kepada pelbagai konflik kehidupan bertemakan percintaan.

Nak cerita panjang pun belum baca lagi. Jadi...

Tunggu.....

Wednesday, June 9, 2010

Secret Temple

0 comment
New release of Mayan Maps.

16 treasures from 4 collections:
  1. Marbles
  2. Necklace Making Set
  3. Stone Fruit
  4. Gold Menagerie

Gem:
  1. 1 orange
  2. 5 purple
  3. 1 blue
  4. 10 red
Equipment: Magnifying glass 1500 g

It is used to search at the big mayan temple in the middle of the island.
You need to do multiple dig more than 20 times with 10 energy used for each dig.

What is interesting is that you will enjoy more than 3 xp for each digging which will give you either gold or fruits. Not all digging will give you something but none item digging will also give you at least 3 xp.

Happy digging.

Putik harapan

0 comment
Dan mata masih mencari
sinar yang kian sirna
gelap malam hanya derita

sepasang kepak merpati
masih terbelenggu
di hujung bedilan senapang

hari ini
sejalur cahaya menerobos
sejuta harapan berputik

di batas kehidupan

Hati sebak

0 comment
Sedang mendengar IKIM.Fm. Wawancara dengan isteri salah seorang aktivis LL4G, Tuan Haji Norazman.

Sebak hati saya mendengar pengalaman seorang isteri dan pengorbangan serta sokongan beliau terhadap suaminya. Memang betullah di sebalik kejayaan/ kehidupan seorang lelaki berdiri seorang wanita yang tidak kurang cemerlangnya.

Pagi tadi sesi wawancara dengan suami dan sejak pukul 10 tadi dengan isterinya pulak. Memang pasangan yang cemerlang. Semangat mereka yang digambarkan melalui temubual tersebut memang sama berapi.

Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, pastinya pengorbanan yang dituntut dari mereka tidak mampu digambarkan melalui kata2 mereka.

Di antara pengajaran yang saya kutip dari wawancara tersebut yang boleh dikongsikan di sini;
  1. Amalkan membaca Al-Qur'an dan berdoa dalam menangani krisis kehidupan
  2. Setiap kita perlu memainkan peranan dalam memerangi keganasan Israel (Ambik contoh cerita burung kecil yang membantu Nabi Ibrahim)
  3. Di antara produk yang keuntungan mereka disalurkan kepada Israel- McDonald
  4. Amalkan membaca Al-Ma'thurat
Peringatan untuk diri saya...

Misi Terlaksana

0 comment
Alhamdulillah, semalam saya dah berjaya menamatkan pembacaan novel My Name is Read (Orhan Pamuk). Saya beli novel ni minggu lepas semasa bersantai bersama keluarga (window shopping) di sebuah pusat membeli-belah.

Ceritanya, aktiviti hujung minggu kami sekeluarga ialah menelusuri tHe Spring. Tapi hujung minggu lepas suami saya ajak window shopping kat sebuah pusat membeli-belah yang baru beroperasi di bahagian bawah Hotel Pullman yang juga baru beroperasi pada awal tahun ini.

Dalam asyik mengintai2 kedai2 yang ada kat situ, kami "terjumpa" kedai buku Times. Tak sangka pulak Times masih beroperasi di Kuching memandangkan sebelum ini ia telah berhenti beroperasi di Parkson Grand, Riverside.

Apalagi, kami suami isteri yang memang tak boleh tengok kedai buku pun terus ler masuk "menggeledah" buku2 yang ada kat situ. Sekali pandang, kami dapati harga buku2 di situ boleh dianggap lebih mahal berbanding dengan harag yang ditawarkan di MPH, tHe Spring.

Tapi sempena meraikan lawatan pertama kami ke Times, saya "buat2" muka comel kat suami, dan dapatlah tajaan untuk membeli buku My Name is Red.

Membaca dua tiga helai mukasurat yang awal, saya telah jatuh cinta dengan penggunaan bahasanya yang pelbagai walaupun memang diakui agak sukar untuk difahami.

Jadi saya buat azam untuk berusaha membaca novel ni sampai habis. Ini kerana biasanya sukar saya nak menamatkan pembacaan apabila dihambat oleh pelbagai aktiviti harian lain.

Dan alhamdulillah, akhirnya misi terlaksana lewat malam semalam. Kalau ada peluang lagi, insya'Allah saya akan baca untuk kali kedua.

Disokong untuk baca.

Tuesday, June 8, 2010

Hobi alaf baru

2 comment
Semasa masih tinggal di kampung, saya dan kawan-kawan mempunyai hobi mengumpul gelang getah. Waktu itu saya masih belum menjejakkan kaki ke bangku sekolah. Getah tersebut boleh dijadikan pelbagai permainan.

Di antaranya;

  1. lastik/ pesit (bahasaku sayang)
  2. hayes (Tak tau apa dalam bahasa standard)- dua pemain memegang kedua2 hujung dan seorang pemain akan cuba melepasi getah tersebut yang akan ditinggikan aras sedikit demi sedikit sehingga ke aras kepala.
Apabila berpindah ke bandar (kuching) dan memasuki alam persekolahan, saya mula mengenali hobi mengumpul setem. Semalam saya tengok saya masih menyimpan sebuah buku koleksi setem saya.

Seterusnya, apabila meningjat remaja saya turut memiliki hobi mengumpul autograf. Maknanya saya akan buat satu buku yang comel dan selalunya berbau harum dan akan minta kawan2 saya tulis sesuatu di dalamnya.

Sekarang saya nampaknya ada hobi baru. Apa agaknya ya?..

Sesuai dengan alaf baru saya dan mungkin ramai lagi yang lain ada memiliki hobi ini... :)

Hobinya ialah mengumpul blog2 yang menarik untuk difollow... :)

Salam...

Kota Azam

0 comment
Setelah sinar mentari kian menjauh
Kusiram pohon semangat
dengan air mata anak-anak dan wanita
yang siang mereka gelap dengan dendam
dan malam bersinar dengan harapan

dan bintang ketabahan masih berkerlip
bayang resah mencengkam nadi si pengecut
topeng kekejaman yang mereput
dimamah zaman
kini kian hancur

Wahai anak-anak dan wanitaku
di atas pusara yang bertaburan
kau bangunkan kota azam
lambang kegagahan
yang takkan padam.

Romantiknya

0 comment
Cinta Kerana Hadis
Utusan Malaysia (Mega)
8 Jun 2010, Selasa
ms 8
Oleh: Raja Intan Raja Azaham

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Juara Rancangan Realiti Gadis Melayu, Noormaaidah Zali (Aida) pertama kali disapa melalui sms oleh lelaki yang sekarang ini adalah suaminya dengan niat untuk menegur "kesilapan"nya menyebut hadis semasa mengacarakan Wanita Hari Ini.

Lamarannya pula berbunyi begini:

" Aida, sudikah kau menjadi teman hidupku?
Sudikah kau menjadi menantu bagi keluargaku?
Sudikah kau menjadi temanku, dunia dan akhirat?"

yang dibuat di hadapan Aida dan adik2nya semasa mereka sedang berada di dalam kereta.

Aida melangsungkanpernikahannya dengan Mohd Saiful Nizam Ismail, seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 pada 4 Jun 2010 dengan berwalikan bapanya sendiri Encik Zali Ismail. Majlis persandingan pula diadakan pada 5 Jun 2010.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Nota pemblog:

Semoga dirahmati Allah.

Perkenalan dimulai dengan niat yang suci. Lamaran dibuat dalam suasana yang tidak menimbulkan fitnah (bersama adik2). Niat rumahtangga dibina turut mengambilkira kepentingan keluarga, kehidupan dunia dan akhirat.

Bertambah satu lagi Keluarga Sakinah, Insya'Allah.

Danish berjalan

0 comment
Latihan Menulis:

======================================================
Lamunan Marina terhenti seketika. Pandangannya tertumpu pada Danish Aiman yang sedang merangkak dengan pantas. Sekali pandang tangan dan kakinya seolah-olah berlumba di antara satu sama lain. Mulutnya becok berbicara tanpa jelas buah butirnya.

"Danish, kejar bola tu", petah bicara Afiqah, puteri sulung Marina yang berumur lima tahun mengacah adiknya.

Merasakan terlalu lambat mengejar bola getah itu, Danish cuba untuk berjalan. Ditolaknya tangannya ke lantai. Sukar benar nampaknya Danish yang berusia setahun setengah itu hendak berdiri. Tangkas Afiqah bergerak ke arah Danish. Risau benar dia.

Ingatan Marina kembali menerawang. Semasa kelahiran Danish, Afiqahlah yang paling gembira menyambut kedatangan orang baru ke dalam keluarga kecil mereka. Dalam usianya yang amat memerlukan teman permainan, Danish tiba tepat pada masanya.

Marina tersentak apabila suara tangisan Danish memecah ketenangan petang. Marina bergegas menghampiri Danish. Wajah Danish merah padam. Afiqah di sebelahnya menggosok punggung Danish seolah-olah ingin membuang kesakitan yang dirasai Danish jauh-jauh.

Sejak kebelakangan ini Danish memang telah mula cuba untuk melangkahkan kakinya untuk berjalan. Namun ternyata keberanian belum terserlah di dalam dirinya. Ditambah lagi dengan kekerapannya terjatuh semasa percubaannya. Lantas, Danish kian takut untuk mencuba.

"Ah, belum sampai masanya untuk Danish untuk langkah pertamanya", desis Marina seolah-olah meyakinkan dirinya sendiri.

Kadangkala hati Marina digayut risau. Afiqah seusia itu telah mula belajar berlari. Memang Afiqah anak yang cergas. Mungkin kerana sifatnya sebagai anak sulung, dia sentiasa mencuba untuk memulakan sesuatu tanpa bantuan sesiapa.

Pernah disuarakannya kebimbangannya kepada Azman, suaminya. Namun Azman tidak banyak bicara.

"Perkembangan kanak-kanak berbeza antara satu sama lain", Azman cuba untuk melegakan kerisauan Marina.

Marina sebenarnya memang pernah terbaca mengenai perkara itu dalam majalah bimbingan keibubapaan yang dilanggannya setiap bulan. Menetap jauh dari keluarga dan saudara mara, Marina lebih banyak bergantung dengan bahan bacaan dalam membesarkan anak-anaknya.

"Tapi bang, takkan lah selambat ni. Saya bimbang ia merupakan salah satu tanda kepada tumbesaran Danish", Marina terus melayan kerisauannya.

Dan seperti kebiasaan, Azman akan membiarkan Marina dimamah resah. Memang dari mereka mula berkawan, Azman dan Marina amat berbeza dari segi perwatakan. Azman pendiam. Dia lebih suka berbicara perkara yang fakta. Marina pula lebih gemar berbicara. Dan pada masa yang sama, mudah risau terhadap perkara2 yang Azman anggap remeh-temeh. Namun, perbezaan itulah yang menyatukan mereka.

"Kata orang, kepelbagaian di antara pasangan suami isteri itulah sebenarnya keindahan dalam hidup berumahtangga" hati Marina berbisik.

Bibirnya dihias sekuntum senyuman. Wajah bersahaja Azman berlegar di kotak mindanya. Jurutera muda yang dikenalinya semasa mula-mula menginjak dunia kerjaya itu memang lelaki yang baik. Hati Marina yang sukar untuk diketuk oleh jejaka semenjak dari remaja akhirnya cair seperti salji yang dipancar sinar mentari.

Kerana hormat dan sayangnya pada Azman jualah Marina dengan hati yang rela mengucapkan selamat tinggal pada dunia kerjayanya. Jawatannya sebagai setiausaha syarikat yang menjanjikan pendapatan yang lumayan tidak sedikitpun mampu menggugat keputusannya untuk menumpukan perhatian kepada suami dan anak-anak.

===================================================

Setakat ni dulu. Sapa2 nak cuba sambung, amat dialu2kan.,..

Salam...

Monday, June 7, 2010

Alamak

0 comment
Ni yang tak best nih... Kenapa lah saya tak boleh terima segmen tajaan kat IKIM.FM nih...

Saya memang setuju yang IKIM.FM ni bermanfaat. Banyak maklumat berfaedah yang kita boleh dapat dari sini. Tapi bila dah sampai ke segmen tajaan ni, saya memang tak boleh tahan. Rasa macam dibrainwash lah pulak.

Kenapa saya cakap macam tu... Dah lah saya pasang radio tu tiap2 hari. Setiap kali saya dengar segmen untuk satu produk ni, saya rasa bukan siaran ulangan. Tapi apa yang tetamu jemputan tu cakap sama jer macam siri yang lepas... Sejibik sejibun.. tak ke rasa dibrainwash tu.

Hari ni pulak siaran tajaan produk air..... Saya tak tahulah, tak boleh dengar pulak suara tetamu tu. Dah lah semacam je nada dia dari awal sampai akhir, dah tu kejap2 dia berdehem yang macam tekak kering tu.. kejap2 berdehem lagi... alamak... tegang pulak urat kepala saya...

Baru saya teringat kenapa sebelum ni saya berhenti dengar IKIM.FM. Saya tak boleh tahan dengar segmen petang2 pukul 5. Sebelum ni segmen tajaan diorang lepas pukul 5. Dahlah jalan sesak, dengar lah pulak suara semacam berulang2 promosi produk diorang... lagi le sesak kepala saya.

Tapi overallnya, saya memang menggalakkan semua untuk mendengar IKIM.FM ni kerana memang banyak ilmu yang boleh dikutip kat sini. Sambil buat kerja kita sendiri, pun masih boleh dapat ilmu.. Janji pasang telinga...

Okaylah.. rancangan tajaan tu dah tamat. Tensyen saya pun dah surut. Layan balik segmen dia yang lain ....

Salam..

Isle of Time

0 comment

I managed to collect 8 cash island needed to purchase this map.

Gem needed: 10 blue gem.

13 Treasures:
  1. 3 bullwhip
  2. 3 tzute
  3. 3 jaket
  4. 1 sandal
  5. 1 huipil
  6. 2 others
105 xp more upon completion of the map.

Happy Digging..

serba salah

2 comment
ironinya hari ini

bila hijau menjadi merah
yang patuh menerima padah
yang salah senyumnya indah
yang membantu jadi pesalah

akhirnya
salah menjadi sah
sah menjadi salah

dan semuanya
serba salah

Sunday, June 6, 2010

Rindunya...

3 comment
Rindunya nak mengemaskini blog.

Hujung minggu ni saya berazam nak menghabiskan novel My Name is Red tulisan Orhan Pamuk. Jadi tak berkesempatan nak update blog. Walaupun sebenarnya banyak cerita dan rasa yang ingin diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan di blog ni.

Sekarang sedang tengah kukus pulut. Rancang nak buat pulut panggang untuk niaga petang besok.

Hujung minggu ni mula jual pisang goreng guna tepung biasa (bukan tepung adabi). Rasa tak best sebab tak sesedap dan tak secantik kalau pakai tepung adabi. Tapi nak buat macamana, kalau pakai tepung adabi, memang tak balik modal...

Kemaskini setakat ini.

Salam...

Friday, June 4, 2010

Sahibba

0 comment
Baru saja selesai 'bertarung" dengan Fatihah dalam permainan Sahibba. Fatihah baru sahaja belajar bermain Sahibba dua tiga hari yang lepas selepas abahnya belikan set Scrabble untuk kanak2.

Dari hari tu lagi dah cabar saya untuk bertarung tapi saya malas nak layan. Hari ni balik dari pejabat selepas solat Maghrib saya suruh dia sediakan Sahibba.

Baru jer siap dan keputusannya......

Jeng... jeng... jeng...

Dimenangi oleh Mama.. Hehehe... Tu yang mama malas nak main...

Tak pa.. Fatihah baca banyak2 .. lain kali kita main lagi, kay...

Cecair Pemadam dan zaman kanak2

2 comment
Saya perlu menggunakan borang untuk kelab sukan tapi rakan pejabat saya yang menyimpan borang tersebut bercuti. Memandangkan perkara tu "urgent" saya fotokopi borang yang telah digunakan dan seterusnya saya "blanko".

Maknanya saya tutup semua tulisan dengan cecair pemadam.

Sebaik sahaja saya membuka penutup botol pemadam, saya terus terbau cecair tersebut. Bau tersebut tiba2 membawa saya balik ke zaman persekolahan. Selama ini saya cuma menyimpan botol tersebut tanpa pernah menggunakannya kerana nature perakaunan memang tak menggalakkan penggunaan cecair pemadam.

Apa yang berlaku agaknya ya?. Dengan terhidu bau sesuatu kita tiba2 berasa bahawa kita kembali ke masa lampau.

Hari tu saya sedang menunggu suami di tepi jalan dan tiba2 saya terhidu bau tanah. Zuuppp... tiba2 saya terlontar ke zaman kanak2 saya semasa tinggal di kampung yang penuh dengan kehijauan.

Semak-samun, pohon kecil, nyamuk, semut api.

Seterusnya saya nampak laut. Saya terbau air laut yang masin. Kapal2 besar yang belayar di tengah sungai Sarawak yang luas seperti laut. Di atas jambatan di tepi sungai, kanak2 berlompatan melambai2 ke arah kapal.


Keceriaan zaman kanak2 membuatkan saya terleka sebentar.

Jauhnya fikiran saya mengembara di petang Jumaat nih...

Lunch Out

0 comment
Baru sebentar suami telefon nak ajak keluar makan tengahari. Alhamdulillah... dapatlah makan kat kedai lain lah pulak...

Tadi memang saya dah fikir fasal tu sebab Fatihah cuti jadi suami tak payah bergegas nak ambik dari sekolah. Bolehlah ambik isteri dia pulak.

Ni mesti nak pergi tHe Spring sebab sebelahnya ada masjid yang buat solat Jumaat.

Nak kemas2 lah.. kejap lagi mesti dia call suruh tunggu kat depan...

Salam...

Seloka mentafsir

0 comment
Mentafsir alam
di gelap malam
usah tenggelam
dalam dendam

cahaya bulan
adalah senyuman
hati yang aman
mendakap iman

sesekali bintang bersinar
yakinlah hidup yang sukar
dan onak mencabar
kita akan lebih bersabar.

Thursday, June 3, 2010

kasih setia

0 comment
Di mataku ada kasih
kemerlapnya menyinari lembah duka
saat rembang petang menyapa
laman sepi tidak lagi gelita

di hatiku ada setia
murninya menyisih ragu
saat duri fitnah menyusup
taman ..................................................



alamak.... tak leh sambung lah... setakat ni je lah...

Resepi Pisang Goreng

0 comment
Saya sedang mencari resepi pisang goreng yang sedap. Dah dua minggu saya jual pisang goreng tapi pakai tepung adabi. Nampaknya tak larat dah sebab tepung tu mahal. 300 gm RM3.00.

Jadi saya godek2 lah internet dan dapat satu resepi nih kat site nih. Nanti nak cubalah.. Kalau kengkawan ada resepi pisang goreng yang rangup, sudi2 lah share yeh,...



Bahan Batter
2 cawan tepung beras cap Gajah
1 biji telur
1 s/k air kapur
1 s/k kunyit serbuk
garam
air secukup pekat

Cara
1. Bancuhkan bahan Batter sehingga rata dan biarkan sekejap. Jgn cair sangat.
2. Panaskan minyak yg banyak.
3. Masukkan pisang yg dibelah 2 dalam bahan batter dan jemputkan kedalam kuali.
4. Bila telah kuning keemasan angkat dan toskan dalam tapisan sayur

Siri Latihan Menulis

0 comment
Tiba-tiba saya terasa ingin menulis bait2 kata yang berbentuk puisi. Tapi yang peliknya bila jari saya mula diletakkan di atas papan kekunci, saya tidak tahu apa yang hendak ditulis.

Dan saya mula mengetuk2 papan kekunci dengan apa sahaja perkataan yang muncul di kotak minda saya. Ada kala ia menghasilkan baris ayat yang memberi makna kepada pembaca. Namun selalunya yang muncul adalah cebisan kata yang tidak memberi sebarang makna.

Dan saya sebagai perantara kepada emosi dan rasa tidak mampu berbuat apa2 selain dari meneruskan bicara melalui kata2 sehingga jemari itu sendiri memilih untuk berhenti.

Pada masa yang sama, saya dihambat rasa bersalah. Pastinya dengan membaca entri ini tidak memberi nilai tambah kepada si pembaca.

Tetapi hakikatnya, tujuan saya menulis entri ini adalah sebagai satu latihan untuk meningkatkat lagi kemahiran menulis. Hal ini kerana saya berpendapat yang kemahiran ini perlu diasah supaya kita mampu untuk meghasilkan pendapat yang bernas melalui media penulisan.

Salam....

Taman Bonda

0 comment
Pohon masa kian reput
dimamah kegopohan
dimamah kerakusan
dimamah ketamakan
segolongan manusia
atas nama kemodenan

seketika
sisa-sisa tanpa sebarang makna
bertaburan
bergelimpangan
berserakan
di perdu zaman

dan
anak-anak kita
termanggu bertanya
kenapa taman bonda
tidak dipelihara
untuk kami warisi
di hari muka

Jangan suka bertangguh

0 comment
Jangan suka menangguhkah kerja!!!

Itulah peringatan yang selalu saya dengar dari;

  1. Emak saya
  2. Suami saya
  3. Pembantu Rumah Saya (Haa?... )

Itulah hakikat yang mahu tak mahu terpaksa saya terima.

Saya gemar menangguhkan kerja sehingga saat2 akhir. (Orang kata untuk menyembuhkan sesuatu ketagihan, langkah pertama ialah menerima hakikat bahawa kita seorang penagih)

Penagih?...

Yalah kot.. Saya adalah penagih menangguh kerja.

Apa bukti saya penagih tu?

1. Senarai kerja tertangguh saya setakat hari ini:
  1. Menyiapkan akaun adik tersayang :) (Tarikh akhir LHDN hujung bulan nih)
  2. Mula menulis esei untuk pertandingan kenegeraan (???) (tarikh tutup pun hujung bulan nih)
  3. Mula menjahit baju raya anak2, suami (dan pembantu rumah tersayang) (Bulan 8 dah Ramadhan)
  4. bla.. bla... bla..

2. Pernah menyiapkan baju raya masa malam raya (ngeri tak)

3. Pernah tak tidur malam sebab buat assignment (waktu belajar hari tu)

kronik tak kronik kes saya nih...

Nak bukak bakeri?

2 comment
Sebentar tadi saya terbaca e-mel dari adik saya. Semalam saya buat posting mengenai kek lapis yang saya buat kat Facebook. Ipar saya aka blogger Mys menimbulkan idea untuk memulakan perniagaan bakeri. Adik saya balas balik menyokong idea tu.

hhmmm.. bukak bakeri.... macam best jer, kan... Apa salahnya...

Tapi... Bukan kerja senang tu... Banyak modal yang diperlukan... Belum sebut pasal kemahiran lagi... Teknologi lagi.... hehehe.. kalau nak fikir pelbagai sebab kita tak boleh teruskan cadangan tu , memang tak cukup satu entri ni...

Tapi saya fikir balik... Pada masa yang sama, ia bukan suatu yang mustahil...

Tak pa.. tak pa.. Saya akan masukkan dalam senarai impian saya.. Sementara tu, saya akan cuba tingkatkan kemahiran supaya impian ini akan jadi kenyataan...

Salam....

Rojak oh rojak..

2 comment
Hari tu entri saya mengenai rojak buah... Hari ni saya blogwalking dan terjumpa satu entri mengenai rojak buah dan ABC kat blog blindperfect.

Hanya dengan menatap gambar2 yang dipaparkan di situ, saya dah kecur liur... Bayangkan sepinggan rojak yang dipenuhi dengan pelbagai buahan; timun, sengkuang, nenas, mangga, kedondong.. Pitisnya pulak ditaburi kacang tumbuk... hhhmmm....

Gerai rojak ni kat Miri jer.. Mana tahu satu hari nanti saya kena pergi Miri untuk tugasan rasmi.. Bolehlah saya cari tempat nih..

Rojak oh rojak..

Salam..

Tuesday, June 1, 2010

Imej Kehidupan

0 comment

Abah dan Mama....
Kalian adalah gambaran masa depan yang pasti ditempuhi suatu masa nanti..


Adik merangkap rakan...

Anak dan sepupu2 nya...
Zaman kanak2 adalah masa silam yang tak mungkin berulang..

Syurga di hati...


Mentari petang...
Adakah penghujung kehidupan menjanjikan cahaya yang gemilang seperti ini?...


Gemerlapan lampu menerangi malam...
Kebahagiaan dunia hanyalah cahaya yang tidak kekal..

Kek Lapis Coklat

2 comment
Lapis pertama
Lapis kedua
Dah siap... Macamana?...



Siap untuk dihidang.. Separuh dah antar rumah mama... :)

Layan...